Home Fans Fiction Komedi/Romantik Komedi My Manager My Wife
My Manager My Wife
Najihah Ibrahim II
11/10/2014 00:09:29
3,537
Kategori: Fans Fiction
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MAIN CAST

ulzzang - Adriana Lee 

Kai (EXO) as Kai

OTHER CAST 

Lee Soo Man - Appa 

Choi Min Ho (SHINee) - Min Ho

EXO and others....

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Adriana tersenyum riang sesampai sahaja di airport.Dia tak sabar untuk berjumpa dengan keluarganya selepas menyambung pelajaran di Kanada selama 4 tahun.Dia mencapai Iphone nya. Dia menatap seketika kemudian masukkan semula di dalam beg. Dia tak mahu menelefon keluarganya,dia mahu memberikan kejutan selepas pemergiannya di perantauan. Tiba-tiba dalam ralit,dia terlanggar seseorang. Adriana cuak. Cuak untuk sesuatu yang tak serius. “Opss mianhae..” Adriana memandang gerangan yang dilanggarinya.Dia tergamam sendiri.Kacak,tinggi. Lelaki itu tersenyum sinis sahaja. “Ouh it’s okay dear,”Lelaki itu mengenyitkan mata kemudian memandang rakan-rakan di belakangnya. Adriana memandangnya pelik. Dari cara lelaki itu bercakap dengan gayanya mesti playboy tahap antarabangsa.Lelaki itu berkaca mata hitam,berjaket baseball dan berseluar jeans biru perlahan.Tangannya dimasuk ke dalam poket dan sebelah lagi tangannya sedang memegang Iphone yang lebih kurang sama dengannya.Tengok aje pun dah tahu,bisik hati Adriana. Dia pedulikan lelaki itu dan mengemas langkahnya menuju ke luar airport.Dia menahan teksi dan menaikinya menuju ke rumahnya.Harapannya,moga cepat sampai ke rumah untuk menemui keluarganya. “ Omma..appa..bogoshipeo...” keluh Adriana dalam teksi itu. Dia membelek-belek gambar di Iphonenya.Pemandu teksi itu melihatnya dari cermin kereta. Dia mengelengkan kepalanya. Tak sampai beberapa minit,dia sudah sampai di perkarangan rumahnya.Dia turun dari teksi .Dia menarik bagasinya dan berdiri di depan pintu. Dia mengambil nafas panjang. “ Annyeonghaseyo..omma..appa..” Kedengaran sunyi sahaja keadaan rumahnya. Dia tekan loceng berkali-kali namun tiada jawapan. Adriana masih tercegat di depan pintu.Tiba-tiba pandangannya gelap...

“Cuba teka siapa ni!” Adriana tersenyum. Dia menarik tangan yang menutup matanya dan memaling ke belakang. “Oppa!!!!!” Adriana memeluk Minho erat. Minho menyambut pelukan dan mengusap rambut Adriana. “Dah besar rupanya saeng oppa ni....” Adriana memandang Minho. “Oppa pulak makin tua Ad tengok ,” Minho mencuit hidung Adriana. Adriana memandang sekelilingnya. “Oppa...appa dengan omma mana??”

“Err appa dengan omma pergi keluar tadi,ada hal.Ad nak ikut oppa tak lepas ni??”

“Pergi mana??Ad on je,” jawab Adriana dengan bersemangat.“Betul ni? Saeng tak penat ke??” Minho mencubit pipi Adriana. “ Saeng ok laa,kita nak pergi sekarang ke??” “ Yupp tapi apa-apa pun oppa nak pergi SM jap tau,oppa nak jumpa member,” Adriana mengangguk setuju. Pantas dia membawa masuk bagasi miliknya ke dalam bilik dan terus menaiki kereta bersama Minho menuju ke SMTown. Minho merupakan ahli boyband SHINee yang bernaung di bawah syarikat appanya sendiri.Meskipun jadualnya sebagai artis ketat namun dia tetap meluangkan masa dengan keluarganya.

-----------------------------------------------------------------------------


Sehun, mana aku punya Iphone?Puas aku cari tadi tapi tak jumpa-jumpa,”

Kai bercekak pinggang.Sehun memandangnya hanya sekadar mengelengkan kepala.Kai mengeluh.Dia pergi meuju ke dapur. “Hyung,nampak tak Iphone saeng??” tanya Kai. “Iphone kamu??Tak perasan pulak tadi. Cuba kamu cari dalam bilik mana tahu kamu ada letak situ ke,” cadang Suho sambil mengunyah keropok.Kai terus naik ke tingkat atas.Tak sampai beberapa minit,kedengaran Kai menjerit dari tingkat atas. “Kya!!!!!” Chanyeol yang lena tidur di sofa terjaga kerana jeritan Kai. “Ya,kenapa dengan Kai tu?” tanya Chanyeol yang mamai. “Entah jum naik atas!” Suho,Sehun dan Chanyeol naik ke atas untuk mendapatkan Kai. “Kai-yaaa wae?” Suho menolak pintu bilik Kai perlahan-lahan. Kelihatan Kai sedang duduk di katil sambil memegang Iphonenya. “Bo???” Sehun,Suho dan Chanyeol memandang Kai tajam. Kai yang menyedari kehadiran mereka hanya tersenyum. “Aniya..Saeng dah jumpa dah hehehe,” Chanyeol mengeluh kuat. “Kai ya..kalau dah jumpa pun tak payah lah jerit macam orang gila.Hyung baru je tadi mimpi date dengan Dara noona,” Chanyeol menggosok matanya dan sedikit menguap. “Mianhae guys ,” Kai tanpa mempedulikan mereka terus bermain dengan Iphonenya. “Sayang sangat Kai dengan Iphone dia tu,” Suho mengeleng kepala melihat Kai yang ralit dengan Iphonenya itu.Sampai tersengih sorang-sorang. “Alaa tu mesti tengah chat dengan Hyoyeon noona kan?” Baekhyun mengusik. Kai memandangnya geram . “Bukan dengan Hyoyeon noona laa!! Ni Taemin hyung suruh datang kat SM jap.” Terang Kai. “SM? Buat apa???” Suho tergaru-garu kepalanya yang tak gatal. Kai pula sibuk bersiap. “Saja lepak sekejap.Hyung,nanti saeng balik malam tau,jangan kunci pintu dorm pulak.”Sempat lagi Kai mengingati Suho yang sering mengunci pintu dorm . Kai mengambil Iphonenya dan terus menuju keluar.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Najihah Ibrahim II