Home Cerpen Islamik Bilnur Huda
Bilnur Huda
1/9/2016 01:43:22
2,120
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

Bi dan Lyn adalah dua orang sahabat yang ditakdirkan untuk berjumpa tanpa sengaja. Sebelum ini, mereka tidaklah saling mengenali antara satu sama lain. Persahabatan mereka menjadi semakin rapat selepas mereka menyewa di rumah yang sama.

“Bi, free tak malam ni?” Soal Lyn.

“Emm.. Malam ni?” Tanya Bi inginkan kepastian.

“Ye malam ni.”

“Oh..” Bi membalas dalam keadaan seperti acuh tak acuh.

“Weh, Bi, kau buat apa tu?”

“Nak update gambar kat IG ni. Hehe. Kejaplah..”

“Emm. Kau tak habis-habis. Beriye sangat kalau bab update status IG dia tu. Eh tengok sikit.” Lyn menolak sedikit bahu Bi untuk melihat skrin laptop Lenovo putih kepunyaan Bi.

“Sibuklah kau ni.”

“Perghh followers kau 80.1k. Patutlah beriya update IG. Ni kalau sekali update gambar ni, tak beribu yang like tak sah ni."

“Hurm, biasa ja. Dah orang yang nak follow aku. Tapi kan Lyn, ni yang aku rasa lah. Dah alang-alang ramai follow aku, tak salah kan aku kongsi mesej-mesej kebaikan?"

“Ye. Lebih baik buat baik daripada buat jahat.”

“Maksud kau?”

“Yela, mestilah elok kalau kita kongsi benda yang baik-baik. Tak kan nak mencarut, memaki semua tu. Dah sah-sah tak elok. Eh, haus pulak aku, air ada tak? Nak!”

“Ada tu, Kau ambil lah. Air kosong je lah.”

“Ok takpa, benda percuma sedap weh. Walaupun air kosong. Haha! Terima kasih Bi.”

“Ada-ada ja kau ni Lyn. Nak tanya lagi, kalau kita ni sebenarnya tak baik mana pun, tak hipokrit ke kalau tiba-tiba bila di laman sosial pergghh ayat. Apa orang cakap, macam ustaz ustazah? Alim?”

“Dahtu kau dah tau kau tak baik, lagi kau nak buat perkara tak baik? Nak maki, mencarut, mengumpat, sebar fitnah kat laman sosial tu? Kan namanya menambah dosa tu. Aku ni yang cakap kat kau pun, bukan baik sangat. Ni pun sementara ada iman, aku cuba cakap yang baik-baik ni.”

“Dah macam ustazah kau ni Lyn.”

“Em. Kau pun termasuk persepsi orang ramai tu juga ke Bi?”

“Eh kenapa?”

“Baru je kau cakap tadi, cakap benda baik sikit ja terus dilabel orang tu ustaz ustazah. Mudah betul orang zaman sekarang dilabel ustaz ustazah ye? Satu masa nanti, kalau orang tu buat salah, kita juga yang bukan main kecam dia balik. Apa ingat manusia akhir zaman ni kalis dosa ke macam mana.”

“Eh, aku ada cakap ya tadi? Haha! Lupa lah. Amboi ayat kau.”

“Salah ye aku cakap? Ni sebelum aku lupa, malam ni teman aku boleh tak? Dari tadi aku tanya kau ni.”

“Haha! Maaf maaf. Pergi mana?”

“Aku nak ajak kau pergi masjid kat taman perumahan sana tu. Ada ceramah. Tak syok lah kalau pergi sendiri.”

“Ok Lyn, boleh boleh. Aku pun dah lama tak dengar ceramah ni. Sebelum hati aku gelap, eloklah kau ajak ni. Pensyarah aku cakap kan, kalau kita biarkan diri kita lama tanpa benda-benda yang baik contohnya dengar ceramah ke, baca buku-buku ilmiah ke, nanti hati kita jadi gelap tau. Bila hati kita gelap, tu punca kita jadi keras hati tak boleh nak terima benda-benda baik-baik dah.” Cerita Bi cuba berkongsi.

“Baru tadi kau ada kelas agama ke macam mana?”

“Lyn ni. Asal benda macam ni ja dapat dari kelas agama. Apa benda-benda macam ni eksklusif kita boleh dapat kat kelas-kelas agama je ke? Pensyarah bisnes aku kongsi tadi.”

