Home Cerpen Islamik Takdir
Takdir
Ara Wahab
28/7/2016 09:38:19
883
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

“Qaseh dah couple dengan Danial” Qaseh sengih seraya menunjukkan cincin pemberian Danial yang masih lagi berada di dalam kotak. Sumayyah dan Umairah berpandangan.

“Danial? Danial Franz?” soal Sumayyah. Qaseh mengangguk dengan sengihan di bibir. “Biar betul” Sumayyah kelihatan tidak puas hati.

“Qaseh tahu kan Danial tu macamana? Macam macam cerita kita dengar pasal dia kan?” soal Umairah. Qaseh mengangguk. “Then kenapa Qaseh accept?”

“Entah. Feeling tu datang dengan tiba-tiba. Susah Qaseh nak describe tapi apa yang pasti Qaseh selesa dengan dia. Dia baik and Umai tahu, dia janji dia nak berubah. Dia minta Qaseh tolong dia untuk berubah”

“Susah kita nak ubah orang. Susah sangat” Sumayyah mengeluh perlahan. Buku La Tahzan yang dipegangnya diletakkan di atas meja. Wajah Qaseh yang polos dan naif itu dipandang.

“Mungkin kalau kita bagi dia peluang, mungkin dia boleh berubah” balas Qaseh.

“Qaseh yakin?” soal Sumayyah kemudian. Qaseh kelihatan teragak-agak. “Qaseh sendiri tak yakin kan?”

“Qaseh boleh cuba”

“Kalau itu pilihan kasih. Sue dengan Umai tak boleh cakap apa lah. Asalkan Qaseh bahagia tapi Qaseh kena ingat. Jangan letak rasa sayang Qaseh, rasa cinta Qaseh pada Danial melebihi Allah. Janji?” Qaseh mengangguk dengan sengihan di bibir.

****

Danial memandang Qaseh yang sedang enak mengunyah ayam KFC. Dia kemudian menggeleng perlahan. Tingkah lakunya menimbulkan tanda tanya Qaseh. Dahi Qaseh berkerut.

“Kenapa?” soalnya kemudian.

“Awak tak rimas ke?” soal Danial. “Jubah dengan tudung labuh macam ustazah, awak tak rimas ke?” ulang Danial.

“Kenapa pula nak rimas bila tutup aurat?”

“Orang lain saya tengok up to date je pakaian diorang tapi awak macam mak cik-mak cik. Apa kata nanti kita shopping. Saya pilihkan baju untuk awak?” cadang Danial. Qaseh hanya mengangguk.

“Ya Allah Qaseh! Baju apa ni ketat sana-sini?” soal Sumayyah terkejut sejurus Qaseh melangkah masuk ke dalam bilik. Umairah yang baru sahaja selesai solat berpaling. Dia juga kelihatan terkejut.

“Cantik kan? Danial yang belikan” Qaseh senyum.

“Ni dah bukan menutup aurat tau Qaseh tapi membalut aurat. Kenapa mesti ikut apa yang Danial nak? Qaseh cakap Qaseh nak ubah dia tapi Umai tengok dia yang ubah Qaseh” tegur Umairah.

“Umai jangan membebel boleh tak? Qaseh tahu apa yang Qaseh buat. Qaseh bukan budak kecil lagi” balas Qaseh bengang. Sumayyah dan Umairah berpandangan. Qaseh berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

“Susah macam ni Umai. Orang tengah mabuk cinta memang tak akan dengar cakap orang lain dah” Sumayyah menggeleng perlahan.

“Nak ditegur nanti di cop penyibuk. Kata kita dengki bagai. Tak ditegur rasa berdosa pula. Kita tengok lah nanti macamana” Umai membuka telekung yang dipakainya. Qaseh melangkah masuk. Telekung di pakai. Baru sahaja dia membaca niat, telefon bimbitnya tiba-tiba sahaja berbunyi. Umairah dan Sumayyah hanya memerhati. Qaseh pantas mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja.

“Ya Allah Qaseh! Solatlah dulu” tegur Umairah dan kali ini nada suaranya kelihatan tegas.

“Kejaplah, Danial telefon. Solat tu nanti-nanti boleh buat” jawapan yang diberikan Qaseh betul betul mengejutkan Umairah dan Sumayyah. Qaseh menuju ke ruang tamu. Sesekali kedengaran bunyi ketawanya. Umairah menghela nafas dalam-dalam. Kalau diikutkan hatinya, nak je dia pecahkan telefon bimbit gadis itu.

***

“Awak stop lah. Saya dah penat” Qaseh termengah-mengah. Danial ketawa. Dia memperlahankan rentak lariannya. Qaseh menyainginya.

“Baru seround, awak ni tak ada stamina betul” tegur Danial. Dia meneruskan larian namun nasibnya tidak baik kerana terlanggar seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ. Lelaki itu jatuh terduduk. Barang-barang yang dipegangnya jatuh.

“Kau ni buta ke apa?” sergah Danial berang.

“Maaf bang. Saya tak perasan” Qaseh menolong lelaki itu mengutip berus-berus cat yang bertaburan di atas lantai. Matanya terpandang potret seorang gadis yang tersenyum manis namun potret tersebut dipijak-pijak oleh Danial.

“Danial! Tak baik awak buat macam tu!” tegur Qaseh. Danial hanya senyum sinis.

“Tak apa cik. Saya boleh lukis yang baru. Minta maaf” ucap lelaki itu sayu sebelum berlalu.

“Jangan dilayan sangat lah orang gila macam tu, dengan jambang bagai. Dah macam pengebom berani mati dah” Danial ketawa lucu. Dia menarik tangan Qaseh untuk duduk disebelahnya.

“Tapi tak baik awak buat macam tu. Beradab lah sikit sesama manusia. Saya tak suka dengan cara awak tadi” wajah Qaseh berubah masam.

“Eyh minah ni,membebel pula. Semak betul” rungut Danial perlahan namun dapat didengari oleh Qaseh. Qaseh memandangnya.

“Apa ni Danial, awak cakap awak nak berubah. Awak suruh saya tolong awak untuk berubah tapi kalau awak sendiri yang tak push diri awak untuk berubah, macamana? Penat lah saya kalau macam ni” Qaseh memeluk tubuh.

“Sorrylah sayang, jangan marah. Danial janji tak buat lagi” pujuk Danial seraya pipi Qaseh dicium. Qaseh terpana.

Qaseh menutup pintu rumahnya. Lampu rumah dibuka.

“Ya Allah” dia mengurut dada. Terkejut melihat Sumayyah dan Umairah yang sedang duduk di atas sofa. “Kenapa duduk dalam gelap? Terkejut Qaseh”

“Qaseh pergi mana tadi?” soal Umairah. Wajahnya kelihatan serius.

“Jogging”

“Jogging ke berzina?” soal Umairah kasar. Qaseh beristighfar mendengar tuduhan yang dilemparkan oleh Umairah.

“Tanya elok-elok Umai” tegur Sumayyah. Tidak mahu pergaduhan berlaku.

“Nak tanya elok-elok macamana lagi Sue? Tengoklah dia sekarang? Tengok apa yang Danial dan buat?” Umairah berdiri. Topi yang dipakai Qaseh ditarik. menyerlahkan rambut panjang gadis itu yang diwarnakan dengan warna coklat. “Mana tudung? Sejak bila dah pandai freehair? Qaseh sedar tak apa yang dah jadi dengan Qaseh sekarang?” Qaseh sedar tak?”

“Umai dengan Sue nampak apa yang berlaku kat taman tadi. Apa ni Qaseh? Umai rasa better Qaseh jauhkan diri dari Danial. Bila dia bawa kita jauh dari Allah, percayalah bukan cinta namanya tu”

“Siapa Sue dengan Umai nak masuk campur dalam soal hidup Qaseh?” soal Qaseh. “Qaseh bukan budak kecil lagi tau. Korang bukannya family Qaseh untuk beri nasihat itu ini semua”

“Sue dengan Umai dah anggap Qaseh macam adik. Sue tak nak Qaseh hanyut. Sue tahu sekarang Qaseh dah pandai ikut Danial pergi club. Qaseh tak takut dosa ke? Qaseh tahu tak Danial cuba nak rosakkan Qaseh? Jangan buta sebab cinta. Buka mata tu luas-luas”

“Penatlah dengar orang membebel ni. Sue tahu istilah kubur masing-masing tak?” soal Qaseh dengan senyuman sinis. Wajah Sumayyah berubah.

“Umai dengan Sue tak nak tanggung dosa sebab biarkan Qaseh hanyut” perlahan sahaja suara Umairah. Qaseh mendaki tangga.

“Then pindahlah. Orang banyak dosa dan maybe penzina macam Qaseh ni tak layak duduk sebumbung dengan orang yang suci macam Umai dan Sue. Kalau tak nak tanggung dosa, pindahlah”

Sumayyah terpana mendengar ayat yang diucapkan oleh Qaseh. Umairah terduduk. Dia beristighfar berulang kali di dalam hati. Air matanya yang mula mengalir di kesat perlahan.

***

“Mana dia ni? Call tak angkat. Mesej tak reply” Qaseh gigit bibir. Oppo Neo 5 yang dipegangnya diperhati. Sudah hampir sebulan Danial menghilangkan diri. Whatsaap dibiarkan bluetick. Telefon tak pernah angkat. Qaseh mula pelik.

“Ya! Ofis. Kenapa lah aku tak terfikir” Qaseh berlari masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaian. Kebetulan sekarang waktu makan tengahari. Pasti Danial terkejut.

Qaseh membuka pintu kereta. Handbag yang disorokkan di bawah seat ditarik. Kaca mata hitam yang dipakainya dibuka.

“Danial?” soalnya perlahan apabila melihat Danial yang sedang memeluk bahu seorang gadis. Qaseh menuju ke arah mereka. “Danial!” panggilnya.

Langkah pasangan itu terhenti. Danial berpaling. Wajahnya kelihatan selamba.

“Siapa dia ni?” soal Qaseh.

“Okay, now you know” tenang sahaja suara Danial kedengaran.

“Know what,Danial?” soal Qaseh berang.

“My future wife, Elina” berderau darah Qaseh mendengar kata-kata Danial.

“Future wife? Habis tu saya ni siapa? Sanggup awak buat saya macam ni? Wait, Elina? Ex awak dulu kan?” soal Qaseh. Danial mengangguk. Riak wajahnya langsung kelihatan tidak bersalah.

“Kau bukan sesiapa bagi aku. Aku dah getback balik dengan Elina dan aku rasa tak ada sebab untuk aku stay dengan kau lagi. Aku dah bosan” Danial menggenggam erat tangan Elina.

“Sampai hati awak, habis tu sayang awak selama ni?” soal Qaseh. Danial mengeluh bosan.

“Dah hilang. Dah tak ada” tutur Danial tanpa rasa bersalah.

“Awak tak boleh buat saya macam ni Danial, sebab awak saya berubah. Awak tak boleh tinggalkan saya” rayu Qaseh. Dia mula menangis. Lengan Danial dipegang. Elina menjeling sinis.

