Home Novel Cinta DARA
DARA
TASHA SAIN
27/2/2018 22:27:05
11,552
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 4

“Ian…” Suara garau seorang lelaki mengejutkan dia bangun dari tidur. Ian masih belum membuka matanya. Akalnya berfikir dalam tidur. Suara siapa tu? Kenapa bukan suara Afiqah yang kejutkan aku daripada tidur macam biasa?

            Akal memaksa mata yang masih berat dibuka. Silau pandangannya ketika dia cuba membuka matanya itu. Dia blur. Keadaan begitu terang. Tapi, bukan terang lampu. Ini terang matahari! Aku kat mana ni?

            Dia memerhatikan diri sendiri yang hanya berselimut putih tebal tanpa seurat benang pun pada badan. Dia cepat-cepat duduk dengan tangan yang masih memegang selimut. Yangpasti, ini bukan bilik asrama. Tempat ini terlalu janggal. Sepatutnya, tiada selimut begini di asrama. Ian urut kepala yang sedang berdenyut-denyut sakit.

            “Dah bangun?”Suara yang sama mengejutkan dia tadi muncul dari arah depan. Ian angkat muka.Ternganga dia melihat Iskandar yang hanya mengenakan shower coat.

            “Dajal! Kau buat apa pada aku hah? Bangsat!” jerit Ian seakan histeria. Semua kata-kata sumpah seranah dilemparkan kepada lelaki durjana itu. Sebenarnya, dia tak perlu bertanya.Dalam keadaan dia dan apa yang sedang Iskandar kenakan sudah terangkan semuanya.

            Iskandar gelak besar. “Rasanya, kau tak ingat semua benda ni. Kau tak ingat, kau yang buat semua kesan merah ni pada aku, huh?” Iskandar selak shower coatnya mendedahkan beberapa tompok merah yang dicap pada leher dan dada sasa lelaki itu.

            Ian pandang sekeliling. Dia mencari baju outing yang dikenakan semalam. Dalam poket baju sepatutnya ada sebotol kecil air sabun. Dia mahu paksa Iskandar telan airitu! Bair mampus! Dengan memegang selimut, dia membongkok untuk mengambil baju yang terdampar di atas lantai.

            “Kau cari ni?”Iskandar tahu apa yang sedang dicari Ian. Dia tunjukkan botol biru kecil yang sama dalam fikiran Ian. Ian baling bajunya ke lantai semula dengan sumpah seranah yang masih tak berhenti keluar dari mulutnya.

            “Kenapa kau tergamak buat aku macam ni? Apa salah aku pada kau, bangsat?!” rintih Ian.

            Iskandar ketawa lagi. Dia masukkan tangan dalam shower coatnya. “Jangan salahkan aku seratus-peratus. Kau tak ingat, kau yang merayu-rayu semalam. Kalau aku tak bawa kau ke sini, entah mana-mana lelaki yang kau sebat nanti. Tak percaya? Nak bukti? Ni, buktinya.” Seketika kemudian, satu adegan panas dia dan Iskandar diatas ranjang dimainkan di televisyen.

            Tidak sampai beberapa saat video itu dimainkan, satu perhiasan kaca yang ada di atas mejalampu sebelah katil dicapai Ian. Sekuat hati dia baling perhiasan kaca itu ketelevisyen. Pecah skrin televisyen itu dibuatnya. Video itu serta-merta tertutup.

            Iskandar ketawa lagi. Perbuatan Ian dirasakan menggelikan hainya. “Tak apa. Aku ada copy. Aku boleh tengok untuk lepaskan rindu nanti…”

            Semua sumpah lancang keluar dari mulut Ian. Dia tak rasa ingin merayu pada syaitan di hadapannya.Tubuhnya terasa begitu panas akibat marah yang melampau.

            “Memandangkan aku puas semalam, jom, aku hantar kau balik asrama…” Iskandar pandang sekilas jampada tangan. “Walaupun sekarang dah pukul sembilan.”

            “Kau boleh berambus! Aku tak perlukan pertolongan kau, setan!” jerit Ian sekuat hati.Tekaknya pedih akibat jeritan itu.

            Iskandar jongket bahu. “Up to you, then. Tepi tu, ada duit. Dua ratus. Cukup untuk buat tambang balik asrama kan?”

            Ian capai duit lalu dikoyak-koyak di hadapan Iskandar. Dia tak akan terima apa-apa daripada syaitan itu.

            Iskandar tanpa segan menukar baju dan seluar di hadapan Ian.

            “Aku dah bayarsemuanya. Kau tak payah pergi depan receptionist nanti. Kalau kau nak tahu, dia orang jadi saksi betapa tak sabarnya kau semalam.” Iskandar ketawa halus.

            Ian mencari sesuatu untuk dibaling. Sekali lagi, perhiasan kaca di tepi meja lampu sebelah kiri pula diambil lalu dibaling ke arah pintu yang sudah hampir ingin tertutup.

            Ian benamkan wajahnya pada lutut. Menangis tak berlagu dia di situ. Rasanya, dia ingin bunuh syaitan itu. Kepalanya sakit memikirkan dia tewas lagi di hadapan Iskandar!

 Ian angkat muka. Dadanyaturun naik. Dia pelik! Macam mana dia berada di atas katil itu. Memori terakhiryang dia ada ketika dia duduk di taman belakang hospital. Apa yang terjadiselepas itu, memang langsung tiada dalam ingatannya.

            “Hospital? Mak?!”Baru dia teringat, yang dia perlu menjenguk mak. Cepat-cepat dia bangun darikatil, masuk ke bilik air untuk mandi dan kenakan baju yang dipakai semalamwalaupun dia jijik ketika ini. Dia berlari keluar dari bilik itu untuk kehospital semula.

 

SAMPAI sahaja ke hospital, Ian terus ke wadyang menempatkan mak semalam. Alangkah terkejutnya dia, buka sahaja pintu wasitu, wad kosong! Ian masuk ke dalam wad mencari kalau-kalau mak berada di dalamtandas. Tiada pun.

            “Mungkin mak dahkeluar tak?” Ian senyum gembira tapi dia mahukan pengesahan. Mendengar darimulut doktor dan nurse sendiri lebih menyakinkan.

            Ian melangkah kekaunter. “Nurse, boleh saya tau di mana pesakit wad 303. Namanya,Darlina Abdullah,” sopan Ian bertanya.

            “Sekejap, sayaperiksa rekod.” Nurse membalas.

            Tidak sampaibeberapa saat, nurse bersuara. “Puan Darlina sudah meninggal dunia. Pagitadi, 12.30 pagi.”

            Terdiam kaku Iandi situ. Dia berangin tiba-tina. “Nurse cakap apa ni?! Nurse janganmainkan hidup mati mak saya! Semalam doktor cakap, dia cuma demam! Macam manabenda kecil macam tu boleh buat orang meninggal dunia?!” Ian hamburkankemarahan kepada nurse. Mahu dicekik nurse yang kelihatanterpinga-pinga di hadapannya ini.

            “Dalam rekod nitulis, Puan Darlina Abdullah memang telah meninggal dunia! Takkan saya nakmenipu cik pulak!” tegas nurse. Dia mencari kelibat doktor yang dipertanggungjawabkanuntuk pesakit wad 303 itu.

            Ian pandang arahyang sama apabila nurse tadi menjerit memanggil doktor yang baru keluardari biliknya.

            “Ada apa Kak Azianpanggil saya?”

            Tanpa perlu nurseyang dipanggil Kak Azian itu menjawab, doktor wanita itu sudah tahu apa yangmembuat dirinya dipanggil ke kaunter apabila melihat Ian.

            “Doktor, doktoryang cakap semalam, mak hanya luka pada tekak kan? Mana mak saya, doktor? Diadah balik kan? Doktor yang bagi dia balik kan?” Sudah menangis-nangis Ian disitu. Tangan doktor yang dipegang mengharap apa yang dia dengar daripada nursetadi dusta sama sekali. “Tolonglah cakap doktor yang bagi mak saya balik!Tolonglah…” rayu Ian.

            Air mata doktorwanita itu bergenang. Tangan sejuk Ian turut dipegang. “Minta maaf. Itupermintaan Puan Darlina. Dia minta saya rahsiakan keadaan dia kepada anak dia.Sebenarnya, sudah beberapa kali di berhadapan situasi kritikal begitu. Dia…”

            Ian lepaskantangan doktor dengan kasar. “Habis tu, mana mak saya?!” jerit Ian di situ tidakmempedulikan orang yang melihat dia terjerit-jerit seakan histeria. “Saya cuma tanyamana mak saya! Saya tak minta doktor bagi apa-apa penerangan!”

            Doktor tadimemandang Ian penuh simpati. “Jenazah sudah dituntut keluarga pukul satu pagitadi. Awak perlu cepat! Jenazah akan dikebumikan pagi ni!”
            Ian bergegas ke arah tangga.Dia terjatuh dari tangga apabila berlari dengan baju kurung outingsekolah ini. Sakit pada lutut dan tapak tangan tidak dihiraukan. Dia mahusegera pulang ke rumah. Melihat sendiri mak dan berharap apa yang diberitahu doktordan nurse itu tipu sama sekali. Mereka berkomplot untuk menipunya.

            Teksi ditahan.Apabila masuk sahaja, dia merayu pada pemandu teksi India untuk membawa selajumungkin. Dua keping RM50 yang memang itu sahaja tinggal dalam dompet dihulurkankepada pemandu.

            “Tolong…Tolongbagi saya pinjam telefon encik…Saya ada seratus ringgit. Saya boleh bagi semuaduit saya ni, kalau encik nak. Tolong, pinjamkan saya telefon encik! Saya perlupinjam untuk buat panggilan penting!” Ian merayu-rayu.

            Pemandu India yangbaik hati itu berikan telefon bimbitnya. “Tak apa. Tak apa, adik. Saya kasipercuma saja. Gunalah telefon ni. Adik cuma bayar tambang saja nanti.”

            Menangis-nangisIan ucapkan terima kasih. Setelah itu, beberapa kali nombor banglo Pak CikHashim didail. Nombor telefon bimbit mak juga. Tapi, kedua-duanya tidakdiangkat. Nombor Pak Abu pula tak ada dalam otaknya. Sepanjang perjalanan kebanglo, tangan Ian tidak berhenti mendail nombor itu berharap ada sesorang yangakan menjawab panggilan itu walaupun orang itu Iskandar!

           

            

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh TASHA SAIN