Home Fans Fiction Umum LOVE TREATMENT
LOVE TREATMENT
Mek cha
29/1/2018 11:59:22
4,439
Kategori: Fans Fiction
Genre: Umum

Wad pesakit tekanan jiwa 

“tak ! jangan pukul yerin  !! sakit ! sakit !” kedengaran raungan si gadis berserta tangisan  berulang kali .pesakit katil no 10  dimasukkan ke wad  kerana mengalami trauma yang teruk akibat pernah didera dan dipukul oleh bapa kandungnya sendiri..Gadis yang baru menginjak remaja  itu pernah cuba untuk membunuh diri kerana sering dihantui masa silamnya.setahun sudah berlalu namun luka yang masih  berdarah  sukar untuk disembuhkan.

“nurse,cepat bagi suntikan pelali “arah doktor seokjin yang ditugaskan merawatnya .kaki dan tangan si gadis dipegang kemas oleh 2 orang nurse yang turut membantu.

Seketika gadis itu kembali terlelap .Pipi yang masih basah dengan air mata,wajah yang sugul di pandang penuh simpati oleh Dr Seokjin.Fikirnya masa depan gadis ini tidak sepatutnya berakhir sebegini. Masih belum terlambat untuk membantu selagi ada peluang .

3 hari kemudian,di kafe hospital 

“jadi macam tu la cerita dia “kata seokjin  kepada kawannya sebaik sahaja selesai bercerita mengenai pesakitnya . Air yang masih berbaki dihirup perlahan.Kemudian,wajah didepan  dipandang menanti maklum balas.

“okey,aku boleh cuba bantu. Cuma..berkesan ke tak aku tak pasti sebab setiap orang ada respon yang berbeza .Penerimaan dia mungkin lain .”ujar lelaki berpakaian casual di depannya.Sangat segak berkemeja putih,lengan baju dilipat  hingga ke paras  siku.sesiapa yang memandangnya mungkin akan salah sangka .Dia bukan model tapi seorang pakar psikoterapi yang sanggup buat apa sahaja untuk kesihatan pesakitnya.prinsipnya Cuma satu “biar doktor  penat,asal pesakit selamat “.


“good ! thanks sahabat “ucap  seokjin lagi  berterima kasih.


Seminggu kemudian di wad  

“mata ku kecil,

Hidungku bulat,

Tanganku besar,

Rambut ku kerinting,

Bajuku bercorak ,

Pandanglah aku,

abang badut mu”


Dari jauh kedengaran suara orang menyanyi  memenuhi ruang  wad itu. Si badut menyanyi sambil lincah menari,di tangannya banyak belon dan kuntuman bunga yang dibawa. Para pesakit terperanjat buat seketika namun masing-masing bangun dan turut menari.Dari satu katil ke satu katil si badut menyanyi dan menghadiahi mereka dengan hadiah yang dibawa.Penerimaan pesakit lain sangat  memberangsangkan.

Sampai di katil no 10,katil yang terakhir.kelihatan si gadis hanya berbaring tidak seperti pesakit yang lain.Mereka sangat gembira dan langsung tidak memberontak.

“jadi ini lah gadis yang seokjin maksudkan”bisik hati kecilnya.

Perlahan-lahan dia mendekat.kemudian menyanyi lagi mahu pastikan respon pesakit.


“mata ku kecil,

Hidungku bulat,

Tanganku besar,

Rambut ku kerinting,

Bajuku bercorak ,

Pandanglah aku,

abang badut mu”


Mata yang terpejam luas terbuka. Rasa takut mula menghantui.bayangan masa lalu kembali menerpa.

“si..siapa kau ha ? jangan pukul aku !!  sakit !  “jeritnya diselangi tanggisan.Tubuhnya mengigil ketakutan.

