Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta SHIA
SHIA
AnnSelasih
20/5/2017 00:25:03
7,996
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27


Kedai dibuka sedikit lewat di hujung minggu. Beberapa orang kampung dah sedia menunggu di luar. Setelah itu, ruang yang dipenuhi rak barang itu lengang kembali. Hanya dendangan lagu  dari kotak pembesar suara mengisi hening. 


Kata-kata Nedim pagi tadi masih meresapi fikiran. Kelibat lelaki itu masih tak kelihatan semenjak Shia sibuk menguruskan kedai. Shia melangkah keluar menjenguk ke halaman rumah. Kereta Nedim tiada di situ .  Gadis itu putuskan untuk menyibukkan fikiran di stor. Banyak perkara yang perlu dihitung dan diperhati di ruang yang sesak itu. Mungkin hal Nedim boleh tenggelam di dalam kesibukan. 


Apabila Shia keluar semula ke ruang hadapan, Nedim sedang menantinya di meja besar bersebelahan kaunter kiraan. Lelaki itu duduk di atas meja dengan sebelah paha menyendal tubuh. Gulungan rambut ikal Nedim mencecah kolar baju.

Shia perasan tubuh  jejaka itu tersemat pakaian serba baru. Walaupun dah tahu apa jawapan Nedim, sengaja Shia bertanya lagi sekadar memulakan bicara.

“Awak pergi ke mana tadi?”

Laju goyangan sandal baru Nedim. Senyuman menyapa Shia sebelum bicaranya.

“Saya ke pekan sekejap. Beli barang sedikit.”

Tak semena-mena Shia mencapai gunting dan menghalakan muncung tajam ke arah belakang tubuh sepupunya. Nedim tergamam lantas bingkas bangun. Kedua tangan lurus ke depan dengan tapak tangan menghadap Shia.

“Eh! Bawa bersabar. Awak nak buat apa ni Shia?”

Gunting di tangan gadis itu diangkat lebih tinggi. Shia tayang sengih. 

“Kalau dah pegang gunting, tentulah saya nak gunting. Pusing belakang, rapat sedikit ke sini. Tak sampai tangan saya ni kalau awak berdiri di situ.”


Tangan putih mulus dilarikan ke rambut. Mahkota kepala yang licin  diusap-usap lembut.

“Untuk pengetahuan awak, tempat saya merapi rambut ni jauh sikit. Kena naik kapal terbang baru sampai ke salon tu. Kalau awak nak repair gaya potongan yang menawan hati semua gadis ni, tak perlu rasanya. Lari dia orang nanti tengok saya.”

Shia ketawa sehingga terhenjut-henjut baju. Pandangan sinis Nedim ditepis.

“Saya tahu awak banyak duit. Nak gunting rambut pun sampai naik kapal terbang. Tapi takkanlah awak nak tayang harga baju mahal tu dekat semua orang kampung.”


Nedim terkedu. Cepat-cepat dia meraba belakang leher. Setelah itu, bibir itu sengih panjang. Dia merapat jarak tubuh mereka dan menghalakan belakangnya kepada Shia.

“Awak jangan bimbanglah. Saya tak akan buat apa-a-pa yang awak tak suka tanpa keizinan awak terlebih dahulu. Saya berjanji.”

Keikhlasan dan kesungguhan pada nada suara di belakangnya membuatkan Nedim bingkas berpusing. Gadis itu menghulurkan tanda harga yang telah digunting. Kertas diambil dari tangan Shia. Walaupun kertas kecil itu dibelek-belek, hakikatnya Nedim sedang merenung bait kata-kata Shia tadi. Dia perlu tahu maksud tersirat di situ. Namun, tak sempat dia buka mulut untuk bertanya lanjut, Shia perjelaskan bicaranya lagi.

“Termasuklah hal berkongsi hidup dengan awak.”


Dah tentu Nedim rasa lega mendengar akur janji sebegitu. Nedim masih mencari kepastian.

 “Awak tak menyesal? Ganjaran yang awak lepaskan tu amat besar  Shia. Kalau awak tak boros sangat, harta yang bakal awak miliki itu takkan habis walaupun tiap-tiap hari awak belanja.  Saya jamin harta itu mampu kekal sampai dua keturunan, kalau awak berkongsi hidup dengan saya.”

“Cukuplah kehadiran awak dan nenda sebagai ganjaran terbesar dalam hidup saya. Seumur hidup akan saya hargainya.”


Lelaki di hadapan Shia itu mencekak pinggang sambil merenung lantai simen. Jari jemari sekali lagi dilarikan ke rambutnya. Hembusan nafas Nedim panjang. Setelah itu wajah dengan mata yang sedikit berkaca itu kelihatan amat manis dengan sebuah senyuman lebar.

“Sebenarnya saya ni taklah begitu kedekut sangat. Ini ganjaran pertama yang ingin saya kongsikan dengan awak.”

Sebuah beg kertas berwarna hitam diletakkan atas meja. Shia boleh nampak ada kotak putih kecil di dalamnya. 

“Nedim! Ini hadiah untuk apa sebenarnya? ”


Suara Nedim semakin tidak kedengaran. Selangkah demi selangkah lelaki itu mengundur.

“Ganjaran kerana membahagiakan saya. Terima kasih atas pertimbangan baik awak, Shia.”

Shia masih terkial-kial memikir maksud ayat Nedim tadi semasa susuk lelaki itu hilang sepenuhnya dari pandangan mata. Dia telah membahagiakan Nedim? 


Kereta Audi biru tua berhenti sebentar di hadapan kedai. Nedim melambai-lambai dari dalam kereta sebelum meluncur laju. Shia bergegas ke ruang hadapan, memandang punggung kenderaan yang semakin mengecil di mata.

“Aku ingatkan makhluk bernama Adam je yang aneh… ”


Tap! 

“Aduh!”

Baru nak senyum dah mengaduh. Shia menggosok-gosok kepala yang terasa pedih. Seketul batu kecil mendarat di kaki Shia. Apabila Shia mengangkat wajah, ada suara garau menyeru namanya dari balik pokok cermai.

“Hoi! Aku lah! Aku nak jumpa kau. Tempat biasa.”

 Satu masalah dah pergi, datang pula masalah baru. Shia hanya mampu mengadu pada diri sendiri.

 “Aduhai Walid, apa lagi salah aku?”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.