Home Cerpen Travelog BIKERS TAK KENTAL - BAB 1 (berdasarkan pengalaman sebenar)
BIKERS TAK KENTAL - BAB 1 (berdasarkan pengalaman sebenar)
masterzaki
7/5/2014 11:06:44
3,775
Kategori: Cerpen
Genre: Travelog

     Kisah benar ini berlaku petang tadi. Hari ini Rabu 2 April 2014. Waktu ketika itu lebih kurang jam 5.40petang. Masa tu hujan lebat di hway skve selepas saujana putra hala ke sg ramal. Aku ride sportster bobber ni, walaupun hensem tp dah kena hujan lebat, kena gak benti berteduh.

     So lepas tol skve tu, aku pun berhenti di hentian tol itu. Dekat tandas. Lepas bukak helmet dan glove yang basah, aku pun menyalakan sebatang rokok kretek nusantara yang sedap manis. Sedang aku baru menarik senafas udara campuran manisan nusantara ni, tetiba lalu sebuah jentera honda cbr 600. Mamat tu mulanya bawak slow sebelah motor aku yang parking di tepi tandas ni. Kemudian dia berlalu terus. 

    Tapi lepas 100 meter dia bergerak, kemudian dia kembali pusing ke motor aku.Agaknya dia TERKASIMA dengan aura sportster bobber aku yang bertank kuning ni. Dia akhirnya berhenti dan parking di sebelah sportster aku. Kemudian mamat tu dtg sebelah aku dan membuka glove yang basah lalu menghulurkan tangan sambil memberi salam. 

     Aku pun menyambut tangan dan salam. Lantas masing-masing berbual dan bercerita tentang jentera masing-masing.Aku lebih banyak memuji jentera honda cbr 600 mamat tu. Ekzos dah bikin. Jenis yushimura kot. Aku bertanya berapa hantaran meminang jentera ni. Mamat tu kata dalam RM56k. Jentera recond. Ambik kat glenmarie. Dekat tempat dia bekerja. Dia juga cerita yang dia tinggal di bandar tek. Perjalanan sehala dr bdr tek ke ofis dia di glenmarie dalam 40minit. Minyak petrol jenteranya RM25 untuk 2hari lebih perjalanan pergi balik. 

     Aku pula beritahu rumah di beranang. Perjalanan dari rumah ke opis di seksyen 14 shah alam makan masa 1jam 15minit dengan sportster bobber ni. Dulu aku kata guna blade dapat 1jam sehala. Tp guna easy rider ni bawak 100 ke 120kmj je. Tapi sportster aku ni mentekedarah minyak. Sehari Rm20 ulang alik. Sama macam aku bawak viva pegi keje. Biasa la. Motor lama. Guna carburator.

     Aku tanya dia brapa top speed leh bawak. Dia kata dia tak berani. Paling kuat pun 140kmj je. Aku kata dulu aku bawak blade pun normal 110 ke 130kmj je. Seminit dua je berani cecah 150kmj kemudian drop balik 110kmj. Puncanya.Tak berani. Hahahah. Alasan aku dan dia sama. Kat sini aku dapat tau persamaan di antara kami. BIKERS TAK KENTAL ni tak berani pulas lebih. Hahaha.

     Kemudian sedang kami rancang berborak, lalu pula sebuah jentera kawasaki versys tank oren. Brother ni pun basah kuyub dek hujan. Dia terus berhenti parking sebelah jentera honda cbr 600 tadi. Lantas dia datang kepada kami yang sedang berborak ni. Mamat cbr ni memberi salam dan aku menurut menghulur tangan sama.

     Aku memulakan pertanyaan kepada brother tu,"bang versys ni ade box belakang. Muat letak baju hujan tu." Brother versys ni menjawab, "memang ade baju hujan dalam box tu. Aku yang malas nak sarung. Ingat boleh lepas hujan ni. Tu redah je. Leceh la nak sarung baju hujan ni. Kang nak pakai. Kang nak bukak. Baik ride je terus" Hahaha. Alasan brother ni sama gak mcm aku cuma aku mmg takde baju hujan. Sama macam mamat cbr ni. Jadi persamaan kami sebagai bikers sama. Malas pakai baju hujan. Hahaha.

     Kemudian aku yang was-was dgn model versys ni bertanya,"biasanya saya tengok versys ni kecik je. Ni 650 ke bang?" Brother tu menjawab, "eh tak. Ni versys 1000" "Oh padan la besar", kataku. Kemudian aku bertanya, "biasa 650 boleh pegi 190 ke 200kmj bang. Ni 1000 mesti leh pegi 230 le 240kmj kan?", kataku cuba memuji. Brother tu menjawab, "memang boleh pegi 200 lebih tapi AKU TAK BERANI. Aku bawak 130kmj je steady." hahaha. Jadi betullah kami semua bikers yang berteduh dari hujan petang ni BIKERS TAK KENTAL. BIKERS YANG TAK PAKAI BAJU HUJAN. Hehehe. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.