Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi Monodrama
Monodrama
Soo
7/11/2017 12:57:04
2,223
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

Liyana yang terlewat untuk ke kelasnya lari dengan laju menuju bilik kuliahnya yang terletak di bangunan blok C. Tiba-tiba dia terlanggar salah seorang pelajar baharu yang sedang sibuk mencari bilik pejabat. Buku yang ada di tangan Liyana terlepas dan terjatuh ke lantai,pelajar itu cuba menolong dia mengangkat buku-buku itu tetapi terhalang apabila seorang lelaki menolongnya. Dia cuba menegur Liyana tetapi Liyana terus lari ke bilik kuliahnya. Lelaki yang membantu Liyana tadi memperkenalkan dirinya, “Hai,nama saya Zulkifli,panggil je Zul.” Dia menghulurkan tangannya, “Nama saya Adrian,panggil Ian je.” Mereka berjabat tangan.

“Perlukan bantuan ke? Macam tercari-cari sesuatu saya nampak.” 

“Ya,saya sedang cari bilik pejabat,dah habis round universiti ni. Besar sangat,tak jumpa-jumpa.” Adrian juga sudah bermandi peluh selepas berlegar-legar di universiti baharunya itu. Dia agak tercengang-cengang kerana universiti itu sangat luas,seperti rusa masuk kampunglah katakan.

“Laa,nak cari pejabat rupanya. Tak hairanlah,lagipun kau memang budak baru. Saya pun dulu selalu tersesat.” Zulkifili mengaku yang universiti mereka itu memang agak luas. Waktu dia mula-mula berada di sini pun dia kerap sesat,hendak ke tandas pun susah,terpaksa berteman. Dia faham dengan situasi Adrian. Dia membawa Adrian ke bilik pejabat,agak jauh juga bilik pejabat itu dari tempat mereka sekarang. Dalam perjalanan mereka ke situ,mereka terdengar beberapa pelajar perempuan berbisik sesama mereka.

“Budak baru ke tu?”

“Hensem giler wei.”

“Single ke tu?”

Zulkifli mencuit bahu kawannya itu,”Ian,nampaknya kau dah popularlah.” Zulkifli memang tidak menafikan ketampanan dan gaya santai Adrian yang membuatkan ramai hati gadis terpaut padanya. Adrian tidak mempedulikan mereka,dia masuk ke dalam bilik pejabat sendirian kerana Zulkifli perlu pergi ke bilik kuliahnya. Dia memperkenalkan dirinya, “Selamat pagi,Tuan. Nama saya Mohd Adrian. Saya ingin melaporkan diri.”

Liyana dimarahi oleh pensyarahnya sekali lagi kerana terlewat, “Hari-hari lewat! Kamu nak belajar ke ni? Tolong jaga disiplin kamu.” Liyana menundukkan kepalanya,dia memang selalu lewat,hampir setiap hari. Masalah insomnianya langsung tidak memberikan dia peluang untuk rehat pada waktu malam,sehingga menyebabkan dia selalu terlajak tidur dan lewat ke kelas. Tambahan lagi,dia hanya tinggal sendirian di dalam asrama. Tiada yang dapat mengejutkannya bangun jika dia terlajak tidur. Dia pergi ke tempat duduknya. Selepas 15 minit kelas bermula,pintu bilik itu terbuka dengan perlahan. Adrian masuk ke dalam bilik kuliah itu,pensyarah menyuruh dia memperkenalkan diri.

“Nama saya Mohd Adrian,boleh panggil Ian je. Umur 25 tahun...” Pensyarah itu tidak memberi peluang kepadanya untuk menghabiskan ayatnya.

“Sambung belajar ke?”

“Ya.” 

“Sebelum ni kerja apa?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut pensyarah itu.

“Penyanyi.”

“Oh penyanyi,kenapa tak teruskan je? Mesti banyak untung kan?”

“I think study is more important than that..”

“Well,nyanyi sikit untuk diorang boleh?”

Seluruh bilik kuliah itu bergema dengan suara pelajar yang teruja. Adrian tiada pilihan selain menyanyikan beberapa baris lagu ciptaannya. Semua orang bertepuk tangan,mereka kagum dengan suaranya. Pandangan Adrian hanya tertumpu pada Liyana. “Macam kenal..Bukan budak tadi ke?” terdetik di hatinya.

Dia duduk di belakang Liyana,matanya tidak lekang melihat Liyana. Dia langsung tidak menumpukan perhatian. Waktu kuliah tamat,semua orang keluar ke kafeteria termasuk Liyana. Adrian hanya mengekori Liyana. Liyana membeli makanan kemudian duduk di salah satu meja tanpa berteman. “Ok,ini peluang aku.” Dia pergi ke meja Liyana dan duduk di situ, “Hai,sendiri ke? Biar saya teman.”

“Duduk je lah.” Liyana malas melayan kerenahnya,moodnya tidak seberapa baik selepas dimarahi oleh pensyarah.

“Hey,can I have your name..or maybe your phone number?” Dia membuat lirikan matanya yang nakal. Jelas sekali,hatinya telah terpaut pada gadis berkaca mata dan berambut ikal mayang itu sejak kali pertama memandangnya. Liyana menghabiskan air sirapnya dengan cepat, “Saya dah habis,saya dah lambat ni,saya perlu pergi ke bilik kuliah.” Dia terus meninggalkan kafeteria itu.

“Dia main susah nak dapat ke?” Adrian mengeluh sambil menyuapkan beberapa suap nasi lemak ke dalam mulutnya untuk menghilang rasa laparnya. Gelagatnya diperhatikan oleh sekumpulan pelajar perempuan. Salah seorang dari mereka bersuara, “Wah,dia memang hensemlah. Dahlah suara sedap,pandai pula tu.” Rakannya yang duduk di sebelahnya turut menongkatkan dagunya sambil berkata, “Betul tu. Hensem kan dia,Lina?”

Hazlina terus memerhatikan Adrian, “Aku tahu dia hensem tapi buat apa dia dekat-dekat dengan Liyana tu.” Perasaan cemburu mula terzahir di batinnya,mana taknya lelaki jejaka universiti itu seakan sudah tertambat hatinya pada seseorang,melepaslah peluang mereka nak memikat dia.

“Elleh,jeleslah tu. Mungkin cousin dia kot,tulah rapat.” Kata Suzy.

“Ha-ah,janganlah hipokrit sangat,Lina.” Celah Rozi.

Hazlina tidak mempedulikan celoteh dua rakannya itu,matanya hanya terpaku pada seseorang iaitu Adrian.Dia melihat Adrian yang sedang sibuk menjamah makanan tengah hari di meja yang tidak jauh dari mereka sambil tersengih-sengih,tanpa berkelip mata sekalipun.

“Lina?” Suara itu tidak dihiraukan.

“Lina!” Suara Rozi menyedarkan Hazlina dari lamunan indahnya.

Suzy mengusik Hazlina, “Laa,kawan kita sorang ni dah angau nampaknya. Aku nak tegur Adrianlah.”

“Dah kenapa nak tegur dia?” Hazlina menjegilkan bola matanya.

“Tenanglah,Lina. Kitorang bukan nak tackle dia pun. Cuma nak tolong lamar dia untuk kau.” Rozi menambahkan lagi kicap atas gurauan Suzy sehingga menyebabkan kemarahan Hazlina semakin meruap-ruap.

“Rozi,jom lari. Kawan kita nak meletus dah ni.”

“Ah tidak! Lari!”

Suzy dan Rozi meledakkan gelak tawa mereka,semua mata di kafeteria tertumpu kepada mereka. Masing-masing sudah menutup muka mereka kerana malu,beberapa pengunjung kafeteria menggeleng-gelengkan kepala mereka melihat kelakuan mereka.

“Gara-gara korang berdua aku kena tanggung malu sekali,dah malas nak layan korang. Aku pergi dulu.” Dia menghabiskan baki kuih donut yang ada pada tangannya dan pergi dari situ meninggalkan mereka berdua. Mereka berdua memandang satu sama lain,mereka tahu yang kawan mereka itu sudah mabuk oleh cinta. Cinta tak berbalas...

Selepas menghabiskan makanan tengah harinya,Adrian berangkat untuk mencari bilik asramanya. Sekali lagi,dia tersesat di bahagian asrama lelaki universiti mereka yang besar itu.

“Dah kena beli GPS nampaknya. Besar sangat tempat ni.” Dia mengeluh sendiri.

“Bro,tak ada gunanya beli GPS,buang duit kau je. Guna Pun Sesat. Bagus kau belanja aku.” Satu suara yang amat dikenalinya datang menegurnya,Zulkifli. Dia memang tercari-cari kelibat rakan baharunya itu sejak tadi. 

“Tolong aku cari bilik ni wei,dah penat aku round tempat ni.” Dia menghulurkan secebis kertas yang sudah berlipat-lipat itu kepada Zulkifli. Sambil itu,dia mengeluarkan sapu tangan miliknya dan mengesat peluh yang terus membasahi dahinya. Zulkifli mengamati kertas itu, “Eh,ini bilik aku. Maksudnya kita...” Dia mengangkat pandangannya dan ternampak Adrian yang sedang sibuk mengesat peluhnya. Dia tertawa tanpa henti sehingga terduduk di kaki lima itu. Adrian pelik dengan rakannya itu.

“Bro,kau okay?”

“Aku okay. Tapi..” Gelak tawanya masih belum reda.

“Zul?”

“Okay okay,aku berhenti.” Dia berdiri dan membersihkan seluarnya yang terkena habuk itu sebelum mula berkata lagi, “Bro,suara dah sedap. Muka dah jambu. Gaya sempoi,pandai dan popular. Tapi..”

“Tapi apa?” Adrian masih tidak faham.

Zulkifli merampas sapu tangan milik Adrian. “Wei,pulangkan!” Zulkifli menunjukkan sapu tangan itu lagi,dihayunnya berkali-kali di depan mata Adrian. “Apa ni? Aku tak fahamlah!”

“Pink ler. Kiut giler. Hello kitty pulak tu. Hebat cita rasa kau.”

“So? Apa masalah dia?” Dia cuba mengambil balik sapu tangannya itu.

“Bro,you’re a man,I’m a man and we all know pink is not suitable for men,right?”

“Ini 2016 bro,tiada yang kisah pasal gender ni. Real or fake,pink jadi pilihan hati.”

“Real fake real fake. Dah bingung aku,pink tu takpe,hello kitty tu kenapa?”

“Err..err. suka hati akulah. Bak sini balik.” 

Zulkifli mengembalikan sapu tangan Adrian kepadanya.

“So,bilik tu kat mana?” Adrian menanyakannya kembali,itulah tujuannya mencari Zulkifli tadi.

“Bilik? Bilik apa?” Zulkifli tidak faham dengan soalan itu. Dah agak dia memang pelupa,dah kalah-kalah penghidap Alzheimer,bisik hati Adrian.

“Bilik 3010,kat mana bilik tu? Aku dah penat sangat hari ni.”

“Laa,bilik tu rupanya. Bilik tu kat hujung sana. Jom pergi bilik,roommate baru.”

“Roommate? Maksud kau..”

“Ya...kau roommate aku,aku roommate kau. Jom.”

Mereka menuju ke hujung kaki lima itu dan masuk ke dalam bilik tersebut. Adrian membuka pintu perlahan-lahan,pintu itu agak susah dibuka seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Tekaan Adrian memang betul,bertimbun baju kotor yang sudah berbau hapak menghalang pintu itu.

“Zul,roommate kita ada berapa orang? Tujuh? Lapan?”

“Aku sendiri je lah.” Dia menjawab tanpa rasa bersalah. Memang Zulkifli hanya tinggal seorang diri di dalam bilik asrama itu. Mulanya,dia memang terasa agak janggal dan sunyi kerana bilik itu terletak di bahagian hujung tetapi sekarang tidak lagi. Lagipun dia dah ada teman sebilik yang baharu. Teman sebilik yang gay..eh tak tak. Teman sebilik yang bersifat agak keperempuanan,bolehlah Adrian tolong dia kemas bilik yang sudah terbiar bagaikan gua tu. Entah bagaimana dia boleh hidup di dalam gua itu.

“Bilik ni dah macam sarang apa entah. Beruang pun tak nak tinggal.”

Dia menyindir rakannya itu.

“Well,inilah bilik lelaki sejati. Nanti awak tolong kemaskan tau,dah lama saya nak merasa tinggal dalam kayangan. Tak ada kayangan,hotel pun boleh.” Katanya sambil membuat muka kesian. Dia memang malas dalam bab-bab mengemas bilik ini,terutamanya katil ditambah lagi dengan kerja-kerja kursus yang bertimbun bak Gunung Everest,memang hilanglah mood dia nak mengemas.

“Dah be

“Oh.” Dia terdiam sebentar.

“Nak ikut tak? Bukannya jauh sangat pun,kat library je.”

“Kata nak makan? Kat library mana boleh makan.”

“Aku main-main je lah. Aku dah kenyang makan tengah hari tadi. Nak ulang kaji sikit untuk esok.” 

“Okay.” Nak tak nak Adrian terpaksa ikut ke perpustakaan universiti mereka yang terletak di sebelah bahagian asrama perempuan bersama Zulkifli. Mereka duduk di satu meja sementara menunggu kedatangan Liyana. Mulut Adrian masih terkunci rapat,akhirnya dia memutuskan untuk bertanya kepada Zulkifli, “Budak tadi pagi tu..dia teman wanita kau ke?”

Zulkifli menguntumkan senyuman manisnya lalu tertawa kecil, “Liyana? Teman wanita aku? Kau ni luculah.” Dia mendekatkan mukanya dengan Adrian. Adrian agak terkejut dan berundur sedikit.

“Chill bro,aku bukan nak cium kau pun. Tak nampak persamaan ke?” Katanya sambil merapikan rambutnya yang agak kusut itu. Adrian masih tidak dapat menangkap apa yang cuba dimaksudkan oleh rakannya itu.

“Macho dah spec kau tu,berfungsi lagi ke tu? Liyana adik perempuan akulah. Muka kitorang hampir sama kan?”

“Oh adik kau...” Adrian tidak tahu hendak meyambung apa lagi. Separuh hatinya dia berasa lucu,separuh lagi hatinya sangat gembira. Ada peluang lagi untuk dia memikat adik perempuan kawannya itu. Zulkifli memetik jarinya beberapa kali, “Wei? Termenung ke?”

“Hah? Erm..”

“Kau suka dia? Cintang pandang pertama? Aww,so sweet.”

“Erm....” Dia tidak berkata apa-apa. Pipinya sudah merah akibat menahan malu.

“Tak nak cakap sudah. Jangan ketara sangat tau. Dia dah sampai tu.” Dia melambai ke arah adiknya berkali-kali. Adrian agak terpaku apabila dia ternampak kedatangan Liyana. Mulutnya ternganga,memang dia dah angau dengan Liyana. Liyana menyapa mereka berdua dengan mesra. Zulkifli berbisik pada Adrian,suaranya diperlahankan takut-takut adiknya terdengar pula, “Ian,mulut tu jangan lupa tutup. Lalat masuk tercekik pula nanti.”

Adrian tersedar dari lamunannya,dah mengelamun sampai jinjang pelamin rupanya,apalah nak jadi.

“Apa khabar adik abang? Lewat lagi ke tadi pagi?” Dia menyakat Liyana seperti selalu,dia tahu adiknya itu selalu lewat masuk ke kelas. Liyana tidak menjawab sebaliknya hanya menundukkan kepalanya.

“Kenal tak kawan abang ni?”

Dia melihat muka Adrian, “Kenal,rasanya kitorang ambil course sama. Nama dia Adrian,panggil Ian. Umur 25.”

“Wah adik abang macam detective conan lah.”

Adrian mengunci mulutnya,malu kot.

“Kita buat sidang akhbar bersama pelakon ke? Kenapa aku je yang bercakap ni?”

Sekali lagi,Adrian dan Liyana hanya memandang Zulkifli dengan pandangan yang kosong.

“Bang,tak nak ajak makan ke? Perut Liyana dah menyanyi ni.” 

“Lapar rupanya,patutlah jadi bisu. Ian? Nak ikut sekali?”

Adrian langsung tidak menghiraukan Zulkifli,dia masih leka dibuai lamunan indahnya itu. Zulkifli memanggilnya sekali lagi,kali ini dengan suara yang kuat sehinggakan penjaga perpustakaan itu memberikan mereka amaran.

“Erm?” Akhirnya dia menyahut.

“Wanna join us?”

Adrian bersetuju dan mereka pergi ke kafeteria. Zulkifli pergi mengambil makanan,dia sengaja meninggalkan Liyana dan Adrian sendirian. Pada mulanya,mereka hanya sibuk menatap telefon bimbit masing-masing. Kedua-dua mereka rasa kekok dan janggal untuk berbual. Adrian memulakan perbualan kekok itu, “Erm,sorry pasal tadi pagi tu. Saya main-main je.”

“Nevermind.” Liyana kembali menatap telefon bimbitnya. “Dia memang tak berminat langsung dengan aku ke? Please,Liyana. At least give me a chance. Boleh tak tunjukkan minat kat aku tu biar sedikit?” Fikirnya.

Hazlina datang dan menegur Adrian, “Hai,nama awak Adrian kan?”

“Ya.” Dia menjawab acuh tak acuh,langsung tidak ada mood untuk melayan Hazlina. Mungkin kerana Liyana bermain tepuk sebelah tangan bersama dia tadi.

“Nama saya Hazlina,panggil Lina je.” Dia menghulurkan tangannya namun tidak disambut pun oleh Adrian. Dia menarik semula tangannya.

rapa tahun kau tinggal sendiri? Sepuluh tahun?”

“Setahun lebih kot. Dah-dahlah sindir aku tu. Aku nak keluar lepak makan jap,kau ngantuk kan? Tidurlah kat katil aku tu dulu.” Dia menunjuk ke arah katil yang dipenuhi dengan plastik pembungkus makanan.

“Err,takpelah. Jom aku nak ikut sekali. Berapa orang kau nak jumpa?”

“Erm,tak banyak. Sorang je?”

“Sorang? Siapa tu? Teman wanita kau? Kawan?”

“Liyana.”

“Tak makan ke?” Dia tidak putus asa menanya pada Adrian. Malangnya,Adrian tetap tidak melayan dia. Hanya sekadar menggeleng tanpa berkata apa-apa.

“Okaylah. Saya balik dulu,dah lewat malam ni. Jumpa lagi esok.” Akhirnya,dia terpaksa mengalah. Buat penat sahaja melayan Adrian yang langsung tidak berminat padanya.

Liyana memerhatikan gelagat Adrian dari tadi, “What’s wrong with you,Ian? Kenapa tak layan Hazlina tu? Dia budak hot kat universiti ni tau. Semua orang tergila-gila kat dia. Melepaslah awak.”

“Oh baru sekarang nak buka mulut. Telefon dah habis bateri ke? Nak powerbank?” Ternyata Adrian sedang merajuk akibat tidak dilayan dengan baik oleh Liyana, “Budak hot ke cold ke,saya tak kisah sangat? Hati saya cuma tertambat pada perempuan bernama Liyana tapi dia langsung tak peduli tentang kewujudan saya dan hanya leka bermain dengan telefon pintar kesayangannya.” Adrian terus meluahkan semua dengan jujur,dia tahu tiada gunanya memendam perasaan. Tidak hairanlah kepada kemahiran berkata-katanya yang hebat kerana dia sememangnya pelajar jurusan sastera yang cemerlang. Liyana tersentap dengan pengakuan Adrian,pipinya berubah merah. Dia terus pergi dari situ. Adrian menggigit bibirnya, “Aduh,did I say something wrong?”

Zulkifli duduk di depan Adrian sambil meletakkan dulang yang penuh dengan makanan, “Kenapa dengan adik aku tu? Kau cakap benda bukan-bukan ke?”

“Err..err..taklah,” otaknya ligat memikirkan alasan yang kukuh, “Dia kata ada kawan call minta tolong,katanya dia kena pergi sekarang juga.”

“Oh,pergilah ambil makanan. Everything on me today.” Zulkifli langsung tidak curiga tentang adiknya. Adrian menghela nafas lega,dia kemudian pergi untuk mengambil makanan.

Hazlina pulang ke bilik asramanya,dia membuka pintu dengan kasar sehingga mengejutkan Rozi dari tidurnya. Suzy pula tidur mati,langsung tidak terusik mimpinya oleh amukan Hazlina.

“Tak reti buka dengan lembut ke?” Matanya masih belum terbuka sepenuhnya. Dia menguap beberapa kali.

“Boleh naik darah aku layan orang tu.” Dia melepaskan geramnya pada sofa itu dengan memukulkan berkali-kali.

“Biar aku teka..ermm Adrian?”

“Siapa lagi?” Katanya sambil membuat muka menyampah.

“Janganlah risau,kau kan budak paling hot kat U ni. Lambat laun dia mesti datang kat kau tu.” Rozi cuba memadamkan api kemarahan Hazlina yang sedang panas mendidih itu. Namun Hazlina langsung tidak terkesan dengan pujukan Rozi itu,kemarahannya semakin membara. Dia meletakkan beg tangannya dan terus ke katil untuk tidur. Rozi menggeleng-geleng melihat perangai Hazlina itu.

“Ian,ada orang telefon.” Zulkifli mengambil telefon bimbit Adrian yang terletak di hujung sofa mereka. Dia sedang leka menonton cerita kegemarannya manakala Adrian pula sibuk membasuh pinggan mangkuk. Nak harapkan Zulkifli cuci pinggan mangkuk memang taklah,bukan kerja lelaki katanya,habis tu siapa nak cuci? Mana ada perempuan tinggal bersama mereka. Haish,Zul,Zul,hanya itu yang bermain di fikiran Adrian. Deringan telefon bimbit itu membuatkannya tersentak lagi,hampir saja jatuh gelas kaca yang dipegangnya.

“Ian,telefon tak nak angkat ke?”

“Siapa call tu?”

“Boss.”

“Ish,boss nak apa lagi kali ni?” Dia mula termenung lagi. Jika ada panggilan dari boss,memang kerjalah jawabnya.

“Ian...” Zulkifli melaung namanya sekali lagi.

“Sekejap,aku datang.” Adrian mengeringkan kedua-dua tangannya dengan melapkannya pada baju tidurnya,tak senonoh langsung! Lelakilah katakan...

Dia menjawab panggilan dari bossnya itu,setelah sepuluh minit berbual tentang kerja,Adrian menamatkan perbualan itu. Dia duduk di sebelah Zulkifli dan mengeluh panjang.

“Kenapa tu? Boss kau suruh menyanyi kat konsert ke? Atau dia nak potong gaji kau?” Dia pelik melihat Adrian mengeluh sebegitu.

“Fanmeeting..boss aturkan fanmeeting tu tanpa pengetahuan aku. Nasib baik tak kena waktu ada kuliah.” Jelas wajahnya menunjukkan reaksi yang tidak puas hati.

“Ingatkan apalah sangat tadi,fanmeeting je pun.”

“Kau tidak tahu betapa memenatkan fanmeeting tu. Dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Betul-betul buang masa aku,boss tak tau ke aku nak belajar.” Dia tidak berhenti merungut tentang itu.

“Aku nak tidur dulu,bye.” Telinganya sudah panas mendengar rungutan Adrian.

Keesokan harinya,dia menuju ke tempat berlangsungnya perjumpaan peminat itu seawal 7.00 pagi. Walaupun ianya dijadualkan pada pukul 8.00 namun tempat itu sudah dibanjiri oleh para peminat. Hazlina juga turut datang ke perjumpaan peminat Adrian itu. Pada awalnya,dia hendak mengajak Suzy dan Rozi sekali tetapi malangnya mereka ada kelas. Dia juga sepatutnya menghadiri kelas waktu itu,tetapi demi berjumpa dengan jejaka idaman universiti itu dia sanggup ponteng kuliah,ish ish ish,apa nak jadi dengan makhluk bernama Hazlina ni. Acara itu bermula tepat jam 8.00 pagi,selepas beberapa aktiviti. Tibalah acara terakhir iaitu sesi mendapatkan autograf. Hazlina turut berbaris panjang untuk berjumpa Adrian. Sewaktu gilirannya tiba,dia terus menghulurkan kertas kosong kepada Adrian. Adrian mengangkat pandangannya sesaat kemudian memberikan autografnya tanpa berkata apa-apa. Hazlina menegur dia, “Hai,tak kenal sayakah?”

“Kenal. Tak ada kelas ke hari ni?” Katanya sambil sibuk melayan peminat lain. Secubit senyuman pun tidak diberikan olehnya kepada Hazlina.

“Pukul berapa fanmeeting awak habis? Lepas ni free tak?” Hazlina mengelak soalan Adrian.

“Tak. Dahlah,balik dulu. Saya tengah sibuk sekarang ni.” Dia sudah rimas dengan perangai Hazlina. Hazlina cuba mengajak dia sekali lagi.

“Jomlah makan lepas ni. Awak suka makan apa? Nasi goreng? Pasta?”

“Dahlah! Lepas ni saya sibuk,lagipun hari ni dah janji nak makan tengahari dengan Zul. Dah,balik!” Adrian tidak dapat mengawal kemarahannya lagi,pen yang ada di tangannya dihentak beberapa kali ke meja. Mujur waktu itu sudah tidak banyak peminat yang tinggal. Mereka semua sudah menunggu di luar. Hazlina pergi dari situ. PA Adrian terkejut apabila ternampak Adrian berkelakuan begitu,dia tahu yang Adrian bukanlah jenis panas baran.

“Kenapa tu Ian? Marah semacam je. Apa peminat tu buat kat kau?”

“Dia bukannya peminat pun. Teman universiti aku,dari semalam tak habis-habis kacau aku.”

Adrian menghela nafas lega,akhirnya tamat juga sesi perjumpaan peminat itu. Otot-otot badannya yang lenguh diregangkan beberapa kali. Tiba-tiba telefonnya berdering.

“Ian. Dah habis ke?”

“Dah. Baru je habis. Diorang tengah kemas-kemaskan tempat ni.”

“Kata nak belanja makan...”

“Kau nak makan kat mana?”

“Ikut kau je,asalkan kau yang belanja. Kau ada duit tambang? Atau nak aku jemput kau kat sana?”

“Tak apa. Bukan jauh sangat pun. Aku jalan kaki je ke sana.”

“Jalan kaki? Larat ke?” Gelak tawanya jelas kedengaran di hujung talian.

“Laratlah,2 km je kan. Oklah,aku letak dulu.” Adrian mematikan telefonnya. Dia mencari PA-nya.

“Azlan,aku nak balik dulu. Aku ada janji dengan kawan ni.”

“Baliklah,lagipun kau dah penat kan.”

“Lan,lain kali bincang dengan aku dulu. Tak ada angin,tak ada guruh,

tiba-tiba hujan. Mana tahu waktu tu aku ada kuliah ke,kursus ke.”

“Yalah,yalah. Pergi balik,nanti kawan kau merajuk pula.”

Adrian berjalan kaki untuk pergi berjumpa Zulkifli. Duitnya masih cukup untuk naik bas,tetapi dia lebih suka berjalan. Jimatkan duit dan cergaskan badan,sambil menyelam minum air. Hehe...

Dia berjalan melalui sebuah lorong yang agak sunyi. Cuma kelihatan kucing liar sedang mengejar tikus untuk dijadikan makanan. Sunyi sangat sunyi walaupun matahari masih tegak. Tiba-tiba dua orang lelaki yang bertubuh agak tegap datang dari arah belakang Adrian dan memukulnya. Adrian langsung tak berdaya nak melawan,dia bukanlah sasa sangat nak melawan dua orang yang bersaiz dua kali ganda darinya. Mereka meninggalkan Adrian dalam keadaan parah. Zulkifli yang risau kerana kelewatan Adrian menelefonnya.

“Ian,kat mana tu? Dah pukul tiga ni. Kau nak aku kena gastrik ke?”

“Aku..ah! Auh..” Tulang rusuknya masih terasa amat sakit. Zulkifli semakin panik, “Wei,kau ok tak? Kau kat mana tu?”

“Aku...aku okay,kau pergilah makan dulu. Nanti aku datang.” Dia cuba membuatkan kawannya tidak risau.

“Kau tunggu sana.” Zulkifli tracking lokasi Adrian menggunakan Whatsapp dalam telefon dia,canggih betul telefon sekarang,main tracking bagai dah.

Dia ternampak Adrian sedang terbaring di lorong itu. Kepalanya luka dan bibirnya berdarah dengan teruk. Dia masih memegang bahagian tulang rusuknya yang sakit. Zulkifli terus berlari ke arahnya, “Kau kenapa ni? Siapa yang buat kau begini?”

Adrian tidak menjawab,dia terus mengerang kesakitan.

“Ian,boleh berdiri tak? Jom pergi hospital sekarang.” Dia membantu Adrian berdiri tetapi tidak berjaya,lukanya terlalu parah sehingga sukar untuk bangun. Zulkifli menelefon ambulans. Dia pergi ke hospital bersama Adrian.

Malam itu,dia tersedar dari komanya. Zulkifli yang berada di sebelahnya terus menegur dia, “Sihat dah? Nak aku panggilkan doktor ke?”

“Tak payah. Kau dah makan?” Bibirnya masih susah mengucapkan perkataan.

“Dah,tak payahlah risau tentang aku. Kau tu,kenapa sampai jadi macam ni? Apa kau dah buat ni?”

“Apa kata doktor?” Dia melihat lengan kirinya yang berbalut simen. Masih terasa sakitnya,pedih.

“Lengan kau patah sikit esok dah boleh buka simen tu. Yang paling parah,tulang rusuk kau..tulang rusuk kau patah,kena stay kat hospital seminggu.” 

“Seminggu?” Dia tidak sangka lukanya begitu parah.

“Aku akan jaga kau,jangan risau. Lagipun minggu ni kebetulan kitorang cuma ada projek sikit,kelas pun tak banyak.”

“Terima kasih.” Pintu bilik itu diketuk dengan perlahan kemudian Liyana masuk ke dalam.

“Hah,Liyana sampai pun. Ada bawa apa yang abang pesan?” Dia menoleh ke arah adiknya yang baru sampai itu.

“Ada,baju dan bubur kan? Bubur tu kafeteria tak juallah hari ni jadi Liyana beli kat tempat lain.” Dia meletakkan beg yang berisi baju dan bubur itu di atas meja yang terletak di tepi katil Adrian. Adrian tidak mengalihkan pandangan dari Liyana lagi.

“Awak berehatlah ya,biar saya maklumkan dengan pensyarah nanti. Nota-nota penting pun saya akan tolong catitkan,lagipun kita ambil course yang sama kan.”

“Thanks. Aaa,so lucky to meet both of you.” Katanya sambil tersenyum.

Hazlina duduk di kafeteria seorang diri hari ini,mi sup yang ada di depannya langsung tidak terusik. Fikirannya hanya tertumpu pada apa yang jadi pagi tadi.

“Jual mahal betul. Taulah hensem.”

“Termenung sampai ke mana tu,cik akak. Mi sup kau dah kembang,makanlah cepat lepas tu kita balik.” Rozi memecahkan keheningan itu.

“Kau ni memang tak sah kalau tak kacau aku kan.”

“Makan cepat,kita balik. Takkan kau nak balik sendiri,nanti ada yang culik. Dah malam sangat ni.”

“Kau takut aku hilang atau kau takut balik sendiri?” Dia mengusik Rozi.

“Err..” Rozi memang jenis yang penakut,Suzy dan Hazlina sudah masak dengan perangai Rozi. Pantang bergelap,dia dah berteriak macam kena histeria.

“Dah jom balik.”

“Habis mi sup kau tu? Nak bagi kucing makan? Sakit perut kucing tu nanti.”

“Oh,lupa pula pasal mi sup aku.” Hazlina terus menghabiskan mi supnya dengan gelojoh,tak padan langsung dengan muka puterinya tu.

Seminggu kemudian,Adrian akhirnya keluar dari hospital tetapi dia dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk mengelakkan tulang rusuknya yang masih belum pulih itu bertambah parah. Dia sudah boleh berjalan dengan baik dan selera makannya langsung tidak patah. Dia tetap menjadi pelanggan setia kafeteria mereka. Adrian berlegar-legar di universiti itu seperti mencari sesuatu,tangannya penuh dengan fail-fail berwarna biru. Badannya sudah bermandi peluh,dia berhenti sekejap dan meneguk air mineralnya. Hazlina ternampak Adrian,dia sengaja melanggarnya sehingga menyebabkan airnya tertumpah di bajunya. Adrian memandang ke arah Hazlina,hatinya panas, “What are you doing? Eish,this is my favourite shirt you know. Baru je saya seterika semalam.”

“Sorrylah awak,saya tak nampak tadi. Biar saya tolong lapkan.” Dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Adrian menolak Hazlina ke tepi, “Dah jangan pegang saya! Saya tak suka,biar saya lap sendiri.” Dia kemudian pergi dari situ, “Apa hallah dengan perempuan tu? Tak habis-habis nakkan perhatian.” Seranahnya di dalam hati.

“Hurm,stress sangat ke? Itu pun nak marah,baru cadang nak tackle dia tadi.”

Dia terjumpa dengan Zulkifli ketika dalam perjalanan ke bilik kuliahnya,

“Zul,kau ada bawa kemeja lebih tak? Hazlina dah tumpahkan air kat baju aku,basah kuyup dah. Aku ada presentation sepuluh minit lagi,tak sempat nak balik tukar baju.” Adrian bernasib baik kerana Zulkifli selalu membawa kemeja lebih ketika keluar dari asrama. Sebagai langkah berjaga-jaga andai ada sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti apa yang terjadi pada Adrian.

Adrian mengambil kemeja itu lalu mengucapkan terima kasih,dia menukarnya di tandas. Mujur dia sempat sampai ke bilik kuliahnya,pembentangan itu berjalan dengan lancar. Dia pulang ke asrama sendirian kerana Zulkifli masih sibuk menyiapkan projeknya. Dia perasan yang pintu asrama mereka tidak tertutup rapat, “Zul lupa kunci ke? Harap-harap bukan pencurilah yang pecah masuk.” Dia membuka daun pintu itu dengan perlahan,kelihatan ruang tamu mereka bersepah. Semua laci-laci yang ada di situ dibongkar,kertas-kertas bertaburan di lantai. Dia lari ke dalam dan memeriksa biliknya,dia amat terkejut apabila ternampak seseorang sedang sibuk menyelongkar almarinya.

“Hazlina!”

Hazlina berhenti menyelongkar dan menoleh ke arah Adrian. Adrian mendekatinya,jantung Hazlina berdegup makin kencang.nafasnya sudah tidak teratur. “Kau tak boleh ke berhenti kacau hidup aku? Macam mana boleh sampai ke sini? Hah!” Kemarahannya yang lama terpendam meledak akhirnya. Hazlina diam seribu bahasa,kali ini dia betul-betul rasa bersalah.

“Apa kau nak sebenarnya ni? Apa! Kau keluar dari bilik ni sekarang. Keluar!” Hazlina berlari keluar dari bilik itu,dia terlanggar Zulkifli yang baru sahaja pulang itu. Dia kelihatan agak penat dan bingung.

“Ian,kenapa rumah berselerak sangat ni? Hazlina tu..kenapa dia ada kat sini?” Pelbagai tanda tanya menghantuinya sekarang.

“Psiko!” Dia menghempaskan pintunya dengan kuat.

Zulkifli masih tidak faham dengan apa yang terjadi. Kenapa Hazlina boleh ada di bilik mereka? Kenapa pula Adrian mengamuk tak tentu pasal? Dia memang agak penat petang itu tetapi dia memutuskan untuk keluar dan tenangkan fikirannya. Dia berjumpa dengan adiknya,Liyana.

“Bang,muka stress sangat tu kenapa? Projek tak siap lagi ke?” Liyana mencuit-cuit bahu abangnya yang sedang termenung. Katanya hendak berjumpa dan berbual sesudahnya hanya dia yang bercakap.

“Projek satu hal,Adrian dan Hazlina. Abang tak faham dengan diorang dua tu.” Dia meluahkan apa yang terbuku di hati.

“Hazlina? Adrian? Kenapa dengan diorang berdua?”

“Tadi waktu abang balik,abang ternampak Hazlina di dalam bilik asrama kitorang. Pastu bila abang tanya pada Adrian,dia mengamuk tak tentu pasal pula.”

“Jadi abang nak saya siasat tentang Hazlina kan?” Dia seperti sudah membaca isi hati dan kemahuan abangnya.

“Wah,bijaknya. Adik siapalah ni.” Dia memuji Liyana.

“Adik abanglah. Cuma nak beritahu,Liyana dah lama siasat tentang Hazlina dengan Adrian.”

“Hah? Kenapa pula?” Soalnya pelik.

“Hazlina ni tergila-gila kat Ian tu. Tapi Ian langsung tak layan dia. Semua tahu Hazlina ni bukan calang-calang orangnya,Ian pula tolak dia mentah-mentah. Maruahnya dah tercalar tu,mesti dia tak akan biarkan.” Jelasnya dengan panjang lebar.

“Jadi sekarang ni..Yana jumpa apa-apa tak?”

“Hurm,bukan Liyana nak tuduhlah,tapi...Hazlina ada waktu fanmeeting Ian.”

