Home Cerpen Islamik Ampuni Aku
Ampuni Aku
Syaz Sanie
18/10/2017 17:59:54
6,412
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

Aku masih diulit mimpi indah tatkala azan subuh berkumandang dari surau berhampiran  rumah teres dua tingkat milik keluargaku.

“Sya..bangun sayang. Solat subuh.” Mimpiku yang indah terhenti di situ.

“Ala ibu, awal lagi la. Nanti-nanti orang solat ar. Sibuk !!” Aku cukup rimas apabila disuruh bersolat. Bukan ibu tak tahu, aku mana pernah menunaikan solat sejak habis tingkatan empat lagi. Tapi orang tua ni sibuk juga suruh aku solat. Rimas la!!!

“Tak baik macam ni Sya. Solat itu kan tiang agama. Ibu tak nak anak ibu tanggung dosa.” Argh rimasnya bila dia mula nak jadi ustazah pagi-pagi buta ni. Aku segera menekupkan telingaku dengan bantal peluk dan menarik selimut hingga menutupi seluruh tubuhku.

“Ibu tak nak Sya masuk neraka sayang. Sya tahu kan kalau tak solat subuh,  Allah SWT akan mencampakkan kita ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun..Sya tak takut ke sayang..?”

Apesal dia nak sibuk bagi ceramah lagi ni. Aduh!!!

“Hei, aku bukan budak kecik lagi la. Keluar la!!” Ibu yang ketakutan lantas beredar dari kamarku yang penuh dengan tampalan poster kumpulan muzik barat kegemaranku. Sibuk hal orang saja kerjanya. Ahh....baru tenang sikit rasa. Aku meneruskan kembali tidurku yang tergendala. Moga mimpi tadi hadir kembali menjemputku.

**********

“Hai darling. Dah lama tunggu I ker?” Aku mencium pipi Benjamin sejurus tiba di kelab malam. Lalu mengambil tempat disebelahnya.

“Kenapa you lambat?” Benjamin kelihatan marah akibat kelewatanku malam ini.

“Ala mother I tu, you tau aje lah..suka sangat sibuk hal orang.” Ibu menyoal macam-macam sejurus aku ingin keluar rumah lewat petang itu.

“Erm apa kata you duduk dengan I saja. Tak payah you mengadap orang tua tu 24 jam.” Macam bagus juga idea Benjamin tu, tapi nanti aku fikirkan dulu. Takut juga benda tak elok berlaku di kemudian hari. Sejahat-jahat aku, aku tidak akan serahkan maruah diri aku pada lelaki yang bukan suami aku. Itu prinsip aku!! 

“Nanti I fikir dulu..” Aku meneguk air berkarbonat di hadapanku.

Kelihatan lengang sahaja kelab malam. Argh abaikan, janji aku dapat bersuka ria dengan Benjamin. Aku menarik tangan Benjamin  untuk menari di pentas tarian. Menari membuatkan segala tekanan hidup aku hilang. Benjamin mempelawaku segelas wiski kepadaku sejurus kami selesai menari. Namun aku menolak pelawaannya. Aku belum pernah sentuh arak. Sekadar rokok sahaja yang memang menjadi teman setiaku seawal tamat persekolahan tingkatan lima. Kira-kira sudah empat tahun juga aku menjadi perokok. Rokok membuatkan aku tenang....

Jam 3 pagi barulah kami meninggalkan kelab malam. Benjamin sudah kelihatan mabuk dan memandu dalam keadaan bahaya. Aku menjadi takut apabila kereta jenis Honda Civic yang dipandunya berselisih dengan kereta lain dari arah bertentangan. Fuh selamat jugak. Setibanya di rumah, kelihatan ibu sedang terpacul di hadapan pintu rumah.

“Sya ke mana lewat baru balik ni. Siapa lelaki tu?” Nada suaranya sangat lembut.

“Argh apa ibu nak kisah ha? Suka hati orang la... Orang dah besar la. Jangan masuk campur boleh tak. Dah orang penat, naik dulu.” Hanya itu jawapanku padanya. Rimas betul. Pasal itu kot ayah lari tinggalkan dia. Asyik nak menyibuk hal orang lain. Huh!!

Puan Zainab hanya mampu mengalirkan air mata. “Ya Allah berilah hidayahMu buat puteriku. Insafkanlah dia Ya Allah.. Aku hanya mampu berdoa padaMu.” Itulah rintihannya setiap hari. Semoga Siti Aishah Umaira Bt. Ahmad kembali ke pangkal jalan. Amin.

**********

Nurul Najihah memperlihatkan dirinya di hadapan cermin. Perutnya mula menunjukkan perubahan. Aduh macam mana nak selindung dari mama dan papa ni? Najihah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ah kan aku pakai tudung labuh, mana mungkin mama dan papa perasan. Yes.. Kini dia tersenyum lega. 

