Home Novel Cinta Le' Charmer
Le' Charmer
Andrea
8/8/2017 12:11:07
2,247
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3


"Fuhh.. Sejuk siot.." Tuala di badan aku ketatkan. Bibirku menggigil akibat kesejukan. Pintu bilik aku kunci rapat dari dalam. Langkah aku susun menghampiri meja kecil yang terletak bersebelahan dengan katilku. Alat kawalan jauh penghawa dingin aku keluarkan dari dalam dada laci meja tersebut. Suhu penghawa dingin direndahkan. Tak betah rasanya untuk aku duduk dalam keadaan sejuk-sejuk sebegini. Terasa sengal-sengal habis satu badan. Kemudian, aku berjalan pula menuju ke set meja solek berkonsepkan kontemporari moden bersebelahan dengan wardrobe.

Masa mula-mula masuk rumah ni dulu. Memang aku dah aim dulu dah bilik ni sebab susun aturnya yang ringkas dan banyak ruang. Aku boleh bergerak dengan bebas. Nak main guling-guling dekat tengah-tengah ruangan bilik yang berlapikkan karpet berbulu nipis ni pun boleh. 

Macam cerita Hindustan pulak dah! Hahaha. 

Aku memang penggemar sesuatu yang berkonsepkan kontemporari. Jadi sebab itulah Zahra memberikan bilik ini kepadaku. For mesimple is elegant. Very much sophisticated, just like me…

Secara asasnya, kondominium yang aku diami selama sudah hampir 5 tahun ini adalah kepunyaan Zahra. Kondominium ini sah menjadi milik Zahra pada hari jadinya yang ke-22. Papanya, Dato' Haslam yang menghadiahkan kondominium ini kerana waktu itu kami sedang melanjutkan pelajaran tahun kedua di peringkat Degree. Sewaktu kami sama-sama masih lagi menuntut di universiti dahulu, perkhidmatan hostel memang terhad. Hostel yang ada semuanya dikhususkan untuk pelajar-pelajar freshie tahun pertama sahaja. Senior macam aku, Zahra dan Sophea dihalaunya keluar. Jadi, memang takda tempat tinggal melainkan kami menyewa. Nak menyewa bukan satu masalah tapi masalahnya sekarang, nak cari rumah itu yang susah. 

Jadi, Zahra mengambil tindakan bijak dengan mengusulkan isu ketiadaan hostel kepada papanya. Jangan tidak tahu. Cik Zahra ini memang sangat berbakat dalam bidang lakonan. Tidak aku hairan sekiranya papanya sendiri boleh termakan dengan pujuk rayunya itu. Jika tidak, masakan classmates kami menggelarnya Drama Queen jika dia tidak pandai berdrama? 

Kalau nak diikutkan,  Zahra dulu  request nak rumah biasa-biasa saja. Tapi papa dia hadiahkan suite pula. Advance babe, advance

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi kecil berkusyen baldu di hadapan meja solek. Dalam keadaan menopang dagu, kedua-dua belah tanganku menoleh-noleh pipiku ke kiri dan ke kanan untuk membolehkan aku membelek wajahku yang sedikit pucat ini. 

Pelembap muka daripada produk berjenama Garnier yang tersusun elok di atas meja solek aku capai sebelum penutupnya aku buka dengan cermat. Kemudian aku tuangkan sedikit pelembap tersebut ke atas facial cotton sebelum menyapunya ke serata muka dengan lembut.


Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi…


I’m at the parking lot basement 2.


                What?! What is he doing here? Aku terkejut tatkala membaca pesanan WeChat yang baru aku terima daripada Tengku Fauzan Emerson itu.


                You buat apa dekat situ? Tunggu siapa?


                WeChat yang diterima daripada Fauzan itu aku balas dengan segera. Dalam otakligat berfikir gerangan apakah yang membawa Tengku Fauzan itu sampai ke mari. Ada hal mustahak ke sampai dia perlu ke sini?

Beberapa saat kemudian. Satu lagi pesanan WeChat aku terima. Masih dari pengirim yang sama.


                I tunggu you lah. Nak tunggu siapa lagi? Hurry up ThiaI give you 15 minutes to get dress up.


            Belum sempat aku membalas. Satu lagi pesanan WeChat aku terima.


                Okay correction30 minutesMaximumNow get your ass upHurry up!


                Eh dia nak jumpa aku? Pelik. Bermacam-macam persoalan bermain di minda. Apa hal pula mamat ni nak jumpa aku? Nak marah pasal malam tadi ke? Ke sebab nak complaint yang dia sakit belakang sebab kena 'angkut' aku sampai ke bilik? Rasanya takda lah berat mana aku ni. Kan?