“Oh. Haha! Nampak tak pemikiran yang entah dibentuk dari mana tu? Kau nampak kan, dia bukan ustaz ustazah pun dia boleh sampaikan kebaikan.”

“Sebenarnya bukan tanggungjawab disebalik gelaran kerjaya, tapi tanggungjawab disebalik gelaran seorang muslim tu. Kalau dah namanya Islam, memang kita kena saling menasihati ke arah kebaikan.” Ujar Bi.

“Betul Bi. Eh, malam nanti tau. Lepas maghrib. Ke nak berjemaah sana terus ek?”

“Hah! Boleh jugak. Lagi elok”

“Ok, bersiap sekarang. Dah nak masuk waktu dah ni. Kau tak perlu nak beriya sangat bersiap tu. Aku tahu mesti nanti kau fikir macam apa nak pakai baju apa, kain apa, tudung sesuai dengan yang mana satu. Macam nak pergi mana. Macam baru sehari dua aku kenal kau.”

“Habistu dah berapa hari kau kenal aku?” Soal Bi.

“Dah 676.2 hari. Eh ada masa pula aku nak kira setiap detik perkenalan kau dengan aku ya.”

“Haha! Lyn, ada lagi satu kau lupa.”

“Hah! Purdah kau?” Lyn cuba meneka.

“Ingat pun.”

“Lupa aku, kau dah berpurdah. Hah, cepatlah siap. Ingat, kita nak dengar pengisian, bukan nak pergi shopping mall tau.” Lyn cuba mengingatkan.

“Ok la. Aku nak bersiap. Lambat nanti, kau yang bising.”


***


Malam itu, sehingga waktu selepas isyak, mereka dan jemaah yang lain memenuhi ruangan masjid yang sememangnya tersedia untuk para jemaah mengimarahkannya. Ada orang tua yang bertongkat, muda belia dan juga kanak-kanak turut memeriahkan suasana. Jemaah dihidangkan dengan pengisian yang menarik berkenaan dengan isu aqidah. Dalam pengisian tersebut, penceramah menekankan akan kepentingan memiliki aqidah yang sahih dan isu-isu yang berkaitan aplikasi aqidah dalam kehidupan seharian. Para jemaah turut menulis beberapa isi-isi penting yang perlu daripada pengisian yang disampaikan. Seusai sesi ceramah, program diteruskan dengan solat isyak secara berjemaah. Selepas selesai solat, para jemaah dihidangkan dengan sedikit jamuan yang disediakan oleh pihak masjid.


***


“Lyn! Lyn!” Bi memanggil Lyn beberapa kali.

“Apa dia? Kau tak perasan ke aku tengah berborak dengan makcik tu tadi.” Balas Lyn.

“Perasan. Aku ingat kau dah habis sembang dengan makcik tu.”

“Haih, pelik kau ni. Nak kata kau rabun, memang rabun. Haha! Kau tak ikut jamuan tadi ke?” Soal Lyn.

“Dah. Aku minum air ja.”

“Oh. Hah, kenapa panggil aku tadi?”

“Mintak tolong sekejap, ambik gambar aku.” Pinta Bi.

“Ambil gambar lagi. Bukan tadi kat dalam kau dah selfie banyak ke? Macam aku tak perasan.”

“Mana ada lah.”

“Ok, maafkan daku kerana memfitnah kamu.” Kata Lyn kepada Bi dalam nada yang cuba menyerupai adegan drama di televisyen.”

“Emm. Memang ada pun. Tapi tak banyak.” Balas Bi dalam nada serba-salah.

“Hah! Mengaku pun. Cepat, nak ambil gambar kat mana? Nanti kau ambil gambar aku pula. Hehe.”

“Hah, yela, dekat sana tu.”

“Ok, jom”

Lantas mereka berdua menuju ke tempat seperti yang dinyatakan. Panorama masjid disitu memang indah. Kelihatan beberapa orang juga merakamkan kenangan mereka di sekitar kawasan tersebut.


***


Ketika perjalanan pulang, mereka berdua mengambil kesempatan membincangkan semula sedikit tentang pengisian di masjid tadi.

“Bi, seronok kan pengisian ustaz tadi? Berkenaan aqiqah tadi.”

“Aqiqah apa pula kau ni Lyn. Aqidah.”

“Hah, aqidah. Aqiqah pula dah. Aqiqah tu nanti, untuk anak kau.”

“Eh, aku pulak.”

“Haha! Ala, gurau ja.” Jelas Lyn.

“Muhasabah diri aku dibuatnya tadi bila ustaz cakap bab keyakinan tadi.”

“Yang mana?” Soal Lyn.

“Berkenaan keyakinan siapa yang memberi rezeki tu.”

“Oh yang tu. Hah, yela. Aku pun kadang-kadang tak sedar benda ni tau. Kadang kita ingat kita peroleh sesuatu tu sebab usaha kita semata-mata. Contoh masa peperiksaan, kita yakin kalau kita belajar sungguh-sungguh, kita akan dapat keputusan yang baik.”

“Tapi sebab usaha kita semata ke?” Bi mencelah.

“Kau ni kan Bi, bagilah aku habiskan ayat aku dulu.” Ujar Lyn.

“Heh, maaf maaf. Ok, sambung.”

“Yela, keyakinan kita yang utama bila dapat keputusan yang baik je sebab usaha kita. Bukan fikir sebab Allah yang bantu dan bagi rezeki kat kita. Macam ustaz cakap tadi lah.” Sambung Lyn.

“Eh sekejap, mana telefon aku ek?” Tanya Bi sambil menggeledah beg tangannya.

“Mana aku tahu. Kau letak mana?” Soal Lyn sambil membelok kereta viva hitam yang dipandu ke arah simpang kiri jalan.

“Hah, dah jumpa dah.”

“Nak update IG lah tu.” Teka Lyn.

“Kenapa kalau aku nak update IG sekalipun? Aku tak guna pun data internet kau.” Jelas Bi.

“Ye, ye, aku cakap je.” Balas Lyn sambil merendahkan volume radio kereta.


***


“Bi, kenapa kau senyap ja? Ada terasa dengan aku ke?” Soal Bi sejurus selepas lebih kurang lima minit tiada perbualan antara mereka.

“Eh taklah. Mana ada.”

“Dah tu kenapa?”

“Aku update IG tadi.”

“Ye, kau update IG, pastu?”

“Pastu apa?”

“Yela, kenapa? Selalu pun aku rasa kau update IG.”

“Nanti kau tengok sendiri.”

“Lah pulak dah. Macam kau tak boleh cerita.”

“Nanti kau faham.”

“Aku pun dah jarang bukak IG. Takda benda sangat nak dibandingkan dengan kau. Aku ni followers seciput je. Eh Bi, ada orang jual burger. Kau nak tak? Aku belanja. Lagipun kau dah teman aku kan”

“Emm.. Boleh lah.”

“Kau nak burger apa?”

“Tak kisah.”

“Ok, aku belanja kau burgerlumang dengan dosa. Ok tak?”

“Apa kau ni.”

“Halah, sensitif pulak. Ok, sorry.”


***


Kira-kira 20 minit perjalanan, mereka tiba di rumah. Sejurus sahaja masuk ke dalam rumah, Lyn segera menghidupkan lampu ruangan ruang tamu dan seterusnya meletakkan bungkusan burger yang dibeli tadi di atas meja.

“Bi, nanti kita makan burger ni sama-sama. Kita kan sahabat sejati, ukhuwah fillah abada abada. Haha!”

“Kau makanlah dulu. Lagi pun aku ada kerja nak kena siapkan ni.” Ujar Bi

“Eh, tapi takpe ke ni aku makan dulu? Kan dengan kau punya sekali aku termakan nanti.” Soal Lyn

“Takpa. Kau kan kebulur.”

“Haha! Yela. Aku gurau ja.”

“Ok, selamat malam.”

“Awal betul selamat malam kau.”

“Yela, kang aku tertidur. Aku ucap awal-awal.” Bi memberi penjelasan.

“Ok lah. Selamat malam jugak. Jangan lupa baca doa dan mengucap siap-siap sebelum tidur.”


***


Sejurus selepas pintu bilik Bi ditutup, Lyn terus menikmati burger yang dibeli sambil menonton televisyen. Kebetulan, rancangan kegemaran Lyn sedang bersiaran. Sesudah makan dan mencuci tangan, Lyn kembali duduk di sofa yang berada dihadapan televisyen. Sedang Lyn mengamati rancangan televisyen yang ditonton, Lyn teringat akan sesuatu yang tidak kena berlaku pada Bi semasa perjalanan pulang dari masjid tadi. Lantas, Lyn segera mencapai telefon pintar dan membuka akaun instagram miliknya.

Lyn melihat gambar-gambar yang tertera di laman instagram miliknya. Terpampang juga gambar Bi yang baru diambil di masjid tadi sambil membaca perlahan caption yang dikongsi oleh Bi.

“Maaf wahai lelaki, mohon layan perempuan dengan cara terhormat. Cuba bayangkan kakak atau adik perempuan anda diganggu? Please, mind your ikhtilat!”

Lyn turut melihat gambar-gambar yang dikongsi oleh Bi sebelum ini. Lyn mengenalpasti tiada kata-kata yang memelikkan pada gambar-gambar sebelum ini kecuali hanya yang terdapat pada gambar terbarunya.


***


“Lyn, kau tak tidur ke semalam?” Soal Bi yang melihat Lyn yang berada di ruang tamu.

“Tidurlah. Cuma tadi aku tak boleh tidur sangatlah. Kau ni, awal bangun!”

“Awal apanya. 5.45 pagi dah. Kau kenapa pulak tak boleh tidur?”

“Tak taulah. Sejak kebelakangan ni susah nak tidur.”

“Pagi ni kau ada kelas tak?”

“Takda. Kalau tak, bala rasanya.”

“Bala kenapa pulak?”

“Yela, nanti aku mengantuk. Kiranya sekejap lagi aku boleh ganti tidur. Haha!” Lyn berseloroh.

“Sukahati kau lah. Jomlah bersiap-siap untuk solat, kejap lagi masuk waktu subuh.”


***


Seusai mereka menunaikan solat fardhu subuh, mereka berdua membaca al-Quran kira-kira dalam sehelai dua muka surat. Sejurus selepas itu, mereka melakukan rutin seperti biasa menyiapkan diri untuk menghadiri kuliah.

“Kau pagi ni ada kelas?” Tanya Lyn

“Ye, ada. Pagi ni satu, petang ni satu.” Jawab Bi

“Tengahari nanti balik ke?”

“Tak pasti. Rasanya tak. Ada benda lah nak kena selesaikan. Tengoklah dulu macam mana. Rasanya tak balik. Kenapa?”

“Ok, saje lah tanya. Jumpa petang nanti ye.”

“Kau kenapa? Selalu pun memang jumpa kan.”

“Halah kau, sesekali nak sweet pun tak boleh.”

“Sweet apanya macamtu. Pelik tau tak.”

“Habis ingat yang kau buat tu sweet lah?

“Apa dia?”

“Gambar-gambar kat IG kau tu lah. Buat-buat muka ayu tu?”

“Kau dengki kan?

“Eh tak. Takda apa yang nak didengkikan.”

“Dahla, cakap dengan kau ni kan, memang tak habis. Aku gerak dulu, kalau ada apa-apa, contact.

“Baiklah Bilnur Huda. Hati-hati weh. Ingat orang yang tersayang, dalam kurungan, aku. Haha!”

“Tak kuasa aku.” Bi membalas dalam keadaan suaranya kedengaran semakin tidak kedengaran.


***


Petang itu, ketika Lyn memberi kucing peliharaanya makan, kelihatan sebuah kereta yang menghampiri kawasan depan rumahnya. Kelihatan Bi bersama dengan seorang perempuan yang menghantar Bi ke rumah. Sejurus Bi turun dari kereta tersebut, kereta Myvi merah itu terus berlalu pergi.

“Siapa tu Bi?”

“Classmate aku. Dia nak hantar aku tadi.”

“Oh. Kau masuklah. Aku nak kemas kat luar ni sekejap. Sekejap lagi aku masuk.”

“Eh, kau ada kelas ke tak tadi?”

“Takda, kelas aku cancel. Haha!”


***


“Lyn! Apa dia ni?” Nada Bi seolah-olah hairan dengan apa yang dilihat.

“Maaf weh, kalau aku buat sepah, kalau kau rasa aku tak kemas rumah.” Sahut Lyn dari luar rumah.

“Tak lah. Ni ha, kek ni. Siapa bagi? Makanan-makanan ni? Air-air ni lagi. Hari jadi kau bulan depan kan?”

“Takda hari jadi siapa-siapa. Aku saja ja beli ni, saja makan-makan. Kau pergi lah buat apa yang patut dulu. Aku lapar ni. Nanti kita makan sama-sama.”

“Kenapa tak makan ja dari tadi?”

“Aku memang dah niat nak makan sama-sama dengan kau lah Bi. Ehh cepatlah.” Jelas Lyn.

“Hah yela. Eh tapi kalau kau lapar, kau makan ja. Tak perlu tunggu aku.”

“Ye, ye.”


***


Selesai sahaja Bi menyiapkan diri, Bi ke ruangan dapur mengambil pinggan dan juga cawan untuk mereka berdua lalu diletakkan di ruangan meja makan. Bi sempat memasang radio yang terletak berdekatan dengan televisyen ruang tamu mereka.

“Lyn, jom makan.” Ajak Bi

“Kejap, kejap. aku nak basuh tangan sekejap. Eh, maaflah kalau makanan yang aku sediakan tu tak seberapa.” Jawab Lyn sambl cuba untuk menyegarakan pergerakan ke sinki dapur.

“Tak seberapa apanya. Aku tak kisah. Kalau kau goreng telur dengan kicap ja pun aku dah ok. Pelik sikit aku dengan kau hari ini Lyn”

“Apa yang nak peliknya, Bi.” Soal Lyn.

“Ni la, semua ni.” Ujar Bi

“Alaa Bi, bukan selalu. Lagipun, bukan banyak pun aku beli. Cukup-cukup untuk aku dengan kau ja ni. Kalau tak habis, malam ni boleh sambung makan. Macam tak biasa pulak kau."

“Iyela Lyn. Kau ni ada apa-apa ke? Maksud aku, kau ada nak cakap kat aku sesuatu ke?”

“Takdelah sesuatu sangat. Eh, kau tak update gambar kat IG harini?”

“Kau ni kan, asyik perli aku pasal tu ja.”

“Eh tak perli lah. Tanya. Bi, kau semalam kenapa? Yang kat kereta tu, masa balik dari masjid tu?”

“Oh, yang tu.”

“Hah! Yang tu. Ceritalah kat aku.”

“Kau dah tengok ke belum IG aku?”

“Dah.”

“Hah, tu lah cerita dia.”

“Iye, kenapa? Aku tak faham. Ye, kau post gambar kat masjid yang semalam aku ambil tu, pahtu apa ayat kau, mind your ikhtilat? Apanya yang kau nak suruh mind pasal ikhitlat ni? Main-main ke? Cuba cerita.”

“Kau ni, main-main apa pulak. Kau tahu kan, kenapa dulu aku ambil keputusan untuk berpurdah.”

“Sebab nak menjaga dan menundukkan pandangan. Betul tak?”

“Hah. Tu salah satu.”

“And then?”

“Yela, tapi kenapa tak jadi macam yang sepatutnya. "

“Kau nak jadi sepatutnya yang macam mana? Maksud kau?” Soal Lyn inginkan penjelasan.

“Kenapa makin ramai pula yang berani-berani ganggu aku? Kau tau tak, ramai kot yang direct message aku. Minta nombor telefon satu hal, siap ada beberapa yang kata nak masuk meminang lah apa lah. Macam-macam tau sebenarnya.”

“Jadi, kau nak kata ramai yang minat kat kau lah? Nak kata kau hot ke macam mana ni?” Gurau Lyn.

“Tak, aku rimas.”

“Habis tu kau respon apa kat mereka tu?”

“Aku suruh diorang jaga perangai lah.”

“Termasuk suruh jaga ikhtilat? Macam kat satu update kau tu?” Tambah Lyn.

“Hah, yela.”

“Lagi satu kan, aku ingat diri aku makin terjaga bila pakai purdah ni.” Tambah Bi.

“Maksud kau?”

“Yela, ingat lebih terjagalah bila berpurdah ni?”

“Sekarang ni purdah yang menjaga kau ke, kau yang kena jaga imej berpurdah sekarang ni?

“Emm..” Bi terasa seperti dipsiko oleh Lyn.

“Ok, persoalan, tapi yang ni aku nak kau fikir sendiri. Berubah tu perlu bermula dengan purdah ke? Aku pun tak mengharapkan kesempurnaan sangat terhadap orang berpurdah ni tau Bi. Sempurna tu mustahil pada aku. Siapa kita nak mengharapkan kesempurnaan? Kesempurnaan tu kan hanya milik Allah. Betul tak Bi?” Soal Lyn.

“Hah, betul lah. Mana ada manusia sempurna di dunia ni.”

“Kan? Pada aku lah kan, istilah yang sesuai adalah menjadi lebih baik dan sentiasa memperbaiki diri. Macam yang kau rasakan sekarang ni. Semua orang pun kena ada usaha untuk jadi manusia yang lebih baik. Tak kisah lah orang tu jenis yang macam mana. Tak kisahlah berpurdah ke tak. Lagipun, kita ni manusia.Bukan malaikat."

"Iye. Panjang pula kau cakap."

"Taklah. Dah kau cakap macamtu. Aku terangkanlah kat kau apa yang sebenarnya. Ke kau rasa apa yang aku cakap ni tak betul?"

"Eh. Takda. Ada betulnya jugak yang kau cakap tu."

"Kejap, aku buka IG, Hah! Post kau sebelum ni. Rasanya ni gambar yang kau post masa aku minta kau teman aku pergi masjid ni.” Tanya Lyn inginkan kepastian sambil menunjukkan gambar yang dimaksudkan.

“Iye, aku. Kau ni dah tahu lagi nak tanya. Em, kenapa dengan gambar tu?”

“Aku baru perasan, macam ada sesuatu yang tak kena dengan mesej yang kau sampaikan.”

“Apa dia?”

“Kau tengok pula gambar yang ini. Ini gambar masa kat masjid malam tu kan?”

“Iye. Kau cakap je lah apa kau nak cakap."

“Caption dia apa? Baca sikit.” Pinta Lyn kepada Bi.

“Dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

“See something?”

“Apa? Ee kau cakap je lah apa kau nak cakap. Janganlah buat aku tertanya-tanya”

“Bi, aku nak minta maaf awal-awal kalau ada ayat aku yang kau tak selesa.”

“Ye, cakap je lah.” Bi membalas dengan nada yang mendatar.

“Ni ha, apa yang kau fikir masa kau upload gambar ni?"

"Haritu aku ada tanya kau. Tak salah kan kalau kita kongsi sesuatu yang baik?"

"Ye, tak salah. Tapi kan Bi, macam mana ya. Aku pula yang serba salah nak cakap dengan kau ni." Jelas Lyn.

"Kenapa?" Tanya Bi

"Sebab kan Bi, aku tak rasa ada kaitannya mesej yang kau nak sampaikan dengan gambar yang kau post ni? Lagi satu gambar kau ni, gaya tu kan, kau nak bagi orang ingat Allah ke nak bagi orang ingat kat kau? Belum gambar-gambar kau yang lain. Kau rasa ada keperluan ke semua ni kau kongsi kat public?”

“Hmm..” Bi terdiam, seolah-olah dia mengetahui akan sesuatu yang patut diubah.

“Lagi satu, akaun kau ni, kau private tak?”

“Tak..”

“Maaf tau Bi, kalau ada ayat aku yang buat kau tak selesa. Tapi kan, aku cakap untuk diri aku jugak ni. Macam tadi kau kata kan, kau kata kau berubah pakai purdah sebab nak jadi orang yang lebih baik, tak mahu dipandang lelaki. Kau perasan tak bila kau tak private akaun tu seolah-olah kau rela untuk diperhatikan sebenarnya. Followers kau ramai ni. Kau jamin semua followers kau ni perempuan?"

"Tak jugak lah Bi. Dah kalau aku tak private, takdanya lah aku kawal siapa yang boleh follow aku siapa yang tak boleh nak follow."

"Hah! Kau tau tu kan? Lagi satu, fitrah perempuan ni kan memang akan menjadi perhatian lelaki. Tak kisah lah berpurdah ke tak, asalkan namanya perempuan. Kau faham kan maksud aku? Kadang kan, aku pun lah, kita nak salahkan lelaki tak jaga pandangan, tak hormat kita tapi tindakan kita ni macam mana, kita sendiri ni meletakkan diri kita ditempat yang terhormat ke tak? Iye, memang kita fikir kita dah tutup semua, tapi benda tu semua tak mampu tutup keinginan lelaki untuk memerhatikan kita kan?"

“Tapi tak semua lelaki macam tu. Ada ja lelaki yang baik.”

“Ye, ada lelaki yang baik, yang tau nak menundukkan pandangan semua tu. Tapi kan Bi, kalau bab yang satu ni, lelaki tetap lelaki. Kau faham kan maksud aku?”

“Hmm. Lyn, kadang tu kan sebenarnya ada ja tau yang mesej personal aku tegur pasal ni kat IG tu.” Ujar Bi.

“Kau balas apa?” Soal Lyn.

“Aku tak balas pun. Tapi dalam hati aku masa tu kan, baik tegur yang free hair.”

“Bi, tuangkan air untuk aku.” Pinta Lyn

“Kau nak buat apa?”

“Nak simbah air kat kau. Haih! Nak minumlah. Haus.” Sambil mengambil gelas yang dihulur oleh Bi.

“Kau tau ke dia pernah tegur ke tak? Ye, pada fikiran kita, mereka yang lebih perlu ditegur. Sebenarnya sesiapa pun dah kalau tindakan atau sesuatu yang dibuat tu kelihatan tak manis dipandang, memang lah ada orang yang tegur. Lagipun kau ingat setiap teguran tu dari siapa?”

“Dari orang tu lah.” Jawab Bi.

“Ye, tapi kau ingat kalau Allah tak izinkan orang tu untuk tegur kau, dia boleh tegur kau? Manusia ni perantara ja Bi. Dalam apa jua perkara sekalipun, Allah hadirkan sesuatu ni melalui perantara tau. Termasuklah teguran ni.”

“Ni semua pengaruh rakan rakan sebaya.” Ujar Bi.

“Maksud kau?

“Eh, takda apa. Salah aku yang tak dapat nak bezakan antara yang baik dengan yang buruk. Hmm. Bagi aku masa untuk ubah semua ni" Bi membalas sambil memikirkan kata-kata yang diungkapkan oleh sahabatnya, Lyn.

“InshaaAllah, kalau kau ada niat untuk perbaiki diri, Allah akan tunjukkan jalan. Bilnur Huda tu nama kau kan?" Soal Lyn.

"Ha yela, nama aku."

"Bi, semoga kita sentiasa dianugerahkan dengan cahaya petunjuk. Betul tak Bilnur Huda?

“Amboi. Guna nama aku nampak!”

“Cantik maksud nama kau Bi. Bi, sebelum makan, jom selfie! Pastu, post kat IG. Buat caption, alhamdulillah..syukur nikmat pemberian hari ini. Syukur jangan kufur.”

“Kau memang tak habis-habis perli aku kan.”

“Taklah. Saje nak test, kau faham tak apa yang dari tadi aku cakap kat kau.” Lyn sengaja mengusik Bi.

“Ee. Mengada!”

“Eh tapi aku ada satu benda nak minta kat kau ni.”

“Apa dia?”

“Post kat IG.”

“Kau tak habis-habis kan?”

“Eh betul ni.”

“Kau nak suruh aku buat ayat apa pula kali ni? Nak perli aku lagi?”

“Bukan. Kau kongsi satu perkara ni. Nanti kau buatlah balik ayat tu elok-elok. Perempuan ni kalau ada niat nak belajar menundukkan pandangan ke menjaga pandangan tu, didik diri tu dulu untuk kurangkan memuatnaik gambar sendiri kat laman sosial. Lagi-lagi di zaman kemajuan laman sosial ni. Penting ni tau."

“Ok, nanti aku buat, gambar tu aku letak gambar kau. Haha!” Usik Bi.

“Kurang ajoooo.” Balas Lyn sambil cuba menyimbah air digelas tadi ke Bi namun gagal kerana tiada air yang berbaki.


***


Lelaki yang masih mendekati kamu dengan cara yang tidak terhormat itu tanda kamu masih tidak menjaga ikhtilat.

Mind your ikhtilat, tapi kita sendiri yang kadang main-main tentang ikhtilat. Benar bukan? Ayuh, pakat ubah dengan tekad.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh