Home Fans Fiction Umum Ujian Dan Kebodohan - Penentuan Yang Di Ingin-inginkan
Ujian Dan Kebodohan - Penentuan Yang Di Ingin-inginkan
MF Omar
9/4/2015 02:50:44
1,351
Kategori: Fans Fiction
Genre: Umum

Aku rasa macam tidak percaya apabila Lavtiya yang bijaksana itu sanggup membelakangkan aku semata-mata kerana kasihankan Zaroba yang tidak berguna. Zaroba pula satu, malu untuk di malukan oleh aku; dia sanggup mempergunakan Lavtiya dalam pertarungan empat mata yang menentukan siapakah layak mengekalkan penguasaan penuh di Sekolah Menengah Awam Nadam Ke-Enam. Aku tidak tahu, apa yang Zaroba fikirkan sehingga dia bertindak sebegitu rupa. Apakah yang dia inginkan sebenarnya dari aku dan Lavtiya? - persoalan berbangkit itu yang membuat aku jadi penasaran. Aku percaya dia ada agenda tertentu untuk memperlagakan kami berdua.

Hari yang di tetapkan untuk berlawan hanya tinggal lagi semingguan dari apa yang telah di rencanakan dan aku pula, masih belum melakukan apa-apa persediaan untuk menghadapi sebarang kebarangkalian. Semua ini pasti tidak akan berlaku jika bukan kerana Zaroba! - hemat hati kecilku ini sering mengatakan perkara yang sama. Celaka tak guna tu memang ada saja yang tak kena. Kalau aku dapat dia kat mana-mana, mampus dia aku kerjakan! Takkan aku lepaskan dia bebas berkeliaran begitu saja tanpa pembalasan. Haish, makin lama di pendamkan makin membara marah di dada. Aku juga yang merana. Terseksa jiwa dan raga setiap masa dan ketika.

Awta, kau tak mahu kami cari dia ka? Mamat musibat tu harus di beri pengajaran baru dia tau kau siapa...”

“Dahlah, Thwla; aku dah tak dak masa nak fikir pasal detu lagi...” Aku merenung jauh di luar jendela bilik kelasku.

“Tak pa, kau bagi saja aku pasal Zaroba tu; ya???”

Aku angguk kepala mengatakan ‘ya’ dengan apa yang di perkata oleh Thwla. Thwla merupakan kawan lama aku sebelum aku kenal Lavtiya; anak perempuan Cendiakawan Mawka yang berasal dari utara negara. Jika bukan kerana jasa baik Thwla, tak berkawanlah aku dengan dia rasanya. Tapi sekarang; aku pula dia tentang. Aku bimbang. Andai kata dia ingin melaga dengan kekuatan; minta maaf, memang terang-terang aku akan menang kerana kelemahannya terletak di situ di sebabkan oleh faktor kejantinaan. Andai kata dia ingin melaga dengan ilmu pengetahuan; itu pula kelemahan aku kerana aku lemah dalam pembelajaran, di mana dia akan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada.

Aku takkan sesekali mempeduli apa yang akan terjadi; yang pasti aku harus menang walaupun terpaksa mempertaruhkan persahabatan aku dengan dia. Tega; ya walaupun terpaksa. Itu yang di tanya Emna kepadaku sebaik sahaja Lavtiya menetapkan tarikh perlawanan di antara kami berdua. Dia hanya mengeluh apabila aku menekan perkataan ya tanpa curiga.

---

Bagaimana nak aku kata betapa bergeloranya jiwa dan raga di sebabkan oleh orang ketiga yang suka memulakan sengketa di antara kita berdua. Aku tidak mahu kehilangan kau, Lavtiya dan aku tidak mahu mengalah juga. Aku percaya; jauh di sudut hati kau yang lembut tu, kau tidak pernah memendam dendam terhadap aku, sayang. Maafkan aku, Lavtiya; aku harus korbankan kenangan manis dan detik indah yang telah kita bina bersama. Sebaik sahaja teks ni kau habis baca; aku bukan Awta yang kau pernah jumpa. Aku harap kau mengerti dengan apa yang aku kata dan kau sudi menerima dengan hati terbuka...

Yang sebenar-benarnya benar...

Awta

---

Hari yang di tunggu-tunggu akhirnya menjelma. Aku sudah lama bersiap sedia untuk menghadapi hari ini dengan penuh semangat yang membara-bara. Arena yang telah di siapkan hanya menunggu kedatangan Lavtiya yang masih tak kunjung tiba. Ramai membuat skepulasi yang tidak enak untuk aku dengar dengan kedua-dua belah cuping telinga. Namun aku peduli apa dengan semua ura-ura itu. Aku datang untuk menang dan aku datang untuk menuntut kemenangan. Tidak akan aku berganjak selagi aku tidak beroleh kejayaan yang di impikan dan aku berharap aku tidak meninggalkan sebarang luka jika aku terpaksa menggunakan kekerasan untuk mencapai objektif yang telah di tetapkan untuk menang.

Setelah lama menunggu dan tertunggu, akhirnya Lavtiya datang juga dalam keadaan tergesa-gesa. Dia memberikan isyarat kepada aku supaya perlawanan di mulakan tanpa sebarang penangguhan. Aku agak terpinga-pinga dengan keputusan Lavtiya apabila anak Cendiakawan Mawka yang bijaksana itu memilih untuk di uji dari segi kekuatan jasmani dari di uji dari segi ilmu pengetahuan yang dapat dia menang dengan mudah tanpa sebarang bentuk masalah. Ujian yang di mahu di selesai nampaknya gampang jika di ajak bersembang. Rotan seratus kali di belakang badan. Aku mula memikirkan kesan dari ujian yang di inginkan lawan. Lavtiya; kau gila ka apa? Apa yang kau fikirkan sebenarnya??

Dia balas semula aku dengan senyuman.Senyuman yang membuat aku jadi tidak keruan dalam setiap permasaan.“Lavtiya; kau nak tarik balik ujian yang kau minta ni. Bukan ini yang aku mahukan dari kau untuk menang. Aku merayu; tolonglah dengar apa yang aku katakan. Jangan buat aku jadi tidak tentu hala!!!” Namun, dia langsung tidak mengendahkan - senyuman; senyuman itu menganggu aku hingga membuatkan jadi tidak menentu. Sayembara di mulakan dengan lolong jerit pekik yang menyokong dan cemuh tomah yang menentang. Masing-masing dapat bertahan pada dua puluh kali rotanan menggunakan penunjuk papan putih yang di panjangkan sekali ganda dari kepanjangan biasa.

Selepas rotanan yang kelima puluh; aku lihat Lavtiya sudah tidak berdaya untuk menahan kesakitan yang di kenakan padanya. Aku sudah tidak tahan melihat dia di perlakukan sebegitu; lantas aku mengambil pendekatan yang sudah pasti akan di persoalkan oleh kebanyakan kemudian - menahan rotanan bagi pihak lawan. “Hentikan segala kebodohan ini!”

Lavtiya kehairanan. “Lavtiya; aku tahu permasalahan ini bukan salah sesiapa tetapi aku tak rela tengok kau paksa diri kau untuk benda bukan-bukan...”

“Aku langsung tak peduli kalau seumur hidup aku di cerca dengan celaan tapi aku tak mahu perhubungan kita berakhir dengan perpisahan. A-aa-aku tak tega; Lavtiya, A-aku tak tega...”

Lavtiya menggeleng kepala menidakannya. “Sebenarnya Awta; Zaroba yang pinta semua ini dari saya, katanya; dia tidak ingin pertelagahan ini akan mencacatkan keindahan zaman persekolahan kita semua...”

“M-ma-maksud kau; Lavtiya... Dia sebenarnya inginkan...”

“Ya, Awta; dia inginkan kita akhiri semua ini atas nama persahabatan kerana dia tahu betapa awak sayangkan semua kawan-kawan awak...”

Aku rasa macam nak menangis apabila Lavtiya menekan perkataan persahabatan. Kalaulah aku tahu niat murni Zaroba sebenarnya ini...

“Aku rasa malu dengan diri aku, Lavtiya kerana bertindak melulu... Maafkan aku...”

“Tak apalah, Awta, tak apa; yang pasti perkara ini akan menggembirakan semua pihak baik secara langsung ataupun tidak...”

-Tamat-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.