Home Novel Cinta Manager Peribadiku
Manager Peribadiku
Adiba
2/11/2017 21:16:33
926
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1
 Bukan main bersemangat aku hari ni nak mulakan hari pertama sebagai manager pada artis yang bernama Razif. Artis yang selalu digilai ramai. Untunglah kau Amy. 


"mak! Amy pergi dulu. Hari ni tak confirm balik pukul berapa ok? Apa-apa telefon ye?," laju je aku bercakap semata-mata nak bergegas ke tempat kerja. 


Puan Diana keluar dari dapur dengan senduk masih di tangan melihat Amy berlari ke arah pintu utama. 


"Amy, nanti kalau balik awal teman mak sekejap ek?.," aku mengangkat ibu jari tanda ok. 


Roti bakar yang dibuat oleh mak tadi aku letak pada mulut sementara nak pakai kasut.


Hanif di rumah sebelah menggeleng kepala melihat kerenah jiran merangkap kawan baiknya sejak kecil, kelam-kabut hendak pergi kerja. 


Ada sahaja aku ini. Itulah suka buat kerja last minute dan ini lah yang akan terjadi pada aku. 


Jam ditilik di tangan. Alamak! Betul-betul dah lambat ni. Dahlah hari ni hari pertama aku kerja. Selamatkan aku ya Allah!


Selepas beberapa minit memecut, akhirnya sampai juga tapi hati ni usah di kata lagi di perkatakan la sebab dah terlalu takut ni nanti kena marah pula dengan Razif. 


"assalamualaikum, maaf saya lambat. Saya ba...," baru je nak cakap, dia dah menyampuk. Muka dia tegang gila. 


"kenapa lambat? Orang saya dah telefon awak suruh datang sini tepat pukul 9 kan?! Kenapa lambat?!," meja di hadapannya di ketuk dengan kuat. 


Terhenjut sedikit bahu aku selepas dijerkah oleh Razif hadapan orang ramai disitu. 


Bukan sengaja pun datang lambat. Aku sendiri pun taknak la datang lambat lepastu kena jerkah dengan kau sebab ni kot ramai sangat orang taknak jadi manager dia. Padan muka kau!


"kau dengar tak aku cakap?! Mengelamun pula dia ni," 


"ya? Saya dengar. Saya minta maaf lagi sekali. Lepas ni saya takkan buat lagi," aku menunduk pada Razif yang bongkak itu. 


Aku berdiri di sebelahnya. Razif menjeling matanya tajam. Ish! Dia ni nak juga aku cungkil biji mata tak memasal je. 


Tengok, baru hari pertama dah jadi macam ni. Baru je semalam aku bayangkan, oh! Indahnya bila aku dapat bekerja dengan dia tapi hampeh! Sebaliknya pula yang jadi. Wahai hati, bersabarlah ya? Akan ku berikanmu ganjaran bila kau bersabar ok? 


"yang kau gosok dada kau kenapa?," segera aku menutup kedua belah dadaku. Gilalah Razif ni! Dia ni otak blue! 


Mak tolong Amy! 


"woi! Aku bukan apa yang kau fikirlah! Kau mengumpat aku kan? Takpe, aku boleh lepaskan kau tapi jangan ingat kemudian hari kau akan terlepas!." Razif bangun dari tempat duduknya dan masuk ke dalam keretanya. 


Dia tinggalkan aku macam tu je? What the hell?! Takpe hati, lepas ni aku belanja kau makan ya sebab kau dah berjaya lepas fasa 1 iaitu mengadap Razif yang realitinya singa! 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adiba