Home Fans Fiction Cinta Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol
Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol
11/3/2015 05:09:10
4,475
Kategori: Fans Fiction
Genre: Cinta

Yoon Hyeran ialah seorang gadis biasa yang memiliki kehidupan yang sederhana. Dia bukannya datang dari keluarga yang berada dan bapanya bukanlah orang yang terhormat. Tambahan pula, appa adalah ayah tunggal. Sudah lapan tahun appa membesarkan Hyeran sendirian kerana Umma mati dalam kemalangan. Namun, Hyeran berasa cukup bersyukur dengan apa yang ada. Dia amat bersyukur masih memiliki appa dan dia sukakan hidupnya yang biasa-biasa sahaja itu.

Ya. Dia amat sukakan kehidupannya. Dia merupakan seorang mahasiswi yang mengambil jurusan perguruan dan dalam masa setahun lagi, dia akan bergelar seorang guru. Memang itulah yang dimahukannya. Dia memiliki cita-cita yang biasa tidak seperti orang lain yang mengimpikan untuk menjadi doktor, arkitek, peguam malah artis!

Tetapi, hidupnya yang biasa itu bertukar menjadi luar biasa! Dan dia mula membencikan kehidupannya itu. Hidupnya benar-benar berbeza dengan yang sebelumnya. Semuanya berubah 360 darjah.

Ini semua bermula apabila pada suatu hari, appanya secara tiba-tiba menyuruhnya agar memberhentikan pengajiannya. Entah apa yang merasuk appanya itu. Sudah dua tahun dia menuntut di salah sebuah university di Seoul dan hanya tinggal setahun sahaja lagi pengajiannya dan kini appanya mahunya berhenti?

Apa yang mengejutkan ialah appanya mahunya menjadi seorang penyanyi! Ini semua berlaku apabila appa mendengar nyanyiannya. Dia tidak pernah mahu menyanyi di hadapan siapa-siapa pun dan dia juga jarang menyanyi. Apabila dia ingin menyanyikan apa-apa lagu, dia akan menyanyikannya secara perlahan kerana tidak mahu sesiapa dengar. Tetapi, malangnya appanya terdengar akan nyanyiannya semasa dia sedang mendengar lagu di dalam biliknya.

Tidak cukup dari itu, apa yang paling mengejutkannya ialah appa mahu dia menjadi artis smALL. smALL? Tidak! Bukan agensi itu. Agensi apa pun tetapi bukan smALL!

“Apa? smALL?!” Jerit Hyeran bingkas bangun dari tempat duduknya. “Appa! Micheosseo?” Marahnya pada appa.

Appanya memegang tangannya erat. “Hyeranah…” Pujuk appanya.

Hyeran memuncungkan bibirnya lalu dengan kasar melepaskan genggaman tangan ayahnya. “Shireo!” Bentaknya. Dia tidak mahu! Pokoknya dia tidak mahu!

“Tapi…” Ujar appa sambil membuat muka sedihnya. Sengaja mahu menagih simpati dari Hyeran.

Hyeran mendengus. Dia menarik nafas sedalamnya lalu menghelanya perlahan. “Geurae… Geurae…” Kata Hyeran.

Reaksi wajah appa serta-merta berubah. Appanya kelihatan benar-benar gembira.

“Hyeran-ah… Hyeran setuju ke?”

Namun Hyeran menggeleng membuatkan ayahnya menjadi sedih semula. “Saya akan jadi artis.”

“Apa?! Betul ke?” Soal appa terlebih teruja.

Kali ini Hyeran mengangguk. “Ya. Saya akan tamatkan pengajian dan menjadi artis tetapi saya tak akan menjadi artis smALL.”

“Apa? Tak! Hyeran akan jadi artis smALL juga!” Tegas appa merenung Hyeran tajam.

Dahi Hyeran berkerut. Kenapa appa terlalu berkeras ingin dia bernyanyi di bawah smALL? “Apa? Appaaa!!! Baiklah kalau appa nak saya jadi artis tetapi saya tak nak jadi artis smALL! Saya akan jadi artis agensi mana pun asalkan bukan smALL! Agensi apa sahaja YnG atau PJY tapi bukan agensi neraka tu!”

“Ta…tapi Hyeran, appa tetap nak Hyeran jadi artis smALL! Hyeran kena pergi ke ujibakat smALL lusa! Appa tak kira!” Balas appa.

“Appa… Appa nak Hyeran diseksa ke? Appa tolonglah… bukan agensi tu…” Rayu Hyeran tetapi appa menggeleng. Appa tak tahu ke yang agensi itu menyeksa para artisnya bagaikan robot?

“Appa… Hyeran tak nak…”

“Lusa. smALL. Titik.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.