Perbuatan terkutuknya bersama rakan sekuliahnya, Asri membuatkan dirinya terpaksa mengandungkan anak lelaki itu. Niatnya untuk menggugurkan sahaja bayi dalam kandungannya, namun dihalang Asri dengan alasan dia sanggup bertanggungjawab. Argh boleh percaya ker Asri tu??

“Jiha.. mari tolong mama dekat dapur ni.” Laungan mama di luar kamar membuatkan Najihah kembali ke alam realiti. Dia segera meyarungkan tudung sebelum menjengah ke dapur.

“Ma. Esok pagi Jiha nak pergi usrah kejap, boleh?” Puan Zarina bangga dengan anak gadisnya, sopan santun, berbudi bahasa, dan yang penting kuat ilmu agamanya. Bukan macam anak kak longnya si Aishah tu yang dah jauh terpesong akidahnya. Itu belum tengok cara pemakaiannya yang cukup seksi, terdedah sana sini. MasyaAllah, nasib anak aku menutup aurat. 

“Apesal mama senyum sorang-sorang ni?” Najihah pelik melihat mamanya tersenyum sendiri sambil mengacau  masak lemak ikan kembung  kegemaran papanya.

“Tak la. Mama cuma terkenangkan si Aishah sepupu kamu tu, jauh terpesong. Apa nak jadi la budak tu. Kamu jangan ikut jejak langkah dia pulak.”

“Minta simpang la mama. Teruk Jiha tengok Sya tu.. dah la tak tutup aurat, berpeluk-peluk dengan lelaki mat saleh tu..apa nama dia? Ben.. benjamin kot.” Najihah sudah sedia maklum tentang perangai sepupunya. Memang dia bencikan Aishah sejak dari kecil lagi. Ini kerana Aishah memliki wajah yang cantik sedangkan dia sering dipanggil dan diejek dengan gelaran ‘budak hitam’ sewaktu kecil dahulu. Akibatnya Aishah selalu mentertawakannya. Tapi jika nak disamakan dengan Aishah, dia jauh lebih jahat.

“Erm itulah mak long kamu. Tak pandai jaga anak. Nasib mama dapat anak yang baik, solehah macam kamu ni.” Puan Zarina mengucup pipi anak gadis kesayangannya.

Najihah hanya tersenyum kelat. Kalaulah mama tahu macam mana perangai aku yang sebenarnya di luar sama, habislah aku dikerjakan.

*********

Luqman Asyraf sedang membelek fail-fail di atas mejanya. Sebelum berangkat ke tanah suci sebulan yang lepas, memang banyak kerja yang belum diselesaikannya. Namum walaupun masih banyak yang belum selesai, dia rasa cukup tenang dapat menunaikan umrah bersama umi dan abah serta kakak sulungnya, Laili.

“Hai Encik Luqman, how about your vacation?” Melissa, setiausahanya masuk tanpa disuruh.

“Saya pergi menunaikan ibadah, bukan bersuka ria, Lissa. Ibadah yang cukup menenangkan hati saya. Awak pun patut pergi Melissa.” Melissa hanya membeliakkan matanya tanda pelik. ‘Aku disuruhnya pergi Mekah. Aduh tengok lah dulu Encik Luqman Asyraf’.

“Ada apa-apa  pesanan untuk saya?” Luqman mengalihkan topik perbicaraan mereka.

“Erm ini senarainya cik Luqman.” Melissa cuba merapati Luqman. Luqman baginya mempunyai aura yang mampu memikat mana-mana gadis di luar sana. Sudah la kacak pulak tu.

Luqman yang menyedari tindakan Melissa mengalihkan sedikit kerusinya ke kanan.

“Erm kalau tak ada apa-apa lagi, awak boleh keluar. Terima kasih.” Luqman membiarkan wanita itu keluar tanpa memandang susuk tubuh yang disaluti pakaian sendat dan singkat itu.

Luqman sekadar menggelengkan kepala. ‘Ini ujian Allah buatku. Ya Allah kuatkanlah iman lelakiku.’ 

Baginya, wanita memang cantik. Tapi lebih cantik apabila mereka menjaga perhiasan diri mereka daripada mata dunia kerana nilainya bak permata berharga.

Teringat dia pada beberapa potong ayat al-Quran yang dibacanya semalam di dalam tafsir al-Quran surah An-Nur ayat 31 yang meyebut:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Begitu juga dengan pesanan Rasulullah S.A.W kepada muslimah. Antaranya ialah Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi).

Luqman Asyraf ingin mencari seorang isteri yang solehah. Memandangkan usianya sudah masuk 27 tahun, uminya mula bising agar dia berkahwin dengan gadis pilihannya sendiri. Sebelum menunaikan umrah, dia selalu terserempak dengan gadis bertudung litup yang cukup bersopan santun. MasyaAllah sedap mata memandang. Hatinya tiba-tiba dilanda perasaan aneh. Mungkinkah ini yang dikatakan cinta? ‘Nauzubillah. Lindungilah aku daripada syaitan laknatullah.’ 

