Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta I LOVE U CIKGU HAIKAL
I LOVE U CIKGU HAIKAL
SITI
30/5/2018 23:38:07
2,150
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Azkiya tercungap-cungapmenahan nafas setelah lama berlari keliling padang sekolah. Dia  kejar Mira yang jauh di depan.

“Lajunya kau lari.Tunggu la aku”. Bahu Mira ditepuk kasar.

“Asal kau lambat sangathari ni Kiya? Bukan selalu kau laju ke bab-bab lari ni”. Soal Mira dengan nafasturun naik menahan penat.

“Aku rasa tak sedapbadan la hari ni”. Wajah Azkiya ditoleh sekilas bagi memastikan kata-kata gadisitu. Kelihatan sedikit pucat.

“Kalau kau dah taklarat, kenapa lari jugak. Kalau jadi apa-apa kan susah”. Marah Mira sambilmenarik tangan Azkiya ke tepi padang. Dahi rakannya itu disentuh. Panas.

“Aku rasa okey ja tadi”

“Habis kau nak cakapbenda ni jadi tiba-tiba. Sepatutnya kau rehat ja di rumah. Tak apa la kalau kautak datang latihan hari ni”. Azkiya tersenyum tawar dengar kata-kata Mira.

“Hey awak berdua nicepat lari. Asyik nak berbual ja. Pantang ada masa free sikit”. Sergah Haikalkuat. Hari ni dia yang bertugas memantau latihan kawab kaki kadet polis.Sebelum mulakan aktiviti dia pastikan pelajar-pelajarnya warm up secukupnya.

Azkiya tarik tanganMira untuk berlari semula. Mira mahu beritahu Haikal keadaan Azkiya. tetapidihalang keras oleh Azkiya.

“Kau ni Kiya dah takboleh lari. Nak paksa diri buat apa?”

“Biar la,aku boleh jani. Lagi pun muka cikgu Haikal macam singa lapar aku tengok, tak nak la akududuk situ dengan dia. Baik aku lari dengan kau”

“Masalahnya sekarang nikau tak sihat. Kau sedar tak, kau tak sihat?”. Soal Mira marah dengan sikapdegil Azkiya.

“Azkiya cepat sikitlari. Awak ni lambat betul. Kalau asyik nak bersembang mana nak habis larianawak ni”. Haikal berlari anak bersaing dengan langkah Azkiya sambil mulutnyatidak henti berleter. Mira sudah jauh di depan meninggalkan Azkiya bersamaHaikal.

“Awak ni memang tak adastamina ke? lari sikit pun dah termengah-mengah. Lemah betul”. Azkiya lajukanlariannya meninggalkan Haikal yang sedap menbebel. Meluat dengan kerenah gurumuda itu. Semua yang berkaitan dengannya pasti tidak kena dimata guru itu.Haikal berdengus kasar. Dia menyusul langkah Azkiya laju.

“Okey semua. Hari nisaya dan Cikgu Ramli hadir sebab nak tahu level mana dah latihan awak semuauntuk menghadapi pertandingan antara sekolah-sekolah yang akan berlangsungtidak lama lagi”. Ujar Haikal ketika semua pelajar berbaris di hadapannya.

“Cikgu,kita dah dapatke tarikh pertandingan tu?”. Soal Tajul kepada Haikal.

“Kita belum dapattarikh yang tepat. Tapi, pertandingan tu akan berlangsung dalam bulan depan. Bermaknadua minggu dari sekarang”. Balas Haikal tegas.

“Cikgu yakin awak semuamesti sudah buat persedian yang rapi” Kata Cikgu Ramli sambil tersenyum diamencelah.

Mira cuit Azkiya lembut.Mahu pastikan gadis itu masih berada ‘disitu’. Keadaan Azkiya yang tunduk kebawah menyukarkan Mira melihat wajah gadis itu.

“Kiya,kau okey tak?”

“Hmmm. Okey”. Ringkasjawapannya. Pandangannya sudah berbalam-balam. Bahu Mira dipegang bagi mengimbangitubuhnya dari rebah.

“Kau jangan buat akurisau Kiya. Kau betul tak ni okey?”

