Home Novel Cinta Sayap Pelindungmu
Sayap Pelindungmu
Aimie Izzati
9/11/2017 10:50:18
6,197
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 3

AKUmelangkah masuk ke dalam kedai roti vintage ini.  Mataku terus melilau mencari figura yang inginaku jumpa.  Sudah beberapa hari aku takjumpa Encik Kedai Roti disebabkan kekangan kerja yang sangat sibuk.  Baru hari ini aku dapat datang ke kedai inidan berjumpa dengan dia.  Alasan akuhanyalah untuk memulangkan semula sapu tangan yang telah dia beri pinjam padaaku tempoh hari.  Tapi, tujuan sebenaraku adalah lain.  Aku betul-betul inginberjumpa dengan dia.  Atas sebabperibadi.  Ada sesuatu yang penting akuingin berbincang dengan dia.

            Aku mengambil tempat dudukberdekatan dengan meja kaunter. Kebiasaannya dia akan berdiri di kaunter tersebut atau memasukkan rotiyang baru dibakar ke dalam bekas berkaca yang bersebelahan dengan mejakaunter.  Nampaknya, Encik Kedai Rotisangat sibuk di dapur.  Dari tadi aku taknampak muka dia dekat sini.  Yang adahanyalah pekerja yang lain berdiri di meja kaunter tersebut.  Encik Kedai Roti sibuk bakar roti kut… sabarEka… sabar sikit, jangan gelojoh sangat. Aku berbisik kepada diri sendiri.

            Tak lama kemudian, muncul figuraEncik Kedai Roti sedang menatang dulang yang berisi roti-roti yang barudibakar.  Kelihatan dia sedang memasukkansatu persatu roti ke dalam bekas berkaca. Aku hanya memerhatikan sahaja. Sempat lagi aku melakukan penelitian terhadap wajah dingin Encik KedaiRoti itu.

            Menurut penelitian aku, Encik KedaiRoti sangat dingin wajahnya.  Dan dariwajahnya itu, aku dapat merasakan semangat dan kegigihan Encik Kedai Roti dalammembuat roti-roti di sini.  Dia sangatbersungguh-sungguh dalam membuat roti. Lagipun, roti-roti di sini sangat sedap. Lagi-lagi roti kacang merah. Sangat sedap! Sangat sempurna. Sangat teliti orang yang membuat roti ini.  Tiada kedai lain yang ada roti sesedap ini.  Hanya kedai ini yang menghasilkan roti-rotiyang sedap, gebu dan tak berapa manis. Aku suka!

            Lamunan aku mati apabila melihatEncik Kedai Roti berlalu masuk ke dalam dapur. Aku tak sempat memanggil dia.  Akumelepaskan keluhan kecewa.  Lepas ni,pasti susah berjumpa dengannya lagi. Lagi satu jam aku akan berjumpa dengan pelanggan aku.  Pasti tak sempat untuk berjumpa dengan EncikKedai Roti lagi.  Aku tersandar dikerusi.  Aku lepaskan keluhan lagi danmula untuk meninggalkan kedai ini.

            “Dah nak balik?,” tiba-tiba satusuara yang begitu dalam menyapa gegendang telingaku.  Aku menoleh ke arah suara tersebut.  Aku duduk semula.  Kelihatan Encik Kedai Roti sedang berjalanmenuju ke arah mejaku.  Kerusi dihadapanku ditarik.  Lalu, dia duduk disitu.

            “Baru datang dah nak balik?,”tanyanya.

            Perlahan-lahan aku gelengkepala.  Aku ternganga melihat dia.  Entah kenapa, aku terpanar akan mata dia yangagak dingin.  Seperti ada satu kuasamagnetik yang menarik aku untuk terus terpanar melihat matanya.

            “Ada apa-apa ke dekat muka aku?,”

            Aku tersentak.  Cepat-cepat liur aku telan.

            “Tak! Err…,”

            Aku seluk beg sandangku.  Sapu tangan milik Encik Kedai Roti akukeluarkan.  Cepat-cepat aku hulurkan saputangan itu kepada dia.

            “Sa… saya nak pulangkan sapu tanganni.  Terima kasih!,” ucapku ikhlas.

            Dia hanya pandang sahaja saputangannya.

            “Kau ambil jelah.  Aku tak perlukan sapu tangan ni,”

            Eh? Aku pandang muka dia.

