Home Fans Fiction Cinta Let Out The Beast.
Let Out The Beast.
NurHabibah binti Abdul halim
29/6/2014 14:21:11
4,631
Kategori: Fans Fiction
Genre: Cinta

D.O. – D.O. ( EXO )

Gummi – Gummi ( Crayon Pop )

Eun Ji – Eun Ji ( A Pink )

Yo Seob – Yo Seob ( Beast )

Jin Young – Jin Young ( B1A4 )

Hara – Hara ( KARA )

Gummi meneliti tawaran yang dilekatkan di luar kedai kraftangan itu. Ralit dia membaca, sampai tidak sedar akan pasangan Ji-Seob merancang untuk mengenakannya.

“ Hah!!!!!” sergah mereka. Gummi terperanjat.

“ Korang ni kan. Selalu je mengusik aku. Bencilah korang ni.”

“ Mana ada.” Kata Eun Ji.

“ Ha’ah. Bukan selalu. Kadang-kadang je.” nafi Yo Seob pula.

“ Dan kau ni, tengah baca apa??” tanya Eun Ji pula. Dia turut melihat apa yang dilihat Gummi sebentar tadi.

“ Kau nak ke?? Macam tak syok je aku rasa.”

“ Alah, kan minggu depan kita dah start cuti sekolah. So aku nak masuk lah.” Kata Gummi sambil tersenyum. Eun Ji mencuit lengan Yo Seob yang sedang minum yogurt.

“ Apa??” tanya Yo Seob. Dia kemudiannya mendengar keterengan Eun Ji. Lalu dia mengangguk kepalanya dan terus menyambung minum yogurtnya.

“ Aku dengan Yo Seob nak. Dekat mana daftar??”

“ Jom masuk.” Kata Gummi. Dia menarik tangan Eun Ji. Mereka melihat ukiran kraftangan yang telah siap dan dipamerkan di galeri. Masing-masing takjub akan keunikan yang terserlah pada kraftangan itu.

“ Korang ni kan, selalu je tinggalkan aku dekat luar. Walaupun aku lelaki, aku pun ada perasaan juga.” Kata Yo Seob. Yogurtnya masih belum habis diminum.

“ Ada apa yang saya boleh bantu??” tegur satu suara. Mereka melihat akan empunya nama dan terkejut. Gummi yang paling terkejut.

D.O. mengukir senyuman. Begitu juga Eun Ji. Namun tidak bagi Gummi. Dia seakan-akan pernah melihat lelaki itu.

“ Kami berminat nak masuk kelas kraftangan.” Kata Yo Seob apabila melihat masing-masing terdiam. Dengan satu hirupan, yogurtnya pun habis.

“ Ooo, kalau macam tu, awak semua boleh mengisi borang di kaunter sebelah. Borang dan pen sudah tersedia.” Kata D.O. dengan ramah. Gummi masih belum berganjak.

“ Dekat mana aku jumpa dia ni??” lalu dia merasakan bahunya ditepuk seseorang.

“ Hai!!”

“ Oh, Jin Young oppa. Oppa buat apa dekat sini??” tanya Gummi.

“ Buat apa pula?? Ni kedai oppa lah ni. Kamu tu buat apa dekat sini??” Gummi tersengih-sengih macam kerang busuk. D.O. masih memandang mereka.

“ Ni nak daftar masuk kelas kraftangan ni.” Jawab Eun Ji, mewakili Gummi.

“ Hah, baguslah. Tak sia-sia aku bangunkan kedai ni.” Ujar Jin Young sambil memeluk tubuhnya. D.O. menumpukan perhatian pada buku rekod jual beli lalu segera menaip ianya ke dalam laptop. Gummi masih memikirkan di manakah dia pernah bertemu dengan D.O.

Mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang gadis comel.

“ Oppa..” D.O. menghela nafas panjang.

“ Oppa.. jangan lah asyik jual mahal macam ni.”

“ Hara-ya, boleh tak jangan ganggu kerja saya?? Saya sibuk ni.”

“ Sibuk apa nya. Mana ada customer nya?? Oppa jangan nak menipu.”

“ Aku kata sibuk, sibuk lah. Jangan ganggu aku boleh tak???!!!” Gummi terkejut kerana merasakan lantai seakan bergegar.

“ Kita ni earthquake ke??” tanya Yo Seob.

“ Entah lah. Semenjak dua menjak ni selalu je jadi macam ni.” Jawab Jin Young sambil membetulkan beberapa pasu yang berubah kedudukannya.

“ Ok. Kami dah siap dah isi borang. Pukul berapa kelas kraf tu oppa??” tanya Eun Ji.

“ Aku tak isi lagi.” Bisik Gummi.

“ Aku dah tolong isi dah untuk kau. Kau ni meroyan tiba-tiba kenapa?? Kau angau dekat mamat tu ke??” bisik Eun Ji. Gummi terdiam.

“ Hmm.. oppa belum putuskan. Tapi memandangkan oppa kenal korang bertiga ni, korang datang dalam pukul 2 petang hari isnin depan ya.” Jawab Jin Young sambil mengukir senyuman. Mereka bertiga keluar dari kedai itu dan segera menuju ke perhentian bas. Sebelum berlalu, Gummi sempat menoleh ke arah D.O. .Pandangan mereka bertemu. Gummi segera melarikan pandangannya. Hara memandang siapa yang dilihat D.O. itu.

“ Oppa tengok siapa tu??” tanya Hara. Kepalanya terjenguk-jenguk seperti zirafah.

“ Tak penting pun kalau kamu tahu.” Jawab D.O. sambil mengelap cermin kaunter.

“ Oppa dah jumpa pengganti saya ke??” tanya Hara lagi. D.O. merengus. Lalu meninggalkan Hara sendirian di kaunter. Hara masih lagi melihat siapa yang dilihat D.O. nya itu. Jin Young tersenyum.

“ Kalau orang dah tak suka, janganlah kamu terus memaksa, Hara. D.O. tu bukannya kanak-kanak.”

“ Tapi dia comel.” Balas Hara, lalu meninggalkan Jin Young sendirian. D.O. kembali ke kaunter.

“ Lain kali kalau nak mengamuk pun, janganlah sampai gegar.” Pesan Jin Young.

“ Baik, hyung.”

Di dalam biliknya..

Gummi masih memikirkan siapakah D.O. itu. Bukan mengapa, kerana wajah D.O. mirip akan seseorang yang pernah dilihatnya.

“ Tak guna kalau kau fikir pun, kerana dia bukannya kenal atau tahu siapa kau.” Pujuk hatinya. Lalu entah mengapa, dia terlelap. Di dalam mimpinya, dia seakan berjalan dalam taman hutan belantara. Dan dia amat terkejut melihat D.O. terikat pada dahan pohon. Dia ingin menolong D.O. namun dihalang oleh akar-akar yang membelit di kakinya. Sebaik dia melihat D.O. seakan mengumpulkan kekuatan dan berteriak, kesemua lantai,dahan dan akar yang membelit musnah dalam sekelip mata.

Dia tersedar. Dia terkejut melihat dahinya basah dengan peluh.

“ Syukurlah cuma mimpi.”

Isnin kemudiannya ( Jam 2 petang )

Eun Ji, Yo Seob, Gummi dan peserta lain sedang mendengar demonstrasi membuat tembikar menggunakan tanah liat yang diketuai oleh Jin Young dan dibantu oleh D.O. Gummi mengalami kesulitan dalam membentuk hujung tembikar yang runcing, lalu D.O. segera menawarkan diri untuk membantu. Dia sebenarnya ralit melihat D.O. berbanding melihat hasil yang dibuat D.O.

“ Hmm, kalau macam tu baik awak jangan masuk kelas ni.” Bisik D.O. perlahan.

“ Hah??” Gummi tersedar.

“ Apa sebenarnya tujuan awak masuk sini?? Nak belajar ke nak buat tanah liat ni jadi bentuk macam ni??” lalu dia menghancurkan ukiran tembikar itu. Gummi terkejut.

“Awak..kenapa..??” D.O. meninggalkan dia sendirian. Gummi berusaha untuk membentuk kembali tanah liat itu. Walaupun tidak secantik ukiran D.O. sekurang-kurangnya dia tahu bermula dari bawah. D.O. memerhati dari jauh. Ji-Seob asyik berbisik.

“ Hmm.. dua orang tu macam ada relationship je.” Kata Eun Ji.

“ Entah lah. Tak payah nak layan sangat lah diaorang tu. Baik kita teruskan kerja ni.”

“ Oppa, tak syok lah macam ni. Kita kena buat sesuatu.”

“ Buat apa benda nya?? Dah kalau Gummi sukakan dia pun, apa salah nya?? Budak tu pun macam bagus apa. Nampak baik, mata pun bulat.”

“ Tapi macam lurus bendul je.” Ujar Eun Ji, seraya menutup mulutnya. Yo Seob menggelengkan kepalanya.

“ Mulut ni kalau mengutuk orang.. pandai sangat.” Lalu dia mencubit mulut Eun Ji. Eun Ji mengaduh sakit kepada Gummi.

“ Malas aku nak layan korang ni.”

Dia pun ke meja hadapan untuk membersihkan tangannya. Hara mengambil peluang untuk bersapa dengannya.

“ Annyeonghaseyo.”

“ Nee.”

Hara tersenyum kepadanya, manis namun penuh makna.

“ Awak dah lama ke dalam kelas ni??”

“ Dia ni tiba-tiba tegur aku kenapa?? Mesti nak korek rahsia ni. Jahat!!!” bisiknya.

“ Tak. Baru je.” Kata Gummi lembut.

“ Awak kenal lama dah ke D.O. oppa tu?? Nampak awak macam ada something je dengan dia.” Bermulalah soalan sebenarnya.

“ Memang aku duga dia nak tanya pasal mamat tu.”

“ Tak. Cuma baru kenal dalam kelas ni je. Tadi pun dia ada tawarkan pertolongan sebab nampak tembikar saya macam tak berapa nak menjadi.”

“ Ooo.. ingatkan ada apa-apa tadi. Tak apalah. Teruskan dengan apa yang awak nak buat.” Gummi mengetap bibirnya, geram. Kalau iyalah nak bertegur sapa, biarlah beralas. Cuma nak tanya pasal D.O. je. Sebal. Dia terus pergi ke mejanya tadi

“ Kau cakap apa dengan dia tadi??” tanya Eun Ji.

“ Kau kenal ke dia??” tanya Yo Seob pula. Eun Ji memandangnya.

“ Ni apasal tanya pula ni?? Dah berkenan ke apa??” Eun Ji memeluk tubuh kecilnya, tanda protes akan soalan Yo Seob sebentar tadi. Yo Seob terdiam.

“ Dia tanya pasal D.O..”

“ Siapa D.O.??” tanya Yo Seob lagi. Eun Ji memijak kakinya.

“ Yaiyy, sakit lah.” Kata Yo Seob sambil membuang debu di kasutnya kerana dipijak Eun Ji. Yo Seob merengus, tanda protes akan Eun Ji pula.

“ Tu lah. Yang tolong aku tadi.”

“ Aik?? Bukan ke nama dia Kyung Soo ke?? Aku nampak nametag dia tadi ada tulis Kyung Soo.” Kata Yo Seob pula. Eun Ji pula tidak melayan akan mereka, kerana berusaha menyiapkan tembikarnya.

“ Entah. Aku bukannya kenal dia.”

D.O. yang kebetulan berada di belakang pintu pula mendengar perbualan mereka. Hatinya meruntun sedih mendengar kata-kata Gummi.

“ Kenapa pula aku rasa sedih ni??”

Habis kelas...

D.O. ke hutan, tempat dia mula-mula sedarkan diri. Di sinilah di mana Jin Young menjumpainya. Atau lebih tepat lagi Jin Young nampak bagaimana dia mendarat di bumi. Sebab itulah Jin Young menegurnya agar menjaga kuasanya daripada diketahui orang lain. Memandang Hara selalu sahaja menganggunya, kadang kala kuasanya sering sahaja terlepas. D.O. menarik nafas panjang. Sudah lama dia tidak ke hutan. Dia perlu berlatih akan kuasanya dan bagaimana untuk mengawalnya.

