Home Cerpen Islamik plan rembat hati Ichah
plan rembat hati Ichah
Iman Adami
22/7/2016 21:44:29
2,427
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik
 

Iman mendekati sahabatnya,Ku Zain. Dia menepuk bahu Zain. Nak luluh jantung Zain dibuatnya. Iman ketawa halus melihat wajah Zain yang pucat gara-gara terperanjat.

“Man,kau kalau ya pun bagi salam dulu. Untung aku tak masuk dalam tasik ni. Kau ni..”omel Zain.

“Alah,maaf bro. Aku lupa nak bagi salam. Assalamualaikum..”ucap Iman seraya mengukir senyum damai.

“Walaikumussalam..”jawab Zain.

“Hah,kau nak jumpa aku kenapa? Projek kita ada problem,ke?”soal Zain. Hati Zain terus diburu kebimbangan. Manalah tahu projek yang mereka jalankan kini dilanda masalah. Zain tidak sanggup berdepan dengan bos yang garang seperti singa itu.

“Man,projek kita ada masalah ke? Kau jangan Iman,karang kita dua kena pecat. Tak pasal-pasal kita jadi arkitek penganggur.”rungsing Zain. Iman asyik menggeleng kepala melihat Zain yang rungsing tidak tentu pasal.

“Zain,cuba hang relax. Ni,aku nak jumpa hang pun bukan nak bincang pasal projek kita tu. Aku nak mintak opinion hang.”ujar Iman. Zain sedikit lega. Dia menggosok dadanya perlahan.

“Nasib baek bukan pasal projek tu,kalau dak..naye kita. So,hang nak minta opinion aku pasal apa?”

“Pasal Ichah..”

“Ichah?! Adik angkat hang tu?”soal Zain demi kepastian. Iman mengangguk.

“Hah,awat dengan si Ichah tu..?”

“Bro,aku dah lama suka dekat si Ichah tu.”luah Iman.

“Dah kalau hang berkenan dengan Ichah,nikah ajalah. Pasal apa hang nak rungsing pulak?”

“The problem is,Ichah tu tak berkenan dekat aku. Yalah hang sendiri tahu kan,dia tu dah tak ada mak ayah. Dia duduk dengan mak aku,sejak dia kecik lagi. Dah sah-sah dia anggap aku macam abang dia.”

“Habis aku nak tolong hang macam mana? Takkan nak pi bomoh si Ichah pulak. Cuba hang habaq dekat aku betul-betul.”

“Hang gila ka nak bomoh Ichah. Aku pun tak tau. Hang ada apa-apa plan tak, nak tackle awek?”Iman menjongket kening.

“Plan? Plan,eh? Aku rasa..aku adalah.”ujar Zain sambil menggosok dagunya.

“Ya,ka? Lekaslah habaq dekat aku.”desak Iman.

“Sat la. Malam ni aku whatsapp hang. La ni,aku tak leh nak habaq ler plan tu rupanya macam mana. Malam ni hang tau la..no. Aku ada hal yang nak kena settle. Pi dulu no..”Zain beredar sambil tersengih.

“Zain! Hang jangan lupa whatsapp aku malam ni!”laung Iman.

“Ha..malam ni aku whatsapp hang!”balas Zain. Iman tersenyum. Dia beredar meninggalkan tasik.

-------------------------

Ichah duduk di bersila di depan tv. Di tangannya ada semangkuk campuran serbuk kunyit,madu dan jus limau nipis. Dia menggaul semua bahan tadi untuk dijadikan sebagai masker. Kata Mak Lang,jika selalu amalkan pemakaian kunyit pada muka,muka kita boleh nampak berseri.

Ichah tersenyum sambil mengaul semua bahan untuk dijadikan sebagai masker. Iman keluar dari dapur lalu terus menerpa ke arahnya. Iman terus duduk di sebelah Ichah.

“Ichah nak buat apa ni?”soal Iman ingin tahu. Aku menjongket kening kiriku.

“Nak buat maskerlah abang oii..Hari tu,abang cakap dekat Ichah yang Ichah ni hodohla..burukla. La ni,Ichah nak pakai masker biar abang ternganga tengok muka Ichah comel macam Zara Zya. Baru padan muka abang..”aku menjelir lidah.

“Aikk? Abang ada cakap Ichah buruk,eh? Bila?”

“Hari tu. Abang Iman cakap Ichah tak comel.”

“Alah,orang gurau sikit pun nak sentap. Abang gurau jelah. Tak tahu pula Cik Aaisyah Athirah kita ni tercabar.”

“Abang bila sampai? Ichah tak perasan pulak.”

“Baru je sampai. Malam ni,abang tidur sini. Esok baru balik rumah abang.”ujar Iman. Ichah mengangguk tanda mengerti.

Otak Iman terus teringat pada plan yang Zain hantar melalui whatsapp sebentar tadi. Kalau nak tahu apa plan yang Zain kasi..ini dia.

PLAN REMBAT HATI ICHAH..

1. directly tanya Ichah tentang lelaki idamannya. Kalau dah dapat,hang try ler jadi macam lelaki idaman yang dia nak.

Iman sempat membalas whatsapp dari Zain.

Hang gila ka? Ichah tu wanita solehah,dah sah-sah dia nak suami yang soleh. Aku mana mampu nak jadi soleh..~ Iman

Hang try dulu. Aku tak suruh hang jadi pak ustaz pun. La ni..usaha tu penting.~Zain

Ya,aku faham. Apakata hang bagi plan lain? Plan ni nanti aku pakai lain kali. Amacam?~Iman

No. Plan nombor dua nanti aku send bila hang dah sucess. Alright? Assalamualaikum..~Zain

Iman meraup wajahnya. Dia sendiri tidak yakin dengan dirinya untuk menambat hati Ichah,memiliki wanita solehah seperti Ichah apatah lagi menjadi suami soleh buat Ichah.

“Awat Abang Iman nampak resah semacam ni? Hah,ke baru lepaih gaduh dengan bakal zaujah?”sengaja Ichah menyakat Iman.

Iman keliru. Akalnya tertanya-tanya tentang bakal zaujah yang Ichah sebutkan tadi.

“Bakal zaujah?”soal Iman.

“Ya,bakal zaujah. Lupa,eh? Bukan hari tu Abang Iman cakap yang Abang Iman dah jumpa calon yang sesuai untuk jadi pendamping hidup abang? Abang Iman kan dah janji dengan Ichah dan Mak Lang,nak bawak bakal zaujah abang tu jumpa kita orang. Takkan tu pun lupa..”ujar Ichah seraya menyapu masker kunyit pada wajahnya. Gara-gara melayan Iman yang sudah separuh lupa itu,habis tudung yang Ichah pakai terkena kunyit. Kunyit yang dibancuhya agak cair dan terkena tudungnya tatkla sedang menyapu kunyit dengan sekata pada wajahnya.

Iman terkedu. Dia tidak menyangka yang Ichah masih ingat janji palsu yang Iman reka dulu. Iman menepuk dahi.

‘Bakal zaujah tu..awaklah, Aaisyah Athirah. Takkan awak tak perasan yang saya dah lama suka dekat awak. Sayang dekat awak. Tapi,saya tahu awak cuma anggap saya sebagai abang sepupu. Tapi tak apa,kalau dah jodoh,tak ke mana.’ujar hati Iman sendiri.

“Oh,bakal zaujah abang..mmm....”

“Mmmm..? Kenapa pulak?”soal Ichah yang aneh dengan sikap Iman.

“Tak,abang dah jumpa bakal zaujah tu. But,the things is..wanita solehah tu tak suka dekat abang. So,what should I do,Ichah?” Iman cuba menyempurnakan misinya untuk memikat hati Ichah.

“Tak suka dekat abang? Hai,takkan la kot. Abang kan kacak,badan pun ok. So,apa problemnya?”soal Ichah pula.

“Dia wanita solehah Ichah. Takkkan nak dekat abang yang tak soleh ni.”

“Mmm..abang suka dekat dia?”

“Mmm..abang cinta wanita tu. Tapi,abang tak tahu nak buat apa. Kalau Ichah la..Ichah suka lelaki yang macam mana?”soal Iman.

“Maksud Abang Iman,lelaki idaman Ichah?”soal Ichah menagih kepastian. Iman membalas dengan anggukan. Ichah membisu seketika. Mungkin sedang menyenaraikan ciri-ciri lelaki yang dia idamkan.

“Mmm..kalau Ichah,Ichah nak lelaki yang soleh,lelaki yang mencintai agamanya melebihi diri Ichah. Dan paling penting lelaki itu sanggup pimpin Ichah ke jalan yang benar.”ujar Ichah. Satu senyuman terukir di bibir mekar Ichah.

“Oo..Ichah,kalau abang nak jadi suami wanita lindungan kaabah tu,apa yang patut abang ubah untuk menjadi separuh dari hidup dia?”soal Iman. Nampaknya,Iman sudah mula tertarik untuk mengenali ciri lelaki pujaan Ichah.

“Okey,Ichah tak kenal wanita tu. Tapi Ichah rasa,abang perlu jujur dengan dia. Abang pinang je dia jadi isteri abang. Wanita solehah percaya pada jodoh Allah. Manalah tahu yang dia memang betul jodoh yang abang cari selama ni.”

Iman tersenyum. Kepalanya dianggukkan tanda faham. Namun di sudut hatinya,dia resah untuk berdepan dengan Ichah. Dia bimbang jika Ichah tahu wanita yang dimaksudkan olehnya itu ialah Ichah.

--------- ------------------

Iman meletakkan songkok yang dipakainya di atas meja. Iman memeriksa telefonnya. Ada whatsapp dari Zain yang masuk pada pukul 8 malam. Waktu itu,Iman masih berada di masjid untuk mendengar tazkirah dari Ustaz Baim.

Mata Iman ralit menatap skrin telefonnya. Plan rembat hati Ichah yang seterusnya telah pun Zain hantar kepadanya. Dia tersenyum.

PLAN REMBAT HATI ICHAH:

2. belikan Ichah kain solat. Al-Quran pun boleh bro. Insya Allah,Ichah jadi milik hang..

Iman duduk di sofa. Dia menghela nafasnya perlahan. Hatinya penuh dengan debaran. Mindanya tiba-tiba teringat pada kriteria lelaki yang Ichah impikan.

“Ichah nak lelaki yang soleh,lelaki yang mencintai agamanya melebihi diri Ichah. Dan paling penting lelaki itu sanggup pimpin Ichah ke jalan yang benar”

‘Ya Allah,mampukah aku memiliki wanita bidadari syurga itu? Aku yakin dengan kuasaMu. Aku yakin dengan segala ketentuan yang ENGKAU tetapkan buatku. Aku yakin wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik..’ujar batin Iman bergelora.

Tanpa disangka,ada mesej yang baru masuk dari orang yang Iman tidak kenali.

“Ada lagi ke mansia yang pakai app mesej macam ni? Pelik..”getus Iman. Jarinya menyentuh skrin telefon untuk membuka pesanan ringkas yang baru masuk itu.

Awak, bila awak mahukan cinta saya.. Carilah dulu cinta Allah. Bila awak mahu rindu saya.. Rinduilah dulu Allah dan Rasul-Nya...Jika awak mahu sayang saya..Sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya ini.

Terkedu Iman membaca isi mesej yang baru diterima itu. Entah insan mana yang tersalah hantar pesanan ini kepadanya. Iman nekad mahu membalas khidmat pesanan ringkas. Jarinya pantas menaip abjad.

Adakah bila saya dah pikat Allah dan Rasulnya, awak akan menerima diri yang kerdil ini?

Iman menekan butang send. Harapannya agar insan itu sudi membalas pesanannya itu. Jam dinding menunjukkan pukul 9.15 malam. Iman menekan punat on pada remote control. Iman menonton drama yang disiarkan di televisyen bagi menghilangkan rasa bosan. Lama-kelamaan matanya mula kuyu. Dia akhirnya terlelap.

------ ----- ---------------

“Cikgu Ichah...!”seorang pelajar lelaki termengah-mengah menyusul langkah laju Ichah. Ichah kaget.

“Kenapa ni?”soal Ichah. Pelajar lelaki itu terus menghulur bungkusan paper beg berwarna biru. Ichah menyambut bungkusan beg kertas tersebut. Dia membelek isi yang terkandung dalam beg tersebut.

“Siapa yang kasi,ni?”soal Ichah ingin tahu.

“Entah,ada lelaki yang pakai blazer hitam yang suruh kasi dekat cikgu. Saya pun tak tahu siapa lelaki tu cikgu.”

“Tak apalah,terima kasih tau.”ucap Ichah seraya tersenyum. Pelajar itu mengangguk lalu beredar. Ichah pula melangkah ke bilik guru. Dia duduk di mejanya. Tangannya pantas membelek isi yang terkandung di dalam beg kertas itu.

Ada sepasang kain solat dan senaskhah Al-Quran. Ichah tersenyum. Tiada kad pengirim pun ditampal pada beg kertas tersebut. Apakah tanda senyuman manis Aaisyah Athirah itu?

--------- -------- -----

Iman memeriksa telefonnya. Ada satu pesanan yang masuk dari nombor yang tidak kenali. Iman membuka pesanan tersebut.

Jika engkau mencintaiku, bantulah aku untuk terus mencintai-NYA , agar kita bersama-sama dalam cinta-NYA.

Iman terkedu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia ingin bertemu dengan insan misteri ini. Entah mengapa,hatinya selalu ternanti-nanti pesanan dari insan misteri ini.

Sebentar kemudian,Zain menghantar plan memikat seterusnya melalui whatsapp.

PLAN REMBAT HATI ICHAH:

3. Bro,aku rasa hang kena jujur dengan Ichah. Directly confess dekat Ichah. Aku rasa itu cara yang paling baek. Sampai bila hang nak sorok diri hang? Be yourself,kawan.

Iman mengangguk kepalanya tatkala membaca plan dari Zain. Cadangan Zain itu memang benar. Dia perlu jadi dirinya sendiri. Dia perlu yakin bahawa dia mampu memimpin Aaisyah Athirah ke syurga. Namun,sebenarnya dia keliru. Kekadang hati Iman Syafi ini sudah mulai terpaut pada insan yang menghantar pesanan misteri padanya. Dia yakin insan itu ialah wanita. Apakah wanita itu jodonhya? Atau mungkin Aaisyah Athirah adalah jodoh yang dicari selama ini?

Iman membalas whatsapp dari Zain.

Zain,aku nak jumpa hang sekarang,boleh?”

Sebentar kemudian,Zain membalas whatsapp yang diterima dari Iman.

Boleh. Hang tunggu aku dekat tempat biasa,dekat tasik tu. Sat lagi aku sampai. Tapi man,aku rasa lapar. Apa kata hang belanja aku makan sekali. Cantek,tak?”

Haa..aku belanja hang makan. Aku nak bincang pasal plan rembat hati Ichah tu. Aku keliru Zain.

Tak apa,kita jumpa sat lagi. Nanti,hang habaq dekat aku. Aku pun nak tahu apa yang dah jadi dengan hang sebenarnya.

Okey,Assalamualaikum...

Waalaikumussalam..

Iman tersenyum lega. Dia terus masuk ke bilik untuk bersiap sebelum jumpa dengan Zain.

------ ------ -----

“Zain,hang dah lama sampai,ke?”soal Iman. Dia menepuk bahu Zain perlahan. Zain melemparkan senyuman.

“Lama dah aku sampai,sejak semalam lagi.”perli Zain. Zain geram dengan Iman. Mana taknya,sudah hampir satu jam dia menunggu Iman. Sekarang baru nampak batang hidung.

Iman tersengih-sengih. Dia menarik kerusi dan terus duduk.

“Maaflah,aku tahu aku lambat. Alah,aku bukan sengaja pun.”

“Yalah,hang selalu tak sengaja. Hang buat apa dalam rumah sampai nak datang sini pun makan 2 jam. Takkan traffic jam kot,teman..”sindir Zain lagi. Iman ketawa mendengar sindiran yang dilontar oleh Zain.

“Tak,tadi aku settle kan projek kita yang baru tu. Pasal tu la aku lambat nak sampai sini.”

“Projek baru? Hak mana satu ni? Kita kan dah bereskan projek yang hari tu. Projek yang mana lagi?”soal Zain bingung.

“Aku lupa nak habaq dekat hang. Kita dah dapat satu lagi tender besar. So,sekarang ni..bos mak kita dua yang kasi settle tender yang baru ni.”

“Kalau gitu,up ler gaji aku bulan ni. Ya,dok?”ujar Zain seraya ketawa. Sebentar kemudian,seorang waiter yang segak memakai vest datang menatang dulang yang berisi minuman dan hidangan buat mereka berdua. Entah bila agaknya Zain memesan makanan buat mereka.

“Aku tak order apa-apa..ni..?”soal Iman sebaik sahaja waiter tersebut beredar pergi dari meja mereka.

“Alah,aku yang order. Dah,hang makan je.”

Iman mengangguk. Dia mencapai sudu dan menyudu nasi goreng ikan bilis itu lalu disuapkan ke mulutnya. Iman asyik menikmati nasi goreng yang begitu enak. Ikan bilisnya yang ditumbuk dan digaul bersama nasi mampu membuat sesiapa sahaja kecur air liur.

“Tadi,hang cakap ada benda yang nak habaq dekat aku. Hal apanya?”soal Zain. Iman menghentikan kunyahan. Dia meneguk jus oren.

“Pasal Ichah..”

“Hah,awat dengan Ichah? Hang gaduh dengan dia,ka?”

“Dak aih,aku tak gaduh dengan Ichah. Aku pun dah lama tak contact dengan Ichah..”

“Hah,baguhlah lagu tu. Hang tengok,mana ada wanita yang solehah layan lelaki. Orang tua cakap,kalau tak jumpa lagi bagus. Baru bertambah rasa rindu hang dekat dia. Ya,dak?”sengaja Zain menyakat Iman.

“Hang ni,agak-agaklah nak menyakat aku sekalipun. Aku yang rindu dekat dia,yang si Ichah tu bukan nak rindu dekat aku pun. Hang nampak tak yang cinta aku ni bertepuk sebelah tangan. Yang sebelah lagi,diam aje. Manalah nak berbunyi..”ujar Iman sambil menyuap sesudu nasi goreng ke mulutnya.

Zain ketawa. “Dah tu,hang nak undur diri? Sayang Man..susah nak cari wanita lindungan kaabah macam Aaisyah Athirah tu. Kalau hang tak nak,lepas dekat aku jelah..”tak habis-habis Zain menyakat si Iman. Iman menyua buku limanya pada Zain.

“Zain,aku tengah keliru. Aku tak tahu niat aku ni betul ke tak. Aku tak tahu nak jadikan Ichah tu sebagai isteri ataupun tidak.”

“Awatnya? Hang juga yang beria nak dekat dia hari tu. Sekarang,apa cerita. Takkan nak give up kot..”

“Hari tu,aku ada dapat mesej. Aku pun tak kenal siapa yang hantar mesej tu dekat aku. Tapi Zain,orang yang hantar mesej tu buat aku jatuh cinta dekat dia. Aku tak tahu siapa yang aku nak pilih”

“Macam nilah Man,hang jujur dengan Ichah. Itu lagi baik. Hang jumpa Ichah,cakap dia yang hang suka dekat dia.”

“Tapi Zain,aku rasa aku nak buat solat Istikharah. Aku yakin Allah akan bagi sesuatu untuk aku. Kalau betullah Ichah jodoh aku,aku akan kahwin dengan dia. Tapi,kalau wajah Ichah tak muncul dalam Istikharah aku,aku nak jumpa perempuan tu dan nak jadikan dia isteri aku.”nekad Iman.

“Okey,aku sokong setiap keputusan hang Iman. Dah,hang tak payah nak sedih-sedih. Lepaih makan ni,aku ingat nak bawak hang pi tengok wayang. Hang nak ikut aku,tak?”

“Okey,yang tu aku setuju.”Iman tersenyum.

------ ------- ----- -------

Iman mendekati seorang gadis yang tidak dikenalinya. Wanita itulah yang telah menambat hatinya. Wanita yang penuh dengan misteri.

“Assalamualaikum...”Iman memberi salam.

“Waalaikumussalam..”jawab si gadis. Dia langsung tidak menoleh ke belakang.

“Saya nak jumpa awak ni sebab ada benda yang saya nak bincang. Boleh kita bincang?”soal Iman teragak-agak.

“Boleh. Apa yang awak nak bincang dengan saya?”

Iman diam seketika. Dia seperti pernah mendengar suara gadis itu. Gadis itu kemudiannya menoleh.

“Ichah?!”Iman kaget. Iman memusing tubuhnya lalu melangkah meninggalkan Ichah. Namun,langkahnya mati tatkala Ichah memanggil namanya.

“Kenapa Abang Iman nak lari dari Ichah?”

“Sampai hati Ichah permainkan hati abang,kan? Ichah ingat abang ni tak ada perasaan,ke? Ichah dah buat hati abang keliru. Ichah dah buat abang hampir meninggalkan Ichah.”

“Abang,Ichah dah lama tunggu abang pinang Ichah. Tapi kenapa abang tak pernah nak jujur dengan Ichah. Abang Iman,Ichah terima diri abang yang sebenarnya. Abang tak perlu nak jadi sehebat Sulaiman,abang tak perlu nak jadi setampan Yusuf. Sebab Ichah sudi terima abang sebagai imam Ichah. Kalau abang nak tahu,semua plan yang Abang Zain send untuk abang tu,plan tu adalah dari Ichah sendiri. Abang Zain dah beritahu Ichah semuanya.”

Iman kaget namun dia juga menarik nafas lega. Akhirnya,Allah telah mentakdirkan sesuatu yang indah buat Iman.

“Ichah sudi terima diri abang sebagai imam Ichah?”

Ichah mengangguk. Iman tersenyum damai.

“Aaisyah Athirah,sudikah dirimu menjadi bakal zaujah ku?”

“Insya Allah bakal imamku..”

“Yess! Plan rembat hati Ichah berjaya!”

~TAMAT~

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.