            “Tapi… inikan sapu tangan encik,”

            Kedengaran dia mengeluh.

            “Berapa kali aku nak cakap dekatkau.  Jangan panggil aku encik, panggilHael.  Hael!,” dia betulkan panggilan diauntukku.  Aku telan liur lagi.  Aku cuba untuk tersenyum.

            “Maaf…,”

            “Kau ambil jelah sapu tangantu.  Banyak lagi sapu tangan macam nidekat dapur tu,” ujar dia selamba.

            Hah? Keningku ternaik.  Perlahan-lahan bebola mataku pandang saputangan bewarna biru pekat itu.  ‘Banyakdekat dapur? Maksudnya… ni kain buruk ke?,’ aku membuat telahan melulu.

            “Kau datang sini semata-mata untukbagi sapu tangan ni ke?,”

            Aku tersentak.  Cepat-cepat mataku pandang muka dia yangbeku.

            “Err… tak.  Saya ada hal sikit nak bincang dengan Ha…Hael.  Kalau Hael free, boleh saya…,”

            “Aku free.  Apa dia?,”

            Eh? Aku pandang sekeliling.  Selamba dia aje.  Dia tak ada kerja ke sekarang ni? Aku tengokramai customer yang datang dekatkedai ni.  Dia bos kut.  Sebab tu sesuka hati dia je duduk dengan akudekat sini.  Hish, kau ni! Nilah peluangkau.  Tadi mengeluh sangat.  Sekaranglah peluangnya.  Cepat Eka! Cepat!

            “Hmm… kalau saya tanya ni, Haeljangan marah ea,”

            Aku cuba-cuba pandang muka dia.  Dia hanya angguk sahaja.  Mata dinginnya tak lepas-lepas pandang akusejak dari tadi.  Aku mula gugup.

            “Ermm… Hael… Hael dah berpunya ke?,”

            Dia kerut dahi.  Mata dinginnya terus menikam mukaku.  Alamak! Aku salah cakap ke? Cepat-cepat akutekup mulut.

            “Maksud kau? Girlfriend?,” tanya dia.

            Aku pandang muka dia.  Cepat-cepat kepala aku angguk.  Dia sandar di kerusi.  Kedua-dua tangannya bersilang.

            “Tak ada,”

            Mataku mula bersinar.  Ada harapan ni!

            “Isteri?,” tanyaku lagi.

            “Dah tak ada girlfriend mestilah tak ada isteri,” balas dia pedas.

            Aku terkesima.  Sarkastik betul Encik Kedai Roti ni.  Takpe Eka. Sabar! Aku cuba untuk senyum.  Akumesti luahkan tujuan aku yang satu ini. Jika tak, habislah matlamat aku.

            “Ermm… kalau saya…,”

            Huh! Aku hembus nafasku.  Partni memang susah.  Memang susah! Takpernah dalam hidup aku, aku melamar seorang lelaki.  Lelaki! Musuh tradisi aku.  Punca penyakit pelik aku ni.

            Aku pandang Hael.  Nampaknya dia masih mendengar dengan penuh minat.  Aku mula betulkan semula sistem penafasanaku.  Aku tak nak terlepas lagi peluangini.  Ini peluang keemasan.  Kau boleh Eka! Kau boleh!

            “Kalau saya… kalau saya nak lamarHael jadi suami saya, Hael sudi?,” ayat itu terus meluncur laju keluar dari mulutku.  Fuhh! Akhirnya, aku luahkan juga.  Cuma… tinggal tunggu jawapan dari diaje.  Jantung aku mula tak stabil.

            Hael pandang tepat mukaku.  Cepat-cepat aku tundukkan mukaku.  Malunya… hanya Allah sahaja yang tahu.  Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba ajelamar dia jadi suami aku.  Tak hairanlahkalau dia terkejut.  Dan tak hairan jugakalau dia menolak.  Kitaorang bukan kenalsatu sama lain pun.  Tiba-tiba ajakkahwin dengan perempuan yang baru dia kenal. Memang taklah jawapannya.  Mestidia ingat aku ni perempuan pervert. Aduhai… musnahlah harapan aku. 

            Muka aku mula berkerut.  Aku sudah fikir macam-macam.  Kalau dia tolak macam mana? Tebal muka akunanti.  Tu satu… macam mana impian akuuntuk jadi wanita sejati? Pasti hancur impian tu.  Tak nak!!

            “Sudi,” dia bagi jawapan sepatah.

            Eh? Aku salah dengar ke? Cepat-cepataku pandang muka dia.

            “A… apa dia?,” aku minta dia ulangsemula.  Aku ingin mendengar jawapan diadengan lebih jelas lagi.

            “Aku sudi,”

            Mataku terus membulat.  Mulutku sudah ternganga.  Jantung aku? Sudah meletup-letup macam bungaapi.

            “La… lagi sekali,” pintaku teruja.

            Hael keluh nipis.

            “Aku sudi,”

            Yahoo!! Aku ingin melompatkegembiraan tapi… betul ke aku dengar ni? Dia sudi untuk berkahwin dengan aku?Betul ke? Aku pandang Hael dengan muka yang tak percaya.

 

 

 

            AKUbuka pintu lalu membolos masuk ke dalam rumah. Pintu rumah aku tutup dan kunci. Langkahku longlai menuju ke ruang tamu. Dengan lantas, tubuhku hempas di atas sofa.  Aku sandar kepalaku di sofa.  Mataku terkebil-kebil pandang kipas silingyang sedang berpusing.  Kepalaku masihlagi berlegar-legar mengenai kejadian yang berlaku pagi tadi.  Sejujurnya aku suka dengan keputusanHael.  Tapi… macam gitu je dia terimalamaran aku? Tak ada dolak-dalih, dia terima macam tu je? Aku tak tahu sama adamahu gembira atau tidak.  Rasa ragu-ragupun ada juga.

            Kelihatan figura Mellisa baru keluardari dapur.  Tanpa menghiraukan aku, diaterus menuju ke biliknya dengan membawa sebuah mug di tangan.  Ekor mataku terpandang Mellisa yang barumelintasi tempat aku duduk.  Cepat-cepataku bangun dan mengejar Mellisa.

            “Mel!...,” aku pegang bahu dia.

            “Sini-sini cepat!,” aku tarik tanganMellisa masuk ke dalam biliknya.  Mellisasudah panik melihat tindakan aku itu. Dengan mata yang bulat, dia turut langkahku masuk ke dalam biliknya.

            Aku tutup pintu dan kunci pintubiliknya.  Kelihatan biliknya samar-samardengan hanya lampu meja sahaja yang dihidupkan. Memang itu keadaan bilik Mellisa. Dia tak suka terang-terang sangat. Katanya sakit mata.  Aku tarik diaduduk di atas katil.  Aku buat macam itubilik aku aje.  Mellisa pula hanyadiam.  Mungkin dia masih blur dengan apayang aku buat padanya.  Dengan mug yangmasih di tangan, matanya yang agak bulat pandang muka aku.

            “Mel…,” aku pandang mug dia.  Mug dia aku ambil dan hirup sedikit air kopiyang baru dia buat.  Muka Mellisaberkerut.  Dia ketap gigi lalu merampas balikmug dia yang ada di dalam tangan aku. Kemudian, mug itu dia letak di meja sisi katilnya.

            “Mel… kau nak tahu sesuatu tak.  Pagi tadi, aku pergi jumpa Hael…,”

            “Hael?,” Mellisa kerut dahi.

            “Encik Kedai Roti tulah.  Nama dia Hael.  Kan aku dah cerita masa tu.  Dia yang selamatkan aku daripadalelaki-lelaki bangang yang cuba nak rompak aku hari tu.  Yang bila aku dekat dengan dia, penyakit akuni hilang.  Tak ada tindak balas langsungterhadap dia tu.  Kau ingat tak?,” tanyaaku serius sambil pandang muka tak ada perasaan Mellisa.

            Mellisa hanya angguk.  Entah dia ingat atau tak, dia main angguksahaja.

            “Hah… pagi tadi aku pergi jumpa diadekat kedai roti tu.  Aku pergilah lamardia…,”

            “Kau pergi lamar dia?,”

            “A’ah,” aku angguk.

            “Okey,”

            “Hah, then… kau tahu tak dia jawab apa. Dia sudi terima lamaran aku Mel! Dia sudi! Kau tak rasa pelik ke Mel?Tanpa fikir apa-apa dia terus terima lamaran aku.  Bukannya dia kenal aku sangat.  Hanya masa tu jelah kitaorang jumpa, lepas tupagi tadi kitaorang jumpa buat kali kedua. Itu pun dia setuju terima lamaran gila aku ni.  Kau tak rasa sesuatu ke Mel?,” aku bertanyapendapat.

            Kelihatan dahi Mellisaberkerut.  Matanya tidak pandangaku.  Bebola matanya lari dari memandangmukaku.

            “Mel?,” aku panggil Mellisa.

            Perlahan-lahan matanya beralihmemandang aku.  Pandangan matanya yangredup menusuk dalam ke dalam mataku.

            “Tak payah kahwin,” jawab Mellisa.

            “Hah?,” aku tersentak dengan jawapanMellisa.

            “Tak payah kahwin.  Jangan kahwin dengan dia,”

            “Tapi Mel… hanya dia yang dapatsembuhkan penyakit aku ni.  Aku dapatrasa tu,”

            Mellisa tidak mendengaralasanku.  Dia tarik selimut dan sediauntuk masuk tidur.

            “Kalau tak ada apa-apa, kaukeluar.  Aku nak tidur.  Esok ada customernak service daripada kita.  Pukul 10:00 pagi, Café Antartika,” ujarMellisa lalu menyelimut tubuhnya sehingga ke leher.  Tubuhnya berpusing membelakangi aku.  Aku lepaskan keluhan yang agak berat.  Aku pandang Mellisa.  Kemudian, aku terus bangun dan keluar daribilik dia.  Sebelum tutup pintu, sempatlagi aku pandang figura Mellisa yang mungkin sudah lena.  Fikiran aku mula mengingati kata-katapendapatnya.  Jangan kahwin dengan Hael?Apa maksud Mel? Aku tutup pintu biliknya. Lalu, aku ambil beg sandangku dan masuk ke dalam bilik.

 

 

 

            DISEBUAH bilik yang samar-samar dan dilimpahi cahaya lampu dari luar,kelihatan satu figura yang agak tegap sedang merenung gambar yang sama disebuah meja kecil.  Mata redup miliklelaki itu masih memandang gambar yang ada di tangannya dengan penuhpengharapan dan matlamat.  Gadis yang adadi dalam gambar diusap-usap dengan penuh kasih dan sayang. 

            “Tahan sikit je Mairo’.  Lagi sikit je lagi,” bisik lelaki itu agakperlahan.

 

 

 

            RAMBUTaku yang sedikit basah aku lap dengan tuala. Kemudian, tuala itu aku campak jauh-jauh.  Aku terus rebahkan tubuhku di ataskatil.  Mataku terkebil-kebil pandangkipas siling yang sedang berpusing. Kata-kata Mellisa sebentar tadi tiba-tiba terngiang-ngiang di cupingtelinga.  Aku mula mencerna semula apayang dikatakan Mellisa sebentar tadi.

            “Jangan kahwin dengan dia? Apamaksud Mel?...,”

            Muka aku berkerut.  Aku cuba tafsir lagi mendalam kata-kataMellisa itu.

            “Okey… kalau aku jadi Mellisa punaku akan cakap perkara yang sama.  Yelah,tak kenal lagi lelaki tu, tiba-tiba dia setuju untuk kahwin dengan aku.  Tak tahu latar belakang masing-masing,senang-senang tu je dia terima lamaran aku. Entah-entah Hael ni main-mainkan aku tak? Dia saja je nak permainkanaku.  Benda ni benda serius kut.  Bukan main kahwin-kahwin je.  Tak boleh jadi ni.  Esok, aku jumpa dia lagi.  Tanya dia lagi, sama ada dia betul-betul nakkahwin dengan aku atau saja je main-mainkan aku.  Hmm!,” aku capai kata muktamad.  Ya! Aku harus berjumpa dengan dia lagi.  Tak boleh main terjah macam tu je.  Mana tahu dia saja mainkan aku.  Tak ke malu jadinya. 

            Aku ambil bantal peluk.  Kemudian, aku peluk bantal tersebut dan cubauntuk melelapkan mata.  Seminit… duaminit… tiga minit… sepuluh minit… tiga puluh minit.  Tak boleh! Ah, sudah.  Isomnia aku dah kembali! Satu penyakit lagidah muncul.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.