Home Cerpen Umum USAH LEKA
USAH LEKA
Mek cha
15/9/2017 17:39:15
1,399
Kategori: Cerpen
Genre: Umum


“Sha”panggil ain pendek kepada roommate nya yang dari tadi asyik terkumat-kamit menyanyi lagu kpop yang semakin menjadi trend hiburan anak muda.

“Ya.Ada apa ?aku tengah busy ni.”balas Sha acuh tak acuh.

“kau tahu tak sekarang ni bulan apa?”soal Ain lagi.

“Eh kau ni.apa punya soalan la.Sekarang kan bulan ogos.satu jawapan skema yang mengundang tawa Ain.

“La tahu pun.Bulan ogos ni bulan kemerdekaan negara kita.”balas Ain pula.

“yup,tahu.so,apa kaitannya?”Ain menggelengkan kepala mendengar jawapan itu .kali ini Sha sudah berpaling menghadapnya .Wajah itu dipandang meminta jawapan.

”kita ni generasi muda,kena ambil tahu pasal kemerdekaan negara.Dah 60 tahun kita merdeka.Alhamdulilllah.Tapi,aku tengok kau asyik dengan kpop je.Macam mana ni? kalau kita tak ambil berat pasal ni jadi siapa lagi?”soalan diajukan lagi.

“maksud kau?”soal Sha hairan.

“sepatutnya kita tunjukkan semangat patriotik tu.Cuba hayati setiap bait lirik lagu kemerdekaan dan kenal siapa  tokoh ,para pejuang  dan sebagainya.tapi kau ni lain pulak.Tak habis-habis dengan hiburan.seolah-olah pemikiran kita ni dijajah.sampaikan kita boleh buat sambil lewa .Sebenarnya tak salah untuk berhibur tapi biar kena dengan caranya dan biarlah berpada-pada..”jelas Ain .

Sha terdiam seketika memikirkan jawapan dari sahabatnya.Ada betulnya.

“ni aku  nak buat kuiz . kau cuba jawah erk. Apa tema kemerdekaan tahun ni?dan ni kemerdekaan negara yang keberapa?”soal Ain bertalu-talu tanpa memberi ruang untuk Sha mencelah.Sha tergamam.

“No google okey!”sedikit tegas teguran dari Ain bila Sha sudah mencapai smartphonenya di atas meja berhampiran laptop.

“alaaa..kau ni tak bagi chance langsung.Jap aku fikir”keluh Sha.Ain sudah tersengih-sengih melihat reaksi kawannya itu.

‘tu la kau…soalan simple pun tak boleh jawabkan.meh sini aku kasi pencerahan sikit.”kata Ain mula membuka bicara.Sha mengangguk malu .

“Tarikh kemerdekaan negara ialah pada tanggal 31 Ogos 1957. Tahun ini genap 60 tahun negara kita bebas daripada cengkaman penjajah.Bertemakan negaraku sehati sejiwa.”jawab Ain kepada soalan yang diajukan kepada Sha tadi .


“ohh yeke..aku tak berapa tahu la.eh cerita la lagi.” pinta Sha sudah tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut.  

“Rasanya ini kau dah tahu tapi tak pe..biar aku ingatkan semula ye.Antara tokoh dan pejuang kemerdekaan ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,Tok janggut,Rentap,Tun sir Henry H.S.Lee,Tun V.T. Sambanthan,Mat Kilau,Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam dan ramai lagi.Semuanya mempunyai peranan dan kisah perjuangan  tersendiri dalam usaha membebaskan tanah melayu pada waktu itu daripada terus berada di bawah jajahan British.”terang Ain lagi.Sha mengangguk faham .Dulu pernah belajar dalam subjek sejarah namun ingatan itu sedikit sebanyak sudah  terhakis kesan budaya luar yang menular dalam kalangan remaja.

“kemudian sedikit preview tentang peristiwa pengisytiharan kemerdekaan tanah melayu,atau dalam erti kata lain kau perlu ‘diingatkan semula’ yang mana kemerdekaan telah diisytiharkan secara rasmi tepat pada jam 9.30 pagi tanggal 31 ogos 1957. Upacara ini dilangsungkan di stadium merdeka dan disaksikan lebih daripada 20,000 orang.Penyerahan watikah perlembangan  kepada Perdana Menteri oleh wakil Queen Elizabeth 2,Duke of Gloucester menandakan pengakhiran naungan British  ke atas tanah Melayu.Dan seperti yang kau sedia maklum bahawa YTM Tunku Abdul Rahman  telah melaungkan perkataan keramat ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali dan disambut oleh orang yang membanjiri stadium …”jelas ulasan daripada Ain mengharapkan sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada sahabatnya.

“wah,kau tahu lebih banyak daripada aku.Sekarang aku dah faham sikit.Terima kasih sebab tegur aku supaya tak terus hanyut ..”ucap Sha sedikit terharu dengan teguran ain.

“Ya,,sebagai generasi muda kita perlu tahu tentang sejarah kemerdekaan negara .Itu baru sikit ,untuk lebih lanjut kau boleh baca buku atau search kat internet tapi..pastikan kesahihan sumber yang diperolehi.Jangan main baca je melulu dan terus terima.Semangat cintakan negara tu perlu ada dan perlu sentiasa dipupuk supaya ia dapat dikekalkan .Semoga Malaysia terus menjadi  sebuah negara yang aman sentosa..”ujar Ain lagi mengingatkan Sha supaya tak terus terlupa.

Anggukan tanda faham daripada Sha.Tetiba dia menarik nafas panjang dan bangun berdiri .

“Merdeka !Merdeka ! “laung Sha dengan penuh semangat.kedua-duanya tersenyum.Semoga arus peredaran zaman tidak menghakis semangat patriotik anak muda .

TAMAT .


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.