Malam itu Luqman bersuduj padaNya memohon petunjuk. Mungkinkah gadis itu jodohku? Ya Allah berilah aku petunjukMu. Jika dia jodohku, maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya, dan jika dia bukan jodohku maka Kau tutuplah dan jauhkanlah hatiku daripada mencintainya.

**********

Ibu sudah tiga hari koma akibat kemalangan jalan raya. Aku menjadi penunggu setia ibu. Berdosanya aku kepada ibu.

“Ini semua kau punya pasal la Sya. Kalau tak kerana kau lari dari rumah hari tu, ibu takkan jadi macam ni tau. Dasar anak derhaka!!” Masih terngiang-ngiang amukan kak long tempoh hari. Memang salah aku kerana keluar rumah tanpa kerelaan ibu.

“Hei. Kau jangan sibuk la. Ikut suka aku la mana aku nak pergi!!” Masih teringat kejadian tempoh hari. Ibu menarik beg pakaianku bagi menghalang aku keluar dari pagar rumah teres dua tingkat kami.

“Jangan pergi sayang..” Puan Zainab merayu pada anak gadisnya agar tidak meninggalkan rumah. Air matanya sudah lencun membasahi baju kelawar yang dipakainya.

“Argh apa aku kisah. Macam dalam neraka la rumah ni. Panas tau!!” Aku semakin berang dengan ibu.

“Bertaubat sayang.. mengucap..” Tanpa sedar kami sudah berada di tengah jalan besar di hadapan rumah. Tanpa sedar sebuah kereta meluncur laju lalu melanggar tubuh ibu. 

“Ibu!!!!” Sekujur tubuh ibu terbaring di tepi jalan. Benjamin segera keluar dari kereta.

“Darling, lets go..” Rupa-rupanya Benjamin yang melanggar ibu.

“No..no. Ibu I..kenapa you langgar dia, Ben?” Aku menarik-narik kolar baju Benjamin malam itu.

“Dia kan selalu jadi penghalang you. I langgar la, baru lancar rancangan you nak lari.. jom cepat.” Benjamin menarik tanganku.

“I tak nak..tak nak!!” Air mataku sudah membasahi pipi. Benjamin melarikan diri tatkala melihat beberapa orang jiranku menuju ke arah kami.

“Pak cik, tangkap dia. Dia langgar ibu saya..” Aku memangku kepala ibu yang berdarah ke pangkuanku. Akhirnya Benjamin berjaya diberkas dan dibawa ke balai polis.

Ya Allah. Aku banyak dosa.. Ampunilah segala dosaku.


Pulang dari hospital, aku menuju ke masjid berhampir tatkala kedengaran azan asar berkumandang. Aku rasa sebak. Bagaimana aku hendak solat, sedangkan aku dah lupa cara nak bersolat? Ya Allah besarnya dosaku. Aku hanya berdiri memandang anak tangga masjid.

“Anak tak masuk lagi? Jom solat jemaah sama-sama.” Seorang wanita sebaya ibu datang menghampiri aku.

“Mak cik.. saya banyak dosa. Saya nak bertaubat. Sa..saya tak tau solat.” Aku berterus terang kepada wanita tersebut tentang tujuanku. Lantas dia memelukku erat.

“Syukur nak. Mari naik, mak cik ketemukan dengan ustazah”.

Tenang seluruh jiwaku tatkala air wuduk mula membasahi anggotaku.

Ya Allah terimalah taubatku.

**********

Kini jiwaku kian tenang. Ibu pula sudah mula sedar dari koma. Syukur Alhamdulillah. Ustazah Zawiah banyak membantuku kembali ke pangkal jalan. 

“ Allah menerima taubat hambaNya.. seperti dalam surah al-Maidah ayat 39 yang bermaksud, Allah menerima taubat hambaNya sesudah dia melakukan kejahatan dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah terima taubatnya kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Masih teringat kata-kata ustazah Zawiah tempoh hari.

“Ibu, Sya suapkan bubur sikit ya.” Ibu hanya tersenyum memandangku.

“Anak ibu ke ni?” 

“Yela anak ibu, Siti Aishah Umaira Ahmad.. Tak kan ibu dah tak kenal Sya.” Aku hanya tersenyum memandang ibu.

“Cantik sangat anak ibu bertudung macam ni. Sopan. Sejuk mata ibu tengok..” Puan Zainab bersyukur melihat perubahan diri anaknya. Doanya selama ini termakbul juga. Syukur Ya Allah.

