Home Cerpen Umum Hujan, Pak Tua dan Hati Yang Merdeka
Hujan, Pak Tua dan Hati Yang Merdeka
orangenasuki
31/8/2017 21:04:12
1,779
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

HUJAN, PAK TUA DAN HATI YANGMERDEKA

 

 

Hujan. Sangat lebat aku kira kerana langsir bilikkusedikit berombak ditiup angin yang menerobos masuk melalui celah-celah dinding.Jam di celah bantal aku tarik. Sudah hampir enam tiga puluh pagi. Dia hanya separuhsedar sewaktu Pak Bilal melaungkan azan subuh tadi. Akhirnya, dia terbabasmelayan mimpi yang tiada kesudahan. Bangunnya mula sedikit malas memikirkanhujan yang menyejukkan. Mahu tidak mahu hanya beberapa timba dia menceduk airkolah buat membersih diri disusuli dengan mengambil wuduk.

Solat subuh disudahi dengan doa ala kadar. Walaupun tidakperlu tergesa-gesa ke sekolah pagi ini, matanya seperti sudah ditarik-tarik. Mimpiyang tiada kesudahan minta disudahkan. Baru sahaja tangannya mahu menarikselimut, suara emak keras memanggil di luar bilik.

“Wan, emak buat pulut gaul nyior hari ni. Pergi hantardekat Pak Tua sedikit. Dah lama dia teringin nak makan.” Butir kata emak kuatbergema di luar bilik. Nampak gayanya terbantutlah niatnya untuk mengulit mimpinyakembali.

Dia bangun malas. Baju serta seluar track yang tergantungdi dinding dia capai lalu disauk ke tubuh. Kenapalah hari ini emak buat pulutnyior? Bukan esok? Bukan pada hari yang bukan hujan macam hari ni?

Tapi bukan ke pulut nyior memang sesuai makan hari hujan?Aduh. Dengan kaki yang berat dia menolak daun pintu untuk keluar. Emak sudah didapur dengan tenong di tangan.

“Banyaknya bagi pulut dekat Pak Tua? Kembung nanti PakTua makan pulut hujan-hujan ni mak.” Aku mengambil tenong di tangan emak.

“Kamu makan sekali lah dengan Pak Tua. Teman dia pagini.” Aku mengangguk pendek.  

Hujan makin mencurah-curah turun daripada dada langit.Sekarang sudah penghujung bulan Ogos. Sudah terasa angin monsun timur laut yangbakal menjengah lagi dua bulan. Tinggal di negeri pantai timur membolehkan diamenikmati curahan hujan yang banyak pada penghujung tahun dan kadang-kadangmembawa kepada permulaan tahun baharu. Seperti tinggal di Eropah lagaknya.Menikmati salji di akhir tahun menjelang Krismas.

Payung yang tersangkut di kayu ampaian baju diambil laludikibas-kibas sedikit bagi membuang sarang labah-labah yang sudah mulamenumpang. Rumah Pak Tua hanya berselang dua buah rumah, namun kedudukan rumahitu sedikit jauh ke bawah lembah.

Siapa Pak Tua bagi dirinya? Dan boleh dia kata kepadaseluruh penduduk kampung sebenarnya. Pak Tua tinggal seorang diri di rumah yanghanya ada sebuah bilik, bilik air, dapur dan ruang hadapan yang kecil. Pak Tuabukanlah orang kaya, ternama dan punya tanah yang banyak untuk dia mendapatpenghormatan yang bukan sedikit daripada penduduk kampung. Pak Tua hanyaseorang lelaki tua yang umurnya jika dia agak sudah melepasi angka 100. Namun,Pak Tua masih kuat. Masih gagah untuk ke masjid yang terletak lebih kurang 300meter daripada rumahnya dengan hanya berjalan kaki. Masih cergas jika diajakuntuk bermain baling selipar, dan jika bernasib baik, Pak Tua pula yang menangmengalahkan anak Ucu Temah yang sekolah rendah itu. Maka menangis kuatlah siRykal itu berjalan balik ke rumahnya.

