Home Novel Cinta Setulus Rindu
Setulus Rindu
Symelik
16/6/2017 21:42:49
1,665
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

BAB 1

Hana berjalan kearah pejabatdalam keadaan terburu-buru. Ni lah padahnya bila iphonenya bunyi alarm diapergi tekan butang snooze, tak sedar diri awak tu baru nak kerja sementaratunggu nak sambung degree. Apa lah yang dia buat semalam sampai tak reti naktidur awal.

Hana terus masuk ke bangunan UOABangsar, dan dicapai kad id nya dan terus di letakkan pada pintu masuk, dalamlift boleh pula dia terlupa tingkat berapa office dia. Apa kalut sangat lahminah ni pun tak faham, dalam kekalutan Hana dia perasan ada seorang jejaka yangtinggi lampai dan berbadan sasa berdiri belakangnya. Nak apa dia ni, diamenoleh pandang ke belakang sikit. Dan mengangkat kepala dan keningnya sedikitmenandakan dia tanya “Nak apa kau ni ?”

Lelaki itu balas dengan pandangankereknya.” Samseng nau kau ! tepi lah sikit kau tu dah la boleh tahan comel.Nak tekan butang lift pun tak boleh. Kot ye lambat kau tak ada share tau dalambangunan ni.” Omel lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu berdehem, “Awak, tepisikit boleh ? atau awak tekan tingkat 10” Kata lelaki itu. Hana hanya memandangmuka lelaki tersebut dan berkata “Encik tak nampak ke saya dah tekan tingkat 10tu ? nak kata awak tak tinggi , tinggi orangnya.” Kata Hana. Lelaki itu sempatmenghadiahkan senyuman manis pada Hana sebelum membalas pertanyaan nya.

“Boleh je saya tengok kalau awaktidak begitu lebar dan menghalang pandangan saya Cik adik. Lagi satu saya naktegur sikit, dalam hidup ni awak perlu gunakan common sense tau , bukan cakappakai kepala lutut, awak cantik manis berpakaian tudung dan juga  berbaju kurung, manis dah tu. Tapi saying,jangan lah samseng sangat. Hmm , tak apa lah, saya minta diri dulu… oh ya..”panjang lebar hawau! Lelaki ni balas, hek’eleh kau apahal nak poyoh sangat?Muka handsome tapi mulut macam betina. Aku back hand kang. Duk bergayut apa diadekat pintu lift tu ? nak cakap apa lagiiiiiii?

“Saya harap, awak bukan salahseorang dari staff bawahan saya, saya kalau boleh tak nak berkerja dengan staffyang bodoh sombong macam awak ni. Well, just to keep my standard maintain. Lainkali tolong simpan sikit perangai penyangak awak untuk anak cucu ya?” Balaslelaki itu lalu melangkah pergi. Berapi muka Hana dengan apa yang baru laki tucakap. Nasib baik dalam lift ni aku dengan dia je suka hati je sound sound akukau ingat kau siapa? Eh geram betul lah!

Hana mengomel sambal berjalanmasuk kearah pejabat, dan menghempas punggungnya di tempat duduk. Terkejut siHajar dengan Hana, suka hati je si Gorila mini ni hempas punggung, patah jugakKerusi ni kejap lagi.

 

“Oi Hana, Aku tahu lah kau tumampu je nak bayar semua benda termasuk perabot dalam ofis ni. Tapi jangan lahterkejut kan aku macam tu. Ha, kau dah kenapa muka macam asam gelugor je akutengok. Ni mesti ada orang cari pasal dengan kau kan? Beraninya dia.” Sibuk SiHajar ni bertanya macam tahu-tahu je Hana tengah berapi dengan Lelaki PokokKelapa tu!

‘Haa , Aah! Aku memang tengahberapi ni, harap muka je stok-stok baiya jual carpet tapi yang stock hot nakmampus tu , tapi bila buka mulut macam betina kau tahu tak. Ada ke patutselamba je dia kutuk aku saiz besar! Eh hello, aku walau saiz besar pun, akukira hot tau! Yang dia nak kecoh sangat apahal? Ewah dia! Tak cukup dengan tuboleh pulak dia cakap aku bodoh. Walao memang dia tak kenal lagi Nur Hana Nadiani siapa. Sekali aku back hand dia bersepai dia dekat dinding” Membebel siHana, beria-ia dia lepas marah dia dekat si Hajar, ha kau nak sangat jadi busybody kan? Hamek! Aku hangin ni. Biji sagu punya mamat! Sambung Hana dalam hati.Hajar yang mendengar hanya menganggukkan kepala. Faham dah sifat kawannyasorang ni yang jenis mulut cakap lepas tapi baik hatinya . Sempat lagi si Hanani. Encik Hamidan yang berdiri di belakangnya pun tak perasan akan kewujudanbossnya disitu.

“Hana nanti masuk bilik meeting,bawak file progress event tu sekali. Si Mubin ni mana? Dia bukan ProjectManager ke yang patutnya masuk handle semua progress event yang kita bakaladakan ni nanti?” Arah Hamidan kepada Hana.

Tercekik sekejap airliur Hana ,Bila masa pulak orang tua ni sampai? Boleh pula Hana meroyan sebab marahkanlelaki entah siapa-siapa tu. Tapi tu lah, mana Mubin ni, Person yang inchargeuntuk cari dana dan sponsorship pun dia tak brief lagi event nak buat lagi 3bulan dah mentang-mentang aku assistant Project Manager aku pula yang kena handle.

“Mubin dia kata dia MC, nantisaya bawakan file untuk progression event itu ya Encik Hamidan?” Terpaksa lahbohong sunat, Malas Hana nak panjang cerita.

“Okay, please be in the meetingroom in 30 minutes. The director have ask for the progress” Kata Encik Hamidan.

Pelik Hana jadinya, setahu diamana ada director selain daripada Encik Hamidan, aduh siapa pula ni, dah lahMubin buat perangai Missing In Action kena culik dek hantu kopek ke apa seketulsyaitan ni. Tanpa melengahkan masa Hana mencapai file yang diarahkan oleh EncikHamidan dan mengorak langkah kearah bilik mesyuarat.

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Symelik