Sementara itu, di kawasan yang berdekatan, Gummi sedang memilih batu untuk kelas kraftangannya. Jin Young menyuruh mereka mencari batu-batu yang berbeza karakter sebanyak lima untuk dipersembahkan dalam kelas itu nanti. Sedang dia ralit memilih batu yang cantik di tebing sungai, dia terkejut melihat akar-akar pokok seakan-akan bergerak ke sesuatu tempat.

“ Aku ni mimpi ke apa???” dia menggosok matanya. Takut-takut dia tersalah lihat.

“ Memang kali ni bukan mimpi.” Hatinya tergerak untuk melihat kenapa akar-akar itu menjadi sebegitu. Tapi tangannya direntap kasar, sehingga dia terpaling. Dia melihat siapa yang memegang tangannya. Seorang lelaki yang tidak dia kenali.

“ Saya rasa baik awak jangan teruskan niat awak.”

“ Awak siapa?? Kenapa awak pegang tangan saya?? Tolong!!! Tolong!!!” jerit Gummi. Kai segera menutup mulutnya.

“ Awak takkan faham kalau saya terangkan. Lebih baik kalau..” belum sempat Kai meneruskan kata-katanya, dia diserang dari belakang. Mereka terkejut melihat tebing sungai tiba-tiba runtuh.

“ Awak jangan ganggu dia.” Kata D.O.

Kai tersenyum. D.O. masih belum melihat wajahnya. Namun, postur belakang badan Kai menimbulkan tanda tanya pada D.O. kerana seakan pernah melihat susuk tubuh itu.

“ Kalau saya kata saya takkan lepaskan dia??” D.O. terkejut. Namun, dia telah memulakan langkahnya. Dia segera berlari ke arah mereka dan melepaskan tumbukannya, mengena muka Kai. Gummi sekadar memandang mereka. Lidahnya kelu, terkejut melihat D.O. juga berada di situ. Namun, yang lebih mengejutkan mereka adalah Kai tiba-tiba hilang.

“ Jangan beritahu saya awak ni...”

“ Saya apa??” Kai tiba-tiba muncul di depan D.O. D.O. yang terkejut mengangkat tangannya, namun sempat ditahan oleh Kai.

“ Annyeonghaseyo, Kyung Soo hyung.” Kata Kai sambil tersenyum lebar. D.O. mengukir senyuman kelat.

“ Aku dah agak dah tadi.” Kata D.O. melepaskan lelahnya. Namun, dia masih hairan kenapa Kai masih tersenyum.

“ Tu..” mulut Kai menjuihkan ke arah Gummi yang masih memandang mereka tanpa berkelip. D.O. menghela nafasnya yang panjang, lupa akan Gummi yang masih berada di situ.

“ Hyung kena terangkan pada dia. Haha..” kata Kai.

“ Banyaklah nak terang. Kamu nak pergi mana?? Kamu pun perlu terangkan pada hyung kenapa kamu ada dekat sini.”

“ Hehe..” lalu Kai segera menghilangkan diri. D.O. menggelengkan kepalanya.

“ Aku dah jangka budak tu nak buat macam tu. Hish....” dia memandang Gummi.

“ Kaja. Saya akan terangkan sambil kita jalan-jalan keluar dari hutan ni.”

“ Sekejab. Saya nak kutip batu untuk kelas kraf.” D.O. mengangguk. Selesai mengutip batu, mereka pun memulakan langkah. Kai memerhati dari jauh.

“ Baiklah. Awak tanya apa yang ada dalam kepala awak, saya akan jawab. Saya bukan macam Luhan hyung, tak ada telepati.” Makin bertambah soalan Gummi.

“ Siapa tu??” D.O. menggelengkan kepalanya.

“ Baiklah. Saya terangkan. Sebenarnya saya adalah Do Kyung Soo. Sesetengah orang panggil saya D.O. atau Kyung Soo. Mana-mana pun boleh. Saya adalah 11 orang kawan yang mempunyai kuasa tersendiri. Luhan itu ada kuasa telepati. Kai yang tadi asyik kerja dia hilangkan diri itu kuasa teleportation. Dalam erti kata lain, boleh bertukar tempat dari satu tempat ke tempat lain.”

“ Ooo.. awak pula kuasa apa??”

“ Earth. Dalam erti kata lain juga kekuatan.”

“ So, awaklah yang terkuat dalam kalangan kawan-kawan awak??”

