Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta ABANG KANTIN ? Stalker Cinta gadis kampung
ABANG KANTIN ? Stalker Cinta gadis kampung
Siti Fatimah
30/4/2018 00:07:26
1,702
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Bab 1

 

“Zaza oi , hang tolong pi tengok satkat depan nuh.. Ada bakui tak ? Ni makcik ni nak guna buh bawang dalam tu.Pasni nak potong daging pulak.. Lepaih ni hang pi dapuq buat ayaq kopi na...”Puan Eliza sibuk arahkan Zaza Melinda ambilkan apa yang diperlukan untukmakcik-makcik yang datang merewang untuk kenduri esok.

 

Kenduri kahwin kakak bakalberlangsung esok, dialah yang paling sibuk sekali hari ini. Nak dilayannyamakcik-makcik depan ni lagi, di luar lagi, pakcik-pakcik yang pasang khemahlagi. Memang tak cukup tangan la si Zaza dibuatnya. Habis siapa lagi anakperempuan selepas kakaknya kalau bukan si Zaza satu-satunya. Abang Hasif sibukangkat meja di luar daripada atas lori untuk diturunkan.

 

Berlari Zaza ke sana kesini. Bukanhal kenduri saja, ada lagi satu beban yang bakal kacaukan otaknya yang sudahbersarang tu. Sudahlah bersarang, kekacauan itu lagi sarangkan otaknya.

 

Tersilap pula si Zaza mengajak temantapi mesranya itu ke kenduri esok. Alahai , memang rungsinglah sekiranyakekasihnya itu sudah dipelawa sehingga berkeinginan untuk datang ke penang hariini. Katanya sudah bertolak dan malam ini akan sampai kesini. Perghhh !Berpeluh dahi dengan handphonenya yang masih melekap di tangan cuba fikirkansesuatu.

 

Kedengaran suara mak cik ini dan itumemanggil meminta sesuatu. Senduk dan sebagainya. Fuhh ! Tidak terbayangpeningnya kepala Zaza Melinda ketika ini. Dengan segera Zaza selesaikan hal dirumah ini.  Kemudian ke rumah sebelah , rumahmereka juga untuk meninjau persiapan melihat bilik dan meja pengantin disana.

 

“Ha , aku jumpa Kak Damia jelah..Apakata aku slowtalk ja dengan dia.”

Baguih jugak... Fikirnya.

 

Malam ni , mesti diorang sampai. ‘Kalaudatang sorang dia takpala, ni ha.. Bawak dengan mak ayah dia .. Pasaipa ? Nakminang dia ka ? Nak mampuih ! Baru 18 taon...Sekali abah  ketuk dia dengan senduk tequih tak sedaq kot.Kalau dah gedik nak menikah. Paiiii!’

 

Alahai dia memang sengaja cari nahas,kena cari homestay lagi. Dah la esokdia juga yang jadi pengapit kak Damia. Nak jaga depa lagi. Nak pegi ambil depadekat homestay lagi. Naiya ! Nak tengok depa makan tak lagi. Nanti abahnyanampak , kata apa pulak nanti. Mak memang la tahu , tapi Zaza perlu cover. Nanti saudara sebelah abah usharpelik plak...

 

Nasib baik abang ipar dan kakak Damiasanggup tolong Zaza uruskan diorang dan tempatkan diorang di homestay yangberdekatan dengan rumah.Walaupun dioranglah yang patut rehat untuk hari persandingandiorang esok.

 

Nasib baik juga, kereta kancil yangditempah Zaza untuk kemudahan diorang dah boleh diambil.

 

‘Jadi esok aku tidak perlulah nakfikirkan untuk ambil diorang.’ Tersengih Zaza lega.

 

 

ROMBONGAN pengantin lelaki sudahmula memasuki ke perkarangan laluan ke rumah. Zaza seperti biasa jalankanperanannya sebagai pengapit di sebelah Kak Damia. Terlalulah ramai orang yangdatang ke kenduri kakak Damia.

 

Dalam kesibukan dia mengipas kakDamia di bawah sinaran cahaya matahari, dia dapat melihat samar-samar wajah siAidil yang datang bersama rombongan pengantin bersama mak dan ayahnya. ‘Eh ,pandai dia berpura-pura menyamar daripada keluarga rombongan ye!’

 

‘Bagus juga. Tak perlulah dia fikirlagi bagaimana nak layan ayah dan emaknya. Nanti apa kata saudara abah pula.Biasalah mulut mereka dan orang kampung.’

 

Sibuk Zaza menguruskan Kak Damiadaripada sesi fotografi sehinggalah habis. Sesekali dia cuba datang melayanmereka. Tidak mahu keluarga Aidil berkecil hati dengannya. Tapi tidak dia sangkaada juga mulut-mulut jahat yang sudah dapat menangkap dan hebahkan tentang itu.

 

Tidak hairanlah jika Zaza ke sekolahada yang bertanya nanti. Ia, dugaannya tepat !

