Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta Cinta Si Cinderella
Cinta Si Cinderella
Candy Diamond
19/5/2018 01:55:29
3,587
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15
   "Hmm.. Tak apalah.. Baik tengok-tengok dulu bilik ni. Rugi kalau tak belek." Nasuha meletakkan tuala dan bajunya di dalam beg semula. Rasa malas pula mahu bertanya berkenaan shower itu. Badannya tidak berbau busuk pun.


     Dilabuhkan punggungnya di atas katil bersaiz Queen itu. Empuknya.. Nasuha berjalan perlahan ke arah rak buku di sisi katilnya itu. Bukunya tidaklah terlalu banyak tetapi ceritanya agak menarik. Nasuha membelek-belek buku di dalam rak itu. Tiba-tiba hatinya tertarik untuk membaca buku bertajuk ' Permaisuri Cinderella'. Ditariknya buku tersebut keluar dari rak besar tersebut. 


   Nasuha mula membaca buku tersebut. Ceritanya tentang seorang gadis yang miskin bernama Farah sedar dirinya seorang puteri dan berkahwin dengan tidak rela dengan seorang putera bernama Putera Zharief. Dia diseksa teruk oleh Zharief sehingga difitnah dan diusir daripada istana. 


   Nasuha tidak sedar bila diterlelap dan dia berhenti membaca di muka surat itu. Dia membaca sambil membaring di atas tilam. Mungkin disebabkan tilam dan bantal yang empuk itu dia berasa selesa lalu tertidur. Mungkin...


"Nasuha.. Bangun.. Nasuha.. Bangunlah.. Makan.." suara garau itu menerpa sayup-sayup di telinga Nasuha. Kelopak matanya dibuka perlahan. Lena betul tidur di atas tilam ni. Sebaik sahaja dia membuka mata sepenuhnya, terus dia mengesot laju ke tepi katil sehingga terjatuh kuat. Mana tidaknya, mata Hansif itu betul-betul dekat dengan matanya. Lebih kurang dua inci sahaja.


 Hansif menjenguk kepalanya di tepi katil. Kelihatan Nasuha 'menggulungkan' badannya sambil tangannya memegang kepala. Mana tidaknya, dia tidak memakai tudung. Hanya anak tudung sahaja melindungi separuh rambutnya yang paras pinggang itu. 


   "Jangan tengok saya! Keluar! Keluar!" Nasuha memberi isyarat keluar kepada Hansif dengan tangannya sahaja. Badannya berada di tepi katil. Hansif tersenyum.


   "Apa nak malu. Dulu awak main dengan saya tak pakai tudung pun. Saya nak..."


 " Keluar!!!!!!!! Keluar sekarang!!!!!! Saya kata keluar daripada bilik ni!!!!!!!!" Nasuha menjerit separuh mati meminta Hansif keluar. Hansif terus berlari-lari anak menuju ke pintu sambil tersenyum lebar. Sempat juga dia memesan.


  "Jangan lupa turun bawah tau! Makan tengahari! Cepat sikit!" pintu dikatup rapat. Hansif hanya menggeleng kecil sambil tersenyum melihat reaksi Nasuha. 

  

     Nasuha mengangkat kepalanya dan melepaskan nafas lega. Syukur... Nasuha segera mengikat rambutnya. Semasa sebelum tidur tadi rambutnya masih lagi tersanggul kemas. Mungkin dia tidur bergerak-gerak jadi ikatan itu terlerai. Tudungnya segera dicapai dan disarungkan ke kepala. Nasuha segera membetulkan bajunya yang sedikit terlipat akibat tidur tadi. Okay, siap! Pintu terus dibuka.


      "Encik.. Errmmm... Saya nak minta tolong. Boleh tak ajarkan saya macam mana nak guna benda bulat panjang tu?" Nasuha terpaksa berhadapan dengan Zaffrul kerana pembantu yang lain tidak ada. Entah kemana mereka pergi. Zaffrul hanya mengangguk sambil tersenyum. Kacak sungguh rupanya...


    "Ni.. Ma.. Macam mana nak guna ni?" Nasuha berdiri di tepi shower tersebut. Zaffrul ketawa kecil. Nasuha juga pernah melihat shower itu cuma tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya. 


   "Ni.. Cik tekan dulu butang warna merah dekat luar bilik tu. Lepas tu pusinglah butang ni. Kalau nak panas sikit, pusinglah ke 'high'. Kalau nak sejuk sikit pusinglah ke 'low'. Tapi, cik boleh je kalau tak nak pakai pemanas air ni. Air dia jadi biasa jelah. Kalau tak nak panas ke.. Sejuk ke.. Cik tak perlulah tekan butang merah dekat luar bilir air tu. Haa.. Yang ni bathtub. Kalau cik nak berendam dalam ni ke.. Boleh je.. Tak ada masalah. Sekarang, ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?" Zaffrul berdiri tegap di hadapan Nasuha sambil tersenyum. Nasuha hanya melopong sambil menggeleng kecil. Tiba-tiba saja matanya dikecilkan.


   "Ke.. Kejap.. Awak ni P.A. Hansif yang saya jumpa hari tu masa dia accident kan? Boleh saya tahu nama awak?" Nasuha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Zaffrul mengangguk.


  "Nama saya Zaffrul. Cik okay tak duduk sini?" sengaja Zaffrul menanyakan soalan itu. Mahu lihat pendapatnya. Nasuha pula mengetap gigi.


  "Saya masih sesuaikan diri saya dengan rumah ni. Tapi rumah ni cantik sangat. Nak jejak kaki dalam rumah ni pun rasa macam tak layak." Nasuha keluar daripada bilik air tersebut. Bersembang di dalam bilik air. Nanti ada pula yang sertai. Zaffrul juga turut keluar daripada bilik air itu.


   "Tapi.. Cik dah jejakkan kaki dalam rumah ni pun.. Saya harap cik pun dapat menyesuaikan diri cik dengan penghuni rumah ni. Terutamanya Tuan Muda." Nasuha mengangkat kening. Zaffrul sudah dapat mengagak reaksi Nasuha apabila mendengar perkataan 'Tuan Muda'.


     "Kenapa awak semua panggil Tuan Muda? Hansif ni anak siapa?" Nasuha berasa tertarik dengan salasilah keluarga Hansif. Dia sudah pun duduk di atas tilam. Kalau diikutkan mahu saja dia tidur di situ. Dia sudah pun kekenyangan ketika makan tengahari tadi. 


       "Sebenarnya Hansif ni anak kepada Tan Sri Hafiz. Tan Sri Hafiz ni Pengerusi Syarikat Afly. Isterinya Puan Sri Aini. Mereka selalu ke luar negara atas urusan kerja. Jadi Hansif ni kurang kasih sayang. Dia hanya bergantung pada Mak Su je. Tan Sri dengan Puan Sri memang jarang balik ke sini. Kalau balik pun, mereka duduk sini dua tiga hari je. Lagipun Hansif tak kisah pun diorang nak balik ke tak sebab diorang bukan nak tanya khabar ke.. Luangkan masa dengan Hansif ke.. Diorang balik sini pun nak tengok rumah dengan urusan kerja. Tak layan pun Hansif. Kadang-kadang Hansif pun menangis juga sebab teringatkan mak ayah dia yang pentingkan kerjaya daripada anak sendiri." terang Zaffrul panjang lebar dengan suara yang sedikit lembut. Nasuha kelihatan simpati.


    "Hmm... Hansif tak ada adik beradik ke?" Zaffrul membuntangkan matanya. 


     "Erm.. Dia ada seorang kakak. Kakak dia kerja dekat Syarikat Afly tu lah. Duduk serumah dengan kawan dia. Tak balik sini. Kakak dia dengan Hansif memang suka bertengkar. Kakak dia tu agak sombong. Suka menghina orang. Sebab tu lah Hansif ni macam hidup sebatang kara je. Kesian dia." Zaffrul mengeluh. Dia masih lagi berdiri.


    "Oooo... Awak tau tak kenapa Hansif ajak saya dengan mak saya duduk sini?" Nasuha mula terfikir soalan itu. 


   "Ermm... Sebab dia nak awak berdua jaga Mak Su lah." Zaffrul menjawab ringkas.


   "Bukan. Yang tu saya tau. Selain tu."

Zaffrul mendongak. Dia cuba berfikir dengan waras.


  "Errr.. Saya rasa kan.... Aa.. Tuan Muda suruh cik dengan Puan Najihah duduk sini sebab dia rakan sepermainan cik dan dia mungkin nak...." Zaffrul tidak meneruskan ayatnya. Sebaliknya dia hanya mengetap gigi.


   "Nak apa?" Nasuha sedikit geram. Tiba-tiba saja Hansif menerjah masuk ke dalam biliknya. Kacau daun betul. Zaffrul terus tersenyum dan keluar daripada bilik itu.


    "Awak cakap pasal apa?" kata Hansif sambil memeluk tubuh. Nasuha hanya menjeling. 


  "Awak tak ingat ke syarat mak saya?" Nasuha cuba menyedarkan rakannya itu. Hansif tersenyum sinis. Kemudian dia mengangguk.


   "Awak masuk dalam bilik saya tadi kenapa? Saya malu tahu tak! Awak tak reti nak hormat ke?" Nasuha berang. Nasib baik dia masih lagi memakai tudung ketika itu. Kalau tidak memang diusir dengan bantal. 


   "Yelah.. Yelah.. Saya minta maaf. Saya janji tak buat lagi. Ni... Awak dah baca eh buku Permaisuri Cinderella tu?" Hansif menyandar pada dinding bilik itu. Jaraknya dengan Nasuha kini lebih jauh. Lebih kurang tiga meter. Nasuha mengerling ke arah buku yang terletak elok di atas katilnya itu. Kemudian dia memandang Hansif semula.


    "Dah..." Nasuha menjawab ringkas. Dia tidak membaca buku itu sehingga habis lagi. Dia baru saja baca sehingga muka surat 40  sedangkan buku itu mengandungi 290 muka surat. 


    "Macam mana? Best tak? Saya suka baca buku tu." Hansif tersenyum lebar. 


  "Hmm... Best... Awak beli buku ni dekat mana? " Nasuha saja mahu tahu dimana dia membeli buku itu. Bukan mahu beli pun. Harganya pula sudah RM22. Mahal pula tu.


    "Hmmm.. Kalau awak nak tahu... Awak bangun awal esok. Ikut saya. Saya dah minta kebenaran mak awak. Dia benarkan. Ok. Rehatlah! Saya pergi dulu." Hansif terus menutup pintu bilik itu. Nasuha hanya tertanya-tanya. Dia terus mengambil tuala dan bajunya kemudian terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Harap-harap tahu nak guna..


P/s: semua seronok tak beraya? Saya sibuk sikit timeĀ² raya ni.. Lagi lagi exam percubaan UPSR dah nak dekat.. Jadi saya ambil masa sikit nak buat bab seterusnya... Teruskan menyokong saya dan membaca novel saya. Saya harap anda semua berpuas hati dengan novel saya ni. Kalau ada comment ke.... Boleh comment.. Thank you! 





 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.