“ Entah lah. Kami tak pernah beradu tenaga. Tapi yang pasti, kami dilarang daripada menggunakan kuasa ini sesuka hati.”

Gummi mengangguk kepala, tanda faham.

“ Siapa lagi yang tahu??”

“ Hanya Jin Young hyung. Sebab dia nampak macam mana saya mendarat.”

“ Awak apa??”

D.O. menyuruh Gummi diam, kerana mereka melihat Hara melinggar di kawasan sekitar.

“ Masa ni lah kita kena ada Kai.”

“ I’m here.” Kai segera memegang tangan mereka berdua. Gummi yang pertama kali merasakan kesakitan merentasi masa, terkejut kerana mereka sampai di biliknya. Kai tersengih memanjang.

“ Saya tinggalkan awak berdua.” Lalu Kai segera menghilangkan diri. Gummi segera membuka paip sinki, membasuh mukanya yang kepanasan.

“ Sakit ke??” tanya D.O. Matanya merata mencari tuala. Gummi mengangguk. Sebaik sahaja matanya menjumpai tuala, dia segera memberinya kepada Gummi. Dia terkejut melihat muka Gummi kemerah-merahan. Lalu dia segera memeluknya

“ Maafkan saya kerana menyebabkan awak kesakitan. Saya tak bermaksud untuk menyakiti awak, Gummi.” Gummi yang masih terkejut hanya membiarkan sahaja D.O. memeluknya.

“ Maafkan saya. Saya tak bermaksud..” belum sempat D.O. menghabiskan kata-katanya, Gummi mencium pipinya.

“ Terima kasih kerana ambil berat tentang saya. Neol chuahae, Do Kyung Soo.” D.O. terkedu mendengar luahan hati Gummi. Gummi mengukir sebuah senyuman yang membuatkan hati D.O. berdetak laju.

“ Nado noreul saranghanikka.” Dia memegang tangan Gummi lalu menciumnya lama. Makin lebar senyuman Gummi.

“ Saya sebenarnya dah lama ‘jumpa’ awak.” Kata Gummi tiba-tiba.

“ Maksud awak??”

“ Entah. Awak selalu muncul dalam mimpi saya. Masa saya jumpa awak dalam kedai kraftangan Jin Young oppa hari tu, saya amat terperanjat. Tapi saya tak ingat dekat mana saya jumpa awak. Yang pasti, lepas tu saya terlelap dan saya mimpikan awak lagi.” Terang Gummi.

“ Apa yang awak mimpikan saya??”

“ Awak terperangkap dalam hutan, saya cuba tolong awak tapi saya dihalang oleh akar-akar dan lepas tu awak berjaya lepaskan diri dengan teriakan yang amat kuat.”

D.O. terkeju mendengar kata-kata Gummi. Yang pasti, Gummi mengetahui kuasanya dalam mimpi. Perkara yang hanya boleh dibuat oleh Luhan. Mainan mimpi.

“ Tapi yang pasti, saya memang sukakan awak.” Kata Gummi sambil menundukkan mukanya. Giliran D.O. pula tersenyum lebar.

Mereka menunjukkan keakraban mereka dalam kelas kraf. Pasangan Ji-Seob asyik mencuit mereka, bertanyakan status mereka yang menimbulkan tanda tanya. Begitu juga Jin Young. Tidak kurang pula Hara yang mengamuk dalam kelas setelah mengetahui yang mereka sah bercouple.

Kai yang memerhati insiden Hara mengamuk ketawa terbahak. Namun dia terkejut melihat Hara yang menyambar sebuah tembikar segera muncul di hadapan Hara, menghalangnya daripada melempar tembikar itu kepada Gummi.

“ No,no,no. You’re doing something wrong, miss.” Hara kaget kerana setelah itu Kai hilang. Gummi dan D.O. yang turut melihat berpura-pura menganggap hal itu tidak pernah wujud. Kai segera mengesat peluhnya. Lelah melayan karenah orang tak berapa betul. Dia melihat lampu hijau,kuning dan merah di jalan. Nyalaan lampu itu memberinya idea dalam mencari seorang lagi rakannya. Lalu dia segera hilang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NurHabibah binti Abdul halim