Home Cerpen Umum ERTI KEMERDEKAAN SEBENAR
ERTI KEMERDEKAAN SEBENAR
Nur Qissy
10/9/2017 18:27:15
1,591
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

                “Merdeka! Merdeka!” tempikAhmad, Chong dan Dewi bersemangat. Balqis tersenyum melihat keletah mereka. Diaberasa amat berbangga sekali dengan semangat anak-anak muridnya itu.

            “Baiklah murid-murid, siapkanlukisan merdeka kamu itu ya. Esok, cikgu nak kamu semua hantar” ucap  Balqis sebelum berlalu keluar dari kelas 3Kristal itu. Kakinya diayun pantas ke bilik guru.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

            “Macam manalah kereta aku bolehrosak? Aduhai,terpaksalah aku naik komuter hari ini” omel Balqis sebal. Diasekarang sedang menunggu lif di stesen komuter.

“Aduhai, beratnya kotak ni!” keluhBalqis dalam hati. Tangannya memegang erat kotak yang berisi buku-buku rujukanuntuk pelajarnya. Badannya terasa sengal-sengal kerana sudah seharian berada disekolah. Sekarang, dia hanya mahu pulang ke rumah dan berehat sepuas-puasnya.

            ‘Kting’ pintu lif terbuka. Seorangremaja lelaki keluar dari lif tersebut lalu merempuh tubuh Balqis. Balqisterjelupuk jatuh. Kotak di tangannya terjatuh lalu berhamburan keluar buku-bukumiliknya.

            “Aduh, sakitnya” adu Balqis.

            “Weh, butakah! Mata you letak dekat mana? Dekat lututkah?Lain kali, nak jalan tu tengoklah depan. Haiya, menyusahkan!” tengking pemuda Cinaitu. Semua mata di situ memandang. Ada yang menunjukkan riak kasihan, riakterkejut dan pastinya riak sinis. Dia kemudiannya pantas berlalu ke pintu utamameninggalkan Balqis.

            “Eh, aku pula yang salah? Dia yanglanggar aku. Haish, dahlah tak hormat aku sebagai orang yang lebih tua. Barusetahun jagung, sudah pandai tujuk lagak” omel Balqis tidak puas hati sambiltangannya mengutip buku-bukunya.

            Dia kemudiannya menekan kembalibutang lif. Dia memandang ke arah pintu utama dengan rasa sedih.

            “Kemanakah hilangnya adab orangkita?” tutur Balqis sayu dalam hatinya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

            Keadaan dalam komuter agak sesak.Biasalah, waktu-waktu kemuncak. Mata Balqis meliar mencari tempat duduk.

            “Hah, dekat sana!” teriak Balqisgembira di dalam hatinya. Dia pantas menuju ke arah kerusi itu. Secara tiba-tiba,seorang lelaki berbangsa India yang kelihatan seperti awal 30-an memintasnyalalu terus duduk di situ. Tanpa rasa bersalah, lelaki tersebut bermain dengantelefon pintarnya.

            Balqis kelihatan tercengang. Tidakmahu memajangkan cerita, dia hanya berdiri berdekatan pintu komuter.

            “Astaghfirullahalazim, geramnya aku.Dahlah dia tak minta maaf langsung, dia boleh buat tak perasan sahaja aku dekatsini”  tutur Balqis perlahan.

            “Bagaimana bangsa nak maju?” ucapBalqis lagi..

            “Hahahaha, betullah you. Lepas ni,uolls ikut I ya. Kita pergi tengok wayang.” kedengaran suara beberapa orangremaja perempuan bergelak ketawa dengan riangnya. Mereka tidak langusngmemikirkan persepsi orang lain. Balqis berpaling ke arah suara itu.

            Tiga orang gadis Melayu dengan make-up yang tebal, rambut yang pelbagaiwarna serta pakaian yang sendat serta ketat yang pastinya mencolok matakelihatan sedang bergelak ketawa tidak ingat dunia. Dua orang remaja  lelaki yang kelihatan sebaya turut ketawa disamping gadis-gadis itu.

            “Astaghfirullah” Balqis beristighfarseketika dalam hatinya. Terkejut dengan apa yang dilihatnya.

            “Aduhai, malunya aku tengok. Inikahhasilnya setelah ibu-bapa dan guru-guru berpenat lelah mendidik kita? Pakaianketat, rambut bewarna, ikhtilat tidak dijaga. Bahasa Melayu sudah tidakkedengaran indahnya. Bukankah bahasa jiwa bangsa? Anak-anak yang masih mudasudah dijajah mindanya. Perintah agama sudah tidak dihiraukan. Tidakmencerminkan ciri-ciri bangsa yang sebenar. Yang penting, kepuasan hidup didunia? Begitukah kita?” tutur Balqis sayu dalam hatinya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

            Pintu biliknya ditolak lalu suislampu dibuka. Balqis meletakkan kotak serta beg tangannya di atas meja. Diamelabuhkan punggung di atas katil bagi melepaskan lelah. Dia berjeda seketika.

            “Hari Jumaat minggu ini adalah HariKemerdekaan Malaysia yang ke-60. Tapi, kenapa aku rasa tiada semangat untukmeyambutnya kali ini, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya?” ucap Balqisperlahan. Dia berlalu ke bilik air bersama tuala di tangan sebelum meneruskanmisinya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

            Komputer ribanya dibuka. Tak lamaselepas itu, jarinya pantas menari di atas papan kekunci. Ini sahaja yang diamampu lakukan demi mengembalikan erti kemerdekaan Negara.

Setelah hampir sejam, karyanya siap.Pantas dia ke halaman blog miliknya. Karya yang siap ditaipnya itu dimuatnaik.

“Mungkin aku tidak mampu mengubahsemua orang. Tapi, aku cuba sedaya upaya untuk membantu. Sebagai seorangmanusia dan seorang rakyat Malaysia, aku sudah cuba apa yang aku boleh demi ‘memerdekakan’Negara dari jajahan Barat masa kini. Sejujurnya, aku berharap kemerdekaan initidaklah sekadar  pada nama, tapimerdekalah pada segala perkara”. Ucap Balqis ikhlas dalam hatinya.

Dia kemudiannyatertidur di meja sambil komputer ribanya masih terbuka. Di skrin, terpampangdengan jelas karya miliknya yang bertajuk, ‘Erti Kemerdekaan Sebenar

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nur Qissy