“Eyh perempuan, sedarlah weyh. Dia dah tak nak kau. Faham –fahamlah. Malu lah sikit”

“Sorry okay, aku lebih sayangkan Elina. Kau pergilah cari pak lebai ke, imam muda ke untuk kau jadikan suami. Aku tak layak untuk kau. Life kita tak sama. Aku minta maaf, jom sayang” lengan Elina ditarik manakala pautan tangan Qaseh dileraikan. Qaseh terduduk di atas jalan. Kalaulah dia ada tongkat Harry Potter, dah lama Danial dan Elina disumpah jadi katak.

Qaseh memberhentikan keretanya di bawah pokok. Pintu kereta dibuka. Dia menuju ke arah bangku yang bertentangan dengan tasik dan disitu, dia menangis sepuas-puasnya. Matanya mula bengkak. Qaseh memeluk tubuh.

Dia mengesat air matanya yang membasahi pipi. Terketar-ketar tangannya memegang pisau lipat yang diambilnya dari dalam dashboard kereta. Dia menelan air liur.

“Kalau nak bunuh diri pun, jangan kat sini. Menyusahkan orang nanti” Althaf yang sedari tadi memerhati perlakuan gadis itu menegur. Dia menguap malas kemudian berdiri. “Awak nak taman ni berhantu ke then lepas tu tak ada orang datang?”

“Kau ikut aku ke?” soal Qaseh kasar. Baru dia ingat, lelaki yang berdiri di depannya itu merupakan lelaki yang dilanggar oleh Danial beberapa bulan yang lepas ketika mereka jogging. Danial? Menyebut nama Danial sekali lagi hatinya menjadi galau. Althaf menggeleng perlahan. Barang-barang yang digunakan untuk melukis di letakkan di atas rumput.

“Dah memang sini port saya. Awak ni kenapa menangis macam dunia dah nak kiamat? Teringat dosa-dosa awak yang dulu?” soal Althaf selamba.

“Awak perli saya ke?”

“Awak terasa ke?” sinis sekali nada suara lelaki itu. “Well, salah ke kalau kita menangis sebab teringat dosa yang kita dah buat pada Allah? Salah ke kalau kita menangis sebab menyesal atas dosa-dosa yang pernah kita buat? Atau awak menangis sebab manusia?” teka Althaf.

Qaseh mengesat airmatanya. Dia perlukan seseorang untuk dia berkongsi cerita. Sumayyah dan Umairah? Qaseh menggeleng perlahan. Sudah hampir sebulan Sumayyah dan Umairah tidak bercakap dengannya. Wajah Althaf yang kelihatan ingin tahu apa yang berlaku diperhati.

“Dia tinggalkan saya macam tu je awak” tutur Qaseh perlahan. Matanya berkaca. “Saya call dia tak angkat. Saya mesej dia tak reply and last-last saya dapat tahu dia get back balik dengan ex dia. Sakit sangat hati saya ni! Dia bagi harapan...” Qaseh menggeleng perlahan. Airmatanya di kesat kasar. “What should I do? Hati saya ni sakit sangat! And now, sebab benda bodoh ni, saya menangis macam orang gila. Kenapa Allah uji saya macam ni dan kenapa Allah buat saya jumpa dengan orang yang akan sakitkan hati saya? Lepas tu kenapa Allah buat dia tinggalkan saya”

“Baru kena uji sikit awak dah menangis macam ni?” soal Althaf. “Awak tak fikir macam mana keadaan orang yang kat Palestin tu? Macamana keadaan orang yang kematian orang yang dia sayang? Apa yang awak kena ni terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan apa yang diorang kena. Tak elok awak pertikaikan dan persoalkan takdir yang dah Allah tulis”

“Awak cakap macam awak ni ustaz pula. Mana songkok awak? Mana jubah awak?” sindir Qaseh sinis.

“Saya tak perlukan songkok dan jubah untuk nasihatkan orang” bidas Althaf. “Allah tak akan datangkan seseorang tu tanpa sebab. Semuanya bersebab, well macam yang saya nampak mungkin dia ujian buat awak. Kadang-kadang memang Allah datangkan seseorang tu untuk uji keimanan kita sebab Dia nak tengok sejauh mana pergantungan kita pada Dia atau pergantungan kita pada manusia. If we love someone lepas tu orang tu tak balas cinta kita, terus kita marah kat Allah kenapa macam tu, kenapa macam ni but kadang-kadang kita tak sedar cinta dan kasih sayang Allah tu melebihi sifat marah Dia”

“Saya tak faham” Qaseh menggeleng.

“Awak pernah dengan ayat ni kan? Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah :216). Apa yang saya nak jelaskan ialah, mungkin lelaki tu bukan yang terbaik untuk awak. Awak tak tahu tapi Allah tahu and sebab tu Dia jauhkan lelaki tu dari awak. Awak kena ingat, Allah uji sebab Allah sayang. Bersangka baiklah, Dia dah susun cantik-cantik jalan cerita awak tu”

“Bagi saya, dia baik je. Gentleman, protective” Qaseh tidak mahu mengalah. Althaf senyum.

“Bila awak keluar dengan dia, kalau time masuk waktu solat , ada tak dia minta izin dengan awak untuk solat? Ada dia ingatkan awak pasal solat? Sejauh mana hubungan awak dengan dia? Dah sampai tahap peluk-peluk? Pegang-pegang tangan? Dan tak silap saya dulu awak bertudung kan? Saya selalu nampak awak dengan dua orang kawan awak jogging kat sini. Kenapa macam ni sekali awak berubah? Kenapa macam ni sekali dia ubah awak?”

Qaseh menunduk. Wajahnya mula merah. Althaf senyum lagi.

“Then awak masih lagi nak tanya saya kenapa Allah jauhkan dia dari awak?” soal Althaf kemudian.

“But I love him” ucap Qaseh. “Sakit sangat bila kena macam ni”

“Saya pun pernah rasa macam apa yang awak rasa sekarang. Masa tu saya tak kuat lagi” Althaf senyum kecil. “Memang heartbroken gila. Saya rasa sedih sangat lepas tu saya pun fikir macam yang awak fikir, kenapa Allah bagi saya ujian macam ni. Yela, sakit hati ni bukan macam sakit biasa tapi lagi perit sakit dia. Lagi pula bila kita kehilangan orang yang kita sayang. Saya masa tu stress sangat. Makan tak lalu. Asyik termenung je”

“Lepas tu?” soal Qaseh.

“One day saya rasa macam nak buka Al quran lepas tu baca maksud dia sekali dan yang bestnya, banyak ayat yang saya jumpa. Allah tidak menzalimi makhluknya sebaliknya mereka yang menzalimi diri mereka sendiri. Serius, dulu saya tak faham maksud ayat ni sebab saya fikir bukan Allah ke yang takdirkan semua. Then, saya baca pula surah As-Syams. Sampai kat satu ayat, Allah mengilhamkan jalan kefasikan dan ketakwaan, beruntung bagi yang mensucikannya dan merugi bagi yang mengotorinya”

“Maknanya?'

“Maknanya”, Althaf kertap bibir. Wajahnya kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. “Dalam setiap ujian yang Allah bagi, Allah sentiasa tunjukkan kita dua jalan. Jalan nak selesaikan cara baik atau kita nak selesaikan dengan cara sebaliknya. Siapa yang pilih jalan baik maka baik dan beruntung lah orang tu dekat akhirat dan siapa yang pilih sebaliknya, maka sebaliknyalah nanti” Althaf terdiam. Menyusun kata-kata.

“Lepas tu saya sedar bertapa bodoh dan naifnya saya sebab saya letakkan cinta tu pada makhluk sedangkan sifat makhluk tu memang tak kekal so jangan marah kalau tiba-tiba kita ditinggalkan. Even kalau dah kahwin berpuluh-puluh tahun pun satu hari nanti kita tetap akan ditinggalkan”

“Mungkin masa dengan dia, saya terletak dia dalam hati saya lebih dari Allah. Mungkin Allah nak ingatkan saya”

“Awak kena ingat, masa hati kita ni terlalu berharap pada seseorang, Allah akan timpakan pada kita pedihnya sebuah pengharapan supaya kita tahu yang Dia mencemburui hati yang berharap selain dari Dia. Allah juga ada sebut dalam Al quran tapi saya tak ingat ayat berapa” dahi Althaf sedikit berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Allah sebut macam ni,sekiranya kamu mencintai isteri-isteri(suami2) kamu, anak-anak kamu, bapa-bapa dan ibu ibu kamu, rumah-rumah kamu,kuda-kuda bertanda kamu lebih daripada kamu mencintai Allah dan RasulNya, maka tunggulah keputusan Allah kepada kamu”

Qaseh terdiam. Perlahan-lahan senyumannya terukir.

“Allah cuma bagi pinjam kan? Kenapa pula kita nak sayang pinjaman yang Allah bagi tu lebih dari kita sayang Dia.. kan?”

“I suppose yes” Althaf mengangguk.

“Apa yang saya perlu buat sekarang?” soal Qaseh sayu. Sedikit sebak mendengar kata-kata Althaf. “I m hurt a lot but Allah tak akan uji hamba dia melebihi kesanggupan hamba dia kan?”

“Betul, sebab sifat manusia ni bila dah susah baru nak ingat Allah” kata-kata Althaf membuatkan airmata Qaseh berlinangan. “ Dan kalau awak ingat menangis buat awak jadi lembik. Awak salah, cuba tengok orang Palestin. Diorang menangis bila hilang family, rumah dan sebagainya tapi diorang juga jadi masyarakat jihad yang paling hebat kat dunia. Saya suka fikir macam ni, pedang yang terbaik terhasil daripada bakaran api yang paling panas. Lagi hebat ujian orang tu kena, lagi hebat orang tu akan jadi. Benda ni akan ajar kita untuk jadi lagi dewasa. So hadap je semua ujian ni dengan mindset sebagai batu loncatan untuk kita jadi lebih dewasa”

“What should I do now?” soal Qaseh sayu.

“Trust me, Allah nak muliakan awak dengan ujian ni. Return to him. InshaAllah, you will be fine” Entah kenapa, sayu sahaja ayat yang diucapkan oleh Althaf pada pendengaran Qaseh.

“Saya lupakan Dia. Awak rasa Dia akan terima saya balik ke?” soal Qaseh lurus. Althaf ketawa kecil.

“Allah tu Maha Pengampun. Maha Penyayang. InshaAllah. Okaylah, dah nak masuk waktu Asar, saya nak ke surau. Awak nak ikut? Jangan risaulah, bukan kita berdua je kat dalam tu nanti” Althaf senyum manis. Perlahan-lahan Qaseh mengangguk.

***

”Amin” Qaseh mengaminkan doa yang dibacanya. Pipinya basah dengan airmata. Tasbih yang sudah lama tidak dipegang diambil. Mulutnya terkumat-kamit berzikir. Tenang hatinya setelah melakukan solat taubat.

“Qaseh? Boleh Umai masuk?” soal Umairah. Qaseh mengangguk.

“Kenapa Umai tak tidur lagi?” soal Qaseh. Suaranya serak. Umairah melihat mata gadis itu bengkak. Qaseh melarikan wajahnya

“Umai bangun minum air. Dahaga pula malam-malam macam ni then Umai tengok bilik Qaseh terang. Qaseh okay?” soalan Umairah di balas dengan gelengan.

“Boleh Umai peluk Qaseh kejap?” sayu suara Qaseh kedengaran. Umairah mengangguk. Mereka berpelukan. Qaseh memejam mata. Meminjam sedikit kekuatan dari Umairah. “Danial dah tinggalkan Qaseh”

“Its okay. Jangan cerita. Umai tak nak tahu sebab bila Qaseh cerita, Qaseh akan teringat. Qaseh akan sedih. Menangislah puas-puas. Allah ada. Umai dengan Sue pun ada. Jangan sedih, sayang. Setiap airmata Qaseh, kesedihan Qaseh, Allah akan ganti dengan kebahagiaan yang Qaseh sendiri tak sangka. Qaseh percaya dan Qaseh kena yakin pada akhir nanti semuanya akan baik. Akan baik. Itu janji Allah. Allah tak pernah abaikan Qaseh tapi sebenarnya Dia dah susun masa yang sesuai dan yang terbaik untuk bagi hati Qaseh senyum. Sabar ya ” pujuk Umairah. Qaseh hanya mengangguk dan kemudian teresak-esak dia menangis di bahu Umairah.

***

“Assalamualaikum” ucap Qaseh. Althaf yang sedang melukis menoleh.

“SubhanaAllah. Cantiknya” luah hatinya. Althaf pantas mengalihkan pandangan pada lukisannya semula. Wajah Qaseh yang dihiasi dengan tudung berwarna hitam kelihatan cantik dan berseri-seri. Bersih. “Waalaikumusalam” salam Qaseh di balas.

“Awak busy?”

“Tak juga. Ada apa awak datang sini?”

“Terima kasih” ucap Qaseh. Althaf kerut dahi.

“For what?” Althaf menggaru dagunya yang dipenuhi dengan bulu-bulu halus. Qaseh senyum . Dia melabuhkan punggung di atas bangku yang berdekatan.

“Sedarkan saya” dia tertawa kecil. “Cantik, gambar siapa yang awak lukis?” pandangannya dihalakan pada potret seorang gadis yang dilukis oleh Althaf.

“Isteri saya” Althaf senyum sayang. “Arwah isteri saya, Jannatul Afifah”

“Arwah isteri awak? Sorry” ucap Qaseh. Takut soalannya itu membuatkan lelaki itu sedih. Althaf hanya mengangguk.

“Its okay awak, dia dah lama pergi” Althaf menghela nafas dalam-dalam.

“Sebab apa?”

“Accident. Tiga bulan selepas kami menikah. Dua tahun dia koma dan tahun lepas, dia pergi. Allah lebih sayangkan dia”

“Kuatnya awak”

“Kuat?” Althaf tertawa kecil seraya menggeleng. “Tak. Kalau saya kuat, saya tak akan ada kat sini. Macam orang gila lukis muka dia. Tiap-tiap hari untuk lepaskan rindu. Saya rindu dia sangat-sangat. Demi Allah saya tak kuat tapi kerana Allah, saya kena kuat. Allah pinjamkan dia sekejap je dan dia memang anugerah yang tak ternilai. Hadiah dari Allah untuk saya” secebis senyuman terukir di bibirnya. “Saya tak pernah dan tak akan salahkan takdir. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Saya redha dan saya juga dan maafkan orang yang langgar dia”

“Awak mesti sayang dia sangat-sangat kan?” soal Qaseh.

“I love her so much tapi silap saya juga sebab tak hargai dia. Saya dengan dia kahwin sebab pilihan keluarga. Saya dulu teruk, sangat teruk. Semua saya dah pernah buat. Zina? Arak? Semua saya dah buat”, Althaf menelan air liur. “Jannatul Afifah ni sangat baik, sangat warak. Bila kena kahwin dengan dia, saya memberontak. Saya selalu marah dia. Depan mata dia saya bermesra dengan perempuan lain. Saya pernah simbah dia dengan air arak bila dia tegur saya minum arak dalam rumah. Saya tak hargai dia. Then Allah ambil dia dan masa tu saya rasa menyesal. Sangat-sangat menyesal. Saya macam orang gila, murung, menangis” Althaf ketawa perlahan.

“Allah dah ambil dia dari awak dan awak kata ada hikmahnya? Hikmah apa? Awak jadi orang gila?” soal Qaseh. Althaf menggeleng.

“Saya berubah lepas tu, saya tinggalkan semua. Saya makin dekat dengan Allah. Apa sahaja yang berlaku, awak kena sentiasa bersangka baik dengan Allah. Walau awak rasa benda tu tak betul. Walau awak rasa awak tak boleh terima apa yang berlaku sebab apa yang Dia rancangkan tu terbaik untuk awak. Mungkin kalau Jannatul Afifah tak pergi, saya mungkin tak akan berubah. Mungkin saya akan sakitkan hati dia dengan lebih teruk lagi. Mungkin dia tak boleh nak ubah saya. Allah tegur saya dengan cara bagi saya kekayaan, bagi saya isteri yang baik tapi saya still lalai. Tak reti bersyukur. Sejadah pun saya tak pernah sentuh dan lepas tu, Allah tegur saya dengan ujian. Dia ambil Jannatul Afifah dari saya dan masa tu, saya lost. Saya hilang harapan. Sungguh, saya sedih Saya hilang harapan. Sungguh, saya sedih last-last kepada Allah saya ceritakan semuanya. Pada Allahjuga saya mengadu” Althaf senyum lagi. "Ibarat macam awak seorang cikgu dan awak nak anak murid awak berjaya. Nak yang terbaik untuk anak murid awak. Then masa tu ada peperiksaan akhir tahun. Anak murid awak sibuk main game. Awak tegur dia tak dengar. Awak tegur lagi dia tak dengar juga dan last-last apa yang awak akan buat?