                Okay waitI'll be there in 30 minutesMinimum!


                Aku membalas pesanan WeChat Tengku Fauzan terlebih dahulu sebelum dengan segera pergi bersiap. Mujur saja aku baru lepas mandi dan ingin bersiap selepas selesai berborak dengan Zahra tadi. Kalau tidak, mahu berjanggut tuan putera seorang itu nak menunggu aku bersiap. Kesian pula dekat dia nanti. Tak pasal-pasal boleh tertidur dalam kereta. Tengku Fauzan Emerson memang sudah sedia maklum tentang tabiatku yang suka mengambil masa yang sangat lama untuk bersiap ini.


"Hey darling… You look very beautiful, Thia." katanya saat melihat aku terjengol di muka pintu kereta. Pintu kereta Roll Royce itu aku buka besar sebelum melompat masuk ke dalam kereta.

Hari-hari bertukar kereta mamat ni. Semalam Ferrari, hari ni Roll Royce. Dan esok? Mungkin Koenigsegg pula. Aku jugalah yang masih setia bersama keretaku yang harganya hanya mampu membeli sebiji tayar Ferrari saja.

                "Nahh… Jemu dah dengar pujian tak ikhlas you tu Fauzan..." Aku mencebik. Bibir sengaja aku juihkan. Mengundang tawa Fauzan.  

                "Hahaha. I ikhlaslah Thia. Tak baik tahu cakap macam tu. Kecil hati I yang suci dan bersih ini. Ouch!" Fauzan menggedikkan suaranya. Dikecilkan sedikit suaranya bersama tangan yang sengaja diliuk-lentokkan ala-ala seorang penari eksotik. Geli hati pula aku melihatnya.

"Oh LordCome on Fauzanyou seriously don't need to do that. Creepy!" Aku memberi Fauzan pandangan ‘I can’t believe you just do that’ bersama bahu yang sengaja aku jongketkan dan kening yang terangkat sedikit. 

                "Eleh.. Sekali-sekala.. Who cares?"

                "I do!" balasku pantas. Mata kujegilkan ke arahnya. Berdekah-dekah Fauzan ketawa. 

"So where do we up toCoffee house?"

                "YupBen's." Fauzan senyum. Matanya memfokus pada jalan raya di hadapan. Dia menggunakan laluan tengah. Tiba di satu simpang, Fauzan membelokkan kereta ke kiri. Memasuki susur jalan menuju ke Hartamas Height .

            Aku melemparkan pandangan ke luar kenderaan sebelum berpaling menghadap Fauzan yang tampak sangat bergaya bersama kaca mata hitam Ray Ban-nya. 

            “You yang hantar I sampai ke bilik malam tadi?” Lambat-lambat aku bertanya.

Fauzan senyum. “Yup. Kenapa? Tak boleh?”

“Takdalah. Pelik. Boleh pula Zahra tu izinkan you masuk sampai ke dalam bilik.” Aku mengerutkan dahiku. Fauzan ketawa kecil. 

Kenapa dia ketawa? Aku ada cakap sesuatu yang kelakar ke? Pelik betullah dia ni. 

Fauzan menjeling sekilas ke arahku sebelum matanya kembali fokus pada pemanduan. “Oh, I call dia dulu. Waktu tu I kejutkan you, tapi you tak bangun-bangun. So I decide untuk dukung you.” katanya tenang.

“Dukung I? Hello, I boleh jalan sendirilah.” Lengannya aku cubit. Berdecit lelaki berkemeja lengan panjang berwarna navy blue itu. 

“Jalan sendiri? Haha. So funny. I kejut you banyak kali pun you tak bangun Thia. Inikan pula nak jalan sendiri. Lagi pun I tengok you tidur lena sangat. Like a babyPerhaps, a sleeping beauty.”

Aku ketawa. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa malunya aku apabila Fauzan terpaksa mendukungku. Bersama muka yang sudah kemerahan, aku berterima kasih kepada Fauzan. “Haha. Macam-macamlah you ni. Anyway, thank you.”

No problem baby.” Fauzan menoleh ke arahku. Daguku dicuit manja. Terkekek-kekek aku ketawa. 

Apabila tawaku sudah mulai reda, Fauzan kembali bersuara. “Thia, can I ask you something?” Serius wajahnya bertanya. Tiada lagi sengihan seperti tadi. Yang ada hanyalah Fauzan yang sedang memandu bersama rahang yang berdenyut-denyut. Seperti menahan marah. Ataupun menahan emosinya daripada menguasai diri. 

Hurm. What is it Fauzan?” Soalannnya aku jawab dengan soalan juga. 