Tubuh Azkiya yang sudahlembik dipegang kuat. “Cikgu,Azkiya pengsan”. Mira menjerit kuat. Semua matatertumpu ke arah mereka. Haikal paling cemas. Cepat dia berlari mendapatkanMira dan Azkiya yang sudah terkulai layu di riba Mira.

“Macam mana bolehpengsan ni. Tadi dia elok ja”.

“Dia kurang sihat. Dia adabagitahu saya tadi”

“Kenapa awak takbagitahu saya terus. Dah pengsan macam ni susah la”. Ujar Haikal tegas. Suara dianaik satu level. Tanda dia sedang marah dengan apa yang berlaku.

“Habis nak buat macammana ni cikgu?”. Soal Mira lagi. tak kan mahu dibiarkan Azkiya terbaring ditengah padang. Mahu diangkat dia tidak larat. Tubuh Azkiya agak berisiberbanding dirinya.

“Nak buat macam mana ?Tak kan saya nak dukung dia?”. Jawab Haikal.

“Tak apa saya boleh dukungAzkiya”. Cikgu Ramli menawarkan diri. Mira mengangguk laju memberi laluankepada Cikgu Ramli.

“Eh,tak payah cikgu”. Semuamata tengok Haikal termasuk Cikgu Ramli.

“Kenapa cikgu?”. Soal Mirapelik.

“Maksud saya cikguRamli tak payah dukung Azkiya. Sebab saya yang akan dukung dia”. Haikal terusmencempung tubuh Azkiya. langkahnya diikuti Mira dengan wajah penuh tanda tanyadengan kerenah Haikal.

Lima belas minitberlalu. Azkiya mula sedar. Pandangannya masih kelabu. Wajah pertama dicariMira.

“Aku dekat mana ni?”

“Baru pengsan limabelas minit. Bilik rawatan pun kau tak kenal dah” . Selamba Mira menyindirAzkiya.

“Kau ni Mira macam laaku hari-hari masuk bilik ni”

“Kau lain kali taksihat tak payah nak gagah diri datang latihan. Rehat dekat rumah ja”

“Hah awak dah okey ke?”.Wajah Haikal tiba-tba terpancul di depan pintu bilik rawatan. Mira dan Azkiyaterkejut.

“Kenapa pandang sayamacam tu? Saya tanya awak dah okey ke?”. Sekali lagi soalan itu diaju. Azkiyamengangguk laju.

“Bagus la begitu. Baru suruhlari sikit awak dah pengsan. Awak ni memang tak ada stamina. Lemah”. Tanpa rasamenyesal Azkiya diseranah sesedap rasa. Azkiya mendengus sambil memalingkanwajahnya.

“Kenapa diam? Suara dahhilang lepas pengsan”. Sindir Haikal lagi.

“Kenapa dengan Cikguni? Saya pengsan,bukan buat-buat pengsan. Kalau cikgu tak suka saya,tak payahtunggu sini. Cikgu pun tak sakit mata tengok saya”. Lama dia tahan. Akhirnya terluahjuga. Geram dengan sumpah seranah Haikal.

“Awak tu lemah sangat. Barulima round lari dah rebah. Kalau masuk medan perang, saya gerenti awak duluyang mati”. Bulat mata Azkiya dengar sindiran Haikal.

“Saya tak faham kenapasetiap kali jumpa saya,mental Cikgu terkoyak.Cikgu ni memang ada masalah mentalke?”. Geram yang bertapak di hati harus ditunjuk. Sengaja dia mahu membakarkemarahan Haikal.

“Apa awak cakap? Beraniawak ya cakap macam tu dengan saya”

“Kenapa pulak saya takberani? Cikgu anak raja ke”

“Awak ni!!!” CikguHaikal kehilangan kata. Dia mendengus kasar.akhirnya Haikal tinggalkan bilikrawatan itu dengan hati yang terbakar.

Azkiya tersenyumkemenangan. Mira tepuk pahanya. Tanda tidak puas hati dengan perbalahan Azkiyadengan guru mereka.

“Biarlah. Baru dia tahudia cari pasal dengan orang yang salah”

  

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.