Pak Tua hanya situa yang hidup seorang diri. Yangwataknya tidak penting jika dilihat pada lahirnya, namun pada zahirnya, Pak Tuaada nilai yang tersendiri. Dan nilai Pak Tua ini akan makin bernilai menjelangtarikh keramat negara, 31 Ogos. Aku sendiri setiap tahun menyaksikannya. Masuksahaja bulan Ogos, ramailah orang-orang berita datang menemuramah Pak Tua.Mencari berita tentang hal Pak Tua yang hidupnya pada zaman negara dijajah.

Hujan aku redah dengan cepat. Rumah Pak Tua tertutuprapat. Tidur lagikah Pak Tua? Sebaik salam kedua aku laung, Pak Tua sudahterjengul di muka pintu dengan berkain pelikat dan berbaju panas berwarna putih.Sedikit kelakar aku lihat apabila Pak Tua siap menyarung stokin di kaki. Akunaik ke ‘lambor’ rumah yang hanya sejengkal dengan pintu depan.

“Emak buat pulut gaul nyior. Dia kata Pak Tua dah lamanak makan.”

Pak Tua bersila rapat di tepinya. Bekas tenong ditanganku dipandang lama.

“Kamu makan sekali. Banyak nampak gayanya tu.”

“Ya lah Pak Tua. Saya pun belum sarapan lagi. Emak suruhsaya makan sekali dengan Pak Tua hari ni.” Aku merapatkan sila sambil mengaturbekas-bekas yang penuh dengan pulut, nyior dan ikan kukus goreng. Lengkap pula makan pagi kami. Pak Tua sudahmenghilang ke dalam rumah.

Hujan yang masih turun, makin menggila. Mujurlah ‘lambor’Pak Tua ini terlindung dengan atap zink yang panjang. Bau kopi pekat mulamenyengat hujung-hujung hidung. Seketika kemudian keluar Pak Tua menatangseteko penuh kopi dan dua biji cawan.

“Amboi, bukan main makan pagi kita hari ni, Wan.”Tersengih panjang Pak Tua melihat bekas-bekas yang sudah siap aku susun.

“Itulah. Rezeki Pak Tua hari ni.” Aku ketawa kecil sambilmenuang kopi ke dalam cawan. Hilang terus rasa mengantuk kalau pekena kopipekat macam ini.

Hujan yang mencurah-curah membuatkan selera kami berduamembuak. Senyap tidak bercakap Pak Tua menghabiskan pulut gaul nyior emak. Akutersenyum puas hati melihat Pak Tua yang berselera memakan masakan emak.

“Emak kamu memang pandai masak. Kalah Ucu Temah.” Kopiyang sudah suam diteguk perlahan. Mendengar pujian Pak Tua, aku tersenyum lebar.Bukan senang mahu mendengar pujian daripada lelaki tertua di kampung kami ini.Tambah-tambah pula dipadu dengan Ucu Temah, si tukang masak handalan kampung.   

“Dua hari lepas, saya ada nampak orang berita datang sini.Mahu wawancara Pak Tua lagi?” Aku tertarik untuk menyoal Pak Tua perihal orangberita tempoh hari.

“Biasalah Wan. Tiap-tiap tahun macam ni lah. Habis sahajabulan Ogos, tak adanya orang datang jenguk aku. Tapi aku tak kisah.Sekurang-kurangnya ada jugak yang ingat.” Pak Tua termenung jauh. Kopi pekatsudah berganti dengan rokok daun yang dikepit di birai bibir.

“Aku pun kadang-kadang sudah naik serba salah. Tidakdilayan, mereka semua datang dari jauh. Lagi pula, Islam melarang kita tidakmenghormati tetamu.”

“Pak Tua sudah bosan bercerita kisah zaman komunisdahulu?” Aku sedikit pelik mendengar kata-kata Pak Tua. Setahunya Pak Tua tidakpernah bosan bercerita kisah dirinya yang menjadi mangsa kekejaman komunis. Adasahaja yang bertanya, maka panjang lebarlah cerita Pak Tua.

“Sebenarnya Wan, merdeka ini bukan setakat kita mengenanghal-hal sejarah dahulu. Apa guna bercerita kisah-kisah pejuang tanah air, kalauhati kita sendiri tidak merdeka.”

“Maksud Pak Tua?” Aku menyoal kembali apabila butir patahkata Pak Tua kedengaran ada makna tersirat.