"Saya akan ambil game tu. Biar dia sedar"

"Then awak faham kan maksud saya? Bila Allah tegur kita, kita tak hiraukan Dia. Allah tegur kita supaya berubah kitamasih lagi tak hiraukan Dia dan last-last Allah dia ambil hak dia semula dan masa tu baru kita sedar. Baru kita cari Dia. Baru kita minta pertolongan Dia. Mungkin dengan hilangnya Jannatul Afifah, buat saya sedar. Tak ada sesiapa yang akan tolongsaya melainkan Allah. Tak ada sesiapa yang dapat hilangkan kesedihan saya melainkan Allah” wajah Althaf berubah sayu.

“Dan mungkin kesedihan saya ni sampai bila-bila tak akan hilang” sambungnya sambil menghela nafas dalam-dalam.

“Sedih awak tu takdir, sampai masa awak akan redha. Sedih saya ni tak akan hilang sebab saya sayangkan Danial. Mungkin manusia tu tak boleh nak berubah” tutur Qaseh perlahan.

“Saya dah redha dah. Makin saya dekat dengan Allah. Makin kuat saya rasa. Alhamdulilah” mereka kemudian diam. Qaseh mengiakan kata-kata lelaki itu.

***

“Qaseh rindu Danial” ucap Qaseh sayu. Umairah senyum. Sumayyah mengambil tempat di sebelah Qaseh. Wajah Qaseh yang bersih tanpa solekan itu direnung.

“Rindu dia? Nak dia? Kenapa tak minta?” soal Sumayyah.

“Minta? Minta kat siapa?” dahi Qaseh berkerut.

“Minta kat Allah” celah Umairah. “Kalau nak, kalau rindu. Minta kat Allah. Selalu doa. Qaseh percaya kan Allah Maha Mengatur semuanya? Qaseh percaya kan Allah Maha Pemberi? Umai percaya. Mungkin sekarang Allah jauhkan dia dengan Qaseh sebab mungkin sekarang Allah tahu sama ada dia atau Qaseh belum bersedia”

“Entahlah Umai” Qaseh menggeleng.

“Sekarang Qaseh focus pada apa yang ada sekarang dan mungkin sambil sambil tu Qaseh persiapkan diri. Dekatkan diri dengan Allah. Bila kita letak sepenuh-penuhnya harapan pada Allah, put your heart to him. Jadikan dia King dalam hati kita inshaAllah one day dia akan hantar seorang prince untuk lengkapkan fairytale kita”

“Qaseh sayang Danial” ucap Qaseh perlahan.

“Qaseh percaya pada jodoh kan? Jodoh pertemuan di tangan Allah. Kalau dia jodoh Qaseh, jauh mana dia lari. Jauh mana dia pergi. Beratus perempuan ada dengan dia. Qaseh akan dengan dia juga. Sekarang Qaseh doa. Then focus apa yang ada sekarang. Soal hati dia, Qaseh tak perlu risau. Allah tu pemilik hati manusia. Jangan merayu pada Danial tapi merayu pada pemilik hati Dia. Merayu pada Allah. Kalau betul Danial jodoh Qaseh, lambat laun Allah akan bagi juga bila Qaseh betul-betul dah ready. Qaseh kena ingat satu ni, pemilik tulang rusuk tak kan pernah tertukar. Kalau jodoh tu dah Allah tetapkan sejak di Luh Mahfuz, tak akan ada apa yang boleh mengubahnya” panjang lebar Summayah memberi nasihat.

“Kalau doa Qaseh Allah tak makbul? Kalau Danial bukan jodoh Qaseh?” soal Qaseh naif. Terkebi-kebil dia memandang Sumayyah dan juga Umairah.

“Then kenapa kena sedih. Qaseh kena bersyukur tau sebab tu tandanya Allah akan bagi yang lagi baik dari Danial. Just put your trust to Him. Sentiasa bersangka baik. InshaAllah” Umairah menepuk perlahan bahu Qaseh.

“Dan sekarang, baiki hubungan dengan Allah dulu” pesan Sumayyah pula. Qaseh senyum.

“Terima kasih Umai, Sue” ucapnya kemudian. Mereka berpelukan dan bilik itu gamat dengan gelak tawa mereka. Ya Allah, aku sangat yakin bahawa janjiMu adalah benar, bahawa rencanaMu lah yang terbaik. Jika dia jodohku, jaga dia dalam kebaikan dan pertemukan kami di waktu tepat untuk bersatu. Amin. Itu doa Qaseh dalam hati.

***

“Tenang bila tengok tasik ni” ucap Qaseh. “ Awak nak tahu, tenang tu juga akan hadir bila kita letak cinta Allah melebihi cinta manusia. Kalau kita sayang Allah lebih, manusia pun akan sayang kita lebih. Kan?”

“Betul” Althaf angguk. Dia kembali melukis. Jarang dia memandang wajah Qaseh malah jarak dia dengan Qaseh duduk pun agak jauh. “Awak macamana sekarang?” soalnya kemudian.

“Saya? Saya rasa tenang sekarang. Sangat-sangat tenang. Saya serahkan semuanya pada Allah. Kalau ada jodoh, alhamdulilah. Kalau tak ada jodoh pun, alhamdulilah” Qaseh ketawa kecil.

“Lain macam je bunyi dia tu” Althaf angkat kening.

“Maksud saya, kalau tak ada jodoh dengan Danial, mungkin saya akan dapat yang lagi baik dari dia. Alhamdulilah”

“Betul tu. Allah tak akan pernah salah dalam perancanganNya” Althaf mengangguk faham. “Ada jumpa Danial?”

Qaseh menggeleng.

“Entahlah, dah lama tak nampak dia. Maybe dia still lagi dengan perangai lama dia. Mungkin saya silap menilainya. Mungkin ada sesetengah manusia tu tak boleh berubah dan tak akan berubah”

“Mungkin” perlahan sahaja ayat Althaf kedengaran. “Lepaskanlah dia”

“Maksud awak?” dahi Qaseh berkerut.

“Awak tak lepaskan dia lagi tu. Hati awak masih lagi ada dia” Althaf senyum. “Mencintai seseorang tu memang hak kita tapi nak miliki dia tu tanpa ikatan yang sah dan halal, itu bukan hak kita” Althaf menggeleng. “Lepaskanlah dia, awak. Jangan takut. Jangan pernah takut untuk lepaskan sesuatu yang belum jadi hak kita. Kalau dia tu, Allah jadikan untuk awak, dia akan datang balik. Pasti akan datang balik tapi kalau bukan, Allah akan gantikan dengan yang jauh lagi baik. Awak pernah cakap kan? Kalau dia bukan jodoh awak, akan ada yang lagi baik. Jangan pernah takut untuk hilang sesuatu yang bukan hak kita” tenang sahaja Althaf bersuara. Qaseh terdiam. Setiap bait-bait ayat yang diucapkan oleh lelaki itu benar-benar menusuk ke jiwanya.

Setahun kemudian…

“Apa mama? Ada orang datang meminang” hampir tercekik ayam goreng yang baru sahaja dikunyahnya. “Siapa?Orang mana?” soalnya laju. Umairah dan Summayah berpandangan. Wajah mereka juga kelihatan terkejut.

“Dia cakap Qaseh kenal dia. Dia kenal Qaseh. Mama lupa nama dia. Baik orangnya. Mama terima bagi pihak Qaseh. Sebab dia cakap Qaseh sayang dia. Dia pun sayang Qaseh. Hujung minggu ni Qaseh balik ya, bincang tarikh nikah…” sayup-sayup kedengaran suara ceria Puan Arisa. Qaseh memejam mata. Nikah?

“Okay mama. Nanti Qaseh balik. Assalamualaikum” talian dimatikan. “Ada orang pinang Qaseh tapi Qaseh tak tahu siapa. Mama cakap orang tu kenal Qaseh”

“Althaf kot” teka Umairah sambil menyiku Summayah.

“Althaf? Tak mungkin” Qaseh menggeleng.

“Qaseh terima?” soal Umairah. Qaseh mengangkat bahu.

“Qaseh sayang Danial” mungkin jodohnya bukan dengan Danial. Qaseh menghela nafas dalam-dalam.

“Qaseh buat solat istikharah. Minta Allah bagi jawapan. Jangan sedih macam ni” pujuk Umairah.

“Apa sahaja jawapannya. Keputusannya. Qaseh kena ingat, itulah yang terbaik. Sentiasa sangka baik dengan Dia” sambung Sumayyah untuk menenangkan hati Qaseh.

“Saya dah nak bertunang” beritahu Althaf.

“Tunang? Dengan siapa?” soal Qaseh. Althaf menumpukan perhatian pada lukisannya. Wajah Jannatul Afifah tidak lagi mengisi kanvas lukisannya kini. Dia telah melepaskan arwah isterinya itu. Dia tahu, hidup mesti diteruskan namun, arwah isterinya itu akan sentiasa berada dalam hatinya.

“Awak kenal orangnya” Althaf sengih. Dada Qaseh berdebar. “Buat masa sekarang saya memang tak boleh beritahu, saya nak buat surprise”

“Awak yakin dengan pilihan awak?” soal Qaseh. Althaf mengangguk.

“Saya yakin. Saya mencintai dia kerana Allah” ucap Althaf tulus.

***

“Ya Allah, bantulah aku untuk membuat pilihan Ya Allah. Segalanya kuserahkan padaMu kerana aku tahu, perancanganMu adalah yang terbaik, amin”

Summayah menolak perlahan pintu bilik Qaseh. Dilihatnya Qaseh sedang ralit berzikir. Matanya dipejamkan. Wajahnya kelihatan tenang. Cukup seratus kali, perlahan-lahan matanya dibuka.

“Qaseh dah lepaskan Danial. Mungkin dia bukan jodoh Qaseh. Qaseh akan terima pinangan tu. Walaupun tiap masa, tiap saat nama dia tak pernah terlepas dalam doa. Qaseh redha. Dia bukan jodoh Qaseh. Qaseh akan anggap dia ujian dan mungkin hadiah buat diri Qaseh” ucapnya tenang. Summayah mengesat airmatanya yang mengalir. Sebak mendengar kata-kata gadis itu namun anehnya, Qaseh tidak menangis langsung. Wajahnya kelihatan tenang. Airmata pun tidak kelihatan di pipinya.

“Doakan Qaseh ya, Sue” pintanya perlahan. Sumayyah mengangguk.

“InshaAllah Qaseh. IshaAllah”

***

“Qaseh, tunang Qaseh nak jumpa. Dia ada kat luar tu” beritahu Puan Arisa. Qaseh yang sedang membasuh muka untuk menanggalkan mekap pantas menggeleng.

“Qaseh tak nak jumpa dia. Dua bulan lagi nak menikah kan? Qaseh jumpa dia masa nikah nanti” pantas Qaseh menggeleng. Hatinya belum cukup kuat untuk berjumpa dengan Althaf. Belum cukup lagi untuk menerima Althaf sebagai tunangnya.

“Betul Qaseh tak nak jumpa?” soal Puan Arissa. Qaseh menggeleng.

“Qaseh tak nak tahu siapa dia? Tak nak tahu nama dia?” soal Puan Arissa lagi. Qaseh menggeleng lagi.

“Tak apalah mama, nanti Qaseh akan tahu juga” Qaseh menghelas nafas dalam-dalam sambil mengusap-usap cincin pertunangan yang tersarung di jari manisnya.

Hari yang dinantikan akhirnya tiba, wajah Qaseh kelihatan berbeza sekali apabila disolek oleh mak andam.

“Pengantin lelaki dah sampai, dah boleh bawa Qaseh keluar” beritahu Puan Arissa pada Summayah dan Umairah. Qaseh menarik nafas dalam-dalam. Mulutnya tidak berhenti berzikir. Dia menggenggam erat tangan Summayah dan juga Umairah. Meminjam kekuatan mereka. Sejurus sampai di ruang tamu yang sudah dipenuhi dengan saudara mara, dada Qaseh tiba-tiba berdebar. Tambahan pula apabila melihat Althaf yang hanya berbaju melayu berwarna biru sedang duduk bersebelahan dengan lelaki yang berbaju melayu berwarna putih.

“Kalau bukan Althaf, siapa?” soalnya perlahan. Makin kuat debaran di hatinya.

“Muhammad Danial Franz Binti Fitri Franz” Gugur air mata Qaseh mendengar nama yang disebut oleh jurunikah mereka. Ya Allah! Sungguh hebat perancanganMU .

***

“Saya tahu awak akan terkejut” Danial mengangkat tangan tanda menyerah. Songkok yang dipakainya dibuka. “Saya minta maaf sebab buat awak menangis dulu. Sebab sakitkan hati awak. Masa tu saya cuma fikir seronok tapi lepas awak pergi, saya rasa kehilangan. Saya nak pikat awak balik tapi saya tahu hati awak sangat-sangat terluka. Saya takut kehilangan awak. Then Althaf bantu saya. Dia juga tolong saya berubah. Dia cakap kalau saya betul-betul nak awak, dia suruh saya ubah diri saya. Dekatkan diri dengan Allah. Jadi seorang lelaki yang bertanggungjawab. Dia cakap kalau nak yang solehah,kena solehkan diri dulu. Baiki diri. Kalau kita perbaiki diri kita, bakal pasangan kita juga sedang perbaiki diri dia. Saya dah berubah sekarang, betul betul dah berubah. Bila saya dah sedia, Althaf suruh saya pinang awak”

“Wait? Althaf? Awak kenal dia? Siapa dia?” soal Qaseh. Danial senyum.

“Dia sepupu saya. Masa tu saya buat-buat tak kenal dia. Saya dengan dia dulu rapat tapi lepas kematian Jannah, dia terus berubah. Macam orang gila. Saya bagi nasihat tapi dia tak dengar. Last-last saya give up. Saya tak benci dia tapi saya tak sanggup tengok dia macam tu”

“Saya ingatkan Althaf tunang saya”

“Awak silap, dia tunang Sue”

“Sumayyah?” soal Qaseh. Danial mengangguk.

“SubhanaAllah. Maha suci Allah, hebatnya aturan Dia” Qaseh senyum.

“Saya minta maaf”

“Awak tahu, saya betul-betul sayang awak. Nak awak jadi suami saya. Setiap masa, setiap saat nama awak tak pernah saya berhenti sebut dalam doa saya. Saya tak pernah berhenti berdoa. Alhamdulilah, walaupun lambat, Allah makbulkan dan Dia makbulkan dengan cara yang paling saya tak jangka” Qaseh mengesat airmatanya.

“Awak kena tahu, kalau someone tu dah tercipta untuk awak, tak kira berapa lama pun. Berapa banyak halangan. Awak tetap akan dengan dia juga. Allah dengar doa awak cuma Dia tunggu masa yang sesuai untuk Dia makbulkan. Bila Allah cepat makbulkan doa, Dia sayang kita. Bila Allah lambat makbulkan doa, Dia nak uji kita dan bila Allah tidak makbulkan doa, Dia rancang sesuatu yang baik untuk kita”

“Sentiasa bersangka baik dengan Allah” sambung Qaseh dengan senyuman. “Jodoh tu sangat misteri namun dalam misteri tu ada manisnya, kadangnya kita berpisah dulu lepas tu bersama semula. Mungkin Allah nak ajar kita erti menghargai”

Danial mengeluarkan sesuatu dalam kertas pembalut berwarna emas yang diambil dalam bakul hantaran miliknya. Qaseh menekup mulut terkejut. Al quran! Al Quran pemberiannya untuk Danial dulu.

“Awak masih simpan? Awak baca?”

“Saya hafal semua ayat. Alhamdulilah” Danial senyum. Wajah Qaseh dipandang dengan penuh kasih sayang. “ Sayang, kita ke Jannah sama-sama, okay?”

“InshaAllah” Qaseh senyum lagi.

“Jom solat, abang imamkan awak” Qaseh pantas mengangguk. ALhamdulilah, terima kasih Ya Allah dengan bahagia yang tak pernah disangkanya. Terima kasih Ya Allah kerana mendengar doaku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ara Wahab