1,296
Kategori:
Genre:
Di Bawah Naungan Rindu
PROLOG

‘Ya, kebahagian perlu dicari walau perit sekali kita terima.’

Dia berdiri di situ. Melihat panorama sekeliling yang indah, semuanya ciptaan Tuhan. Begitulah juga rasa bahagia dalam kehidupan, itu juga ciptaan Tuhan.

Bibir mula dikuak, bicara lantang disuarakan...

"Selagi nyawa belum terpisah dari jasad. Aku akan ambil semula kesemua hak yang patut aku dapat. Selama ini, walaupun duka dan lara aku tempuhi, tapi hati aku tetap tbabah. Cinta dibalas dengan cinta. Dendam dibalas dengan dendam juga. Dalam mengecapi impian sebuah kebahagian, aku akan tetap melangkah untuk terus berjuang. Biarlah  kebahagian di bawah naungan rindu."

Hanya ajal maut sahaja boleh tamatkan perjuangan ini. Andai masih nyawa dikandung badan, selagi itu akan aku terus berjuang.

Dengan nama Tuhan Yang Esa. Aku akan terus melangkah dari sekarang!

Hati mula sebak.

Teringatkan si kecik itu.

“Ibu sayang anak ibu... Tunggu ibu pulang ya? Ibu sentiasa rindukan anak ibu. Selepas ni, ibu janji akan ada di sisi anak ibu untuk selamanya. Ibu janji, ibu akan cari anak ibu. Kebahagian ibu ialah anak ibu. Tunggu ibu ya, sayang?”

Nadanya seakan berharapkan apa yang dikatakan akan terlaksana satu hari nanti. Dia mesti melaksanakan juga. Dia perlu mencari kebahagian yang dahulu kembali sebelum nyawa berpisah daripada jasad.

InsyaAllah!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh