Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi Selamat Pagi Ahjuhshi!
Selamat Pagi Ahjuhshi!
Princess Mirrah
28/1/2017 18:20:58
3,978
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

“Menyayangimu adalah anugerah terindah dalam hidupku.”-Daim Amnan.

“Menerima seseorang yang menyayangi kita adalah perkara terbaik dalam hidup kita.”-Joshua Anaqi.

“Menyayangi apa yang telah kita miliki adalah suatu kewajipan.”-Baheera.


Part 2 (Final Part)

“You buat apa sorang-sorang kat sini?Dari tadi senyum-senyum,”suara Daim Amnan dekat di telinga Baheera disebalik tudung yang dipakai.

“Haa..?!Astagfirullahhalazim pak cik.Buat orang terkejut jelah!”jawab Baheera dalam nada yang geram.

“Tengok pemandangan pantai nilah.Disebalik resort ni ha..”sambung Baheera pulak.

“Elena mana?”

“Dia pergi spa.Haishh..Ni kenapa tanya awek orang ni?Joshua mana?”soal Baheera pula padanya.

“Dia pergi gym sekejap.Nampaknya kita berdua jelah jalan-jalan.You tak pergi pulak?”

“Saya.Taklah.Mana mampu.Kalau Encik Daim Amnan belanja bolehlah.”

“Seriously?Jom I belanja,”pelawa Daim Amnan pula.

“Eh tak payah-tak payah.Pak cik kenapa tak nak pergi gym dengan Joshua?”

“Sebab I nak dekat dengan you.”

“Ahaa..Amboi..Sejak bila nak jadi sweet talker ni?”

“You betul ke tengok pemandangan ni?Ke tengok lain?”soal Daim Amnan sambil jarinya dihalakan ke arah telefon bimbit Baheera.Dari tadi wajah gadis itu tersenyum-senyum sambil melihat sesuatu ditelefon bimbitnya.Takkanlah Baheera dah ada sesiapa kot?Kata hari tu tak ada sesiapa.Hanya Joshua dihatinya.Hati Daim Amnan tertanya-tanya.Entah kenapa,dirinya seakan cemburu.

“Sedang stalk orang,”bersahaja Baheera membalas.

“Siapa?”

“Adalah.”

“Siapa?Please..”pinta Daim Amnan ingin tahu.Sebenarnya dari saat mereka makan malam semalam dia dah perasan akan tingkah Baheera itu.Entah mengapa,nalurinya terganggu.

“Ahjuhshi..Buat apa nak tahu?Sibuk je,”jawab Baheera enggan melayan.

“Please..”

“Haissh..Sibuk je..Saya sedang stalk seseorang tulah..Dia..,dia suka travel ke luar negara.Jepun,Korea,Australia dan lain-lain.Dia jugak suka berbaju melayu lengkap dengan songkok dan sampin bila pergi mana-mana event.Walaupun orang lain tak memakainya,dia nampak sangat segak.Dan lagi satu,dia nampak sangat handsome meskipun cuma memakai t-shirt berwarna putih.Jarang tau orang nampak handsome bila pakai t-shirt atau kemeja putih..Tapi dia lain..”cerita Baheera sambil matanya tak lekang dari membelek handsetnya dengan sebuah senyuman.Berseri-seri wajanya saat leka bercerita.

“Orang tu… adalah saya kan?”soal Daim Amnan bagaikan tak percaya.Ada getaran dihatinya tika dia menanyakan soalan itu.Saat Baheera menceritakan perkara itu,entah kenapa hati Daim Amnan merasakan yang Baheera sudah jatuh cinta.Jatuh cinta pada orang yang diceritakan olehnya.Riak wajah Baheera jelas kelihatan dia bahagia saat menceritakannya.Ya,dan orang tu adalah Daim Amnan sendiri!Entah kenapa,hati Daim Amnan merasa tak keruan.Dia bingung dengan perasaannya sendiri.Betulkah?Apakah?Kenapa dengan aku?

