Home Novel Cinta JADI ISTERIKU?
JADI ISTERIKU?
Maya Myra
17/8/2017 16:15:44
5,843
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

ARIANA  tergesa-gesa menuruni tangga, beberapa kali dia melihat jam ditangannya. ‘Argh! Sudah lewat aku, tak pasal-pasal Alex membebel aku pulak?’ Rungutnya.

         “Itulah Ariana, semalam aku ajak balik awal kau tak nak. Sekarang kau dah lewat jumpa Alex.” Sofea sudah tersenyum melihat gelagat Ariana.

         “Aku ingat tak jadi macam ni. Eh! Kau ada nampak tak handbag aku? Mana eh?”

Matanya melilau segenap ruang tamu.

            Tergaru-garu kepala Ariana mencari beg tangannya, Sofea sudah tergelak dengan sikap kalut Ariana itu.

            “ Itulah kau, letak merata-rata lagi... itu ha atas meja tu,” Sofea mengunjuk dengan jari telunjuknya beg tangan Ariana diatas meja.

            “Oh! Thank's ok...” Ariana memandang Sofea dengan senyuman yang terukir dibibirnya itu.

            “Sama-sama. Ariana, ingat tau petang nanti?” Sofea menunjuk isyarat kepada Ariana.

            “Aku ingatlah, aku pergi dulu …” Dia tersenyum mengukir memandang Sofea.

            Ariana membelok keretanya menuju ke tempat parking dibawah pokok. Dia mencapai beg tangannya dan fail biru atas tempat duduk penumpang. Dia mengerling jam tangannya menunjukkan jam 9:30 pagi. ‘Fuhh! Nasib sempat sampai, pagi ni pula jalan tak sesak… selamat!’ Dia melirik senyumannya.

            Kalut Ariana melangkah kakinya menuju masuk ke dalam bangunan yang tersergam tertera nama Zufri Holding. Dia terpana sekejap dengan nama yang tertera besar dihadapan pintu masuk bangunan tersebut. Deringan telefonnya bergegar didalam handbag, dia menggagau tangan didalam bag tangannya itu. Keningnya berkerut melihat nombor yang tidak bernama tertera di skrin telefon Sony Xperia miliknya. ‘Siapa pula ni?’ Dia malas ingin menjawab panggilan tersebut, dia cukup fobia dengan nombor tidak ada nama. Mana tahu panggilan hangit dari Shell ke? Itu yang malas dia nak melayan!

            Ariana membetulkan rambutnya yang sedikit kusut diterbang angin diluar tadi. Bukk! ‘Aduh! Tiang apa pulak aku langgar ni?’ Ariana menggosok bahunya yang terasa sengal apabila terlanggar sesuatu.

            “Buta ke! Jalan punya luas sini juga kau nak langgar?” Pemuda itu menggosok dadanya.

            Telinga Ariana menangkap suara seseorang dihadapannya itu. Keningnya sedikit terangkat apabila terpandang kasut hitam yang berkilat itu. Perlahan dia memanggung kepalanya melihat gerangan suara yang menegurnya dengan tidak sopan itu. ‘Macam galah!’ Sempat dia perli pemuda tersebut.

            “Sorry encik, saya tak sengaja tadi…” Ariana cuba merenung mata pemuda itu disebalik kaca mata hitam yang dipakai pemuda dihadapannya. Sia-sia sahaja!

            “Kau buta ke, atau memang sengaja langgar aku? Bodoh!” Dia merenung wajah Ariana.

            Ariana mencebik geram, apabila pemuda dihadapannya itu berani memakinya. ‘Erghh! Tiang gergasi ni mencabar aku ke apa?’ Bentak hatinya.

            “Maaf encik, saya memang tidak sengaja tadi.” Ariana cuba menahan perasaan geramnya terhadap pemuda dihadapannya itu.

            “Woi! Kau tengok sekeliling kau ni, kawasan luaskan? Yang kau bodoh sangat lalu jalan aku apahal?” Dia menunjal kepala Ariana.

            Ariana tercengang, berani sungguh lelaki dihadapannya itu menunjal kepalanya, ‘Weh! Kau ingat kepala aku ni bola ke apa? Sedap  hati kau je nak tunjal-tunjal! Tak apa, kau tengok apa aku akan buat!’ Membuak-buak perasaan marahnya dengan pemuda diihadapannya itu.

            Ariana menarik nafas dalam-dalam lalu di hentaknya kasut tumit tiga incinya diatas kaki pemuda itu. Puas hatinya!

            “Auch!” Dia memegang kakinya yang terasa sakit dihentak oleh Ariana tadi.

             Ariana melangkah cepat-cepat masuk ke dalam lif, sempat dia menujuk ibu jarinya ke bawah kepada pemuda itu.

             Syed Zafril mengerut menahan sakit dikakinya itu, ‘Tak guna punya perempuan! Jaga kau…’ Dia masih menggosok kakinya yang rasa sengal-sengal. Dia berjalan terhencot-hencot menuju ke arah pintu keluar.

            Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 50-an menggeleng kepalanya melihat gelagat mereka berdua tadi. Dia tergelak kecil dengan apa yang dia lihat tadi antara Syed Zafril dengan budak perempuan tadi, dia terus melangkah masuk menuju ke dalam lif.

            Ariana melihat Alex sudah pun berada di hadapan pejabat Dato’ Syed Zufri. Tersengeh-sengeh dia memandang  Alex. Ariana mempercepatkan langkahannya menuju ke arah Alex yang sedang berbual dengan pekerjanya.

            “Sorry, I'm late...” Tersenyum kepada Alex.

            “It's ok, you ada bawa file tu?” Alex memandang Ariana.

            “Ya, I ada bawa… ini,” Menyerahkan file tersebut kepada Alex.

            “Ariana, kejap okay? I nak kenalkan pada you seseorang,” Alex memalingkan wajahnya memandang seorang pemuda yang sedang meneliti kertas-kertas diatas meja.

            Alex  memanjangkan langkahannya menuju ke arah pemuda yang berkacamata hitam yang sedang leka meneliti kertas diatas meja. Alex membisikkan sesuatu ditelinga pemuda tersebut, sambil tangannya menunjuk ke arah Ariana.

          “Ariana, ini saya kenalkan pada awak orang yang akan membantu awak dalam kerja-kerja nanti. Encik Hazril,” Ujar Alex.

           Ariana berpaling, dia terkejut melihat pemuda dihadapannya itu. Seluruh tubuhnya kaku memandang pemuda yang diperkenalkan oleh Alex kepadanya. Bibir Ariana bergetar. ‘Hazril! Takkan kot dia…’ desis hatinya.

           “Hazril…” Ariana tidak dapat meneruskan kata-katanya.

           “Ariana…” Hazril memandang tepat ke dalam anak mata Ariana.

            Mereka saling berpandangan, terkunci mulut seketika. Hazril tidak menyangka akan bertemu Ariana semula selepas pertemuan mereka kali terakhir dua bulan yang lepas. Dahinya berkerut, rasa rindu dan juga rasa bersalahnya terhadap Ariana selepas apa yang telah dia lakukan terhadap Ariana.

             “Saya Hazril,” Hazril menghulur tangannya.

             “Ariana,” Ariana menyambut huluran tangan Hazril, terasa genggaman kuat ditangannya. Dia cuba ingin menarik tangannya dari genggaman Hazril, lagi erat Hazril mengenggam tangannya itu. Mata Ariana memberi isyarat agar Hazril lepaskan tangannya itu, ‘Hish! Lepaslah tangan aku ni! Apa kata Alex nanti tengok aku dengan Hazril berkelakuan macam ni?’

             “Okay! Dah berkenalan? Ikut saya nak tunjukkan bahagian mana yang harus kamu berdua buat.” Alex berjalan menuju ke sudut ruang pejabat milik Dato’ Syed Zufri.

             Hazril lama memandang Ariana, dia terlalu rindu dengan gadis dihadapannya itu. Namun, dia matikan sahaja angannya itu kerana dia tahu tidak mungkin Ariana akan kembali kepadanya.

             Ariana tidak keruan, Hazril masih memandangnya. Dia mencapai fail diatas bangku sebelahnya terus dia mempercepatkan langkahannya mengekori belakang Alex.

            “Okay, bahagian ini you buatkan satu lakaran dan masukkan elemen-elemen yang client kita inginkan itu. So! Bolehlah you all bincang bersama nanti macam mana nak buat elemen yang lain okay?” Alex menepuk perlahan bahu Hazril yang tersenyum kearahnya. 

            “Okay,  you usah bimbang. Pasti memuaskan hati you dan client kita nanti”  Kata Ariana sambil membelek fail ditangannya.

            “Baiklah, saya harapkan awak berdua buat yang terbaik untuk client kita itu. Any problems?” Tanya Alex.

           “Tidak,” Serentak mereka mengiyakan.

           Hazril memerhati kelincahan jemari Ariana melakar diatas kertas dengan penuh tekun. Dia melangkah menuju kearah Ariana. Dia berdehem beberapa kali, supaya Ariana menyedari akan kehadirannya itu.

            “Ariana…” Hazril memandang Ariana yang masih melakar diatas kertas.

            Ariana terkesima sebentar, ‘Hish! Boleh tak jangan panggil nama aku macam tu?’ desis hatinya.

           “Ehem! Ariana, saya…” Hazril menguatkan lagi dehemnya kepada Ariana.

            Ariana bengang dengan kelakuan Hazril yang memang sengaja cari pasal dengannya. Di letaknya pensel atas meja dengan kasar. Matanya memandang wajah Hazril yang sengaja tersenyum puas apabila Ariana mengalah jua memandangnya. ‘Keadaan macam ini pun nak buat hal ke?’ Bentak Ariana didalam hatinya.

            “Pandang pun awak tengok saya, ingat dah tak nak pandang lagi?” Hazril tersenyum meleret memandang Ariana yang sudah wajahnya kemerahan menahan marah.

            “Encik Hazril, awak nak buat apa? Awak tahukan sekarang ini kita sedang bekerja, to be profesional sikit okay?” Ariana mencebik geram memandang Hazril yang masih tersengeh kepadanya.

           ‘Aku tahu, kau masih cintakan aku kan? Ariana… Ariana, I love you so much.’ Bisik hatinya.

            “Apa? Awak nak apa dari saya…” Ariana menyelit rambutnya dicelah cuping telinganya.

           “Saya nak awak semula…” Tutur Hazril jelas pada pendengaran Ariana.

          Ariana memejam matanya, dengusan kasar dilepasnya. Dia merenung tajam ke arah Hazril, ‘Hazril ni benar-benar mencabar kewibawaan hati aku!’

         “Enough! Please Zril jangan campur adukkan hal peribadi dengan hal kerja. Tolong buat kerja awak, sebelum Alex lihat kita macam ni!” Ariana memaling mencari kelibat Alex, mujurlah Alex tidak ada disini.

         “Fine Ariana!” Hazril mendengus

kasar.

          Hazril berlalu meninggalkan Ariana yang masih memandangnya. Hatinya geram dengan sikap dingin Ariana terhadapnya, dia mencapai kertas diatas meja lalu dia kembali semula kepada Ariana yang menyambung membuat kerjanya semula.

            “Nah!Awak lihat elemen-elemen yang saya dah buat.” Hazril menyerahkan kertas yang telah dia lakarkan itu kepada Ariana.

             Ariana memandang sekilas kepada Hazril sambil mengambil kertas yang dihulurkan itu. Mukanya mencebik marah.

             Hazril merenung tajam kearah Ariana. Dia merentap kertas yang masih belum dilakarnya diatas meja terus berlalu. Ariana merenung Hazril dengan tindakan tersebut.

            “Huh! Nak tunjuk ego konon…” Dia menekan kuat pensel diatas kertas lakarannya itu.

             Ariana asyik membelek hasil lakarannya itu, dia tidak sedar dirinya sedang diperhati oleh seseorang. Senyumannya sedikir terukir apabila terasa puas melihat hasil kerjanya itu. Dia berharap Dato’ Zufri suka akan hasil cetusan ideanya itu.

             Telinga Ariana terdengar seseorang berdehem disebelahnya, dia geram dengan Hazril yang masih tidak serik-serik mengganggunya lagi. ‘Tension aku dengan mamat ni!’ Dengus hatinya.

             “Awak nak…” Pantas Ariana menekup mulutnya ternyata bukan Hazril disebelahnya tadi.

             “Saya minta maaf, buat awak terkejut.” Dia tersenyum sambil mengelus misainya.

             ‘Err, jangan kata dia nak miang keladi pula?’ Desis hatinya. Matanya memandang sekeliling berharap Alex cepat kesini. ‘Harapkan Hazril pula entah kemana menghilang.’ ‘Erk! Aku cari Hazril pulak?’ Dia menelan air liurnya yang terasa tersekat-sekat.

              “Are you okay?” Dia cuba memegang bahu Ariana.’

              Ariana mengundur setapak ke belakang menjauhi lelaki tua dihadapannya itu. Jantungnya dah start melompat-lompat sakan didalam! ‘ Hish! Seorang pun tak ada dalam pejabat ni, kemana habis lari?’ Rungutnya.

              “Eh! Jangan takut, saya tak apa-apakan awak. Maaf buatkan awak takut pulak dengan saya,” Dia tersenyum meleret memandang Ariana yang sudah pucat.

               “Ariana!”

               Ariana memalingkan wajahnya memandang arah suara yang memanggilnya itu, dia mengurut lega dadanya apabila Alex datang dekatnya.

               “Are you okay Ariana? Pucat wajah awak saya lihat,” Alex merenung Ariana yang masih terkebil-kebil memandangnya.

               “Ariana!” Alex menepuk perlahan bahu Ariana.

               Ariana tersedar apabila Alex menegurnya. “Err, Alex…” Matanya menunjuk isyarat lelaki disebelahnya itu.

              “Ohh! Lupa pulak saya…” Alex tersengeh memandang Ariana, terus dia tergelak kecil baru faham kenapa Ariana berkeadaan sedemikian rupa.

          “Kenalkan, ini Dato’ Syed Zufri pemilik Zufri Holding ini.” Alex memperkenalkan kepada Ariana.

          “Maafkan saya pasal tadi,” Ariana memohon maaf sambil menyambut huluran tangan Dato’ Syed Zufri dihadapannya itu.

          “It’s okay Ariana, saya faham…” Dato’ Syed Zufri tersenyum memandang Ariana.



                                   ***

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.