“Merdekanya sesebuah negara akan dilihat apabila tiadakuasa lain yang menjajah. Namun, merdeka pada diri kita sendiri macam mana? Akumakin sedih tengok anak-anak muda sekarang ni. Tak payah tengok jauh. Dekatkampung kita ni sudah.” Pak Tua mengeluh panjang. 

“Makin hilang arah aku tengok mereka. Bawa motor ke hulu,ke hilir. Yang perempuan berkepit di belakang. Kalau sudah kahwin, tidak akuherankan. Ini belum ada ikatan apa-apa sudah berani berpeluk situ sini. Nakditegur, tidak dipandangnya aku.” Sayu nada Pak Tua.

Aku terpana. Kata-kata Pak Tua ada betulnya. Dan akusendiri mengakuinya. Budak-budak di kampungku masih dibelenggu masalah-masalahsosial. Mat rempit, penyalahgunaan dadah dan terbaru kes lari mengikut temankenalan daripada laman sosial.

“Sebab tu aku jadi makin sedih bila sampai sahaja bulanmerdeka ni. Dilaung-laung perkataan merdeka, tapi betul ke kita ni sudahmerdeka?” Pak Tua kembali menghirup kopi pekat yang sudah sejuk.

“Bagi Pak Tua, hati kita ini harus merdeka macam mana?”Aku menyoal lanjut.

“Kita ni orang Islam, Wan. Hati kita ini harus kuatimannya, pegangannya. Kalau dulu, mungkin penjajah mahukan negara, tapisekarang, mungkin jajahannya cara lain. Aku orang tua. Hidup bukan macam zamankamu sekarang ni. Tapi bila aku tengok berita, baca suratkhabar, tengok anakcucu aku balik ke kampung, lagak mereka sudah lain. Semua sibuk dengan urusanmasing-masing. Gembira dan merdeka mereka cara lain.”

“Aku berani cakap dengan kamu ni sebab kamu seorangcikgu. Hari-hari kamu memberi ilmu pada budak-budak, bergaul dengan mereka, mestikamu faham dan arif dengan corak hidup zaman sekarang. Faham dengan ertimerdeka yang sebenar.” Pak Tua memandang aku dengan pandangan yang susah untukaku faham. Mata tuanya yang berkedut seribu itu menjadi semakinkecil.

Aku mengalih pandang ke tengah lembah. Air sudah banyakbertakung. Hujan masih turun walaupun tidak selebat tadi. Kata-kata Pak Tuamembuatkan aku hilang diri. Teringat tingkahku pagi tadi. Bangun untuk solatsubuh pun aku liat. Berdoa sekadarnya kerana turutkan nafsu untuk tidur. Walhal,aku ini seorang guru. Seorang pembimbing generasi akan datang. Seorang yangharus kenal dan faham erti merdeka pada diri dahulu sebelum memerdekakananak-anak didikku.

Hari ini, pada hari ulangtahun kemerdekaan negara yangke-60 tahun, aku disekolahkan oleh Pak Tua yang hidupnya menyaksikan negara inidijajah. Pak Tua yang dirinya pernah dipukul komunis, tetapi minda dan hatinyamerdeka.

Bunyi bekas-bekas yang berlaga di dapur membuatkan akutersedar yang Pak Tua sudah lama menghilang ke dapur. Belum sempat aku bangun,Pak Tua sudah terjengul di muka pintu.

“Kita solat Dhuha dulu, Wan. Lepas tu boleh tengok perarakan merdeka dekattv sama-sama.” Pak Tua tersengih.

“Boleh Pak Tua.” Aku bangun dan memegang lengan Pak Tua.

“Pak Tua, terima kasih.” Pak Tua menepuk lembut bahuku seakan mengerti isihatiku. Mungkin hari ini hari hujan yang sangat sesuai untuk tidur, tetapi hariini tetap hari merdeka. Dan aku, aku akan mula memerdekakan hatiku hari ini. Benarlahkata Pak Buya Hamka, “Kemerdekaan sesuatu negara akan dapat dijamin teguhberdiri apabila berpangkal pada kemerdekaan jiwa.”

 

TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh orangenasuki