“Yalah..Haruslah ahjuhshi!Ahjuhshi,ahjuhshi pandang apa tu?Berangan apa ni?”

“Tak..Tak ada apa-apa..Kenapa you tak accept request I lagi?I pun nak tengok gambar you jugak,”pinta Daim Amnan cuba menghilangkan rasa kekok yang bertandang dihati lantas bebricara tentang laman instagram.

“Tak boleh,”jawab Baheera selamba sambil berjalan meninggalkan Daim Amnan.Jangan harap,bisik hati kecil Baheera keriangan dengan sebuah senyuman sinis.

“Baheera,that’s not fair okay,”suara Daim Amnan pula tak berpuas hati.Dia bangun dari kerusi yang diduduki mereka sebentar tadi dan terus mengejar langkah Baheera.

******

“Surprise?”

“Yes.You told me before uncle.What is that?”

“Baheera is my surprise to you,”bicara Daim Amnan tenang.

“Are you kidding me,uncle?”tanya Joshua bagaikan tak percaya.Ternganga mulutnya mendengar pengakuan pak ciknya itu.

“Yes,it’s Baheera.”

“What do you mean with Baheera?I just don’t get it.Did you two couple or what?”

“Nope.She is loving you.It’s been a long and… kamu masih tak faham-faham lagikah Joshua?”

“Are you serious uncle?As expected,there is something about that Baheera.Uncle,Baheera is nothing to me!How can I love her sedangkan muka dia pun I tak kenal hari tu.Yes,I admit,she is more beautiful than before.But,don’t try to ruin my relationship with Elena.Just please,”pinta Joshua Anaqi sambil terus berlalu pergi.Saat dia memusing ke belakang,Baheera sudah pun mendengar segala pengakuannya.Joshua Anaqi tidak melayan pandangan kecewa dari Baheera itu.Dia terus berlalu pergi.Dan saat itu,Daim Amnan jua menyedari yang Baheera telah mendengar segala perbualan mereka.

“Baheera..!I’m sorry,”pinta Daim Amnan separuh menjerit saat Baheera yang bertentangan mata dengannya terus berlari pergi ke bilik.Daim Amnan cuba mengejar.Namun,terlebih dahulu pintu bilik berjaya ditutup gadis itu.Daim Amnan hampa.Dia sudah cuba yang termampu untuk menolong Baheera menyampaikan perasaannya pada anak saudaranya itu.Namun,dia tetap tidak mampu mengubah keadaan.Apatah lagi Joshua sudah pun mempunyai Elena.

Saat ku mulai menyedari,

Perasaanku tak pernah dipeduli,

Salahkah diriku mengemis cinta darimu,

Apa ku tak punya harga?

Lagu segalanya dari Haqiem Rusli itu terus bermain difikiran.Baheera mulai menyedari yang segala luahan masalahnya yang diceritakannya terhadap Joshua langsung tidak memberi apa-apa makna pada jejaka itu.

“Baheera is nothing to me!”kata-kata Joshua sebentar tadi terngiang-ngiang ditelinganya.Perasaan malu menyelubungi diri.Begitu rupanya tanggapan Joshua pada dirinya.

Segala apa yang telah ku berikan,

Masih lagi tak memadai..

Apapun Daim Amnan langsung tak bersalah.Meskipun dia sebenarnya memang dah berputus asa akan perasaannya pada Joshua,tetapi,Daim Amnan tetap berusaha untuk Joshua mengetahuinya.Daim Amnan sekadar cuba tunaikan permintaan Baheera seperti sebelum ini.

“Habis tu kenapa aku lari dari pak cik tadi?”suara Baheera sendirian saat pintu biliknya sudahpun ditutup.Dia terus melompat naik atas tilam empuk ituYa,Baheera bukan lari kerana marahkan Daim Amnan,dan bukan jua kerana tersentak dengan ketajaman hakikat yang diakui oleh Joshua,tetapi dia lari kerana malu pada Daim Amnan sebenarnya!Malu!

“Alamak,malunya pada pak cik,”ujar Baheera lagi sendirian sambil menekup muka dibantal.

Sementara Joshua pula terus pergi kepada Elena yang galak membina istana pasir berdekatan pantai.Dia terus memeluk Elena tanpa segan silu.

“Kenapa ni B?Mana semua orang?Uncle,Baheera..,”soal Elena yang kebingungan melihat reaksi cemas Joshua dipetang yang aman damai itu.

“I love you,”ucap Joshua umpama seseorang yang merasa terancam bila orang lain cuba merobohkan kasih-sayang yang dibinanya.

********

“Cakaplah pak cik kita nak makan kat mana ni?Macam jauh je ahjuhshi nak bawak.Tak nak jalan jauh-jauh.Joshua dengan Elena mana?”tanya Baheera bersahaja umpama tiada apa-apa yang berlaku petang tadi.

“Ikut jelah.”

“Eh, Perahu Restaurant.Sinilah pak cik.Dekat sikit.”

“No,”

“Tak nak.Nak kat sini.”

“No Baheera.Please follow me.”

“Tak mahu,Tak mahu jauh-jauh dah malam ni,”ujar Baheera tanpa mengendahkan Daim Amnan.Dia terus memutar langkah kakinya ke Restoran Perahu.

“Baheera,jom.Sini.Ikut I,”pinta Daim Amnan pula bila kata-katanya tak diendahkan.Dia pula yang kena mengikuti langkah Baheera menuju ke arah Restoran Perahu.

“Tak nak.Tak nak jauh-jauh,”balas Baheera tak peduli dengan arahan Daim Amnan.

“Baheera,”panggil Daim Amnan sehingga dia menarik lengan gadis itu untuk menghentikan langkah si gadis.

“Pak cik jangan nak menggatal eh.Lepas!Tak nak jauh-jauh tak naklah.”Baheera melepaskan tangannya dengan perasaan geram.

“Baheera please.I tak nak Restoran ni.”Daim Amnan sudah seperti merayu.

“Kenapa pulak tak nak?”suara Baheera dengan nada yang garang.Langkahnya sudah pun terhenti.

“Tak sedap.”

“Bukan hari tu ahjuhshi cakap okay ke sini?Ke sebab tu..”ujar Baheera sambil muncungnya ditunjukkan ke arah satu pasangan yang ber candle light dinner ditepi pantai.Sang jejaka sudahpun menyuakan sebentuk cincin lamaran pada si gadis.Gadis yang terkejut menerimanya dengan penuh terharu.

“Sampai hati pak cik tipu saya.Dahlah saya tak nak makan,”rajuk Baheera mulai menghalakan langkah kakinya ke Resort semula.Air matanya mulai bergenang.Tergamak Daim Amnan menipunya kerana mereka.Dia menangis bukan kerana melihat kebahagian Joshua dan Elena.Sebaliknya hatinya benar-benar terasa dengan sikap Daim Amnan.

“Baheera.I’m sorry.So sorry please.I Cuma tak you terluka lagi.”Daim Amnan cuba mengejar gadis itu.Lengan Baheera diraihnya kembali.Lantaklah apa yang gadis itu nak cakap.

“Pak cik jangan nak menggatal.Dahlah saya nak balik.Dan,tak sabar nak balik rumah esok,”tutur Baheera geram.Sampai hati Daim Amnan..

“Okay,okay.I’m sorry okay.Baheera.Jom makan dulu.Nanti lapar,”pujuk Daim Amnan.Baheera kenapa susah sangat untuk kamu dengar cakap saya?Saya dah agak dah yang kamu akan terluka melihat mereka.Tolonglah faham Baheera.Saya cuma nak yang terbaik sahaja untuk awak,bisik hati Daim Amnan buntu.

“Tak nak!”

********

Setengah tahun berlalu.. Semenjak peristiwa itu, Baheera sudah pun tidak bertemu dengan Daim Amnan.Jauh sekali Joshua dan Elena yang sudah pun pulang semula ke Sabah. Entah kenapa,hatinya masih lagi terasa dengan Daim Amnan.Sampai hati ahjuhshi tipu aku kerana mereka..bisik hatinya dengan linangan air mata.Entah kenapa hatinya perlu sensitive bila dengan Daim Amnan.Walhal,tentang penolakan Joshua terhadap dirinya tidak pula dia merasa macam tu.Tak mengalir pulak air matanya meskipun penolakan Joshua itu sudah macam penghinaan buat dirinya.Tapi sebaliknya,hal kecil yang dibuat oleh Daim Amnan pula memberi kesan yang besar pulak pada dirinya.

Dan semenjak itu,segala mesej mahupun panggilan telefon dari Daim Amnan tidak dihiraukan oleh Baheera.Sehinggalah segalanya terhenti sendiri.Dan dia tidak lagi melihat Daim Amnan dihadapannya.Kehidupannya kembali seperti dulu.Sama seperti sebelum kemunculan Daim Amnan didalam hidupnya.Bezanya tiada lagi persoalan mahupun perasaan pada Joshua Anaqi.Segalanya sudah disedari oleh Baheera.Habis tu siapa pulak di hati Baheera sebenarnya.Takkanlah…!

********

‘Annual Dinner for staff.Floral theme.Nak pakai baju apa nanti?Hmm..Shopping!’

“Macam mana korang dah pilih belum?”tanya Baheera pada Yoona dan Dianne rakan sepejabatnya akan pakaian yang mahu dibeli untuk Annual Dinner syarikat mereka.

“Floral theme.Hmm..rambang mata.Semua cantik-cantik.Aku sampai tak tahu nak pilih mana.Tak tahu mana yang paling sesuai,”beritahu Yoona yang tak pasti dalam membuat pilihan ketika mereka di Butik Minaz di Bangi Sentral itu.

“Mengadanya.Ambik jelah.Dahlah,aku nak pergi Radiusite ni.Kau nak ikut tak?”

“Kau pergi jelah.Aku tengah pilih-pilih lagi ni,”suara Dianne leka menilik perincian manik dijubah yang dilihatnya itu.

“Okay.Jumpa kat sana,”balas Baheera lantas terus mempercepatkan langkah untuk ke Butik Radiusite pulak.Hari sudah semakin lewat.

“Okay.Nanti call-call,lah..”jawab Yoona pula sambil terus memilih.

Usai membuat beberapa pilihan di Butik Radiusite,Baheera terus tidak berlengah lagi untuk membayar.

“Semuanya RM400 cik,”beritahu cashier wanita setelah siap mengira dan membungkus pakaiannya didalam paper bag.

“Saya bayar.”Belum sempat Baheera nak mengeluarkan duitnya yang baru sahaja di cucuk dekat atm sebentar tadi,ada seseorang yang menghulurkan kadnya pada cashier wanita itu saat itu.Terkejut Baheera.Membulat matanya.Siapa pulak?Bunyi suara macam..bisik hatinya sambil memandang empunya muka.Cashier wanita yang turut terkejut sbentar tadi mulai tersenyum-senyum memandang mereka.

“Ahjuhshi!”suara Baheera sambil memandang wajah yang agak dirinduinya itu.Mungkinlah.

“Saya dah belanja awak,awak kena teman saya pulak beli baju.Saya pun pergi annual dinner tu,”seloroh Daim Amnan yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

“Tapi..Macam mana..”Baheera tak mampu bersuara.Entah kenapa dia merasa sebak pula saat itu.Eh,kenapa lak aku nak sedih tak tentu pasal ni?Baheera tak faham dengan hatinya sendiri.

“Tak terkata,kan?Dah jangan nangis.Jom,”ujar Daim Amnan sambil terus mengambil kad dan beg kertas yang berisi pakaian Baheera di kaunter bayaran.Dia kemudiannya menarik Baheera yang sudah pun terdiam kaku untuk keluar dari butik itu.

*****

“Sepanjang saya kehilangan awak,saya banyak muhasabah diri.Saya sedar awak amat penting buat saya, Baheera.Bukan kerana siapa-siapa.Awak datang tepat pada masanya.Pada saat saya mahu seseorang mengisi ruangan kosong dihati saya.Dan bila awak hilang,hati saya.. kosong.Saya minta maaf sangat andainya saya bersalah kat awak.Saya perlukan awak,Baheera.Tolong,jangan lari dari saya lagi,”bicara Daim Amnan sebaik mereka melabuhkan punggung di Zawara Coffee.

“Apa maksud ahjuhshi?Saya tak faham.”Baheera cuba menyesuaikan kejanggalan yang dirasainya dengan membuat biasa.Matanya langsung tidak merenung semula pandangan Daim Amnan terhadapnya.Yoona dan Dianne sudah pun diberitahunya agar tidak menunggu dirinya.

“Saya yakin awak pun merasakan perasaan yang sama,kan?Kalau tak kenapa awak menangis?”

“Bila masa lak saya nangis?Dahlah saya nak balik,”nafi Baheera sambil mengesat sisa tangisan yang jatuh dipipinya mulai berdiri dan membawa bersama milkshake hazelnutnya untuk keluar dari Café itu.

“Sabarlah,kan kita ada order burger tadi.Duduk dulu,”arah Daim Amnan menahan Baheera dari keluar.Tak menyempat-nyempatlah.

“Hmm,,nak cakap apa?”Baheera melabuhkan punggungnya diatas kerusi semula.

“Saya nampak awak menangis kerana saya.Jangan cuba menafikan,”ujar Daim Amnan cuba berbicara serius.

“Apa maksud Encik Daim Amnan Abdul Haq?Jangan nak menuduh.Tak kisahlah dah bayar ke belum,kang saya keluar kang,”ugut Baheera selamba enggan mendengar kata-kata Daim Amnan itu.

“Jangan cuba nak menafi.Menangis di traffic light.Sambil tengok wajah saya kat handset tu apa?”Daim Amnan masih mengingati lagi peristiwa pada waktu pagi ditraffic light menghala ke KLIA.Dia nampak Baheera menangis didalam kereta sambil melihat sesuatu.Daim Amnan yang menaiki superbikenya cuba meninjau disebalik tingkap kereta yang tidak bertinted itu.Baheera melihat handset.Tapi apakah yang dilihatnya sampai menangis?Ada berita buruk ke tentang orang sekelilingnya?Jangan dia menangis kerana rindukan Joshua dahlah.Daim Amnan tak sanggup menerima kenyataan itu lagi.Move onlah,sayang..

Namun,usai melihat apa yang terpancar di handset Baheera,dia tergamam.Baheera sedang menatap gambar wajah Daim Amnan sendiri di skrin telefon bimbitnya sambil menangis.Lantas,dia mengetuk cermin tingkap disebelah Baheera untuk menyedarkan lamunan gadis itu.Haishh..Bahaya betul perempuan ni,bisik hati Daim Amnan sambil terus berlalu pergi.Baheera yang baru tersedar dari lamunannya mulai menggerakkan keretanya.Tinggal keretanya sahaja disitu.

Ku tak tahu kenapa ku cintamu

Ku tak tahu bagaimana..

“Jadi pak ciklah yang ketuk cermin kereta saya masa tu?”soal Baheera terkejut sambil termengaku tanpa sengaja.Masih diingatnya lagi,akibat rindukan Daim Amnan,entah kenapa,wajah mamat motor yang lengkap bertopi keledar itu dilihat seakan Daim Amnan. Mujur mamat motor tu menyedarkan dia.Entah bila kereta lain berjalan pun dia tak tahu,tak perasan.Tak dengar lak kot-kot dah ada orang hon sebelum tu.Nasib tak apa-apa.Haishh..Bila diingatkan kembali,teruknya dirinya sendiri.

“Hmm..Tahu pun nak mengaku,”tutur Daim Amnan dengan senyuman nakal.

“Alamak.”Baheera menekup mulutnya.

“Insan yang bertakhta di hati saya..Sudi tak awak jadi teman saya masa annual dinner nanti?”

“Apa yang boleh yakinkan saya?Pak cik tak cakap pun.”Jangan nak buat-buat tak faham.Cepatlah.Sempat hati Baheera bermonolog sendiri.

“Cakap apa?”

“Sesuatu ayat yang menunjukkan seseorang tu suka seseorang?”Eh,dah macam perigi cari timba pulak.Ah,lantaklah.Baheera membuat muka seposen lepas menuturkan ayat itu.

“Ya,saya sukakan awak Baheera.Saya sayangkan awak.Saya cintakan awak.Tulus dari hati saya.Dan secara jujurnya,saya nak awak jadi isteri saya,Baheera.”Daim Amnan terus melamar saat itu jugak.Tak mahu berlengah lagi.Umur pun dah makin meningkat.

“Okay,boleh diterima,”ujar Baheera bersahaja sambil cuba menyembunyikan getaran dihatinya.Mereka masing-masing tersenyum malu antara satu sama lain.

“Cincin mana?”

“Lepas ni pergi cari.”Mereka tertawa bersama.

**************

“Selamat pagi,ahjuhshi!”Pagi itu,saat Baheera membuka matanya,wajah tenang Daim Amnan telah pun berada didepannya.Ya,sudah 3 bulan dia menjadi isteri kepada jejaka itu.

“Jangan nak ahjuhshi sangat.Panggil abang,sayang,”tutur Daim Amnan lembut memberi arahan kepada isteri tercinta.

“Okay abang..”akur Baheera dengan senyuman manja.

“Satu perkara yang Baheera nak tahu,sejak bila abang jatuh cinta kat Baheera?”soal Baheera yang sudah lama tertanya-tanya.

“Semenjak abang nampak seseorang itu tertinjau-tinjau abang kat kaunter pass,”jawab Daim Amnan dengan senyuman nakal.

“Nonsense!”balas Baheera sambil mencuit hidung mancung suaminya.

“Betullah!”akui Daim Amnan pula mempertahankan kenyataannya.

“Waktu pertama kali kita berjumpa?Secara tak sengaja tu?Betul ke?Abang nampak Baheera ke?”soal Baheera lagi sukar mempercayainya.Iya,iya jelah Encik Daim Amnan ni.

“Iya sayang.Abang nampak sayang.”Daim Amnan mengelus lembut wajah comel dan cantik Baheera.Wajah insan yang bertakhta dihatinya itu.

“Menyayangimu adalah anugerah terindah dalam hidupku,”suara Daim Amnan dengan madah romantisnya.

“I love you,abang.”

“I love you more sayang.”

*******

“I minta maaf,Baheera.Truly sorry.Dengan apa yang berlaku.Dengan apa yang pernah I cakap.I tak bermaksud nak cakap macam tu,”tutur Joshua Anaqi dalam nada penuh penyesalan.Entah macam mana,dia jua pulang ke kampung sebelah ibunya.Memandangkan Daim Amnan adalah sepupu kepada ibunya,Baheera kini berpangkat mak cik saudara kepada Joshua.Joshua jua telah pun berkahwin dengan Elena lebih awal dari mereka.

“It’s okay Joshua.Kalau bukan kerana apa yang terjadi itu,mungkin saya dengan Daim Amnan tak akan menyedari perasaan kami yang sebenar.Actually,saya bersyukur.Apa yang terjadi ada hikmahnya.Dengan dia,saya jadi diri saya sendiri.Dengan dia,saya terasa bahagia.Bahagia yang sebenar.”

”I menyesal sebab tak hargai you,buat-buat tak faham akan perasaan you..I’m just.."  Joshua merasa bersalah pada Baheera.Meskipun Baheera tidak merasa begitu.Joshua rasa benar-benar bersalah.Saat dia bertemu dengan gadis itu semula untuk sekian lama,Joshua harap dia dapat menebus kesalahannya.

“Kenapa nak menyesal?Tak perlulah.Saya betul-betul dah lupakan perkara tu.Actually,saya yang patut berterima kasih pada awak,sebab kalau bukan kerana awak Joshua,saya tak mungkin akan kenal Daim Amnan,”ujar Baheera dengan sebaris senyuman.Tiada apa yang perlu disesalkan baginya.Mereka masing-masing pun bahagia dengan kehidupan sendiri,kan.Tak gitu?

“Terkadang,menerima orang yang benar-benar sayangkan kita adalah perkara yang terbaik dalam hidup kita,”tiba-tiba Joshua Anaqi bermadah padanya.Entah kenapa,semenjak Baheera menjadi isteri kepada saudaranya itu,Joshua lihat..Baheera cukup sempurna.Sempurna dari segi segalanya.Baheera terkejut.Apa maksud lelaki yang kini adalah anak saudaranya ini?Baheera benar-benar tak faham.Dia ada masalah apa-apa ke?

“Dan hakikatnya,awak tahu,menyayangi apa yang telah kita miliki adalah suatu kewajipan,”nasihat Baheera pula turut bermadah mudah-mudahan Joshua memahaminya.Mudah-mudahan Joshua tenang menghadapi hari-harinya.

“Sayang,”panggilan dari Daim Amnan dari kejauhan menghentikan borak antara mereka.

“Ya..,”jawab Baheera melihat wajah tenang suaminya datang menghampiri di pondok yang diduduki Baheera dan Joshua di halaman kampungnya itu.

“Joshua borak apa dengan auntie?”Daim Amnan terus duduk ditengah-tengah antara mereka.Bahu Joshua disapa mesra.

“Biasa-biasa je uncle.Okaylah, I got to go,”balas Joshua terus bangun.

“Kenapa tu yang?”soal Daim Amnan dan Baheera hanya mengangkat bahunya.Dia kemudiannya terus bersandar dibahu Daim Amnan sambil menatap wajah tenang suaminya itu.

“Baheera rasa,maybe Joshua ada masalah.Abang tolonglah nasihatkan dia apa yang patut,”perlahan Baheera menyuarakan pendapat pada suaminya.

“Sure,sayang.Abang ada dengar jugak permasalahan rumah tangga dia.Cuma malas nak campur sebenarnya.Abang yakin yang Joshua mampu menjadi pemimpin yang baik untuk rumahtangganya.But,I’ll try okay,”bicara Daim Amnan memahami.Tangan Baheera digenggam erat.Sebelum ini dia hanya dengar-dengar sahaja akan permasalahan Joshua.Namun,Daim Amnan yakin,Joshua boleh menangani masalah rumahtangganya.

“Nak pergi dating tak malam ni?”soal Daim Amnan pada isterinya.

“Dekat mana?”tanya Baheera pula.

“Sayang nak dekat mana?”Daim Amnan membalas dengan soalan.

“Ikut abanglah,”jawab Baheera pula.

“Kalau ikut abang kat rumah je,”usik Daim Amnan pula.

“Abang..!”Dan mereka tertawa.Bahagia.Kebahagiaan yang dirasakan ini,moga kekal hingga ke syurga.Amin.


Seandainya dirimu tidak memiliki apa yang kamu cintai,

Maka cintailah apa yang kamu miliki ..


TAMAT



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.