2,464
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

"MORNING! sayang, hari ini mami masak special untuk papa". Sapa wanita itu sambil hidangan diatur diatas meja.

"Morning." Balas Tajul Badri. Punggung dilabuhkan dikerusi.

"Harum subur dihati. Apa yang specialnya?" Aura makanan dibau.

"Apa lagi kalau bukan Ayam kurma, your favourite." Kerusi bersebelahan Tajul Badri dia duduk.

"Ini yang buat papa bertambah sayang dekat mami". Senyuman ditayangkan. Rasa bahagia seperti dia dan cinta pertamanya dulu

"Thank sayang." Tangan wanita itu dicium.

"Most welcome. Sedap papa?" Balas Puan Azura.

"Sedap tau. Kalah masakan mak minah." Ujarnya jujur. Betul. Bila isteri yang masak aura dia lain macam, mungkin dengan kasih sayang diataburkan.

"Emel dah setahun tak balik rumah. Mami risau... lagi dia perempuan." Riak wajah risaunya tak dapat digamabarkan. Walaupun gadis itu bukan darah dagingnya tetap dia sayang.

Sudu diletak. Tangan Puan Azura digapai dan diusap lembut. Tajul Badri cuba menenangkan isteri yang lagi bersedih.

"Don't worry about her. She know how to take care of herself. She is 26."

"Her P.A always stay by her side. Take care of her and so on." Tajul Badri memberi semangat dan membuat kan Puan Azura yakin. Dia juga risau keselamatan anak gadis dia. Satu-satunya yang dia ada selepas kematian isteri pertamanya. Walaupun dari jauh dia menjadi pemerhati saja.

"She is yours daughter. Only her and my bestfirend's daughter. " Ucapnya tegas dengan cara lembut.

"Ok. Ok . Nanti saya cuba pujuk dia balik. Tapi..... mami tahu Emel macam manakan?"

Puan Azura menganguk. Dia tidak kisah pasal itu semua. Asal dapat tengok depan mata sudah cuku. "Thanks you." Lega dia.

"Hari tu papa ada call dia. Tapi dia tak pernah nak pickup call. Mengharapkan lembut tu je la."

"Tak baik tau. Lembut-lembut dia, dia yang jaga Emel tau."

"Papa gurau lah. Dah tak boleh bergurau dah dia sekarang."

"Sudah. Makan. Nanti papa lambat ke pejabat pula."

Hanya mereka berdua menikmati hidangan yang disediakan sendiri oleh Puan Azura. Itu yang membuatkan dia sunyi bila suami mula berangkat pergi kerja.

"Mami ada call dia ke? Dia dekat mana. Mana tahu di Kuala Lumpur ke." Tetiba soalan diaju buat Puan Azura.

Wajah dipangung melihat Tajul Badrie menyoalkan tentang dia? Siapa yang dimaksudkan suaminya itu? Emel ke?

"Siapa?" Soalnya lagi sekali.

"Anak mami lah."

"Oh! Ada. Tapi tak pickup juga macam Emel juga perangai. Mungkin Line sana tak ada."

"Zaman makin maju, Line pun susah nak detect sekarang ye." Tajul Badrie menggeleng kepala lucu. Makanan yang terhenti tadi disambung semula.

Selesai saja dia menjamu selera. Jam dikerling. Dia bangkit dari kerusi. Puan Azura juga sudah habis makan turut bangkit. Sama-sama mereka berdua melangkah mendekati pintu utama.

"Papa pergi dulu. Kalau sempat lunch papa balik. Kalau tak mami keseorangan lah."

"Its ok. Mami faham. Tapi jangan lewat balik. Kena serbu office tu dengan mami."

Ketawa dengan gelabat isteri. Dagu Puan Azura dicuit. Tangan dihulurkan.

"Hati-hati." Pesan Puan Azura. Tangan disambut lalu dicium kusyuk.

Kereta yang dinaiki Tajul Badrie sudah hilang dari pandangan. Pintu ditutup melangkah kedapur semula. Dia bukan Puan besar dirumah agam ini. Dia hanya menjaga urusan rumah tangga yang diberikan buat dirinya. Tetapi sayang buat Tajul Badrie tetap kukuh seperti dulu.

Ruang tamu menjadikan tempat dia berlabuh. Sofa mahal yang diimport dari itali dia duduk. Mata dipejamkan seketika. Tiba dia teringat kata-kata Tajul Badrie.

"Selagi mami ada disini selagi itu Emelia tak akan menjejakkan kaki dirumah ini."

"Puan... Puan!" Panggil Mak Minah mengejutkan Puan Azura yang lagi sedar tidur.

Terus Puan Azura terjaga. Agak lama dia tertidur ke? Tubuh Mak Minah dipandang.

"Puan, Panggilan untuk puan dari hospital." Telefon dihulurkan.

"HAH?" Cepat dia menyambut panggilan tersebut.

"Apa!? Excident?" Terkejut dia mendengarkan hal ini. Lantas dia bergesa-gesa

"Puan kenapa? Siapa Excident?" Soal Mak Minah terkejut dengan berita yang dikeluarkan Puan besar.

"Tuan...Tuan Mak minah. Saya pergi hospital dulu. Apa-apa call saya."



" APA........!?"

"Betul Hans, sekarang papa you dekat hospital Pantai. Mami you yang call i tadi. Terkejut i." Ujar Sya.

Dia terkejut berita yang disampaikan Puan Azura tadi. Tergesa-gesa dia berlari mendapatkan Hans. Nafasnya masih tidak teratur. Sya mencari udara.

"Let's go." Tergopah-gapah mereka berlari. Dia tidak kisah reputasinya sekarang. Yang penting keselamatan Tajul Badrie.

"Syaaa... cepat lah. Emergency ni." Kaki sudah melangkah mendekati kereta. Sebaik lokasi shoot tidak jauh dari Hospital Pintai.

Kiri kanan dia mamandang. Tidak senang dia duduk ketika ini. Pelbagai rasa menghurung sekarang ni. Cuak pun ada. Mohon selamat Papa. Please.

"Cepat Sya. Tunjukkan skill you yang ada tu."

Kaki dimatikan saat berada didepan pintu utama hospital. Dia was-was untuk masuk kedalam andai dia ternampak perempuan perampas itu. Sya disebelah dijeling. Nafas ditarik dan dilepas.

Aras tingkat yang diberitahu oleh penjaga kaunter tadi sudah dia disisni. Cuma pintu wad saja tinggal ditolak olehnya. Nama penghuni bilik ini dibaca berulang kali. Nafas ditarik lalu dilepaskan semula.

"You tunggu apa lagi, Mak cik?" Suara itu membingitkan situasi betul. Emel menjeling disebelah.

Pintu ditolak perlahan. Kepala dimasukkan kedalam melihat situasi dan tetiba tubuhku didorong kedalam.

"Sya......." Geram dengan minah sorang ni.

Kedua pasangan yang berada dalam bilik wad terus mengalih pada pintu. Emelia.

Melihat saja perempuan perampas sedang lagi menyuapkan makanan buat Tajul Badrie buatkan hati dia bertambah sakit. Nak bersweet konon.

"Emelia...." Nama itu dipanggil. Tajul Badrie bangkit dari pembaringan lalu disandarkan pada kepala katil.

Suapan Puan Azura juga terhenti.

"Paa... macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Emel. Kaki mendekati katil. Wanita itu dijeling tajam.

"Alhamdulillah. Papa selamat."

"Emel, How are you?"

"Sehat! Tapi I tak sehat bila Nampak perempuan tu." Jerkah Emel. Telunjuknya dituju kearah Puan Azura.

Perempuan tu diam tidak berkutik bila dijerkah bergitu.

"Emelia! Papa tak ajar you cakap kurang sopan dengan mami."

Emel tidak menghiraukan kemarahan Tajul Badrie. Kaki mendekati perempuan perampas tu.

"You kalau tak reti jaga papa i, cerai je. Ni menyusahkan orang lain. You saja nak bolot harta papa I kan? Suka la you bila papa i jadi macam ni kan?"

"Emeliaaaa..." Lantang Tajul Badrie bersuara. Dia ingin berdiri tapi disekat oleh tube yang berada ditangannya.

Argh.

Jeritan Tajul Badrie menghentikkan perilaku. Pantas Emel mendapatkan Tajul Badrie semula.

"Papa....!" Serentak.

"Pa... are you ok?"

"No. No. Jangan dekat!" Pantas Emel menghalang bila melihat Perempuan perampas ingin mendekati Tajul Badrie.

Langkah kakiku mati bila tidak membenarkan dia mendekati Tajul Badrie. Jelingan Emel membuatkan dia tertunduk. Siapa dia ingin bersuara. Dia tak nak kebencian Emel bertambah malah dia biarkan saja berlaku.

"Emel! Tak baik you buat macam tu dengan mami." Dia mengeleng dengan sikap anak yang seorang ni. Dia tak larat nak melindungi isterinya. Dia tak mampu sekarang.

"I buat apa? Mami? Siapa? She is not my mother." Jawab dengan rasa tidak bersalah.

Tubuh Tajul Badrie dipapah oleh dia dan Sya. Tubuh itu dibaringkan semula ke katil.

"Its ok. Salah mami. Maafkan mami Mel."

"Hah. Bagus lah tahu tu semua. Apa lagi? Angkat kaki lah." Jerkahku.

"Emelia. Papa tak ajar anak papa tak ada adab dengan orang yang lebih tua."

"Mami keluar dulu."

Perlahan-lahan kaki dia melangkah keluar dari wad ini.

"Hans... Behave yourself. Hospital kot." Bidas Sya tak mahu mengeruhkan keadaan lagi.

Emel merengus geram.

"Sya! Bubur I mana?" Emel menjenggil matanya. Endah dan tak dia dengar teguran Sya tu.

Bubur dihulurkan lalu aku mengambil dengan kasar. Geram dia dengan Sya ni. Sengaja dia dimalukan. Biarlah perempuan tu rasa macam mana rasa sakitnya.

"I follow aunty Az."

Turut dia membontoti Puan Azura keluar. Dia biarkan Hans dengan Tajul Badrie luangkan masa bersama. Lama rasanya Hans tak balik sejak setahun lepas.

Usai saja penggangu antara mereka tiada disitu. Dia melabuhkan punggung dikerusi disisi katil. Tangan Tajul Badrie diraih dan dicium sungguh.

"Papa tak suka Emel biadab macam tu. Tak baik bercakap dengan orang tua seperti itu. Walaupun dia bukan mami Emel, tapi wajib ada adab. Bukan ke mama Emel ajar cara beradab dengan orang yang lebih tua?" Tuturnya lembut. Tak mungkin dia memarahi Emel yang sedang menziarahinya. Ini satu perubahan pada dirinya. Tajul Badrie cuba berlembut dengannya.

Emel ada bubur ni" Bubur yang dibawa tadi ditayangkan.

"Bubur tu mesti tak sedapkan?" Lantas bubur milik perempuan tu dia buang kedalam tong sampah.

Tak sempat dia mencegah tindakkan Emel itu sudah mendarat didalam tong sampah.

"Ni beli ke buat? Mesti beli kan. Emel mana tahu masak." Soal Tajul Badrie

Emel tersengih sampai ketelinga. Malu dia. " Mesti la Emel beli, Emel terus tergesa kesini dapat tahu papa masuk hospital."

Suapan Emel dia telankan juga walaupun sudah kenyang. Dia tak nak buat Emel rasa tersinggung.

Diluar bilik wad Puan Azura hanya menjadi pendengar gelak tawa anak beranak didalam. Adakah dia punca segalanya? Melihat suami dan anak tirinya bergelak sakan membuatkan dia rasa hiba.

Kerusi diluar dia duduk sementara menunggu mereka didalam. Tiga jam sudah Puan Azura diluar. Masih tiada kelibat Emel keluar dari situ, sempat juga dia mengisi perut. Mungkin dia masih ada didalam ataupun sudah pulang?

Pintu wad itu ditolak. Kepala dijenggukan kedalam. Kelihatan Tajul Badrie sedang terlena. Melihat sekeliling tiada Emel disisi. Dia melangkah masuk perlahan tanpa meninggalkan bunyi yang akan menggangu tidurnya.

Dihujung bilik itu sekujur tubuh sedang elok terlena. Dia menghampiri tubuh itu tanpa sebarang bunyi. Rambut panjang itu dibelai lembut. Lama tidak dia berjumpa wajah kacukkan ini. Cantik. Jujurnya.

"You buat apa ni ha?" Jerkah Emel perlahan tanpa meninggikan suara. Matanya melihat Tajul Badrie yang masih belum terjaga. Mata dibulatkan.

Tergamam tak terkata bila dia ditangkap seperti pencuri. Puan Azura mengeleng.

"Ma.....mi nak...." Gugup Puan Azura.

"Siapa suruh masuk? Saya benarkan kau jejak ha?" Dari Emel terbaring terus dia duduk menghadap perempuan ni. Kecik besar kecik besar je dia tengok sekarang ni.

"K.e.l.u.a.r!" Satu-satu Emel eja.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh