Home Novel Cinta Jannatul Firdaus
Jannatul Firdaus
Jung Siti
17/3/2024 02:50:35
1,464
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

“So, when do you guys want to get married?”, tanya Madam Xiao kepada Felix dan Rebecca. Mereka kelihatannya sedang makan di sebuah jamuan mewah.

“Sekarang pun boleh…”, kata Felix.

Rebecca tersedak mendengar soalan itu dan mendengar jawapan Felix.

“Not right now auntie, I need to focus on my career first. Need some time”, senyum Rebecca.

“Don’t wait too long, Felix tak boleh tunggu tu. Auntie pun”, ketawa Madam Xiao.

“Fate brings together those that are a thousand miles apart. If sit near, but the fate is not right now. What can we do?”, kata Mr. Xiao yang sedang makan.

Madam Xiao memandang suaminya, “eh eh… what do you know about them? The faster the better”.

“What? Betul apa saya cakap. It’s all about fate and destiny”, kata Mr. Xiao.

Rebecca hanya tersengih. Rebecca mengajak Felix untuk keluar dari situ.

“Ma… pa… Felix keluar dulu dengan Rebecca”, kata Felix.

“Ohh okay bye bye.Hati-hati”, teruja Madam Xiao melihat Felix dan Rebecca keluar berdua.

Mr. Xiao hanya mengangguk sahaja sambil menyambung makan.

“Kenapa awak macam tak sokong je anak kita dengan Rebecca. Can’t you feel excited for them?”, kata Madam Xiao.

Mr. Xiao memandang isterinya seraya berkata.

“I’m not cheering for anyone. I’m in the neutral zone”, ringkas Mr. Xiao.

Atas permintaan Rebecca, Felix bersama Rebecca pergi ke sebuah tempat hiburan. Setelah setibanya mereka di sana, Rebecca agak liar bersosial dengan kenalannya.Sementara Felix pula mengawal Rebecca dari bertindak semberono.

“Dah Rebecca,balik jom”, kata Felix.

“Don’t wanna”,kata Rebecca yang tidak berapa sedar.

“Let’s go”, Felix membawa Rebecca keluar dari situ. Kemudian, dia menghantar Rebecca pulang kerumah. Setelah selesai, Felix kembali dalam kereta dan melihat jam menunjukkan pukul 5.45 am. Mujur hari Sabtu, fikir Felix. Sepuluh minit Felix termenung,memikirkan apa sebenarnya yang sedang dia lakukan sekarang?

Tanpa membuang waktu lagi, Felix pergi ke kedai serbaneka 24 jam berhampiran dan membeli kopi tin. Kemudian, dia singgah di taman berhampiran untuk duduk-duduk sebentar.Taman itu lengang dek kerana hari masih pagi buta, tetapi sudah ada sedikit orang yang berjoging pagi.

Felix menghirup udara pagi. Dia masih tidak berasa mengantuk walaupun bermacam-macam yang dia lalui hari semalam. Siang bekerja, balik kerja bersiap-siap untuk hadir jamuan malam. Kemudian pergi ke tempat hiburan bersama Rebecca sehingga pagi.

Felix mengeluh dengan fikiran kosong. Setidaknya, udara pagi buta ini membuat dirinya lebih nyaman berbanding dengan apa yang dia lalui semalam. Mungkinkah kerana efek alam semula jadi? Fikir Felix.

“Bismillahirrahmanirrahim.Wassyamsi wadhuhaaha…”, seeorang membaca.

Felix terdengar sesuatu dan melihat di sekitarnya. Dia mendapati ada satu perkumpulan lelaki yang sedang duduk di meja taman bersama dalam 6 orang.

‘Apa bendalah diorang duduk berkumpul pagi-pagi buta macam ni?’, Felix berasa pelik. Dek kerana rasa ingin tahu, dia turut mencuri dengar perbualan mereka.

“… Walaa YakhofuU’qbaaha”.

“Sodaqollahul Azim…”, semua di situ membaca perlahan.

“Alhamdulillah,boleh ambil masa 2 ke 3 minit untuk tadabbur surah as-syams ni atau apa yang dia rasa reflek dengan kehidupan dia”.

“Untu surah as-Syams ni, kita dapat nampak di awal-awal ayat dia banyak cerita tentang nature tu sendiri. Tentang matahari, tentang bulan, tentang siang yang menampakkan dgn jelas, malam yang menyelubungi hari tu sendiri. Tentang pembinaan langit dan bumi yang dihamparkan tu. Nak katanya, kenapa Allah mention semua ciptaan yang hebat-hebat ni?”kata Aziz.

“Nak katanya perlunya kita kepada pemerhatian ke atas ciptaan-ciptaan Allah yang Maha Hebat ni. Perlunya kita fikir kebesaran-kebesaran Allah ni untuk kita reflek pada diri. Ya Allah betapa banyaknya nikmat yang Kau telah berikan ke atas diri kita yang sekecil-kecil ni. Dalam kesibukan masa kita bekerja tu sendiri atau bermasyarakat,kadang-kadang merasakan masalah dunia tu sangat besar sehingga lupa pada nikmat yang lebih besar tu. Itu apa yang saya rasa reflek pada diri saya”, sambung Aziz lagi.

“Saya pun sama macam Aziz juga, macam sayakan sedang buat thesis tentang macam ilmu falak kan sekarang. Banyak jelah consult dengan prof tu. Rasa macam setiap apa yang Allah ciptakan tu. Ketertiban, pusingan dan proses-proses dia sangat-sangat cantik.Bulan tu ada fasa-fasa dia, untuk manusia tu sendiri hidup dengan selesa di dunia. Contoh kalau tiada matahari habislah mati manusia sejuk beku. Nak katanya takkanlah kita tak menghargai itu semua dan take it for granted kan? Sebab tulah sangat pentinglah remind ourself. Apa tujuan hidup kita ni? Sampai Allah bagi sebesar-besar ciptaan untuk kita selesa di dunia. Takkanlah setakat belajar, kerja, kahwin, mati?”, kata Eiman pula.

“Jazakumallahu Khairan Kathiran Antuma. Betul je la kan, apa yang Aziz dan Eiman cakap. Nanti Haikal dan Faizal bagi refleksi masa penutup ya. Harini abang nak share surah as-Syams ni surah ke 91 dalam Al-Quran, diturunkan di Mekah dan ada 15 ayat. Kita go through sikit dulu ya”, kata Ikram.

“Surah as-Syams ni, Allah sebenarnya bersumpah di atas makhluk-makhluk dia yang besar-besar tu.Macam tadi Aziz dan Eiman cakap, matahari bulan siang malam langit bumi.Massive creatures kan? Dan bukan setakat itu, ada disebut juga fungsi dia. Matahari yang sinar di pagi hari, bulan yang mengirigi, siang yang menampakkan,malam yang menutupi. Kemudian ada cerita tetang kekukuhan langit yang dibina serta bumi yang dihamparkan”.

“Nak ajak kita ni berfikir? Even benda besar ni ada tujuan, hingga manusia selesa hidup di dunia ni dengan setiap proses alam yang Allah jadikan, dan kita tak sedar benda tu.Rasa sangat overwhelm dengan dunia. Dah jadi millionare, nak jadi billionaire,kalau ada trillionare nak achieve sampai trillionaire. Dah dapat Dato’ nak jadi YB, dah jadi YB nak jadi Tun dan segala apalah jawatan yang ada tanpa memikirkan apa tujuan nak capai semua keinginan tu? Untuk Islam atau hanyalah kemahuan diri which is nafsu tu sendiri?”.

“Wa nafsiw wamasawwaha. Bukan hanya mention tentang makhluk alam semula jadi saja, tapi Allah mention tentang kita juga. Manusia… Demi jiwa dan penciptaan yang sempurna. Nak kata Allah ciptakan kita sempurna, sesuai apa adanya. Maksudnya apa?”.

“Asal kejadian manusia suci fitrahnya, Wanafsiw wama sawwaha. Allah bezakan manusia dengan malaikat, haiwan. Ada fitrah yang bersih Allah tiupkan roh. Manusia ni actually sukakan kebersihan kebaikan. Kalau perkara jahat ni dia macam ada rasa sensitif, benci. Ini adalah orang yang bersih lagi fitrahnya. Contoh zina, tanya mana-mana agama. Semua tak setuju. Arak? Merosakkan fikiran dan tindakan jadi tak terkawal. Jadi nak katanya manusia ni fitrah dia sebenarnya kepada kebaikan cuma perlukan risalah yang tegas dan jelas apa yang benar apa yang salah”.

“Kerana itu Allah utuskan Rasul. Untuk surah as-syams ni ada diceritakan tentang how Nabi Saleh ni mengingatkan kaum dia untuk kembali kepada Allah dan ingatkan mereka semula pada tujuan hidup. Kita pula, Nabi Muhammad (SAW) yang membawa al-Quran tu serta hadis untuk mengingatkan kita untuk selalu get back semula kepada tujuan hidup. Abang akan sambung surah ni di liqa’ yang seterusnya. Jadi Haikal dan Faizal boleh buat closing lah apa yang dapat pagi ni dan apa yang antuma boleh simpulkan untuk dapatan liqa’ kita kalini”, senyum Ikram.

“Hehhehe…”, Haikal sengih memandang Faizal. Faizal turut senyum tersengih-sengih mencari idea untuk memberi masukan. Yang lain ketawa kecil melihat gelagat mereka berdua.

Felix melihat perkumpulan itu, dia juga sedikit tersenyum. Brotherhood katakan. Sudah lama juga dia tidak keluar bersama rakan-rakan lelakinya, tetapi perkumpulan ini rasa menenangkan. Rasa macam lari sebentar dari dunia yang mencekik itu. Felix tenggelam di dalam fikiran yang membawa seribu satu persoalan. Mungkin ke dia perlu join yoga atau aktiviti spiritual bersama rakan-rakan? Tapi adakah rakan-rakannya ingin ikut sekali. Felix menggeleng. Jauh dia berfikir.

Felix melihat sahaja lelaki-lelaki itu bangun dan masuk ke Kawasan surau yang berhampiran taman. Hanya seorang sahaja yang masih duduk di situ masih membelek-belek buku dan satu kitab.

“Hai?...”, tanpa sedar Felix menghadiri lelaki itu.

Bacaan al-Quran Ikram terganggu sebentar tatkala ada orang yang menyapanya.

“Ya?...”.

              “Saya…ada dengar apa yang you guys ceritakan tadi. Is that some kind of spiritual class untuk orang Islam ke? Pagi-pagi buta pula tu. No offense, just asking”,senyum Felix.

              Ikram menutup al-Quran, mencium kecil lalu diletakkan.

              “Apa yang encik dengar?”, senyum Ikram.

              “Something like alam semula jadi, cerita spiritual and purpose of life?”, kata Felix.

              “Ohhh…betul”, senyum Ikram.

**

              “Assalamualaikum…”,Ikram memasuki rumah sambil membawa roti canai.

“Umi… abang bawa balik roti canai”, beritahu Jannah pada uminya.

“Dari mana Ikram? Semalam tak balik rumah”, tanya ibunya.

“Maaf, abang tak beritahu ibu. Abang cuma beritahu ayah je yang abang ada usrah qiam dengan anak usrah. Habis kerja pergi iktikaf di surau area Danau Kota. Lepastu kami usrah qiam dekat dengan area taman sebelah surau tu”.

“Jauhnya sampai area KL…”, risau ibunya.

“Ada anak usrahyang rumah area situ, kalini kita buat area dekat dengan rumah dia”, beritahu Ikram.

“Ohh… sihat kesemua?”, prihatin ibunya.

“Alhamdulillah okay, ada seorang tu yang dah nak habis PHD dekat. Lain semua macam biasalah kerja”.

“Ohhh…” angguk ibunya.

“Jannah dah panggil ayah makan?”.

“Nanti ayah datang”,kata Jannah.

“Tadi ada ceritayang menarik tau…”, senyum Ikram.

“Ada non-Muslim yang dengar kami punya liqa’. Lepastu dia curious dan tanya-tanya abang”,teruja Ikram bercerita.

“Alhamdulillah Ikram. Kita ni kan ummatan wasato. Sudah menjadi kewajipan untuk menjadi saksi Islam yang terbaik tu, menjadi cerminan Islam yang baik untuk dilihat oleh masyarakat yang belum Islam”, kata ayanhnya yang tiba-tiba keluar.

“Alhamdulillah ayah… tadi sharing tentang surah as-syams. DIa pun terdengar. Masa Ikram tengah seorang tu tiba-tiba dia datang tanya pasal sharing tu. Dia tanya apa kaitan antara alam semula jadi dan tujuan hidup semua. Ikram pun beritahu dialah”.

“Alhamdulillah,kita berdoalah semoga Allah memilih juga dia untuk merasai nikmat Islam tu”.

“Itulah, abang tahu once dah datang mad’u ni, kita ada rasa responsible untuk follow up mad’u tu. Tapi dia non-Muslim, abang tak tahu macam mana nak interact fikrah yang tahap apa? Nombor telefon dah ambil untuk kenal-kenal, luaskan circle kononnya. Kalau orang yang sedia Islam tu, kita tahu dia dah ada asas akidah. Cuma non-Muslim ni, macam mana nak mula? Bahan apa? Abang tak tahu…”, luah Ikram.

“Hmmm… ayah okay je nak bagi cadangan, cuma abang pun kena bincang, qadaya dengan kawan-kawan seperjuangan. Kot-kot ada ikhwah yang ada pengalaman untuk tarbiah mad’u yang macam tu. Boleh tanya ikhwah, sesuai ke dijadikan anak usrah atau macam mana…”,nasihat ayahnya.

“Hmm… faham.Terima kasih ayah”.

Jannah tersenyum saja mendengar perbualan yang menyenangkan. Jauh di sudut hatinya, hati yang tertarik pada kebaikan pasti Allah akan memberi jalan hidayah.

‘Semoga Allah memilih kita sehingga ke akhir hayat untuk tetap dalam Islam’, bicara Jannah pada dirinya dengan rendah hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.