Home Cerpen Umum KASIH YANG PERGI
KASIH YANG PERGI
Maya Myra
19/11/2017 14:58:07
1,530
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

 

          Jemari halusku lincah mencabut beberapa rumput yang mulai tumbuh diatas pusara dihadapanku ini. Tanpa aku sedari, air mataku mula menitis diatas baju kurung yang aku pakai, cepat-cepat aku menyeka air mataku dengan hujung baju kurungku  ini. Telingaku menangkap suara yang sayu disebelahku sedang berdoa, dengan suara yang mendayu dayu. Usai sahaja mengaminkan doa, aku mencapai jug yang berisi air mawar, lalu aku menyiram diatas pusara yang hampir 3 tahun meninggalkan aku. Aku berteleku memandang sayu pusara dihadapnku ini, ‘Terima kasih ibu, jasa ibu akan Hazrin dan Hazril ingati seumur hidup kami’ 


            “Ibu, Zril dapat tawaran ke Universiti… tapi, sayangnya ibu tiada untuk melihat kejayaan Zril. Kerana itukan impian ibu untuk melihat Zril dapat jejak ke Universiti?” Hazril menyeka air matanya yang mengalir ditubir hujung matanya.

            Aku menepuk perlahan bahu adiklelakiku, aku tahu Hazril sangat rindukan arwah ibu. Pemergian ibu telah memberi tamparan hebat buat Hazril, Hazril sangat rapat dengan arwah ibu. Aku memandang Hazril yang sudah teresak-esak disampingku.

            “Sabar Zrill, jom kita pulang?” Aku memandang wajah Hazril.

            Hazril tersenyum memandang kakaknya disebelah,dia mengesat air matanya yang berbaki di pipi. Dia bangun, membantu kakaknya menggulung tikar dan mencapai jug berisi air mawar tadi. Lama mata mereka merenung kedua pusara orang tua mereka.

            Aku dan Hazril melangkah meninggalkan kedua insan yang amat penting dalam hidup kami adik beradik. Akudan Hazril menoleh sekilas memandang pusara kedua ibu bapa kami. ‘Nanti kami datang ziarah ibu dan walid lagi ya…’ getus hatiku.

            Kereta Honda Civic milik aku perlahan meninggalkan kawasan tanah perkuburan. Aku  memandang sekilas adikku disebelah, Hazril melemparkan pandangannya memandang tanah perkuburan Islam. Hatiku turut sayu memandang kawasan perkuburan itu.

            Aku membelok keretaku memasuki perkarangan rumah teres dua tingkat milik arwah ibu. Hazril disebelahku sudah terlentok disisi tingkap kereta. ‘Penat kot?’ gumam hatiku.

            Malam begitu sunyi sekali, hanya kedengaran air terjun buatan yang mencurah kedalam kolam ikan kap hasil kepakaran tangan Hazril yang membinanya. Aku memeluk tubuhku sedikit kesejukkan apabila angin malam menyapa ke tubuhku. Kelihatan Hazril dari jauh sedang membawa kek pisang petang tadi yang aku sempat buat.

            “Hai kak, termenung jauh nampak?”Hazril tersenyum kearahku, sambil meletak dulang yang berisi kek pisang dan airtea diatas meja bulat dihadapanku.

            “Sunyi malam inikan Zril?” aku mengerling sekilas memandang Hazril sambil aku mencapai sepotong kek pisang dalam pinggan.

            Hazril menyandar badannya dikerusi,dihelanya nafasnya perlahan. Matanya tidak lepas memandang kakaknya yang sedang menikmati kek pisang. Hatinya sedikit terusik dengan gaya suapan kakaknya itu.Mengingatkannya kepada arwah ibunya, gaya dan senyuman kakaknya saling tidaktumpah seperti arwah ibunya.

            Aku terbantut menyuap lebihan kek pisang ke dalam mulutku, aku perasan Hazril sedang memandang aku. ‘Hish! Kenapa pula budak ni?’ getus hatiku.

            “Zril! Kenapa pandang akak macamtu?” aku menggawang tanganku dihadapan muka Hazril.

            Hazril terkejut seketika dengan teguran kakaknya tadi, dia membetulkan kedudukannya sambil melemparkan senyumannya kepada Hazrin.

            “Orang ingat dekat arwah ibu kak,gaya akak makan kek pisang macam arwah…” perlahan dia menuturkan ayatnya.

            “Zril, rindu ibu? Akak juga rindu ibu, walid… alangkahnya sekarang ini mereka ada bersama kita menikmati malam sebegini.”


Continued... 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.