Home Fans Fiction Komedi/Romantik Komedi Stupid Cupid
Stupid Cupid
Orked Adhawiyah
7/11/2017 23:30:28
1,117
Kategori: Fans Fiction
Genre: Komedi/Romantik Komedi

BAB 1


JESSICA menguap besar. Dalam hati tak henti-henti dia mengutuk ibu saudaranya yang telah mengejutkan dia di awal pagi begini.


Jam di dinding dikerling. Ternyata jarum jam baru mencecah angka 6:30 pagi. Makin menyirap darahnya dibuatnya. Sepatutnya dia masih bergolek-golek di atas katil lagi.


"Anak dara tak elok bangun lewat. Macam mana nak jadi isteri Siwon kalau kamu pun bangunnya bila matahari dah tegak atas kepala?" suara sindiran ibu saudaranya, Aunty Lyea itu tidak dihiraukannya. Jessica mencebik bibir sambil mengambil tempatnya di meja makan.


"Mana ada peraturan kalau bangun lewat tak boleh jadi isteri Siwon Oppa. Aunty saja je kan. Dengki tengok Sica bahagia sebab mimpikan Siwon." bebel gadis yang berusia 27 tahun itu.


Aunty Lyea hanya mampu menggeleng kepala dengan kerenah Jessica Jung itu. Sudah 20 tahun dia menjaga Jessica, dia sudah masak dengan perangai anak saudaranya yang seorang ini.


"Apa-apa aje lah Sica oi. Aunty nak ke kafe sekejap lagi. Kamu jangan tidur balik. Aunty nak kamu kemaskan loteng." Balas Aunty Lyea. Sandwich buatannya dikunyah dengan tertib.


Jessica yang sedang menghirup kopi Americano kegemarannya terus tersedak. Matanya membulat, jelas terkejut dengan arahan yang keluar dari mulut makciknya tadi.


"Mwo?! Kemas loteng? Huwaaaa tak nak~!! Loteng tu dah lama sangat tak kemas. Entah ada tikus ke, cencurut ke kat atas tu. Tak nak lah Auntyyy!" Jessica merengek. Bibirnya yang sedia muncung tadi makin panjang ke depan.


Aunty Lyea bercekak pinggang. Pantang betul dia kalau arahannya dibangkang oleh Jessica.


"Sebab tak nak ada tikus, cencurut lah Aunty suruh Sica kemas. Jangan banyak bunyi. Kalau Sica tak nak kemas, Aunty akan mintak duit sewa setiap bulan dari kamu. Nak?" Aunty Lyea cuba mengugut.


Jessica mengeluh pendek. Aunty Lyea seorang yang serius. Dan dia betul-betul maksudkan apa yang dia cakap tadi.


Maka mahu atau tidak, terpaksa jugalah dia kemas loteng yang sudah bertahun tidak dimasuki itu.



♡♡♡♡


"Uhuk! Uhuk!" Jessica terbatuk beberapa kali sebaik sahaja membuka pintu loteng itu.


Gila! Banyak gila debu dengan habuk! Memang nampak sangat dah bertahun loteng itu terbiar.


"Aunty Lyea memang sengaja nak dera aku! Boleh dia suruh aku yang ayu ni kemas loteng yang penuh habuk macamni? Ughh!" Jessica mengomel. Kedua belah kakinya dihentak ke lantai loteng.


Dengan tidak relanya Jessica mula mengemas loteng itu. Lantai yang penuh dengan sampah sarap itu disapunya. Sawang labah-labah yang ada di dinding turut sama dibersihkannya.


Dalam tempoh setengah jam, loteng itu akhirnya bersih berkilat. Peluh yang merintik di dahi segera diseka dengan hujung lengan baju yang dipakai. Jessica yang sedang berdiri di tengah-tengah ruangan itu tersengih bangga.


"Whoaa.... Memang beruntung Siwon Oppa kalau aku jadi isteri dia. Tengok lah. Sampai berkilat loteng ni aku bersihkan..." Ucap Jessica yang sememangnya masuk bakul angkat sendiri itu.


"Tolong...!! Tolong aku...!!" sayup-sayup kedengaran satu suara mendayu-dayu yang meminta pertolongan. Dahi Jessica berkerut. Kedua belah keningnya hampir bertaut.


Suara siapa pula itu? Di rumah itu hanya ada dia seorang sahaja. Aunty Lyea sudah berangkat ke tempat kerja sejam yang lalu.


Jessica meneguk air liur dengan bersusah payahnya. Bulu romanya tegak berdiri. Suasana terasa seram sejuk. Nafas Jessica bagaikan terhenti sebaik sahaja terpandangkan sebuah teko yang berada di atas almari lama yang dimamah anai-anai itu.


"Suara tadi... Datang dari teko tu ke?" soal Jessica sendirian. Perlahan-lahan dia mula mendekati almari itu. Teko yang terletak di bahagian atas almari itu berjaya dicapai dengan mudah. Menggigil tangan Jessica memegang teko perak itu.


"Tolong bebaskan aku... Tolong..." serentak teko tersebut terlepas dari pegangannya. Jessica menjerit ketakutan.


"Adoi... Sakit kepala aku... Hey, sesiapa, tolonglah bebaskan aku..." suara dari teko itu kedengaran lagi.


Dengan berhati-hati Jessica mengambil semula teko tadi. Dibeleknya teko perak itu dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.


"Dalam kartun biasanya diorang gosok teko ni, lepastu nanti ada jin yang keluar dari dalam teko. Hikhik cuba try test dulu la. Mana tahu betul-betul jadi." ucap Jessica sambil tersengih nakal. Lantas, dia terus menggosok teko perak yang dilitupi habuk itu.


Tak semena-mena ada asap pink yang keluar dari muncung teko itu. Jessica mula cuak. Fikirannya sudah membayangkan bermacam-macam perkara negatif yang mungkin berlaku. Dan tidak lama kemudian, ada seorang lelaki muncul dari sebalik asap pink itu.


Jessica tercengang. Dia memandang lelaki yang berpakaian aneh di hadapannya itu dari atas hingga bawah berulang kali. Siapa dia? Macam mana dia boleh muncul di loteng?


"Hehe, hai..." lelaki itu melambai tangan ke arah Jessica sambil tersengih colgate.


"ARGHHHH HANTUUUUU!!!" dan dunia Jessica terus berubah menjadi gelap gelita.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Orked Adhawiyah