Home Novel Cinta MAKE ME LOVE YOU
MAKE ME LOVE YOU
Pena Putera
29/5/2017 14:16:17
77,755
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21
SEPERTI yang dijanjikan. Pagi Ahad aku sudah bersiap untuk keluar berjogging dengan Damien. Dia nak belanja aku makan, tak akan aku nak menolak? Aku pun satu. Orang berjogging ini nak bakar lemak dalam badan, boleh pula selepas balik kau ganti lemak-lemak itu. Tak kisahlah. Bukan selalu aku nak kenakan Damien.


Dia yang berjanji bulan dan bintang, kenalah tepati janjinya. Ingat, dengan aku jangan main-main. Kalau rasa nak buat hal, buatlah. Tetapi, barang diingat, sesiapa yang cari pasal dengan aku, memang alamatnya dia akan menetap di wad untuk beberapa hari.


Aku tunggu dia di halaman rumah. Lama pula. Janji pukul tujuh setengah pagi. Aku menilik jam di tangan. Baru pukul tujuh dua puluh sembilan. Lagi seminit. Aku yang awal sangat ini.


Tepat pukul tujuh setengah pagi, dia keluar dari rumah. Lelaki ini memang made in Malaysia atau made in Japan? Tepat-tepat dia keluar pada waktu yang dijanjikan. Inilah sikap yang kita mahukan. Menepati masa.


Mataku tertancap akan dirinya yang segak dengan t-shirt berwarna jingga dengan jaket nipis kelabu yang disarungkan pada tubuhnya bersama tracksuit hitam. Juga sama dengan topi hitam di kepalanya. Kenapa aku rasa dia lain dari yang lain?


Nampak macam… segak?


Aku rasa aku perlukan cermin mata. Segak? Lelaki itu segak? Okey, aku tak naklah menipu. Dia memang segak walaupun dengan pakaian yang macam itu. Tak perlu kot, kemeja pejabat dan sebagainya.


Lagi pula, lelaki itu memang sedia kacak pun.


Wah! Aku puji mamat annoying itu kacak? Seriuslah? Come on, Miya Dayana. Kau dah cair ke tengok dia? Dah terpikat? Nak minta nombor tak? Nak ajak jumpa dekat mana lepas ini? Haha. Mengarut!


“Kenapa tenung saya macam itu? Pelik sangat ke pakaian saya?”


“Tak adalah pelik. Biasa aje saya tengok.”


“Biasa atau luar biasa.”


“Tak payah perasan ya, Cikgu Damien.”


“Suka dengar awak panggil saya cikgu.”


“Kenapa pula? Awak bukannya cikgu saya. Kalau awak cikgu saya, awak ajar apa?”

“Mata pelajaran cinta.” Dia kenyitkan sebelah matanya. Dah lama aku tak nampak dia kenyitkan matanya. Kenapa aku rasa semakin kuat getaran di dadaku ini? Ternyata, kenyitannya itu bukan sahaja menjadi misteri, tetapi juga masih berbisa.


“Dan awak seorang sahaja pelajar yang masuk kelas saya,” usiknya lagi. Baiklah, Damien. Saya mengalah pagi ini. Tapi, kali ini. Selepas ini, siaplah awak saya kerjakan.


“Jomlah pergi taman. Naik kereta asing-asing ke sekali ini?”


“Awak naik kereta sayalah. Tak payah susah-susah awak nak memandu kereta awak itu. Jimat sikit minyak awak nanti. Tak letih juga nak memandu.”


Aku mengangguk.


“Dan senang sikit saya nak bersama-sama dengan awak.” Dia ketawa sebelum masuk ke dalam keretanya. Aku membulatkan mata melihat dia. Mamat ini… Elok orang berjogging dengan kaki, kau berjogging dengan tongkat pula.





SAMPAI di taman, aku mula memanaskan badan. Damien pula aku lihat sibuk dengan telefonnya. Aku menghirup udara pagi yang segar di taman ini. Kedengaran bunyi burung berkicauan membuatkan aku turut ingin menyanyi.


“Jom, kita mulakan. Kita mula dari sini, kemudian pusing satu taman ini sepuluh pusingan,” ujar Damien yang mula berlari setempat. Mahu bersedia sebelum memulakan larian.


“Pengsanlah saya kalau macam itu.” Aku sudah putus asa awal-awal. Sepuluh pusingan? Lima pusingan pun aku tak yakin.


“Kalau tak larat, kita jalan-jalan sahajalah.”


“Boleh tak kita jalan-jalan saja dulu. Kalau saya ada rasa nak lari, kita lari sama-sama.”


“Lari sama-sama? What do you mean, huh?” Damien memandang aku dengan pandangan yang nakal. Sah fikir benda lain!


“Larilah. Bukan kahwin lari!”


Sorry… Saya salah faham rupanya.”


“Tak. Awak memang sengaja faham benda lain.”


“Okey. I admit it.” Damien mengaku.


Seperti yang aku pinta, kami hanya berjalan-jalan sahaja. Seronok rasanya berjalan-jalan di taman ini sambil menghirup udara segar. Aku lihat, ramai orang yang mengambil kesempatan untuk bersenam di taman pada pagi ini. Dari yang usianya kanak-kanak, sehinggalah yang sudah berpangkat nenek datuk.


Paling aku kagum adalah warga emas. Kebanyakan mereka adalah kaum Cina. Memang pentingkan kesihatan. Betah lagi mereka berlari dan berjalan dengan baik. Aku yang muda ini patutnya malu dengan mereka.


Do you know something?”


Aku memandang Damien. Apa pula something yang dia cakap ini? Tiba-tiba saja.


“Kalau taman ini ada pokok bunga Sakura, mesti cantik kan? Kena lagi pada musimnya.”


“Tiba-tiba cerita pasal pokok bunga Sakura ini kenapa?”


“Sebab kalau kita berjalan di bawah rimbunan pokok bunga Sakura, tentu nampak romantik kan?”


“Saya rasa saya nak larilah.”


Suddenly?”


After you said it.”


Damien ketawa. Kami mula berlari anak-anak bersama-sama.




“AWAK pasti ke awak nak makan semua ini?” Damien memandangku tidak percaya. Ada sepinggan roti canai, sepinggan roti telur, semangkuk ABC special dan dua cawan teh tarik di atas meja. Secawan teh tarik saja yang Damien pesan. Yang lain semua aku punya.


Memang haruslah dia terkejut.


“Kenapa? Tak percaya saya boleh habiskan semua ini? Jangan pandang sebelah mata. Kalau awak fikir saya tak boleh habiskan semua ini, awak silap. Takut nanti saya order lain pula. Siap sedialah dengan wallet awak itu.”


“Saya tak naklah ambil kisah pasal awak boleh habiskan atau tidak. Tapi, saya lebih pentingkan kesihatan awak. Cubalah beringat sikit sebelum makan itu. Fikirkan badan awak.”


“Saya peduli apa. Perut saya, bukan perut awak.”


“Tetapi, hati saya ada pada awak. Kalau hati awak rosak, hati saya pun rosak.”


Stop joking, Damien. It’s not funny.”


I’m serious.”


Suasana antara kami berdua menjadi sepi. Mamat ini buat lagi. Tak habis-habis dengan ayatnya itu. Tetapi, kenapa perasaan yang sepatutnya aku rasa annoying bila mendengarnya, menjadi sesuatu perasaan yang aneh?


Tanpa mempedulikan Damien, aku mula menjamah makanan.


“Tunggu dulu.”


“Kenapa?”


Dia menadahkan tangannya. Lupa… calon Imam Muda.


Bismillahirahmanirahhim.”


Usai membaca doa makan dan mengaminkannya, aku mula menjamah roti canai lalu dicecahkan bersama kuah sambal. Nampak menyelerakan dan menggoda seleraku.


“Miya, hati-hati. Sambal itu banyak kalori. Tak elok cicah banyak sangat.”


Aku buat selamba dan suapkannya ke dalam mulut juga. Kemudian, aku capai pinggan roti telur pula. Aku cubit sikit dan mahu mencuba.


“Tahu tak, kuning telur ini boleh buat kolestrol dalam badan kita meningkat?”


Sabar, Miya. Sabar… Aku ambil mangkuk ABC dan mula sebatikan bahan-bahannya. Aku sudukan airnya dan mahu hirup. Tetapi…


“Tahu tak, tak elok minum air yang berais pagi-pagi ini? Tak bagus untuk penghadaman awak.”


Grrr… Memang aku naik darah betul. Sikit lagi, aku memang boleh meletup. Aku ambil teh tarik dan mahu minumnya. Cuba untuk menghilangkan rasa marah.


“Tahu tak…”


“Tahu apa? Apa? Apa lagi nasihat awak kali ini?” Mataku tajam seperti mata helang memandang Damien. Dia seperti takut melihat aku yang memang nampak macam nak telan orang.


“Saya cuma nak kata, tak elok kalau minum sambil makan. Itu aje.”


“Cikgu Damien… Awak tahu tak? Membuatkan seseorang itu terasa terganggu sewaktu ketika makan, boleh menyebabkan seseorang itu sangat marah?”


“Tahu. Tapi saya nasihatkan saja.”


“Sekarang ini, awak masih nak nasihatkan saya lagi? Kalau awak nak, saya ada sesuatu untuk awak.”


“Apa dia?” Damien nampak teruja.


Aku angkat garfu dan buat gaya mahu cucuk mata dia. Terus Damien memandang meja, diam tidak membalas lagi. Tahu pun diam.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.