Home Novel Cinta SUDAH KETENTUAN NYA
SUDAH KETENTUAN NYA
kay raniyaa
9/10/2017 12:49:41
25,739
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab10/1

Pagi itu Nia Zahra cuba menghubungi tuan empunya pesanan cupcake tapi panggilannya masuk dalam voice mail. Nia akhirnya menghubungi nombor telefon pejabat lelaki itu.

“Assalammualaikum,boleh saya bercakap dengan Encik Nazmil?”

“Waalaikumussalam. Encik Nazmil sedang mesyuarat. Boleh saya tahu siapa yang bercakap dan kalau cik nak tinggalkan pesanan pada saya pun boleh nanti saya akan sampaikan pada EncikNazmil.” Fiza setiausaha kepada Nazmil menjawab panggilan itu.

“Macam ini saya Nia Zahra dari kedai Hamimah Cake. Semalam Encik Nazmil ada order cupcake tapi dia tak bagitahu dia nak order berapa. Nanti minta dia callsaya semula ye. Ini nombor saya 03-87243561.” Laju sahaja Nia Zahra menyampaikan apa yang harus dia sampaikan kepada setiausaha pelanggannya ini.

“Baik Cik Nia, saya akan pastikan Encik Nazmil hubungi Cik semula.”

“Ok terima kasih yeCik Secretary.”

“Panggil saya Fizaje.” Nia Zahra di sebelah sana hanya tersenyum mendengar kata-kata Fiza.

“Kalau macam tu, awak pun panggil saya Nia je tak payah la nak ber Cik sangat. Nanti kalau awak atau sesiapa saja yang nak order cupcake atau kek boleh call saya kat nombor tadi.”

Mungkin ini peluang untuk dirinya meluaskan lagi perniagaan kedai kek ibunya. Rezeki yang Allah berikan tidak mengira masa dan tempat hanya kita yang perlu berusaha dan bijak mencari peluang itu.

“Baik Cik Nia..ops..Nia..” Fiza dan Nia ketawa serentak

“Ok lah Fiza thanks, seronok berbual dengan awak. Assalammualaikum.”

Alright. Waalaikumussalam.” Nia Zahra tersenyum lagi setelah talian diputuskan. Bukan senang nak jumpa setiausaha seperti Fiza yang boleh diajak berbual mesra. Selalunya setiausaha syarikat besar agak sombong tapi tidak semua begitu.

Fiza mencatit kembali nombor telefon yang diberikan Nia Zahra tadi pada sticker note supaya dia tidak lupa untuk diberikan pada Encik Nazmil. Suara sedap, sopan, nama pun sedap tentu cupcake dia sedap dan orangnya pun sedap mata memandang. Gumam Fiza sendirian.

Selepas tamat mesyuarat tadi Fiza memberitahu Nazmil tentang panggilan dari kedai Cupcake. Masuk sahaja ke bilik dia terus membalas panggilan itu, namun sebelum panggilannya berjawab Nazmil meletakkan semula ganggang telefon.

Nama yang tertera atas kertas itu menyentak hatinya. Nia Zahra?Adakah orang yang sama? cucu Nek Ngah? Ya Allah kalau betullah orang yang sama apa yang patut aku buat? Kata-kata ayahnya malam tadi mula terngiang-ngiang ditelinganya. Cerita Tok Long juga bermain-main difikirannya.

 

“Ada perkara yang abah nak Naz tahu tentang kemalangan yang jadi dulu. Naz tahu tak ada nyawa yang hilang dalam kemalangan tempoh hari?” Nazmil memandang ayahnya mahukan kepastian. Ya Allah apa yang dah aku buat?

“Pemandu kereta yang dirempuh Naz maut ditempat kejadian dan penumpang disebelahnya parah kecederaannya sama seperti Naz alami. Ini kenyataan akhbar tentang kemalangan dulu. Abah bukan nak ingat kan semula Naz tentang kemalangan itu cuma abah nak Naz tahu tentang apa yang dah terjadi di sebalik kemalangan itu. Ada insan yang menderita Naz.” Tuan Borhan menepuk bahu anaknya sebelum berlalu keluar dari bilik Nazmil.

 

‘Ya Allah, apa yang aku dah buat? Tapi aku tak sengaja, aku tak minta kemalangan itu terjadi. Kalaulah masa boleh diundur semula..Tok Long..mungkin Tok Long tahu kisah cucu Nek Ngah.’

Cerita yang disampaikan Tok Long menyentak tangkai jantungnya, kisah hidup cucu Nek Ngah sama dengan apa yang terjadi pada isteri mangsa maut dalam kemalangan tempoh hari. Dia pasti cucu Nek Ngah adalah Nia Zahra orang yang telah kematian suami dalam kemalangan itu. Surat khabar tadi direnyuk dan dilempar ke lantai. ‘Kenapa mesti aku dan kenapa mesti dia? Allahhuakbar.

Lama Nazmil berfikir samaada mahu meneruskan niatnya untuk membuat tempahan cupcake coklat atau tidak. Akhirnya dia menemui jawapan. Mungkin ini jalan dan jawapan yang Allah berikan untuk dia dan Nia Zahra. Sekali lagi nombor tadi didail semula dan dengan sekali deringan sahaja panggilan itu berjawab.

“Assalammualaikum.Boleh saya bercakap dengan Nia Zahra?”

“Waalaikumussalam.Ye saya bercakap, boleh saya bantu?”

Nia Zahra menjawab panggilan itu seperti biasa. Kebetulan dia menggantikan tempat ibunya yang keluar sebentar menghantar kek kepada pelanggan. Suara pemanggil disebelah sana senyap tiada sahutan.

“Encik boleh saya tolong?” Nia Zahra bertanya lagi setelah lama dia menunggu si pemanggil itu bersuara.

“Maaf. Saya Nazmil yang buat tempahan cupcake semalam.”Laju Nazmil menuturkan kata-kata.

“Oh Encik Nazmil.Saya cuma nak tahu Encik nak buat tempahan cupcake berapa banyak?”

Nia Zahra tenang menjawab panggilan itu kerana dia tidak tahu siapa pemanggil di sebelah sana. Manakala Nazmil disebelah sini sedaya upaya menahan rasa gelisah dan rasa gementarnya.

“1000.” Cepat dan ringkas jawapan dari Nazmil membuatkan Nia Zahra terkejut.

1000?gulp..Nia Zahra telan air liur. Tak pernah dia buat cupcakesebanyak itu. Setiap hari dia hanya menyediakan 100 biji cupcake itu pun bergantung pada jualannya. Jika menjengah ke jam 2.00 petang cupcake nya laku dijual dia akan menambah lagi 50biji cupcake untuk dijual pada hari tersebut. Sebab itu bila dengar tempahan 1000 biji cupcake dia terkejut.

“1000?” Tanya Nia Zahra untuk kepastian.

“Ye. Ada apa-apa masalah ke?” Nazmil bertanya pula kepada Nia Zahra.

“Tak..tak de masalah, tapi encik nak bila ye? Dan nak hantar kemana?” Mungkin rezeki Allah. Sudah terbayang betapa sibuknya dia untuk menyiapkan tempahan yang banyak ini. Alhamdulillah, dia bersyukur dengan rezeki ini.

“Kalau 20 biji saya nak petang ni boleh? Dan esok 50 biji hantar dipejabat saya. 500 biji saya nak pada hari jumaat dan baki lagi itu nanti saya akan bagitahu kemudian semasa awak hantar cupcake esok. Tentang bayaran pulak, pun saya akan bagi esok masa awak hantar cupcake nanti. Boleh macam tu?”

Nazmil tiba-tiba teringat pada hari jumaat ini pejabatnya akan meraikan anak-anak yatim dari rumah yatim Ar-Raudah dengan mengadakan majlis makan malam untuk mereka. Bolehlah cupcake coklat itu dijadikan dessert pada malam itu nanti.

“Boleh sangat. Tapi petang ini nak hantar di mana?”

“Hantar di rumah saya, address ada pada kad yang saya bagi semalam. Office address pun ada dalam kad tu. Tentang bayaran nanti awak faks pada saya coutation dan saya akan membuat bayaran melalui cek, boleh?” Tanya Nazmil lagi kerana diamungkin akan pulang lewat petang ini.

“Tak de masalah pasal bayaran itu. Sebab saya tahu mana nak cari encik kalau encik tak bayar cupcake saya nanti.” Kata-kata slumber Nia Zahra membuatkan Nazmil ketawa geli hati.Apa yang lawak sangat ni?betul apa aku cakap. Kau ingat kau akan lepas kalau kau tak bayar cupcake aku?memang tak la. Bebel Nia Zahra sendiri.

“Awak jangan risau saya mesti akan bayar. Ini nombor fax 03-85677632.” Balas Nazmil senang hati.

“Ok encik. Sebelum pukul 5 petang coutation akan sampai. Terima kasih.” Nia Zahra mahu menamatkan perbualan. sekarang dia hanya terbayang betapa sibuknya dia nanti untuk menyiapkan 1000 biji cupcake.

“Kasih diterima dan saya pun nak ucapkan terima kasih sebab sudi bagi dan jual cupcake yang sedap dengan saya. Assalammualaikum.” Nazmil terus mematikan talian sebelum Nia Zahra sempat menjawab salamnya.

“Waalaikumussalam. Orang tak jawab salam lagi tak nyempat-nyempat dia letak telefon.” Nia Zahra terus berlalu ke dapur untuk menyiapkan tempahan 1000 biji cupcake coklat. Dia perlu meminta bantuan ibu, Kak Yati dan Cik Nor untuk menyiapkannya. 

“Fiza saya nak awak carikan rumah-rumah anak yatim disekitar Shah Alam dan Klang. Saya nak awak dapatkan contact number dan alamat mereka.”

“Bila Encik nak?”

“ASAP.” ‘ASAP? Dah kenapa dengan bos aku ini? Oh nak tambahkan jumlah anak-anak yatim untuk datang majlis jumaat nanti kut.’ Carian google dibuka untuk membantunya dalam pencarian rumah anak-anak yatim disekitar Shah Alam dan Klang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kay raniyaa