Home Novel Cinta Buah Hati Cik Sarimah
Buah Hati Cik Sarimah
Maa Medina
20/1/2017 18:06:23
64,902
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 22

“JAI! Awat hangtak jamu ayaq kat depa? Bertuahsungguh hang noh!” ujar Puan Jamila sambilmenjengul di muka pintu.

Jai baru pulangdari Solat Tarawih di masjid bersama-sama Razin Aniq, Shamsul Anas dan Zhafran.Mereka bertiga turut datang melepak di rumah Jai.

“Adoi, mak ni.Depa yang tak mau, nak salahkan kitapulak,” rungut Jai.

Dia, Razin Aniq,Shamsul Anas dan Zhafran duduk melepak di bawah bangsal kecil di luar rumah.

“Mak cik, takpayah buat air! Kita orang dah makan moreh tadi! Kenyang lagi ni!” tempikShamsul Anas, tidak mahu menyusahkan tuan rumah.

“Alah! Hangpa ni kalaumai rumah aku ja tak mau minum, tak mau makan, semua tak mau. Awat tak sedap kabarang-barang rumah aku ni?” soal Puan Jamila, sengaja memerli.

“Hisy, apa pulaktak sedap! Sedap sangat aih, takut ketagih aje nanti!” ujar Shamsul Anas disusuligelak ketawa rakan-rakannya.

“Hang loyaq buruk noh, Sham!” tempik PuanJamila sambil tersenyum lalu menuju ke dapur.

“Adoi... hingaq aih mak aku ni. Sakit telinga dengaq. Hangpa tak sakit ka?” rungutJai.

“Gila tak sakit. Nakmeletup gegendang telinga aku ni dengaqhang tau! Kah...kah...kah...” sokong Shamsul Anas dalam nada bergurau.

Jaimenggeleng-geleng.

“Tu pun dah cukupbaik hang ada mak, bodoh!”

Razin Aniq yanghanya termenung menyandar di tiang bangsal tiba-tiba membuka mulut. Begitu dalammaksud kata-katanya itu. Shamsul Anas dan Jai saling berpandangan.

“Kau dari sebelumtarawih sampai habis tarawih, handphonetak pernah tak lekat kat tangan. Cuba kau letak kejap. Menyampah akutengok,” ujar Razin Aniq, menegur Zhafran yang sejak tadi asyik memandang skringajet di tangannya.

“Entahlah dia ni.Asyik layan awek aje,” celah Shamsul Anas.

“Aku tengah look around ni. Mana tahu jumpa akaun WeChatbudak praktikal tu ke. Apa nama dia yang ala-ala klasik sikit tu, Fatimah keRogayah entah,” ujar Zhafran.

Riak wajah RazinAniq sudah mula berubah mendengar kata-kata Zhafran.

Sarimah! Nama ituyang terdetik dalam hatinya.

“Apa hal kau nak search account dia?” soal Razin Aniq,curiga.

“Nak trylah, nak buat apa lagi,” jawabZhafran, selamba.

Berdesing telingaRazin Aniq mendengar kata-kata Zhafran. Entah mengapa hatinya berasa tidaksenang jika ada sesiapa yang cuba mendekati Sarimah Aisya. Adakah ia suatuperasaan yang beristilah cemburu? Tidak berani diakuinya.

“Fuh, lawa betul Sarimah ni,” bisik Zhafran sambilmenghadap skrin androidnya. Tertera nama Sarimah Aisya Mohamad Khadi di akaunaplikasi WeChat itu.

Razin Aniq yangberada di sebelah Zhafran terdengar kata-kata lelaki itu lantas mencuri-curilihat dan mengalihkan pandangan ke skrin telefon pintar Samsung Galaxy NoteN7000 milik Zhafran.

“Mana kau dapatakaun dia?” soal Razin Aniq.

“Woi, apa hal dok usyar-usyarni?” soal Zhafran, cuba mengalihkan skrin androidnya daripada pandangan RazinAniq.

“Jawab ajelah,mana kau dapat akaun dia?” soal Razin Aniq, berkeras ingin tahu.

“Aku minta nombor diakat Kak Lin. Lawa betul minah ni. Putih. Gebu. Argh! Tak tidur malam aku macamni,” ujar Zhafran.

Tidak henti-hentipujian dihamburkan ketika skrin telefon pintar itu diskrolnya untuk melihat gambarSarimah Aisya di aplikasi WeChat perempuan itu.

“Mana?” soal RazinAniq lantas merampas telefon pintar Zhafran.

“Woi, bos! Kauni...” ujar Zhafran, cuba merebut semula telefonnya.

Namun, kepalanyaditolak Razin Aniq. Razin Aniq melihat gambar Sarimah Aisya yang terpampang diskrin telefon Zhafran. Ya, kecantikan Sarimah Aisya memang tidak dinafikan.

Tidak lamakemudian, Razin Aniq melemparkan Samsung Galaxy Note N7000 ke arah Zhafran.

“Hang tengok sapa woi? Anak sapa hang usyar sakan ni? Habaqmai,” soal Jai. Mukanya dikerutkan ke arah Zhafran.

“Hang tak payahkalut,” ujar Zhafran, membidas pertanyaan Jai.

“Huh, tak guna betoi! Woi! Minggu depan majlis bukakposa staf UUM makan apa woi?” soalJai.

“Mana aku tahu.Aku bukan AJK makanan,” jawab Zhafran.

“Bos, makan apabos?” soal Jai sambil memandang Razin Aniq yang sedang menggeliat.

“Melantak aje yanghang ingat. Makan aje apa orang bagi. Banyak tanya pulak,” jawab Razin Aniq.

“Aku bukan apa,aku tengah jaga diet aku ni. Aduh, hangpa tak fahamperasaan insan marhaen macam aku ni,” ujar Jai, pura-pura bersedih.

“Jaga diet konon!Insaflah, Jai. Kurangkan nafsu melantak hang tu di bulan Ramadan yang mulia ni,Jai,” usik Shamsul Anas.

“Yang hangtersengih-sengih sendiri apa kejadahnya?Sarimah mana hang usyar? Bak aku tengok,” ujar Shamsul Anas sambil memandangZhafran.

“Budak praktikalRazin tu. Cun,” jawab Zhafran.

“Woi, hang dah lawantauke ni. Dua-dua tu aku punya woi!” ujar Shamsul Anas sambil cuba merampastelefon pintar yang dipegang Zhafran.

Seperti biasa,mereka bertiga mula berbalah jika berbual-bual tentang topik perempuan, apatahlagi perempuan cantik. Razin Aniq yang memerhati hanya mampu menggeleng denganperangai kebudak-budakan yang dipamerkan rakan-rakannya.

Sarimah pun kaunak balun. Nasiblah kau Sarimah, melayan budak-budak ni, bisik hati Razin Aniq.

 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Maa Medina