Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,293
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 16

IZZARA terpinga-pinga namun langkahnya diatur juga masuk ke dalam. Ini bukan kedai makan, ni hotel 5 bintang. Gadis itu meneliti pakaiannya dari atas ke bawah. Rasanya dia tak menepati langsung etika pemakaian untuk makan di sini. Izz pun sama dua kali lima juga. Tapi Izz buat tak tahu saja. Apa yang penting, dia dapat makan disini malam ni.

“Izz,awak biar betul kita makan kat sini? Semua tengok kita pelik. Jom lah makan kedai biasa je.” Izzara mula tarik tangan Izz supaya mereka keluar dari situ.

“Sekarang ni diorang ke yang bayarkan makanan kita?”

“Hmm…tak tapi-”

“Tak ada tapi-tapi. Jom masuk.”

Izzara melepaskan keluhan lantas mengatur langkah ke depan. Mereka mencari tempat duduk dan melabuhkan punggung.“Awak cakap nak pergi kedai makan. Ni bukan kedai makan lepas tu awak tengok menu dia, mahallah. Bazir je lah.” Izzara geleng kepala. Dia nak lepak warung je, tak payahlah sampai ke pergi hotel. Lagipun duit tu boleh buat macam-macam. Isi minyak kereta lagi bagus. “Kau ni dari tadi membebel kan? Kau diam je.Karang aku suruh kau yang bayar.” Izzara terdiam, bibirnya terus dikunci. Seorang waiter datang mengambil pesanan mereka. Izzara sekadar meniru pesanan Izz. Apa yang Izz makan, itulah juga dia akan makan. Mana dia tahu makanan mana yang sedap dekat sini. 

**

“Macam mana? Sedap?” soal Izz pada Izzara.

“Bolehlah tahan.” Izzara meneguk air kosong. Sedap juga makan di sini tapi tetap tak boleh lawan nasi goreng daging merah favouritenya. Izz tersenyum sinis. Bolehlah tahan? Tengok pinggan licin juga. “Awak nak pergi mana?” soal Izzara hairan apabila melihat Izz tiba-tiba bangun. Jangan suruh aku bayar sudah. Duit bawak cukup-cukup je ni. “Aku nak pergi toilet. Kenapa? Nak ikut?” Izzara terus geleng. Ingatkan Izz nak larikan diri. Gadis itu bersandar pada kerusi. Alhamdulillah, rasa penuh perutnya. Balik ni nak kena menaip dulu, tak selesa nak tidur dengan perut kenyang begini.

“Zara!” Izzara sedikit mengeluh. Ada juga orang yang dia kenal kat sini. Affat datang ke meja mereka dan duduk di kerusi Izz. Rasa lama betul dia tak berjumpa Izzara. Rasa rindu pada gadis itu sememangnya memenuhi ruang hatinya. Dia sedar Izzara isteri kepada kawan baiknya, tapi tak salah jika rindunya itu hanya sebagai seorang kawan kan? “Izz mana?” Izzara tersenyum pada Affat. Lama juga tak dengar khabar dari kawan Izz merangkap kawannya itu.

“Izz pergi toilet. Awak buat apa kat sini?”

“I datang sini jumpa client. Makan-makan sikit. Biasalah.”

“Oh,ingatkan awak datang sini dengan girlfriend.”

“I? Mana I ada girlfriend. Tak ada orang nakkan I pun.” Izzara angkat kening. Iya ke tak ada orang nak? Ke kau je jual mahal or memilih ni?

“So, awak dah mula sibuklah sejak balik dari overseas.” Izzara ubah topik. Malas nak masuk topik tu lebih mendalam. Kesian juga pada Affat. Nanti Affat terasa dia seperti kaki penyibuk pula.

“Yeah,kind of. Tapi I lebih banyak habiskan masa I dalam bilik, doing sketches for customers.”

“Ohhhh jadi sebab perempuan ni lah you ajak I break!” Izzara dan Izz sama-sama terpana dengan kedatangan gadis yang entah bila masa muncul di sebelah mereka. “I tak sangka Affat, you sanggup buat I macam ni. I thought you takkan betray I. I betul-betul sakit hati dengan you tambah-tambah bila you sanggup tinggalkan I sebab perempuan bertudung ni. Apa kurangnya I, Affat?” Izzara dah tak senang duduk. Tak pasal-pasal dia jadi center of attraction pula. Si Izz ni pula kenapa lama duduk dalam toilet? Tolong cuci toilet ke apa? 

“You ni kenapa? Tak malu ke datang serang I macam ni?” Affat bangun. Lengan perempuan itu digenggam kuat. Malu pada Izzara bila jadi macam ni.

“Cik,saya percaya semua ni salah faham je.” Ujar Izzara untuk redakan keadaan.

“Salah faham? You ingat I bodoh sampai tak dapat beza yang mana tipu yang mana tak.”

Datang serang macam ni pun dah jelas nampak kebodohan cik tu. Teringin juga Izzara balas begitu.

“Zara, I’m sorry sebab benda jadi macam ni.” Affat diburu rasa bersalah.

“Belum apa-apa lagi you dah back up perempuan ni. Okay fine…”

Dan apa yang jadi betul-betul buat Izzara speechless.

 

IZZ gelak tak ingat dunia,tambah-tambah bila lihat wajah Izzara yang masam sejak tadi. Nasib baiklah dia ada bawak tuala spare. Bolehlah Izzara guna untuk lap muka yang basah tu. Ha ha…lawak lawak…

“Terima kasih sebab tolong gelakkan saya. Hah, gelaklah lagi. Gelak sampai gusi awak tu tercabut terus.” Izz terdiam.Tak jadi nak teruskan gelak. Macam mana kalau gusi boleh cabut betul-betul?

“Kan betul aku cakap tapi kau yang tak nak percaya. Affat tu playboy. Tengoklah macam mana perempuan tu simbah air kat muka kau. Tu baru sorang yang datang serang.”

“Mana lah saya nak tahu Affat ada kat situ. Lagipun kalau awak ada, mestilah dia sembang dengan awak. Ni awak pergi toilet and kebetulan saya ada kat situ, dia sembanglah dengan saya. Lepas tu perempuan salah fahamlah sebab Affat ada kat meja kita. Eiii,kalau ikut hati saya yang tengah panas ni, memang perempuan tu awal-awal dah kena silat. Dah lah malas saya nak ingat lagi. Ni semua sebab awak ajak makan kat sana.”

“Aik, aku pula yang kena.”

 

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.