“So?” Dia tidak tahu yang Hazlina ada hadir waktu itu tetapi apa kaitannya pula?

“Ian tak layan dia sangat waktu Hazlina nak dapatkan autograf,dia siap mengamuk lagi.”

“Maksudnya sekarang,Liyana syak yang Hazlina hantar orang untuk pukul Ian,begitu?”

“Erm.” Dia mengangguk perlahan.

“Liyana..tak baik buruk sangka tau.”

Liyana menundukkan kepalanya,dia tahu abangnya tidak akan percaya kata-katanya. Zulkifli balik agak lewat malam itu,dia berharap kemarahan rakannya itu berkurang sedikit. Dia masuk ke dalam bilik dengan senyap, “Masih selerak nampaknya,dia dah okay ke tu?” Dia mengetuk pintu bilik Adrian dan memanggil namanya tetapi tiada sahutnya. Dia perasan yang pintu itu tidak berkunci,dia membuka pintu itu tanpa sebarang bunyi, “Laa,tidur dah rupanya. Marah sangatlah tu sampai kepenatan.” Zulkifli keluar dan mengemas bilik asrama mereka yang berselerak itu. Sedang dia sibuk mengemas,Adrian keluar dari biliknya. Waktu sudah menunjukkan pukul dua pagi. Mata Adrian masih berat ketika itu, “Zul,tak tidur ke? Tidurlah dulu,biar aku kemas.” Zulkifli baru tersedar tentang itu,barulah dia terasakan penat lelahnya tadi. Dia terus masuk bilik dan terlelap sementara Adrian sambung mengemas bilik mereka. Kejadian di biliknya tadi asyik terngiang-ngiang di fikirannya. Kenapa perempuan tu selongkar bilik mereka? Dia periksa barang-barang mereka,tidak ada yang hilang apa yang dia sedang cari sebenarnya? Azan subuh berkumandang,dia mengejutkan Zulkifli. Dia bangun dan menunaikan solat,matanya segar sedikit selepas usai solat. Zulkifli duduk di sebelah Adrian,kelihatan muka Adrian agak kurang senang, “Kau dah solat ke?”

“Dah.” Jawabnya ringkas,fikirannya masih terganggu.

“Boleh cerita tak apa yang dah jadi semalam? Kenapa rumah kita berselerak? Hazlina buat apa kat sini?”

“Kau ada kunci pintu ke semalam?” Itu sahaja yang keluar dari mulutnya.

“Pintu?” Seingatnya dia memang dah kunci,pelupa pelupa dia pun tak pernah lupa kunci pintu, “Aku dah kunci sebelum keluar,kenapa?”

Adrian menceritakan segalanya pada Zulkifli. Dari pintu yang tak berkunci sehingga waktu dia menghalau Hazlina keluar. Zulkifli terkejut dengan tindakan Hazlina,jika benar apa yang diceritakan oleh Adrian,Hazlina telah melanggar peraturan dengan menceroboh bilik mereka dan memasuki bahagian asrama lelaki. Tergerak hatinya bertanya tentang kejadian ketika perjumpaan peminat itu, “Ian,hari tu waktu fanmeeting..Hazlina ada tak kat situ?”

“Perempuan tu? Ya,dia ada. Dia juga ada minta autograf dengan aku.” Adrian sekarang lebih biasa memanggil Hazlina dengan gelaran ‘perempuan itu’. Mendengar nama ‘Hazlina’ sudah cukup membuatkan harinya musnah apalagi menyebutnya.

“Kau bagi tak? Macam mana kau layan dia?”

“Aku bagi. Aku tak layan dia sangat. Oh,ya aku ada mengamuk juga kat dia waktu tu sebab dia asyik desak aku keluar dengan dia.”

Zulkifli menelan liurnya beberapa kali,tekaknya berasa kering. Benarkah apa yang adik katanya semalam? Adakah Hazlina dalang di sebalik apa yang terjadi pada Adrian?

“Aku nak keluar awal hari ni. Nak ambil udara segar sebelum masuk bilik kuliah.” Dia pergi ke tandas mencuci mukanya lalu keluar dari bilik itu.

Ketika mengambil angin,dia berselisih dengan tiga sekawan itu,siapa lagi kalau bukan Rozi,Suzy dan Hazlina. Hazlina senyum pada Adrian,namun senyumannya itu hanya dibalas dengan jelingan maut.

“Kau buat apa kat Adrian tu?” Rozi pelik dengan Adrian,selalunya dialah yang akan menghadiahkan sekuntum senyum paling manis setiap pagi,tetapi tidak hari ini.

“Ha-ah,macam dah nak telan orang muka dia. Pandangan tu boleh menambat dan membunuh perempuan kat sini.” Tambah Suzy.

“Ah,aku tak nak dengar lagi. Jom aku nak makan.”

Kedua-dua Rozi dan Suzy memandang satu sama lain kemudian menjungkitkan bahu mereka. Pelik sangat dengan kawan mereka itu.

Liyana mengajak abangnya dan Adrian makan bersama hari ini. Adrian menunggu mereka di kafeteria petang itu.

“Janji melayu,hurm. Janji pukul empat,sekarang dah pukul empat suku. Mana diorang dua beradik ni. Dua-dua sama,tak tepati masa.” Dia bermain permainan dalam telefon bimbitnya sementara menunggu kedatangan mereka. Liyana berlari ke meja itu, “Maaflah,lambat pula. Jam rosaklah.”

“Alasan.” Adrian merajuk lagi.

“Laa,janganlah merajuk. Nah air,minumlah mesti penat tunggu lama-lama.” Liyana menghulurkan sebotol air teh yang sejuk kepadanya. Adrian cepat-cepat mengambil air teh itu dan meneguknya,tekaknya memang dah kering kerana langsung tidak minum sejak tadi. Tiba-tiba dia berasa pening,matanya berpinar-pinar, “Siapa bagi air teh ni?”

“Hazlina. Dia bagi sebab nak minta maaf dengan apa yang jadi.”

“Haz..Haz..” Adrian tidak sedarkan diri. Liyana menggoncang badannya dengan kuat. Liyana tidak tahu hendak buat apa ketika itu,mujur abangnya sudah sampai, “Ian? Kenapa dengan Adrian dik?”

“Ta..tadi Yana bagi dia minum air yang Hazlina beri. Lepas tu dia tiba-tiba pengsan.” Mereka membawa Adrian ke hospital,dia dimasukkan ke unit rawatan cemas. Keadaannya agak kritikal. Zulkifli keluar selepas berbincang dengan doktor. Liyana yang tunggu di luar bilik terus mendapatkan abangnya, “Bang? Ian macam mana? Apa dah jadi dengan dia?”

“Doktor kata dia terminum racun,racun tu ada kat dalam teh yang kamu beri tadi. Kata doktor lagi,jika Adrian lambat dikejarkan ke hospital,dia mungkin tidak dapat diselamatkan.” Jawabnya dengan suara yang mendatar,dia memang sedih dengan apa yang terjadi pada Adrian.

“Ini semua salah Liyana. Kalau Liyana tak bagi Ian minum air teh tu,taklah jadi macam ni.” Liyana menyalahkan dirinya sendiri. Zulkifli memujuk Liyana dengan baik. Beberapa jam kemudian,keadaan Adrian mula stabil. Seperti biasa,Zulkifli sedia menemankan dia sementara Liyana pula menyediakan keperluannya.

Adrian berada di perpustakaan sendirian,semua orang sudah tidur waktu itu. Hanya suasana sunyi sepi menemaninya. Dia tekun menyiapkan kerja kursusnya. Sedang dia sibuk menatap skrin komputer ribanya dia merasakan ada tangan yang memegang bahunya. Kedua-dua tangan itu merangkulnya dengan perlahan. Rangkulan itu dirasakan semakin lama semakin erat. Adrian mula panik,peluh sejuknya mengalir dengan laju. Kedengaran suara berbisik di telinga, “You are mine.” Kalimat itu diulangnya berkali-kali. Adrian meronta melepaskan diri. Dia menoleh ke arah lembaga itu, “Haz..Hazlina? Kenapa buat aku begini hah?” Dia cuba berdiri tetapi lututnya terasa lemah. Akhirnya dia jatuh terduduk di atas lantai,Hazlina semakin mendekatinya.

Adrian tersedar dari komanya. Dia terjerit dengan kuat sehingga mengejutkan Zulkifli yang terlelap ketika menjaganya, “Bro,kau okay tak? Kenapa tiba-tiba jerit ni?” Dia mengambil tuala kecil yang terletak di meja sudut itu dan mengelap dahi Adrian yang dibanjiri peluh itu.

“Kenapa? Kenapa aku kat sini? Apa dah jadi?”

“Tenang dulu. Kau rehat dulu,badan kau masih lemah.” Dia menenangkan Adrian.

“Tak boleh jadi,aku nak cari Hazlina.” Dia mencabut jarum yang tercucuk pada tangan kirinya itu. Adrian berdiri dan menuju ke pintu,langkahnya terhenti. Badannya masih lemah dan tak mampu berdiri. Zulkifli memapahnya ke katil semula, “Duduk dulu. Dengar cakap aku.”

Zulkifli menjelaskan tentang apa yang terjadi dan mengapa dia boleh ada di hospital, “Kau faham tak sekarang? So,bertenang dulu. Kita akan selesaikan baik-baik dengan Hazlina nanti. Berehat dulu.”

“Dah bangun ke? Liyana pergi dululah.” Sejak tadi dia memerhatikan mereka. Liyana tinggalkan mereka berdua tercengang-cengang di situ. Zulkifli dan Adrian berbincang tentang Hazlina.

“Kau nak buat apa sekarang? Nak cari dia buat apa?” Dia menuangkan Adrian segelas air lalu memberikannya kepada dia.

“Pindah? Aku betul-betul tak tahan dengan perempuan tu.” Katanya selepas meneguk air itu.

“Kalau kau pindah habis aku? Kau nak sambung kat mana?” Dia cuba memujuk rakannya supaya tidak pindah. Adrian berdiam diri,soalan itu tidak dijawabnya, “Habis Liyana?”

“Liyana? Kenapa pula dia tiba-tiba sebut nama Liyana ni?” Soalan itu bermain dalam kepalanya.

“Liyana beritahu aku hari tu,dia ada simpan perasaan kat kau tapi tak berani luah. Dia dah suka kau sejak hari tu,waktu kau berlanggar dengan dia.”

Adrian terkejut mendengar tentang itu,maksudnya selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan. Setelah sekian lama,berbunyi pun tepukan yang gemuruh. Dia terbayang paluan kompang yang mengiringi mereka ke atas pelamin. Cukup dengan membayangkannya membuatkan mukanya yang suram sahaja tadi mengukir senyuman yang indah.

“Dia ada beritahu juga tentang kau. Kau ada confess kat dia kan?” Kata-kata itu membawa Adrian semula ke dunia realiti. Lidahnya kelu, “Arr.err..”

“Jadi? Dah tukar fikiran tak? Janganlah pindah. Aku janji aku akan restu kamu berdua.” Dia mengusik Adrian yang leka mengayal itu. Nampaknya dari berkawan mereka akan jadi keluarga.

“Ermm,aku akan bincang dengan perempuan tu. Aku tak akan pindah.” Ketukan pintu yang agak kuat menyentapkan mereka berdua, “Dik kamu ke tu? Masuklah.” Pintu dibuka dengan perlahan. Sekali lagi,Zulkifli menegurnya, “Lain kali pintu tu ketuk lembut sikitlah,nanti satu hos...” Ayatnya terpotong di situ. Alangkah terkejutnya dia apabila Hazlina yang masuk ke bilik Adrian dan bukannya Liyana. Hazlina menghadiahkan senyuman kepada mereka,kemudian dia menoleh ke arah Adrian dan menyapanya dengan mesra. Entah kenapa sapaan itu boleh mencetus api kemarahan dalam hati Adrian. Selalunya dia dapat mengawal perasaan marahnya itu. Tetapi hari ini barannya terlepas begitu sahaja. Dia berdiri mendekati Hazlina,dia cuba menyapa Adrian lagi, “Hai. Dah..” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya,tangan Adrian pantas memegang kolar baju Hazlina, “Apa lagi kau nak? Tak puas lagi ke nampak aku terlantar kat sini? Nak tengok aku mati? Hah!” Zulkifli menenangkan Adrian,dia cuba sedaya upaya melepaskan Hazlina dari cengkaman Adrian namun cengkaman itu seakan tidak mahu terlerai.

“Adrian,please let me explain. Tolong lepaskan.”

“Bro,lepaskan dia cepat. Kau kata nak bincang baik-baik.”

“Selepas aku lalui semua ini? Tempoh hari aku kena belasah,sekarang minum racun. Esok-esok apa pula? Kau nak bunuh aku? Bunuhlah!”

Zulkifli berjaya melepaskan cengkaman Adrian pada Hazlina.

“You better explain this. Now!” 

“Saya akan pindah. Okay! Kamu tak akan nampak muka saya lagi. Dah saya nak pergi.”

“Wait..” Adrian berdiri di hadapan Hazlina lagi, “Why did you do this to me?” Hazlina tidak menjawab soalan Adrian,kesabarannya semakin tipis, “Lina! Answer me!”

“I like you. Are we done now?” Dia akhirnya meluahkan isi hatinya.

“Okay,let me tell you something before you go. If you love someone,let him be happy,don’t make him suffer,get it?”

“Kalau saya tak dapat awak,tak ada siapa yang boleh.” Hazlina masih belum mengalah.

“Is that how you treat the person you love? It doesn’t make sense.”

“But..I love you,Ian.”

“Lina,can I ask you something?”

“Sure.”

“Why did you want to act in this play? You already know the ending,in the end you will lose me.” 

“I’ve told you...because I love you.”

“If I were you I would stop doing my monodrama and keep moving forward.”

“I love you, that’s all I have to say about that.”

“Love? Please Lina,get out. I’m tired of being a good person.”

Hazlina pindah dari universiti itu,sejak itu dia tidak mendengar apa-apa khabar tentangnya biarpun khabar angin. Rozi dan Suzy juga langsung tidak tahu-menahu tentang keadaan Hazlina.

“Let’s go for a walk. Shall we?” Adrian berkata kepada Liyana yang sedang sibuk menjamah sandwicnya.

“Who? We? Just two of us?” Liyana agak terkejut dengan pelawaan Adrian.

“Why? Something wrong with that?” 

Liyana diam seketika,sandwic itu tidak lagi menarik perhatiannya. Adrian yang merasakan Liyana tidak senang dengan ajakannya itu terus memberi idea lain.

“Well..I’ll tell Zulkifli to come along with us.”

“Good idea..I mean,it’s quite awkward if there are just two of us.”

“Okay,so I’ll pick you up on?”

“Five. I’ll wait both of you at Starbuck.”

“Don’t forget to buy me a coffee k.”

“Iced Americano,right?” Liyana sudah lama berkawan dengan Adrian. Segala kegemaran dan apa yang tidak disukainya sudah dihafal oleh Liyana.

“Yea..so,five o’clock,Starbuck. Don’t be late,girl.” Dia sempat mengusik Liyana sebelum pergi.

Adrian balik ke biliknya dan menyiapkan dirinya. Dia mengejutkan Zulkifli yang sedang sibuk mengukir peta di bantalnya. Dia tahu Zulkifli belajar sehingga lewat malam semalam,tetapi dia tidak boleh memungkiri janji Liyana.

“Zul,bangun..” Dia menepuk bahu Zulkifli dengan lembut.

“Mohd Zulkifli! Bangun!” Kali ini suaranya tidak lagi selembut tadi.

Zulkifli mengesat matanya dengan malas, “What? Bilik terbakar ke?”

“Tak,hati aku je yang terbakar sebab kau tak reti nak bangun.” Dia menunjukkan riak wajah yang kurang gembira.

“Apasal wangi sangat kau ni? Baju segak giler. Nak pergi dating ke?” Zulkifli yang masih mamai itu melihat Adrian dari atas hingga ke bawah.

“Aku nak jumpa adik kau,tulah nak ajak kau sekali.”

“Eh? Aku tak naklah kacau korang dating. Lebih baik aku tidur.”

“Tak payah nak buang tebiat,dah pergi mandi sana. Liyana juga yang nak aku ajak kau sekali. Kalau dia tak suruh,aku dah bawa dia pergi Paris.”

“Buat apa kat Paris?” Matanya terkebil-kebil. Paris? Jauh tu. Takkan diorang nak kahwin lari? Eh tak baik buruk sangka. 

“Kahwin senyap-senyap.” Gurau Adrian sambil tersenyum nakal.

“WHAT?” Matanya terbeliak.

“Aku guraulah,dah pergi bersiap. Takkan nak jalan-jalan guna singlet koyak kau tu. Jatuh standard nanti. Cepat sikit tau,tak lama dah pukul lima.”

Zulkifli mencapai tualanya dan bergegas ke tandas. Mereka kemudian pergi ke tempat yang dijanjikan. Liyana sudah berada di sana sambil memegang tiga cawan kopi. Adrian datang ke arah Liyana dan mengambil kopi kegemarannya.

“Tengoklah siapa yang lewat.” Liyana mengejek Adrian.

“Laa,abang kau tu,asyik mimpi je. Tengok kat pipi dia tu,penuh liur basi.”

“Eih,tolonglah. Aku dah mandi tadi. Cukup segak dah ni.” Dia mengambil kopi Iced Latte kegemarannya dari tangan Liyana. 

“Betul ke dah mandi? Apa yang ada kat muka abang tu? Bukan bekas liur ke tu?” Liyana mengeluarkan tisu basahnya dan mengelap pipi Zulkifli.

“Dah,dah. Biar abang lap sendiri.” Zulkifli mengambil tisu basah itu dari tangan adiknya.

“Apasal tak tunggu kat dalam?” Kata Adrian selepas menghirup kopinya dengan rakus.

“Banyak oranglah,sesak sangat.”

“Thanks for the coffee. Let’s go.” Adrian mengajak mereka pergi.

“Where?” Zulkifli dan Liyana bertanya pada masa yang sama.

“Aku dengar ada shopping mall baru buka kat hujung jalan tu. Jomlah pergi sana.” Kata Adrian dengan teruja.

“Huft,perangai mengalahkan perempuan.” 

“Alaa,jomlah! Liyana,kau tak nak pergi ke?” Adrian cuba menghasut Liyana.

“Jomlah pergi,bang. Liyana dah lama tak jalan-jalan kat shopping mall. Asyik-asyik assignment.”

“Korang berdua kahwinlah,perangai serupa je.”

Adrian dan Liyana tersentap dengan gurauan Zulkifli,muka mereka berdua merah padam kerana malu.

“Eh? Tak jadi pergi ke?” Mereka berdua tersedar dari lamunan dan terus berjalan. Lebih kurang pukul lapan malam,mereka bertiga menuju balik ke universiti. Adrian ternampak sebuah kedai barang kemas bersebelahan dengan sebuah restoran.

“Guys,korang berdua duduk kat restoran tu sekejap boleh tak? Minum-minum ke? Aku nak pergi ke satu tempat jap.”

“Kau nak pergi mana?” Soal Zulkifli.

“Adalah. Korang tunggu sekejap tau.”

Adrian masuk ke dalam kedai tersebut. Dia meneliti cincin-cincin yang berada di situ. Seorang jurujual datang ke arahnya,

“Encik nak cincin yang macam mana?”

“Cincin..kahwin?”

Jurujual itu mengeluarkan beberapa bentuk cincin dari almari kaca tersebut. Salah satu daripada cincin-cincin tersebut telah menarik minatnya.

“Saya nak yang itu. Kalau boleh tolong letakkannya dalam kotak cincin berwarna merah.”

Jurujual itu menyelesaikan kerja dengan kemas. Adrian membayar harga cincin itu. Adrian keluar dari kedai itu,suasana agak sunyi berbanding tadi.

Tiba-tiba seorang lelaki menekup mulut Adrian dengan sapu tangan yang mengandungi profonol sehingga menyebabkan dia pengsan. Lelaki itu menarik Adrian ke dalam sebuah kereta,tindak-tinduk itu disaksikan oleh Zulkifli dan Liyana yang berdiri dekat dengan kereta itu. 

“Itu Adrian kan?”

“Ha-ah,abang. Itu Adrianlah. Apa dah jadi dengan dia? Siapa orang tu?”

Zulkifli cuba berlari ke arah kereta itu tetapi dihalang oleh adiknya. Liyana mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mengambil gambar nombor plat kereta tersebut.

“Kita kena laporkan pada pihak polis secepat mungkin.”

Air yang disimbahkan ke muka Adrian membuatkannya tersedar. Dia cuba melepaskan diri namun tangannya terikat dengan kuat. 

“Calm down,don’t hurt yourself.”

Suara yang amat dikenalinya menyapanya dengan selamba. Suara itu tidak pernah dilupakannya,segala pengalaman pahit yang dilalui oleh Adrian kerana dia masih segar di fikirannya, “Hazlina...”

“Yea,no wonder I fall for you,you are genius!”

“I thought we are done.” Adrian menundukkan pandangannya perlahan-lahan.

“We? Done? We will never done..until I get you,Ian.” Hazlina menongkatkan dagu Adrian.

“Don’t touch me!” Adrian bergelut cuba menghalang tangan Hazlina dari menyentuhnya.

“Why are you being like this,Adrian? Please.”

Adrian berdiam diri.

“Nasib muka you dah tak lebam. Instead of beating you up,I should use profonol,right?” Hazlina mengusap pipi Adrian.

“What do you want,Hazlina? Please stop.” Sekali lagi dia mengelak.

“I want you. Apa kurangnya I hah?” Dia mendekatkan mukanya ke arah Adrian.

“Stop it. Tak penat ke bertepuk sebelah tangan? Sudah-sudahlah!” Nafasnya turun naik dengan kencang. 

“I saw you just now. What’s that for?” Dia kembali duduk di kerusinya.

“You mean..the ring?” 

“Yea,the ring. Is it for me?”

“Bullshit,why would I buy that for you?” Kata Adrian sambil gelak dengan kuat.

“So...what’s that for? Answer me!” Suaranya semakin tinggi.

“I’m going to propose my girl. Why?” Katanya dengan berlagak.

“Siapa budak perempuan yang bertuah sangat tu?” Hazlina semakin menyampah.

“She is Liyana,my first love. My one and only girl.” Suara Adrian sengaja dikeraskan.

“I thought I am your girl..your one and only girl...” Kata Hazlina dengan sayu.

“You? Please wake up Hazlina! You are not my girl or my friend. You are just PSYCHO! Now let me go!” 

“Let you go? After hearing you saying that?” Senyuman Hazlina itu penuh dengan misteri.

“I’m sorry okay. Please..let me go. I’m begging you.” Dia cuba meminta belas kasihan daripada Hazlina.

“No,I’ll never..let you..go..” Hazlina keluar dan menutup pintu itu dengan kasar.

“Hazlina! Let me go,girl! What’s wrong with you?” Adrian meronta dengan kuat untuk melepaskan diri.

“Jadi,Encik Adrian kena culik lebih kurang pukul lapan  malam semalam?” Tanya pegawai polis yang bertugas.

“Betul tu.”

Liyana mengeluarkan telefon bimbitnya, “Ini nombor plat kereta itu.”

“Kami akan berusaha untuk menjejaki dia. Buat masa sekarang,kamu berdua boleh balik.”

Mereka berdua keluar dari balai polis itu.

“Apa malang sangat nasib Adrian ni..” Zulkifli menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Abang tak rasa ke ini kerja...Hazlina?” Firasatnya kuat mengatakan bahawa ini angkara Hazlina.

“Budak psiko tu? Dia memang tergila kat Adrian,tapi bukankah dia dah lama pindah. Rasanya dia takkan kacau Adrian lagi.” Sekali lagi dia membantah kata-kata adiknya.

Sudah dua hari Adrian terkurung di dalam bilik gelap itu,tanpa makanan atau minuman. Keadaannya juga semakin lemah. Daun pintu itu terbuka perlahan-lahan, “Iced Americano dan sandwic ayam kegemaran you. Nah makanlah.” Hazlina meletakkannya di meja kecil yang berada di sebelah Adrian. Kemudian dia memotong tali yang terikat pada tangan Adrian itu. Adrian pergi kepada Hazlina dan memegang kolar bajunya lalu cuba mengangkatnya namun tidak berjaya. Cengkamannya terlepas dan dia terjatuh.

“See,,you are too weak to hit me. Eat some,so you can hit me harder and escape from this room.”

“Let..me..go..please..” Suaranya menunjukkan yang dia langsung tidak bermaya.

“Eat some. They are your favourite kan? Come on,nanti you sakit.”

“I don’t care. Let me go.” Dia memegang kaki Hazlina.

“Eat some,Ian. I gotta go first. Bye..” Hazlina keluar dari bilik itu dan meninggalkan Adrian sendiri lagi.

Adrian tiada pilihan selain menjamah sandwich yang ditinggalkan oleh Hazlina. “I hope there’s no poison in this coffee.” Walaupun ragu dengan keadaan kopi itu,dia tetap menghabiskannya kerana terlalu haus. Dia duduk di penjuru bilik itu dalam keadaan yang sangat lemah dan letih. Hazlina masuk semula ke bilik itu untuk melihat keadaan Adrian. Dia tersenyum apabila ternampak kopi dan sandwic yang ditinggalkannya sudah licin. “Ego...almost kill you right?”

“I’m too tired to debate about my ego with you. Please,let me go,Hazlina.” Adrian merayu kepadanya.

Hazlina mendekati Adrian dan mengikat tangannya semula.

“Why?” Soal Adrian.

“Just in case,boy.” Dia menjawabnya ringkas. Dia menarik kerusinya dan duduk di hadapan Adrian.

“So..Ian. When you are going to propose me? Risik ke?” Dia mengusap rambut Adrian dengan lembut.

“Please...stop it..”

“When?”  Tangannya masih ligat mengusap rambut Adrian.

“Shut up! I’m not going to propose you!” Tengkingnya dengan lemah.

“So..you choose to stay here longer..okay.” Telefon Hazlina berdering,nama yang tertera pada skrin ialah ‘Zul’.

“Look,it’s your best friend. He’s calling me.” 

“Zul? Zulkifli?” Adrian seakan tidak percaya.

Hazlina menjawab panggilan itu, “Hello,Zul. It’s been a long time,right? Apa khabar?”

“Baik je.”

Adrian cuba menjerit meminta tolong kepada Zulkifli yang berada di dalam talian. Hanya itu sahaja cara untuk dia melepaskan diri. Namun geraknya terhenti apabila Hazlina mengeluarkan pisau poketnya dan memberikan Adrian isyarat untuk diam.

“Kenapa call? Ada problem ke?”

“Nope,just...” Zulkifli ragu-ragu untuk meneruskan pertanyaannya.

“What’s wrong? Tell me.” Hazlina menyakinkan Zulkifli.

“It’s about Adrian...”

“What’s wrong with him?”

“He’s been..kidnapped.”

“So? Why are you telling me this? Do you think I’m the one who kidnap him?”

“No,bukan begitu. I didn’t mean to accuse you.” Dia semakin gusar.

“Look,Adrian and I..there’s nothing between us. You know I’ve been rejected by him. You saw it.”

“I’m sorry,I..” Belum sempat Zulkifli menghabiskan ayatnya,panggilan itu dimatikan oleh Hazlina.

Adrian melihat sekelilingnya,bilik itu kosong. Hanya ada dua buah kerusi,sebuah meja dan lampu kecil.

“Where am I?” Soalnya dengan tenang.

“This is my parent’s house. This room is..my favourite place in this house.”

Jawabnya dengan nada yang agak sedih.

“Why? This place is dark and..empty. Don’t you feel so lonely?”

“My parents..both of them are lawyer. They have no time for me. I am their only daughter. But..we don’t spend much time together.” Jelasnya dengan sebak.

“I lose my parents when I was six. I know your feeling. Don’t be like this. Life may hit you hard,tapi ini bukan cara untuk hadapinya.”

“Habis tu?”

“Let me go,girl. Please.”

“No way!” Hazlina meninggalkan bilik itu tanpa membawa telefon bimbitnya.

Adrian melepaskan dirinya dengan mudah, “I should be an actor instead of singer or maybe I can call my boss now and make my acting debut.” Rupa-rupanya dia telah melepaskan dirinya dari ikatan itu sejak awal tadi. “Sakit juga rupanya kena ikat ni. Nasib baik aku dah tengok video cara lepaskan diri. Just in case,that psycho girl kidnap me.” Dia membebel sendirian. Dia mencapai telefon bimbit Hazlina dan menelefon Zulkifli. Mujur telefon Hazlina tidak mempunyai kata laluan.

“Cepat guna kebolehan tracking kau tu. Cepat track aku kat mana,aku keluar sekejap lagi.” Ujarnya dengan selamba.

“Adrian? Kau ke ni? Macam mana kau..?” Suaranya terketar-ketar.

“Dah,dah. Aku tak banyak masa ni.” Dia mematikan panggilan itu dan menyelinap keluar dari bilik tersebut. Memang betul dia terperangkap di dalam rumah ibu bapa Hazlina. Dia ternampak pintu bilik yang terbuka sedikit dan mengintai melaluinya.

“What the hell? This girl is really something.” Dia terkedu melihat bilik yang penuh dengan gambarnya pada dinding.

“That psycho girl stalks me?” Dia mengambil beberapa gambar yang terlekat pada dinding itu.

“Nampak tu,I really love you,Ian.” Adrian tersentak,gambar yang ada pada tangannya terlepas. Bunyi hon yang kuat menyentapkan mereka berdua. Adrian tahu yang ianya ialah Zulkifli. Dia berlari keluar dengan laju dan masuk ke dalam kereta Zulkifli. “Bro,jalan bro! Jalan!” Zulkifli memecut laju meninggalkan tempat itu.

“Hebat juga tracking skill kau ni.”

“Opkos ler. Tengok siapa yang handle.”

Suasana senyap seketika,tetapi tidak lama. Bunyi perut Adrian yang sedang mengaum itu memecahkan keheningan tersebut.

“Ada orang lapar nampak. Jom singgah McD dulu.” Zulkifli memang hantu McD,kalau boleh sarapan,makan tengah hari,makan malam semua nak McD. Untung betul McD kat Malaysia ni dengan kewujudan Zulkifli.

“Bolehlah. Kau ada baju lebih tak?” Zulkifli mencapai beg kecil yang berisi baju di dalamnya.

“Nah,I know you need it.”

“Thanks bro.” Dia menukar bajunya di dalam tandas sebaik sampai ke McD berdekatan universiti mereka.

“Tiga hari tak mandi pun aku tetap handsome.” Katanya sambil menghadap cermin. “Err,cuma hapak tak dapat nak kawal.” Dia mencari botol minyak wangi di dalam beg itu lalu menyembur sebanyak mungkin pada badannya.

Dia kembali duduk bersama Zulkifli.

“Kau mandi minyak wangi ke apa? Wangi semerbak dah McD ni.”

“Terpaksalah. Okaylah bau wangi,kalau bau hapak tadi,kau nak sembang apa?” Ungkapnya dengan nada ala-ala abang long kawasan tu. Baru kena kidnap tiga hari,dah macam apa dah rupa. Adrian menceritakan tentang apa yang terjadi kepadanya.

“So,kau nak report tak?”

“Tak naklah. Aku malas nak besar-besarkan hal ni. Cukuplah sampai di sini. Aku rasa dah tak berani nak kacau aku tu.”

“Terpulang.”

Sejak hari itu,Hazlina sudah tidak menganggu Adrian lagi. Mereka menerima berita bahawa Hazlina telah bertunang dengan rakan universiti baharunya dan akan melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung tahun ini. Adrian turut gembira mendengar berita itu.

“Finally..” Adrian menghela nafas lega.

“Finally what? finally you don’t have to deal with your psycho lover? Haha,congrats!” Zulkifli mengusik Adrian lagi. Huft,pantang nampak orang senang.

“Of course. I’m glad that she found her soulmate and haha you are right,whew that’s a relief.”

Seminggu kemudian,Adrian merancang sebuah kejutan hari jadi untuk Zulkifli bersama Liyana dan beberapa orang kawan mereka yang lain.

“Happy birthday to you,happy birthday to you...Happy birthday Zul!” Kegembiraan jelas terpampang pada muka Zulkifli dan tetamu yang lain. Sambutan itu sangat meriah walaupun hanya disambut oleh kawan rapat Zulkifli dan Liyana. Liyana perasan yang Adrian tiada bersama mereka.

“Mana pulak dia ni? Bestfriend dia tengah sambut birthday kot. Takkan tengah tidur?” Liyana tercari-cari kelibat Adrian.

Zulkifli dan kawan-kawannya sibuk bermain kek di dalam ruang tamu. Dah besar panjang pun still main calit-calit kek kat muka,huft macam budak tadika. Liyana keluar untuk mengambil angin di luar sebentar,dia duduk di atas rumput yang tumbuh menghijau itu sambil melihat bintang berkelipan di langit. Tiba-tiba seseorang datang dan duduk di sisinya,orang itu ialah Adrian. Adrian melihat ke dalam mata Liyana tanpa berkata apa-apa. Liyana pula hanya diam membisu,sesekali dia memeluk kedua-dua kakinya dengan rapat kerana kesejukan. Adrian membuka jaket yang membaluti tubuhnya dan menutup badan Liyana.

“Liyana...or should I call you dear?” Adrian meluahkan kata-kata manisnya. Liyana mengangguk perlahan dan mendengar luahan Adrian dengan penuh perhatian.

“I love you..”

Liyana terkedu mendengar kata-kata yang terungkap di bibir Adrian. Adrian kemudian mengukirkan secubit senyuman.

“Why? Oh,sorry. Did I freak you out by saying these?”

Liyana masih tidak dapat menyusun kata-katanya.

“Hey,I’m 25 years old. It’s my time to get married,right? Come on,Zul must be happy for this.”

“What if I told you that..I don’t like you.”

“Elleh,tak payah nak jual mahal sangat. Zul dah pun bagitau.”

Sekali lagi,Liyan kehilangan kata-katanya. Memang benar dia pernah beritahu pada Zulkifli yang dia ada menaruh perasaan pada Adrian.

“But..still..”

“What now?”

“You are Adrian..I mean you are one of the famous singer in this country. I’m just..Liyana.”

“So why? I’m a human too. I’m a guy and you are my girl. I’ll be the king and you will be my queen. Nothing wrong with that.”

“Terima! Terima! Terima!” Suara mereka bergema dengan kuat. Rupanya,Zulkifli dan kawan-kawannya yang lain sedang sibuk mencuri dengar perbualan mereka sejak tadi. Adrian melutut dan mengeluarkan sebuah kotak cincin yang berwarna merah saga dari poketnya. Dia membuka kotak cincin itu perlahan-lahan, “Liyana,will you marry me?”

Liyana terkejut dengan lamaran itu. “Terima lamaran tu,Liyana.” Sorakan mereka semakin kuat.

“Ya.” Jawapan itu membuatkan Adrian dan semua orang yang berada di situ teruja.

“Adik kau dah ada,kau bila lagi?” Shah memaut lengannya pada bahu Zulkifli,

“Erm,takpelah. Jodoh aku dalam perjalanan,tahun depan sampailah.”

Adrian tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Dia sendiri juga masih merasakan yang dia sedang bermimpi. Selepas apa yang dilaluinya,dia gembira kerana bakal mengahwini gadis yang dicintainya. 

“Taulah dah nak kahwin. Jangan senyum-senyum sendiri lak. Malulah orang tengok.” Zulkifli duduk di sebelah Adrian yang sedang tersengih sendiri membayangkan hidup berumahtangga yang bahagia. Hampir saja Adrian melatah apabila dikejutkan oleh Zulkifli. 

“Salah ke? Bukan selalu aku dapat enjoy macam ni.”

“Dah decide? Tinggal kat mana,macam mana nak support Liyana...”

Nada Zulkifli yang awalnya kedengaran tidak serius mula berubah. Untuk acap kalinya,soalan penting ini keluar dari mulut yang selalunya membuat lawak bodoh atau menanyakan soalan cepumas. Adrian yang mulanya ingin menjawab soalan itu dengan gurauan menukar fikirannya. Dia tahu yang Zulkifli amat serius dalam hal masa depan adiknya.

“My monthly pay...so-so? I didn’t decide where to live yet. Maybe my parent’s house? Or I can buy a new one?”

Ibu bapa Adrian telah pergi 6 tahun yang lalu. Mereka meninggalkan rumah dan harta mereka kepada Adrian kerana dia merupakan anak tunggal. Adrian tidak kenal mana-mana saudara maranya yang terdekat mahupun yang jauh. Dia hanya hidup menyara diri dengan berbekalkan anugerah pinjaman Tuhan iaitu suaranya yang merdu.

“Wow,tak pernah dalam sekali sejak aku kenal kau,kau jawab soalan aku dengan serius. Tenanglah,Ian. Kau takut aku batalkan wedding kamu berdua ke? Jangan risau,nak test je tadi.”

Kalau ikutkan hati nak je Adrian lempang Zulkifli sekali. Adrian asyik berbisik kepada dirinya untuk tenang dan sabar,kenalah tunjuk contoh baik kat abang ipar. Daripada orang asing kepada rakan,ke sahabat baik dan sekarang? Abang ipar. Hidup memang misteri. Sangat!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Soo