Home Cerpen Keluarga MERDEKA BUAT MAMA
MERDEKA BUAT MAMA
Fiera
8/9/2017 22:45:01
1,013
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

Canada

Mama,are you listening to me?” soal Emelin. Rose terkulat-kulat mengangguk. “Ya sayang, mama dengar ni.” Kepala anak gadisnya itu diusap. “So, kalau macam tu… you have to say yes.” Pelat Bahasa Inggeris masih dapat didengar walaupun Emelin bercakap Bahasa Malaysia.

Y-yes?What for? Mama tak faham lah. Cuba Emelin cakap pada mama.” Wajah anaknya yang berusia 21 tahun itu dipandang.

“Emelin nak balik Malaysia. Emelin nak jumpa Atuk dan Nenek.”

Nafas Rose tersekat-sekat. Sesungguhnya dia masih tidak bersedia untuk pulang keMalaysia dan dia juga yakin ayah dan ibunya pasti tidak dapat menerima dirinya,dan juga… Emelin. Kenangan pahit yang lalu mula bertandang.

No.Mama tak izinkan. Buat apa Emelin nak balik Malaysia? I have told you, Atuk dan Nenek belum tentu dapat terima kita. They disowned me sayang…” Emelin terdiam. Air mata Rose bagaikan mata pedang yang menusuk hatinya. Namun tetap tidak melunturkan keinginannya untuk pulang ke Malaysia.

            “Mama, Emelin tetap nak balik ke Malaysia. That's it.”

****

SUASANA di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver, Canada begitu meriah. Ramai yang datang untuk menjemput ahli keluarga yang baru pulang, ada juga yang menghantar ahli keluarga yang terbang ke negara lainuntuk melancong. Emelin melihat Rose dan kemudian satu pelukan diberikan pada ibunya. Selama 21 tahun dia hidup, tak pernah sekali pun dia berenggang daripada Rose. Segalanya dia lakukan bersama Rose dan kali ini buat pertama kalinya dia akan mengembara seorang.

“Mama, please don’t cry. I will be okay, believe me.” Lembut suara Emelin,berharap Rose tenang.

“Macam mana mama nak okay? Mama risau, Emelin.”

Please mama… nanti bila Emelin dah sampai sana, I will give you a lot of calls. I promise.

This is the final boarding call for passengers China Eastern booked on flight MU598 to Kuala Lumpur. Please proceed to gate 3 immediately. The final checks are being completed and the captain will order for the doors of the aircraft to close in approximately five minutes time. I repeat. This is the final boarding call for China Eastern. Thank you.”

 Pengumuman tersebut membuatkan Emelin dan Rose masing-masing terdiam. Hanya tinggal 5 minit saja lagi sebelum kapal terbang untuk ke Kuala Lumpur berlepas. Emelin sekali lagi memeluk Rose, air matanya ditahan dari tumpah. “I have to go now. Bye ma. I’ll be back okay.” Rose mengiringi pemergian Emelindengan air mata. Sepanjang ketiadaan Emelin, dia tidak pasti apa yang harus dialakukan. Sesungguhnya dia sudah mula rindu pada anaknya itu.

****

Malaysia

EMELIN tercegat berdiri, matanya pula melekat pada sehelai bendera yang tergantung megah di hadapan pintu kayu berwarna coklat pudar itu.Dia kenal itu ialah bendera Malaysia, Jalur Gemilang. Dia turut kenal dengan Malaysia walaupun ini kali pertama dia ke sini kerana Rose sering bercerita tentang Malaysia. Emelin tersenyum girang. Dia tidak pernah menyangka dia akan menjejakkan kaki di Malaysia, di rumah datuk dan neneknya.

 “Tok Wan, ada orang putih datang rumah kita!”Hakim terkedek-kedek mendapatkan Rosli yang sedang mengasah parang di beranda rumah. Tatkala mendengar jeritan cucunya, dia bingkas bangun. Kelam-kabut Rosli membetulkan kain pelekat yang hampir terlucut.  “Tok Wan, tu orang putih tu!” Mata Rosli mengekori jari telunjuk cucunya. Terbeliak biji matanya, terkejut dek kehadiran gadis berbangsa luar yang datang bersama bagasi besar. 

            “Umm hai?” Emelin mengangkat tangan,melambai dengan rasa kekok. “H-Hai, who are you?” soal Hakim, berlindung di belakang Rosli. Sebilah parang tadi kukuh dalam genggamannya. Lelaki tua itu tak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika gadis 'mat saleh' dihadapannya datang membawa ancaman. “Please don’t be afraid. Saya datang sini dengan niat baik.” Rosli dan Hakim berpandangan sesama sendiri. Pertuturan dalam Bahasa Malaysia tadi berjaya mengunci mulut mereka. “Nama saya Emelin. Saya datang sini untuk program pertukaran pelajar universiti saya. Ini surat dari mereka.” Emelin terpaksa menipu.

Rosli batuk, sebelum menyambar surat putih yang berada di tangan gadis itu. Baru saja dia mahu membaca surat itu, perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang digunakan tidak mengizinkannya.

“Bahasa penjajah ni kau nak aku baca?” Surat tadi dicampak ke tanah.

“Penjajah?”soal Emelin tidak faham. Pandangannya terarah pada Hakim yang berusia lingkungan 12 tahun itu, mengharapkan Hakim dapat menterjemahkan perkataan tadi untuknya. Namun Hakim berdiam diri, tidak mahu gadis mat saleh dihadapannya terguris. Atuknya Rosli memang tidak suka dengan bangsa barat itu kerana mereka ialah penjajah yang pernah menakluk Tanah Melayu. “Rose…” seorang wanita berusia datang menaiki kerusi roda. Pucat wajahnya, mulutnya turut merekah.

“Abang,Rose dah balik ya bang.”

“Jangan kau sebut nama anak derhaka tu Rokiah!”

Ternyata Rosli masih membenci Rose.

****

MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA!” Bergema laungan merdeka dan Emelin sekadar menjadi pemerhati tatkala Hakim dan kawan-kawan melaungkan perkataan itu. Hatinya penuh tandatanya. Apakah maksud merdeka? Mengapa mereka gembira melaungkannya sambil mengibarkan bendera Malaysia. "Merdeka means freedom." Bisik Muzammil sebelum melabuhkan punggung di atas pangkin rumah Rosli. Sepanjang tiga hari Emelin di situ, Muzammil lah yang banyak membantu, mengajar Emelin sedikit sebanyak tentang adat masyarakat melayu serta menceritakan sejarah-sejarah Malaysia.

"31 Ogos 1957, tarikh Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, bebas daripada semua penjajah. Pengorbanan pahlawan dahulu dalam membebaskan Tanah Melayu. There are so many deaths happened in order to get the freedom that we have right now."

"Can I know why Atuk begitu benci dengan orang macam saya?" Emelin duduk disebelah Muzammil.

"Dahulu Malaysia sebelum merdeka dikenali sebagai Tanah Melayu, cukup terkenal dengan aktiviti perdagangan, ramai pedagang dari negara lain datang ke sini. Keadaan cukup harmoni hinggalah penjajah datang. Portugis, Belanda, British serta Jepun semuanya pernah datang menjajah ke sini. Pelbagai keganasan mereka lakukan dan paling penting mereka tidak mahu rakyat bersatu padu. Tapi semangat-”

"Aduh ,Atuk sakit!" Suara Hakim memecahkan kesunyian. Kelihatan Rosli datang dari arah kebun sambil mencempung cucunya.

"Tok Li, kenapa ni?" Soal Muzammil. Peluh membasahi dahi lelaki tua itu.Kejadian tadi benar-benar mengejutkannya. "I think he got bit by a snake." Emelin bersuara. Kesan tempat patukan ular itu turut dipandang Muzammil.

"Atuk letakkan dia di atas tikar dulu. Muzammil tolong ambilkan pisau." Arah Emelin.

"Kau nak buat apa dengan cucu aku? Nak bunuh dia?"

“Atuk, please let me handle this. Atuk kena percayakan saya, please.”

“Tok Li, Emelin ni pelajar perubatan. Dia tahu apa yang dia nak buat. I am going to get a knife." Emelin angguk. Rosli akhirnya mengalah. Tidak sanggup dia mendengar rintihan cucunya. Paling penting nyawa Hakim dapat diselamatkan.

****

EMELIN membelek bendera Jalur Gemilang di tangannya. 14 jalur berwarna merah dan putih, bulan dan bintang berwarna kuning, dan juga warna biru sebagai latar belakang kepada bintang dan bulan tadi. Hatinya mula jatuh cinta pada Malaysia. Kerana keramahan rakyatnya, kecantikan suasananya,dan paling penting dia seperti sudah menjumpai bahagian kosong dalam hatinya. Benda itu tidak dapat dijumpainya ketika di Canada.

“Tak tidur lagi?” Suara Rosli menlenyapkan lamunan gadis itu.

“Belum lagi Atuk. Saya masih belum letih.”

“Esok hari terakhir kau di sini?”

“Ya,esok saya akan pulang ke Canada.” Kemudian keadaan kembali senyap. Kekok masih Emelin rasakan apabila berbual dengan Rosli. “Atuk, boleh saya tanya satu soalan?”

“Soalan?Tanya sajalah.”

“R-Rose itu siapa Atuk? Saya ada terdengar nenek menyebut Rose.” Terkeluar akhirnya soalan yang terbuku di hati Emelin. Wajah Rosli ditatap, bimbang jika lelaki tua itu marah namun sebaliknya pula berlaku, senyuman tawar menghiasi wajah Rosli. Dia seperti dapat menyangka perkara itu yang akan ditanya oleh Emelin.Setiap masa Rokiah bertanyakan tentang Rose. Rindu isterinya itu pada Rose makin tak dapat ditahan. “Rose, satu-satunya anak perempuan Atuk. Dia anak yang baik, tak pernah lawan kata Atuk tapi semenjak dia kenal dengan budak mat saleh tu dia berubah sama sekali. Dia tinggalkan Atuk untuk kahwin dengan budak bangsa penjajah tu.” Rosli seperti tersedar sesuatu. Kemudian dia berdehem,menyembunyikan rasa bersalah kerana takut Emelin terasa dengan kata-katanya.

“Sekarang dia ada di mana?” Sengaja Emelin ingin menebak hati Rosli. Mana tahu Rosli sebenarnya merindui Rose. “Atuk tak tahu dia ada di mana.”

“Atuk dah maafkan dia?”

“Walau apa pun, dia tetap anak aku. Emelin, kau masuklah tidur dulu. Lagipun dah lewat malam. Emelin...”

“Ya Atuk?”

“Terima kasih sebab selamatkan Hakim. Kalau nanti kau datang ke Malaysia lagi, jangan lupa untuk singgah sini. Bawa lah ibu bapa kau sekali.” Lelaki tua itu berdehem lantas terus masuk ke bilik.

“Alhamdulilah. Emelin akan bawak mama pulang.” Ucap Emelin seraya meraup mukanya. Mungkin masih ada peluang untuk melembutkan hati Atuk, mungkin ada peluang untuk mama dimaafkan Atuk, dan mungkin Atuk boleh menerima aku...

Dalam hati dia menjerit,

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

Merdeka buatMalaysia, merdeka juga buat aku dan mama.

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham