Home Fans Fiction Islamik Ciptaan Allah
Ciptaan Allah
2/7/2014 09:50:33
1,111
Kategori: Fans Fiction
Genre: Islamik
Bab 2

Justeru ia berkaitan juga dengan politik dan siasah seseorang manusia itu. Samada seseorang itu benar-benar seorang yang baik serta sentiasa mengtauhidkan kehendak Allah, maka ia tidak akan melakukan kerja buruk dan bercakap dengan nada yang buruk serta lucah dan biadap. Jika kefahaman dapat disebatikan dengan kehidupan kita maka semua bidang kehidupan kita tidak akan ada pancaroba yang banyak termasuk bidang politik disetiap peringkat negara. Itu sebabnya dalam politik banyak pihak yang tidak sependapat, dan ketidak-sependapatan ini adalah perbezaan nilai dan tahap kebersihan diantara seorang dengan seorang pemimpin itu. 

Kita mendengar ada pihak yang tidak berpuas hati kenapa mereka gagal dalam pilihanraya sedangkan sokongan rakyat begitu kuat tetapi masih tidak mendapat kerusi yang mencukupi untuk mentadbir negara. Justeru terus sahaja menyalahkan pihak lain kerana kegagalan itu untuk menutupi kelemahan sendiri dalam menghadapi rakyat jelata. Tidak kurang yang lupa untuk menerima hakikat yang niat dan kemahuan kita adalah diantara perkara yang penting untuk penentuan kejayaan perjuangan kita itu. Tetapi hakikat ini jarang-jarang diterima oleh ramai yang niat buruk atau salah niat itu hanya diketahui oleh Tuhan Maha Kuasa sahaja. Ramai yang lupa untuk memohon keredhaan Tuhan itu kerana masing-masing merasakan yang kekuatan luaran yang ada itu sudah cukup untuk memenuhi kehendak kita dan tidak sedar bahawa Tuhan lebih mengetahui segala-gala yang ada dalam sanubari setiap manusia itu. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh