Bab 61

“ALHAMDULILLAH, semuanya dah selesai. Baguslah dua orang itu sudah dipenjarakan. Sejak dulu lagi mama tak suka dengan Edine tu. Mama dah agak dia bukan baik orangnya.” Kata Datin Ruhaina. Selama ini firasatnya tentang Edine memang tidak baik.

“Terima kasih banyak sebab dah selamatkan anak umi. Umi tak tahu macam mana keadaan umi dengan yang lain kalau Hana tak ada.” Kata Puan Hanis. Wajahnya mula basah dengan air mata.

“Umi janganlah nangis. Aniq pun tak boleh hidup kalau isteri Aniq tak ada. Hana satu-satunya perempuan yang ada dalam hati Aniq. Dia sudah melengkapi hidup Aniq.” Aniq tersenyum hambar. Sedih melihat isterinya yang masih belum sedarkan diri.

“Yalah. Umi dengan ayah nak gerak dulu. Nanti, lambat pula sampai kampung. Kalau Hana bangun nanti telefon umi, ya.” Pesan Puan Hanis. Encik Syukri sudah menunggu di luar.

“Hati-hati dalam perjalanan tu, ya” Pesan Datin Ruhaina sambil bersalaman dengan besannya.

 

SEHARIAN Aniq menjaga isterinya yang masih belum sedarkan diri itu. Aniq duduk di birai katil memerhatikan Hana. Sakit hatinya bila melihat luka pada leher isterinya. Perlahan-lahan dia mengusap luka itu. Apa yang telah terjadi kelmarin sudah cukup memeberi pengajaran kepadanya. Selepas ini, dia tidak akan membiarkan isterinya seorang diri lagi di dalam rumah.

Dear, bangunlah. Jangan buat abang macam ni.” Aniq beralih pada wajah polos Hana. Dia mengelus lembut pipi isterinya. Dia tidak sanggup kehilangan Hana. Aniq tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar isterinya itu kembali sedar.

“Abang!” Jeritan Hana membuatkan Aniq tersedar dari lenanya. Sepanjang malam dia tidur dengan posisi duduk sambil memerhatikan Hana. Lantas Aniq mendapatkan isterinya. Kepala Hana diusap lembut.

“Shhh… abang ni. Suha jangan takut.” Aniq menenangkan Hana yang sedang mengigau. Hana membuka mata. Suami di depan matanya itu terus dipeluk. Tangisan mula kedengaran.

“Abang, Suha takut.” Pelukan dieratkan. Aniq mengusap belakang Hana. Dia mahu meredakan rasa takut yang bertandang di hati isterinya. Lama mereka begitu sehingga Hana tertidur di pangkuannya. Aniq merebahkan kembali isterinya. Dibetulkan posisi tidur si isteri.

 

HANA terbangun dari tidurnya. Terasa pinggangnya dipeluk erat. Hana mengerling ke sebelah. Wajah tenang Aniq dipandang lama. Sekali lagi suaminya ini menyelamatkan nyawanya. Dia bersyukur sangat kepada Allah kerana memberinya kesempatan untuk bernafas lagi.

Gerakan kecil Hana membuatkan Aniq tersedar. Dia melihat isterinya sedang menangis. Aniq tersenyum kecil. Air mata yang mengalir di wajah Hana itu dikesat lembut.

“Suha ni cengeng. Asyik nangis je. Nampak muka abang mesti nangis.”

Hana ketawa kecil.

“Abang, terima kasih sebab abang selamatkan…”

“Shhh… Jangan cakap lagi pasal tu. Itu memang tanggungjawab abang untuk jaga keselamatan Suha.” Aniq membelai rambut panjang Hana.

“Cukup. Abang tak nak kita bahas pasal ni lagi. Apa yang penting sekarang Suha dah selamat dan kembali pada abang.”

Dalam tangisan Hana menyimpul senyuman.

"Abang perasanlah, kan. Sekarang ni, abang ada dua panggilan."

"Apa maksud abang?" Hana mendongak memandang suaminya dengan wajah berlerut.

"Yalah. Sebelum ni dear panggil abang, Is sayang. Sekarang panggil dengan panggilan abang pula."

"Hesy, suka hati sayalah nak panggil awak apa." Hana menolak suaminya ke belakang. Dia merajuk. Aniq ketawa melihat wajah masam isterinya.

"Suha ni. Abang gurau sajalah. Abang tak marah pun Suha panggil abang macam tu. Abang lagi suka." Aniq mencuit hidung isterinya. Hana tersenyum nipis.

“Jom,” Aniq bangun dari tidurnya. Senyumannya sungguh menggoda.

“Abang nak ke mana?” Tanya Hana. Aniq angkat kening.

“Solatlah. Hana tak nak solat subuh ke?”

Hana tersengih. Fikirannya ke arah lain.

“Abang pergi bersihkan diri dulu. Suha sediakan sejadah.” Ujar Hana. Aniq meninggalkan isterinya dan berlalu ke bilik air.

 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh