Home Novel Cinta Cintaku Berlagu Salju
Cintaku Berlagu Salju
zeel lela
8/3/2018 09:05:34
9,918
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Sudah hampir satu bulan Aja beradadi hospital. Walaupun sudah lama sedar daripada koma. Namun kecederaan dibahagian kepala dan tulang belakang pmaish lagi perlu di pantau. Namnun sudahseminggu Aja mula berlatih untuk berjalan.

 

Dengan penuh cermat Aja menghayunkanlangkahnya menghalla ke tingkap biliknya. Merenung titisan hujan yang mengalirdi atas cermin tingkap. Cukup tenang keihidupannya sekarang. Banyak masa di habiskandengan membaca Al-Quran dan beribadah. Dengan bantuan Sarah yang sentiasa beruasahauntuk dia mencuba mengingati kenangan masa lalu akhirnya ingatannya sudahkembali pulih sedikit demi sedikit.

 

Semakin dia cuba mengingati kenangandi masa kini, mimpinya juga semakin mengarut. Hampir setiap malam dia mimpikan peristiwakemalangan yang dialaminya dan dalam mimpinya itu dia didatangi oleh seoranglelaki bernama Shah.

 

Siapa Shah?

Aku kenal ke?

Kenapa aku selalu bermimpikandirinya?

 

Sudah berhari-hari diamemikirkan tentang itu. Harini dia nekad untuk melanjutkan pertanyaan tentangShah pada Sarah. Mana tahu Sarah mengenali lelaki itu.

 

“Sarah, kakak nak tanyasikit.. harap Sarah tak marah” Aja cuba untuk dekat serapat  yang mungkin di sisi Sarah.

 

“kenpa sejak dua menjak nikakak selalu mimpikan Shah? Shah tu siapa ? kalau akak kenal dia, kenapa diatak pernah melawat akak pun?

Bertalu-talu soalan yangterpacul dari  bibir Aja.

 

Sarah cukup terkejut dengansoalan itu. Dalam banyak-banyak orang tidak Sarah sangka lelaki itu juga yangakan muncul di benak fikiran kakaknya.

Dengan helaan nafas yang cukupberat Sarah memulakan kata. “ Dulu akak pernah jatuh hati pada seorang lelaki, NamanyaShah. Tapi bukan rezeki dan jodoh akak untuk berkahwin dengannya.  Dia dah pun bertunang …..tapi tak mengapalahakak. Itu semua kisah lama kan. “Sarah mengusap lembut dahi kakaknya danmenghadiahkan seyuman manis.

 

“dia bertunang dengan siapa?”  senyuman Sarah tiba-tiba mati. Seboleh-bolehnyadia tidak mahu menyebut nama perempuan yang melukakan hati kakaknya.

“Oh Sarah tak kenal kak. Maybekawan-kawan office dia juga kot” Sarah cuba berlagak tenang walaupun perasaanbersalah menghimpit kerana menipu.

 

“Oh okeylah kalau macam tu. Tapiingat jangan sorok apa-apa dari akak tau” Aja kembali ceria dan nampak berpuashati dengan jawapan yang diberikan adiknya itu.

 

“Selagi Sarah hidup. Sarahtakkan iizinkan siapa pun yang lukakan hati kakak.” Monolog Sarah serayamenghala nafas Panjang.

 

 -----------------------------------------------------------------------------------------------

 

“SyukurAja dah pulih dan nampak mamin sihat sekarang. Boleh lah auntie Mala dapat menantulepas ni” seloroh Datin Mala sewaktu menyambut kedatangan Aja dan Sarah dari KualaLumpur.

Aja danSarah menyambut gurauan itu dengan senyuman. Buat masa ini, Aja masih lagitidak terbuka hati unuk menjadi isteri sesiapapun.

 

Tiga harilalu kesihatan Aja semakin pulih dan dibenarkan untuk menaiki kapal terbang. Rindusungguh Aja pada tanah tumpah darah kelahirannya negeri Kedah Darul Aman. Negeriyang terkenal dengan negeri jelapang padi itu cukup disayangi Aja kerana suasananyayang tidak terlalu sibuk serta dihiasi sawah padi yang menyejukkan pandangan.

 

Sarahdan Aja duduk di ruang tamu rumah Datin Mala sambil menghirup jus manga yangdisediakan pembantu rumah mereka. Terimbau sebentar memori sewaktu Aja memulakankerjanya sebagai pembantu tukang masak di rumah itu. Tiba-tiba kakinya ringanhendak melangkah mencari piano putih yang dahulu dia pernah sentuh . olehkerana keterlanjurannya jugalah, dia dihina dan mula mengenali nama “Shah”.

 

“Auntie,boleh tak Aja nak cuba main piano ni? Aja tahu piano ni Abang Shah yang punyatapi sekejap saja Aja nak mencuba”

 

Panjangsungguh permintaan Aja kali ini.

 

“jangansentuh apa-apa barang atas piano tu Aja, main saja tak apa”  Aja mengngguk lalu menarik kerusi dengancermat. Piano putih itu cukup indah pada pandangan matanya persis cerita Korea.Perlahajn-lahan Aja memejamkan mata dan jri-jemarinya mula menari di atas setiapnote.

 

Bagaikansiang tiada mentari

Bagaimalam tiada cahaya purnama

Tanpamutiada erti hidup berdua

Ke akhirmasa kau cinta

 

Bagaikansyurga tanpa bidadari

Kau ibarathembusan nafas terakhir

Pulanglahsayang usah kau berpaling

Di siniku pasrah menanti

 

Tanpa sedar Aja mengiringialunan muzik dimainkan olehnya dengan nyanyian. Lagu Sonata Musim Salju nyanyianHazami adalah lagu kegemarannya Bersama arwah ayahnya. Tanpa sedar juga, airmatanya menitis kerana merindui arwah ayah dan ibunya.

 

“Ya Allah, aku cinta dan sayangpada mereka ya Allah. Kau amounkanlah dosa-dosa ayah dan ibuku dan tempatkanlahdi kalangan orang-orang yang beriman”

 

 rindu.....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zeel lela