Huluran itu diambil kemudian  dicampak ke sisi katil. ”jangan dekat !!”laungnya lagi bila taehyung semakin mendekat.Tiba-tiba…

pang !

satu tamparan kuat hinggap ke mukanya. Langkahnya terhenti..Terperanjat dengan reaksi yang langsung tak terduga olehnya.

“aauch ,boleh tahan jugak erk.”pipi yang pijar di sentuh perlahan..”nampaknya angin dia tak baik hari ni.Dia masih lagi takut dan dibayangi kisah hitam tu.sadisnya.”bisiknya lagi .

Gadis di depannya menanggis teresak-esak. Bantal tidur diambil dan dipeluk menutupi mukanya.badannya terhinjut-hinjut menahan esak.Timbul rasa kesian kepada gadis itu.

“abang badut tak jahat ,abang cuma nak bagi hadiah ni saja “ucap taehyung . lalu   satu belon berwarna merah  berbentuk hati diikat di hujung  katil.Kemudian ,dia beredar.


2 hari kemudian


Kim taehyung datang lagi dengan memakai kostum badut yang disewanya khas untuk misi ini.Seperti sebelumnya dia menyanyi-nyanyi dan menghadiahi mereka dengan hadiah.Nampaknya kedatangannya ditunggu-tunggu para pesakit.Dari jauh kelihatan gadis itu,sedang duduk tegak di atas katilnya dengan wajah sugul.belon yang dihadiahinya 2 hari lepas masih lagi disitu tidak terusik.

Langkahnya diatur perlahan cuba untuk tidak menakutkan gadis itu.Namun jejaknya di dengarinya si gadis.Pandangan dikalih ke arah taehyung.Satu senyuman dihadiahi taehyung namun tidak dibalas.

“ehem”suara diperbetulkan.

“Nah”satu  kuntum bunga rose dihadiahkan kepada pesakit itu.perlahan-lahan hulurannya disambut baik.

“woah,good ! nampaknya tak de ribut taufan hari ni.mendung saja “omelnya sendiri.

Kim taehyung memperkenalkan diri.

“annyeonghaseyo..saya abang badut.Saya datang untuk buat awak gembira.saya bukan orang jahat, tengok la semua orang gembira kan?”soalnya pada si gadis memancing minat.

Keadaan sekeliling di pandang sekilas.ya betul,semua sedang gembira .Dengan bunga di tangan,dan belon pelbagai bentuk mereka menari bersama-sama.

“Hmm..”pendek jawapannya.

Namun bagi taehyung itu satu petanda yang baik.kehadirannya sudah diterima.

“ saya nak jadi kawan awak.sudi tak awak terima saya? “huluran tangan itu tidak bersambut.Tapi dia yakin akan ada satu perubahan.

“em,ta..tapi kalau ap..appa tahu dia akan pukul saya lagi. sakit !”ucapnya gagap.air mata mula bergenang.

“kenapa appa nak pukul? Awak buat salah apa? Cerita pada saya..”soalnya lembut cuba mencari tahu punca masalah .

 “tak nak. Nanti appa tahu ,dia pukul lagi .sakitt !” kepala digeleng laju. Ketakutan dapat dirasai  dan perkataan sakit diucap berulang kali.Kim taehyung keliru apa yang sebenarnya yang terjadi,rahsia apa yang belum dibongkar .

 “kawan? Saya tak de kawan”sambung gadis itu. Dia mula  menginjak dekat kepada taehyung dan berbisik perlahan ”Appa tak bagi kawan .Dia takut saya bocorkan rahsia dia..shttt..” jari telunjuk diletakkan di bibir.Matanya penuh dengan kerisauan.

“Rahsia? emm appa tak akan datang sini.Dia tak akan datang lagi.saya janji akan lindungi awak  sebab kitakan kawan..seorang kawan tak akan biarkan kawannya disakiti.percaya pada saya,okey?”sambung taehyung cuba menyelami isi hati si gadis. 

“janji ?” soal gadis  itu meminta kepastian dengan suara yang masih tersekat.

“Janji.Sekarang boleh saya tahu  nama awak?”taehyung menyoal mahu mengenali dengan lebih dekat. 

 “yerin imnida”ringkas jawapannya.

“saya  pula kim taehyung ,abang badut awak ” ujarnya memperkenalkan diri.


Di taman luar wad 


3 bulan sudah berlalu,keadaan Yerin semakin membaik.dia sudah mula bercakap dan berkongsi cerita dengan abang badutnya.Sejak itu juga kehadiran sahabat yang dikenali sebagai taehyung sentiasa dinanti.petang itu ,taehyung mengotakan janjinya untuk membawa yerin berjalan-jalan ke taman.Kerusi roda ditolak perlahan sehingga ke satu tempat redup berhampiran bangku.pemandangan hijau yang  tersergam indah membuatkan yerin tersenyum bahagia.

“yerin shi,tengoklah awak dah boleh tersenyum sekarang.keadaan awak dah makin baik.”luah taehyung yang turut berasa gembira.

“emm,terima kasih pada awak,abang badut  sebab bantu saya.”balas yerin

“tak lama lagi awak akan pulih sepenuhnya. Sekarang,apa yang perlu awak lakukan ialah  bertindak bijak dalam mengawal emosi.Jangan sesekali biarkan rasa takut tu kembali menghantui. Awak kena luahkan semua  yang terpendam dalam hati tu.Saya sedia mendengar..”tangan yerin digenggam erat memberikannya kekuatan . Air mata yerin mula bertakung.Matanya berkaca-kaca.Bibirnya bergerak-gerak cuba menyatakan sesuatu.

Air mata yang mulai jatuh diseka taehyung.

“kenapa menangis ? saya ada disini.”ujar taehyung cuba menenangkan yerin supaya dia tidak terikut-ikut dengan rasa sedih itu.

“saya terharu.Tak sangka masih ada orang yang baik dalam dunia ni.Saya ingatkan saya akan mati dalam keadaan tertekan.Semua orang kata saya gila.tapi..saya tak gila taehyung.cuma takut ,setiap pukulan itu masih lagi terasa .pedih .orang yang di harapkan ada untuk melindungi jadikan saya seperti ini..”air mata sudah tidak dapat ditahan. Kali ini Taehyung hanya membiarkan yerin menanggis.kepala gadis itu diusap perlahan.Niatnya untuk bertanya lebih lanjut terpaksa ditahan.Esok dia akan mencuba lagi.Rahsia tentang appa yerin yang belum diketahuinya


Di wad (katil no 10)


Yerin sudah puas menunggu abang badutnya.Dia sedikit kecewa.nasi yang dihantar nurse masih belum diusik.Selera makannya sudah tiada.Seketika,kedengaran  dari jauh suara yang sudah tidak  asing di pendengarannya  .Kim taehyung sudah datang.Cepat-cepat sudu dicapai,bekas penutup nasi dibuka dan nasi disuap ke mulut.Bimbang akan dimarahi taehyung kerana lewat makan dan dia masih perlu makan ubat.

“sorry,I’m late”ujar taehyung.satu belon dihadiahkan  kepada yerin.masih bimbang emosi gadis itu terganggu.Belon diikat di sisi katil.

“apa khabar hari ni? Ada cerita nak kongsi hari ni?”soalnya kepada yerin.mendengar pertanyaan itu,sudu yang dipegang diletak ditepi.Wajah abang badut dipandangnya dengan penuh tanda soal.

“err..maksud saya,apa perkembangan awak? Soalnya teragak-agak.

“Baik saja.Saya faham maksud awak.”senyum dihadiahkan.

“maaf tapi boleh saya tanya sesuatu? Harap awak tak marah . apa rahsia yang awak maksudkan dulu tentang appa awak?” taehyung masih berusaha membongkar rahsia yang kemas tersimpan.Hanya itu yang yerin belum pernah ceritakan padanya.

Wajah lelaki itu dipandangnya.jeda seketika.Nafas dihela dan dihembus perlahan.

“kenapa awak nak tahu sangat?”kali ini giliran yerin menyoal.Soalan berbalas soalan.

“err,,kita kan kawan.sepatutnya tiada rahsia antara kita.Lagipun saya nak awak tahu yang saya akan sentiasa menemani awak.Itu pun kalau awak nak berkongsi ,saya tak paksa.”jelas taehyung mahu  mengelakkan salah faham berlaku antara mereka berdua.

“sebenarnya..”yerin memulakan cerita.

“,dulu hubungan saya dengan appa baik.Tapi semenjak appa syaki omma ada menjalin hubungan dengan lelaki lain..dia lepaskan semua amarah pada saya.Appa kata dia benci tengok rupa saya.Wajah saya dengan omma saling tak tumpah.Rupa ini mengingatkan dia tentang perlakuan curang omma.Tapi itu kata appa,dia salah faham.Omma tak buat seperti yang dilakukan.Lelaki itu hanya kawan sekerja omma,mereka tak de apa2 hubungan seperti yang dikatakan.kadang omma juga di pukul tanpa belas,dibelasah hingga berdarah.Sakit ! .Appa tak pernah beri peluang untuk omma jelaskan.Suatu hari …

Flashback setahun yang lalu

 

“mana mak kau huh?”Tanya appa dengan wajah bengis.Bau alkohol kuat menerjah deria bau.saki baki minuman keras yang berada di tangan diteguk rakus.

“ehh,kau tak  dengar ni? mana mak kau?aah ! aku tahu .Ni mesti jumpa jantan berangsat tu kan.memang perempuan tak guna,tak tahu malu.kau ..”jari telunjuk tepat ke arah yerin.”kau..dengan mak kau sama je !! mari sini biar aku ajar supaya bila besar  tak jadi sama macam mak kau. “bulu roma sudah tegak. Yerin cuba melarikan diri .namun belum sempat tombol pintu rumah dipulas dia terlebih dahulu ditarik dan diseret ke ruang tamu.

“appa..sakit .lepaskan yerin.Maafkan omma,dia tak buat salah.Appa dah salah faham.”tanggisan itu tidak dihiraukan.Tali pinggang menjadi saksi setiap pukulan itu.kesakitan yang meresap hingga ke tulang.

“huh,sekarang  kau boleh  rasa kan macam mana sakitnya hati aku tengok mak kau keluar berkepit dengan lelaki lain..hahahaha,padan muka.Lain kali ingat sikit bila bercakap,jangan sebut lagi nama perempuan tu depan aku.Aku tak suka !! Faham ?”bentak appa lagi.Yerin mengangguk lemah.sudah tidak berdaya untuk melawan.Dia mengengsot dalam kesakitan hingga ke penjuru ruang tamu.Air mata jatuh berderai.Harapan dan masa depannya musnah.

Selepas itu omma pulang dari kerja.Dilihatnya yerin yang sudah dalam kedaan lemah.Tanpa membuang masa lantas kelibat appa dicari.kelihatan lelaki itu sedang tidur di kerusi bersama botol minuman keras disisi.

“yay !! apa yang abang dah buat pada anak kita tu huh?kenapa pukul dia?”suara omma sudah meninggi.Kesabarannya kian tipis.Tak kisah jika dia yang sering dipukul dan dipersalahkan tapi bukan yerin.Dia masih seorang budak.

“hooiiy,bising la kau ni.Bingit telinga tau takkkk…”appa sudah bangun dan berdiri tegak meluru ke arah omma.Diwajahnya terpampar kemarahan yang menggunung.

“kau nak tahu kenapa.?”soal appa tegas.Leher omma dicekik.”sebab.. kau ada jantan lain.kau memang tak guna,tak kenang budi.Kalau tak sebab ayah aku yang beria suruh kahwin dengan kau dulu  semua ni tak akan jadi.”omma terus dicekik .kemarahan buat appa hilang pertimbangan. Rayuan supaya dilepaskan sudah tidak hiraukan.

‘lebih baik kau mati je ! jangan susahkan aku lagi,senang !” ucap appa lagi

“omma ! “ jerit yerin.Tubuh wanita itu sudah jatuh terjelepok.yerin menanggis ,sedaya upaya berusaha bangun mendapatkan ibunya.

“omma …omma ..bangun omma .Jangan tinggalkan yerin. Yerin takut ..”tubuh yang sudah tidak bernafas digongcang sekuatnya.Tiada sebarang sahutan.

“appa..omma dah tak de.Appa bunuh omma yerin!!” jerit yerin kuat ke muka appanya.

“bukan salah aku,dia yang pilih jalan ni. ehh ,kau jangan berani bagi tahu sesiapa erk.Kalau aku tahu ,siap kau !”amaran keras dari lelaki yang sudah membunuh ibunya.Dia menikus ketakutan.Sergahan kuat melemahkan jantungnya

.

End flashback


Yerin menanggis di bahu taehyung.

“sabar la yerin..Mulai sekarang saya janji akan lindungi awak.Saya yakin omma juga mahukan awak selamat dan terus kuatkan semangat.Kepala yerin diusap perlahan.Sekarang baru taehyung faham punca yang menyebabkan yerin trauma.

“appa..dia hantar saya masuk sini.Dia bagitahu semua orang yang saya gila dan tertekan sebab omma dah  tinggalkan saya.Tapi sebenarnya ,appa tak nak orang lain tahu omma mati dibunuh bukan terjatuh seperti yang dicanang kepada semua orang”sambung yerin lagi dalam sedu. 

“sanggup appa buat macam tu,saya tak sangka seteruk ni yang awak pernah lalui.Maafkan saya sebab memaksa  yerin ceritakan kisah hitam ini.”ujar taehyung sudah memahami penderitaan sebenar  yang dihadapi gadis malang ini.


Di rumah Appa yerin 


“rumah tak berkunci tuan.”ujar seorang anggota polis kepada inspektor Nam joon setibanya  depan pintu sebuar rumah di kawasan setinggan.

“bagus.lagi mudah kerja kita.masuk dan periksa keadaan sekeliling.Jangan biarkan suspek terlepas.”Inspektor Nam joon memberikan arahan kepada anggota pasukannya.

Sebaik sahaja mendengar cerita yerin, Kim taehyung segera meminta bantuan daripada rakannya dari cawangan bahagian jenayah.Appa yerin perlu ditahan dan dijatuhkan hukuman.

“tuan,suspek sedang tidur.”celah seorang lagi pegawai polis separuh berbisik.

“berkas dia,jangan sampai terlepas.”arah Nam joon.Malas menunggu lebih lama.Tak tahan dengan bau kuat minuman keras yang menusuk hidung.Ditambah pula dengan keadaan rumah yang gelap .

Krupp ! tangan encik Appa sudah digari.Dia yang masih mamai cuba melepaskan diri.

“hoii,apa ni?lepas la.Apa masalah korang huh.”bentaknya lagi namun tak dilayan.

“Encik,anda ditahan kerana disabitkan kesalahan membunuh dan mendera.”ucap pegawai Nam Joon saat menghampiri suspek utama.

“Mengarut apa pulak ni?bila masa aku bu..bunuh orang..de..dera orang weyh?katanya menafikan tuduhan terbabit.

“Jung yerin,kenal kan?”soal Nam Joon lagi.

Jung yerin..yerin.ehh budak gila tu,kau percaya cakap dia?hahahah..”ketawa kuat dihamburkan kemudian kembali berkata.

“aku dah pesan supaya tak bagitahu orang ,tapi ishh budak tu memang degil.patutnya dari dulu lagi aku ‘hantar” dia ke neraka sekali dengan perempuan tak guna tu.hahahaha…”omelnya seperti sudah tidak siuman.

“bawa dia ke balai.Kita selesaikan kat sana.’arah  pegawai Nam joon tegas menjalankan tugas.

“baik tuan.Arahan diterima..


Di wad ,katil no 10 


“yerin shi,maaf saya langsung tak berniat nak tipu.Semua ini untuk bantu pulihkan kesihatan dan tolong get back your normal life .That’s it.”Kim taehyung berusaha meminta maaf. Mengharapkan pengertian gadis itu.Dia mungkin masih terkejut.

Yerin memandang taehyung dari atas ke bawah berulang kali.Tak percaya.lelaki berpakaian kemas ,bertali leher,bertag nama “doktor Kim taehyung”ialah orang yang sama dengan abang badutnya .

“kenapa tak jujur?kenapa sampai perlu menyamar jadi abang badut?Kononnya jadi kawan saya?Soalan diajukan bertalu-talu .

“Saya pakar  psikoterapi.Tugas saya untuk membantu memulihkan pesakit yang memerlukan rawatan .Lagipun doktor seokjin yang cadangkan dan kenalkan awak kepada saya.”Ucapnya mula mendekati gadis itu.

“menyamar?Hmm,saya sanggup buat apa saja demi membantu awak.Kalau saya datang dalam keadaan macam ni,sebagai seorang doktor kemudian desak awak ceritakan semua..adakah awak akan bagitahu ?”sambungnya lagi.Yerin hanya mendengar .

“.Ini salah satu pendekatan yang saya perlu lakukan untuk selami isi hati awak yang terluka.Kisah lampau yang hitam.Maaf saya buat awak kecewa.Tapi satu je harapan saya..awak boleh faham dan terima semua ni.”jelas taehyung panjang mengharapkan pengertian.

Yerin diam sejenak .Mungkin kembali berfikir secara rasional tentang apa yang sudah terjadi.Dia perlu mempertimbangankan perkara baik dan buruknya.

“Ya,saya faham.itu tugas awak sebagai seorang doktor.terima kasih sebab membantu,mendengar semua sejarah gelap hidup saya dan maaf..’giliran yerin pula bersuara.Kata-kata itu dibiarkan tergantung.Wajah taehyung disisi dipandang sekilas menanti tindak balas.

‘sama-sama.Tapi maaf untuk?”soal taehyung tidak dapat menafsir maksud ayat terakhir gadis itu.

“sebab pernah menampar doktor dulu.hee..”segaris senyum diukir

“Ohh..pasal tu.Baru saya teringat.Emm,tak pe benda dah lepas dan saya dah lama maafkan.lagipun masa tu emosi yerin masih belum stabil.Salah saya jugak kerana terburu-buru bertindak.”Taehyung membalas.”Ah,saya hampir lupa.Sebenarnya saya datang nak bagitahu yang appa yerin sudah pun diberkas pihak polis.Sekarang yerin tak perlu risau  lagi sebab appa tak akan ganggu awak lagi .okey..?”ujarnya lagi.

“secepat tu awak bertindak?dan  Betul ke dia tak akan kacau saya ?awak pasti?”yerin menyoal mahukan kepastian.

“Yup.betul dan pasti.Now,please be happy.Tak kisah la awak nak anggap saya sebagai abang badut atau doktor ,saya Kim taehyung akan tetap jadi kawan awak.Senyum la..”taehyung berkata.

Selepas setahun Jung Yerin akhirnya pulih sepenuhnya. Dia sudah kembali meneruskan sesi persekolahannya yang sudah tertangguh. Hidup Yerin lebih bahagia dan dia nekad untuk bangkit semula daripada kisah lampau.Hubungan mereka juga semakin erat. 

tamat :)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.