 

 

 

“Hey Zaza , haritu boyfriend hangkan? Ala yang datang ‘time’ kak hang kahwin tu.. Aidilkan nama dia ?” bagai naktersembur nasi lemak yang baru disuap ke dalam mulut apabila mendengar paculansoalan yang keluar dari mulut Hanis, salah seorang rakan sekelas yang hadirtempoh hari ke majlis perkahwinan kakak.

 

“Eh mana ada la, kawan ja...” ringkasZaza menjawab. Namun diakui juga. Aidil, memang selayaknya Zaza menganggapnyasebagai seorang kekasih.

 

Diakui , hati Zaza tersangkut dekrasa suka padanya. Tapi dia tahu, jarak yang menjauhkan kami. Yalah , darinegeri yang berlainan. Kutub Utara dan selatan. Zaza tidak dapat membuka hati100% peratus padanya. Setelah kak Damia kahwin, dirasakan hanya dia yang orangtuanya harapkan. Tak mungkinlah dia mampu pergi jauh nanti. Walaupun umurnyasekarang masih muda dan baru sahaja genap 18 tahun.  Setahun jagung kata orang. Tapi penting bagidia untuk fikirkan semua itu , kesemuanya !

 

Selepas itu , tahu-tahu sajalah ! Makinbanyak mulut yang suka menyoal dia tentang Aidil. Tidak mengapa jika merekatahu hubungan Aidil dan Zaza, ada benarnya. Namun , jika mereka tahu hati Zazasudah terluka , pasti mereka akan faham. Tapi tak mungkinlah dia akan khabarkanhal ini kepada semua.

 

Setelah hari perkahwinan kakakberlalu 5 hari selepas itu, Zaza sempat membalas chatnya  bersama Aidil. Pada malam itu , hati initerdetik dan mampu bukakan hati buat Aidil. Setelah mereka berdepan hari itu,berborak bersama, Zaza dapat rasakan ‘chemistry’ itu ada buat mereka, dan dia sangattenang memandang wajah Aidil. Yalah , katanya jodoh tu bila kita lihat mukapasangan.. Entahlah !

 

Setelah Aidil pulang ke Melaka semula, mereka masih berhubungan seperti biasa dan berpeluang berborak bersamamelalui Skype.

 

 

Tersenyum Zaza menaip apabila diasibuk membalas. Terharu dan berdebar disaat dia melihat  status ‘.....Typing’ dari Aidil.

 

^ZazaMelinda^ :

Aidil, awak buat apa tu...

 

Ai_DiL :

Saya tak buat pape. Sayarindu awak...

 

Hati Zaza berbunga riang dan terusmenaip laju.

 

^ZazaMelinda^ :

Yeke , awak... Saya....

 

Masih belum sempat Zaza membalas,Aidil melengkapkan dulu sebuah ayat yang sangat menyentapkan jiwa Zaza ketikaitu.

 

 

Ai_DiL :

Saya rindu awak tapi sayadah ada orang lain dan akan bertunang tak lama lagi. Kami dah berkawan selama sudahsetahun. Maaf sebab saya tak berterus terang dengan awak. Saya tunggu untukbercakap dengan awak.. time majlis kak awak tu.. Tapi awak sibuk..

 

 

Ya ALLAH ! Ayatnya itu , perkataan‘tunang’ pertama yang tertulis dari screennya.Mata Zaza mula berkaca. Tangannya kaku dan menggigil. Sudah setahun ?

 

‘Habis tu , kau datang rumah akuhanya 3 hari untuk apa ? Untuk buat semua orang anggap kau kekasih aku dantinggalkan keperitan untuk aku seorang tanggung ? ! Kau laki tak guna !’

 

Zaza Melinda terus menaip...

 

^ZazaMelinda^ :

Tq.

 

Dengan pantas jari Zaza terus mencaributton block. Menggigil tangannya untukcuba menyentuh button block itu.Tidak dapat menahan lagi.  Zaza terusmenekan tepat pada button tersebut,  disegerakan niatnya pada  Aidil. Itulah yang sepatutnya dia buat.

 

Dengan segera Zaza menutup bingkai laptop. Dihempaskan badannya lemah diatas sofa. Sanggup kau buat aku begini Aidil , wajah Aidil masih lagi bermaindi minda. Mahu bertunang ? Berkahwin. Sampai hati Aidil.

 

‘Takpa Aidil , kifarah dosa kau buataku begini. Akan aku pastikan kau datang mohon maaf pada aku. Bencii !!!!’

 

Tiada lagi cinta bagi Zaza Melindaselepas itu. Namun erti seriknya belum betul-betul mengajarnya lagi. Diaterlupa pada cinta yang lalu setelah mulut manis seorang lelaki datang lagicuba membuka hatinya dengan sebuah kunci kejujuran, kononnya.

 

Zaza Melinda masih samar-samar padakeserikan cinta lalu menerima lagi cinta yang lain pula.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.