Last night waktu I hantar you sampai ke bilik tu…” Dia berhenti sampai di situ. Ayat tersebut dibiarkan tergantung sebelum dia menyambungnya kembali. 

“Waktu I nak keluar dari bilik you, I saw a picture of you with a guy. Damn good looking handsome man. Well-dressed. Who is he, Thia?”

Sepantas kilat aku berpaling. Terbeliak kedua-dua bola mataku mendengar kenyataan yang baru meluncur laju dari mulut lelaki di sebelahku ini. “You selongkar bilik I, Fauzan?!” Naik satu oktaf nada suaraku. Tiba-tiba aku naik hantu.

ArghhhI hate this.

Fauzan kelihatan tersentak dengan perubahan pada oktaf suaraku itu. Segera dia memperlahankan pemanduannya dan menoleh ke arahku. Bahuku cuba di usapnya namun pantas aku tepis sekuat hati. Bersama dada yang berombak-ombak menahan marah aku mencerlung tajam ke arahnya. 

Siapa sangka orang setenang aku boleh berubah menjadi seekor naga betina dalam sekelip mata?

Tersedar akan cerlungan aku itu, Fauzan mula bersuara untuk meredakan ketegangan di antara kami.  “Hey chill baby chill. I tak selongkar. I nampak gambar tu terselit dekat celah cermin meja solek you.” jelasnya dengan suara yang terketar-ketar.

Aku berpaling kasar. Pandangan aku lemparkan ke luar kenderaan. Penjelasannya tidak aku endahkan. Melihatkan aku yang sedang membisu tanpa sebarang suara ini, Fauzan bersuara lagi. Masih mencuba untuk menjelaskan perkara sebenar. 

Trust me, Thia. I tak selongkar privacy you. I was wondering and still wondering until now if could that man in your photo be your boyfriend?” Nada suaranya berubah. Aku mendengus geram. Jari-jemari aku genggam sekuat hati. 

Rasa macam nak cekik orang!

That’s none of your business.” sangalku tegas. Gigi aku ketap dengan kuat. Urat-urat hijau di dahiku mula kelihatan. 

Aghhh! Kenapa dengan kau ni Thia? Angin semacam je? Ishhh. Aku memarahi diriku sendiri apabila tersedar yang aku sudah jauh hanyut dibuai amarah. 

Thia, you can count on me. Always! Kalau you nak share apa-apa, you can share it with me.”

It was nothing to be shared with, Fauzan.” marahku. Cermin mata hitam di dalam beg tangan aku ambil dan sarungkan ke wajah. 

Fauzan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “But…”

Fauzan, enough is enough, okayLet’s not talk about this again. Can we?” pintaku. Aku cuba mengawal nada suaraku supaya kembali normal. Emosi juga aku tahan daripada terusan menguasai diri dan meledak. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku benci berbicara mengenai perkara ini. Selama ini tiada siapa yang tahu kewujudan gambar itu. Bahkan, keluarga aku mahupun Sophea dan Zahra sendiri tidak pernah tahu mengenainya. 

Okay baby. As you wish…

Thanks.” Mata aku pejamkan. Penat. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya sepuluh minit terasa seperti 10 jam! 

I hate this situation. It kills me!




*********************************************************************************



7.30 pm.


            

Itulah waktu yang tertera pada jam elektronik di dinding bilikku kini. Ahh, aku dah lambat! Aku sepatutnya bertolak dari rumah pada pukul 7.00 malam lagi kerana jarak di antara kondominium yang aku diami ini agak jauh dengan Hotel Mandarin Oriental. Itu tidak termasuk dengan kesesakan lalu lintas yang perlu aku tempuh lagi. 

Padan muka kau Thia. Berborak sangat sampai tak ingat dunia. Kan dah lambat. Aku mengutuk diriku sendiri. 

Inilah padahnya apabila terlalu leka berbual dengan Fauzan sampaikan aku tidak sedar yang jam sudah pun menginjak ke jam 6.30 petang. Habisnya, kelam-kabutlah aku menyuruh Fauzan menghantarku pulang semula ke kondominiumku yang tidak berapa jauh jaraknya dari coffee house yang kami berdua melepak tadi. Hampir kurang 10 minit sahaja jangka masanya.

Dalam kepala aku mencongak-congak dan memikirkan jalan terpantas untuk aku sampai ke destinasi tepat pada waktunya. Perasaan rungsing yang bermukim sangat mengganggu fikiranku saat ini. Aku takut jika aku tidak sempat untuk sampai awal daripada waktu yang telah dijanjikan. Aku sangat punctual apabila berurusan dengan masa. Pada aku, ketepatan masa itu penting. Ianya menunjukkan kredibiliti dan kesungguhan seseorang dalam menjalankan tugasan dan tanggungjawabnya. Dan apabila lambat sebegini, ya, sudah tentu aku cuak!

I’m a dead meat!

Apalah tanggapan Dato’ Mauri jika aku sampai lambat dari waktu yang telah dijanjikan. Aku mengeluh lagi buat kali yang ke berapa entah. Terlalu banyak mengeluh sampai tak terkira bilangannya.  

Sebelum beredar keluar, aku sempat menilik penampilan diri buat kali terakhir. Semuanya tampak sempurna sahaja. Di cermin panjang terpapar imej diriku yang tinggi lampai dan ditambah pula dengan kasut tinggi berjenama Charles & Keith yang bakal aku sarungkan nanti. Makin tinggilah jadinya apabila aku yang berketinggian 180 cm ini memakai kasut tinggi setinggi 5 cm itu.

Aku memilih untuk memakai sesuatu yang ringkas. Jadi, pakaian untuk makan malam bersama Dato’ Mauri pada malam ini hanyalah kemeja berlengan panjang jenis kain sutera berwarna coklat cair yang dipadankan bersama seluar jeans berpotongan rugged skinny berwarna hitam. Rambut aku biarkan lepas. Solekan pun tiada yang begitu ketara. Aku mengenakan solekan tipis sahaja. Gincu bibir berwarna nude dan lipgloss dalam rona warna yang sama. Tiada sebarang solekan dikenakan pada bahagian mata. Cukuplah sekadar di bibir sahaja.

Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, barulah aku melangkah keluar menuju ke ruang tamu. Di situ, terdapat Sophea yang baru sahaja balik daripada berjumpa dengan keluarganya. Sophea tekun menonton televisyen sehinggakan gadis petite itu tidak sedar akan kehadiranku.

"Sophea, I nak keluar kejap. Don't wait for me yaa. I ada dinner tonight.” Aku bersuara apabila Sophea masih lagi tidak perasan akan keberadaanku disebelahnya.

Aku berdeham. “Ehem ehem!”

Masih tiada respon.

“Sophea, I nak keluar ni.” Sekali lagi aku bersuara. 

Masih tiada respon juga.

Haihh. Dah kenapa dia ni? Dua kali aku ulang masih tak toleh-toleh lagi. 

Aku membasahkan tekak sebelum sekali lagi bersuara buat kali ketiga. Kali ini, bahu Sophea aku tepuk kuat.

“Sophea, I nak keluar!” jerkahku. Naik satu oktaf nada suaraku.

Sophea kelihatan tersentak dengan jerkahanku. Mata aku kenyitkan. Sophea memandangku dengan mata yang terkebil-kebil. Nampak gayanya, Sophea memang sedang mengelamun. Jika tidak, masakan dia boleh tersentak sampai sebegitu sekali. Kehadiranku disebelahnya juga tidak disedari. Berkali aku perlu ulang benda yang sama pula tu. Dia ada masalah besarkah? Jarang sekali aku melihat sahabat baikku yang sudah aku anggap seperti kakak kandungku ini mengelamun sampai macam itu sekali. Jasad dan rohnya seperti terpisah jauh.

Dengan muka yang jelas masih blur, Sophea bertanya, "Haaa? DinnerWith who?"

Aku garu kepala. "With someone.. Err.. Dato’ Mauri if I'm not mistaken. Don't worry. I'll take care of myself. Promise!" Tangan belah kanan aku angkat gaya ingin melafazkan ikrar. Pipi Sophea aku cium pantas sebelum kaki berjalan laju menuju ke pintu utama.

"Yeahh... Take care, baby... Do not be too late... If not I’ll lodge a police report say that you went missing for days..." pesan Sophea bersama tawa kecil sambil kaki mengekori aku sampai ke pintu gril. Pintu gril dibukakan untukku.

Almari kasut aku buka untuk mengambil sepasang kasut tinggi berjenama Charles & Keith yang masih tersimpan elok di dalam kotak kasut. Kasut aku sarungkan ke kaki sebelum menutup semula pintu gril dari arah luar. Sophea yang bersandar pada dinding bertentangan dengan almari kasut memerhatikan gerak geriku.

"Alright, babeSee ya later!" Aku melambai ke arah Sophea. Sophea membalas lambaianku bersama sebuah senyuman manis.

Oh aku tahu kau tak ikhlas untuk senyum tadi Sophea. Aku kenal kau. Kenal sangat. Dan aku pasti ada sesuatu yang berat sedang mengganggu fikiran kau saat ini. Tidak mengapa. Perkara itu akan aku siasat nanti.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.