“Terima kasih ibu. Sya nak minta maaf sangat dengan ibu. Sya derhaka dengan ibu.” Aku sujud di kaki ibu. Air mataku sudah menghiasi wajahku. Lantasku peluk tubuh kurus ibu. 

Sejak ayah meninggalkan ibu, aku jadi liar. Ponteng sekolah, rokok, bertumbuk dan masuk lokap sudah sebati dalam hidupku ketika itu. Ibu yang menanggung malu. Jiran-jiran asyik mengata sehinggakan kami terpaksa berpindah ke bandar.

“Sudahlah sayang. Ibu dah lama maafkan. Ibu bersyukur anak ibu dah berubah. Mungkin inilah hikmahnya. Semoga selamanya Sya macam ni..”

“Amin..” Terasa bahuku dipegang oleh seseorang. Apabila ditoleh kelihatan kak long tersenyum memandangku. Lalu kami berpelukan di situ juga. Syukur kak long dapat memaafkanku juga.

“Bulan depan kita pergi buat umrah sama-sama ya.” Kak long sudah pun berjanji ingin membawa aku dan ibu ke tanah suci. Syukur Ya Allah.

**********

Lamaran daripada Luqman Asyraf membuatkan Najihah tak senang duduk. Pandai-pandai saja mamanya menerima lamaran itu. Lelaki yang selalu berselisih dengannya bulan lepas terus melamarnya selepas perbualan singkat di kafe tempoh hari.

Majlis pernikahan akan di adakan bulan depan atas permintaan Luqman dan keluarganya.

“Mama..apa semua ni?!” Suaranya ditinggikan buat mamanya  yang  tercinta. Puan Zarina terkejut.

“Ai sejak bila pandai tinggikan suara dengan mama ni?” 

“Ah lantaklah. Jiha tak nak kahwin dengan laki alim tu la..” Asri dah janji nak bertanggungjawab. Najihah cintakan Asri. Tapi... dia dah menghilang sejak sebulan lepas.

Akhirnya Najihah menerangkan segalanya kepada Puan Zarina. Teruk jugak Najihah dibelasah mama dan papanya. Rupanya selama ini Najihah berpura-pura baik di hadapan mereka dengan berkelakuan sopan dan menutup aurat. 

**********

“Tolong la kak..” Puan Zainab tidak berani untuk membuat sebarang keputusan tanpa berbincang dengan Aishah.

“Nantilah aku bincang dengan dia. Apa-apa nanti aku telefon kau balik..”

Aku menerima perkhabaran mak ngah yang mahu aku gantikan tempat Najihah untuk menjadi isteri kepada Luqman Asyraf, lelaki yang tak pernah aku kenali. Tiga malam berturut-turut aku mengerjakan solat sunat istiqarah meminta petunjukNya. Syukur aku dapat jawapannya.

“Macam mana? Ibu tak paksa Sya.. Cuma ibu kesiankan mak ngah. Walaupun dia dah banyak sakitkan hati ibu dulu..”

“Kalau itu jodoh Sya, Sya terima dengan rela hati ibu..”

“Alhamdulillah, kira jadi lah ni ya.”

Aku hanya tersenyum. Tangan ibu aku kucup. Lantas kakiku mula menuju ke garaj dan menghidupkan kereta myviku untuk ke pejabat. Syukur setelah penghijrahanku, rezeki semakin bertambah.

Berita kematian Benjamin di lokap  aku terima seminggu yang lepas kerana pengaruh alkohol dan dadah berlebihan. Syukur walaupun aku pernah berkawan dengannya tetapi aku tidak ‘berkawan’ dengan najis dadah dan alkohol.

*********

“ Aku terima nikahnya Siti Aishah Umaira Binti Ahmad dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai.” 

Sah sudah aku menjadi isteri kepada Luqman Asyraf Bin Basri dengan sekali lafaz. Baru hari ini aku dapat melihat wajah suamiku. Ya Allah cukup tenang wajahnya. Bersih. 

Upacara pembatalan air sembahyang dijalankan.

“Assalamualaikum permaisuriku.”

“Waalaikumussalam .....” Aduhai tak terkeluar gelaran yang aku nak letak. Takkan nak letak rajaku pulak..haha . Lantas dahiku dikucupnya dengan penuh kasih sayang. Aku dapat rasainya.

Mampukah aku menjadi seorang isteri yang baik kepadanya. Dia cukup baik pada pandangan mataku.

“Saya tak layak jadi isteri awak..” Malam itu aku meluahkan apa yang terbuku di hatiku sejak petang tadi. Rasa bersalah pula menerima lamarannya.

“Kenapa sayang cakap macam tu? Abang ikhlas terima sayang..”

“Sebab saya bukan isteri pilihan abang..Najihah sepatutnya kan?” 

“Ini hikmahnya. Allah dah tentukan segalanya. Mungkin ini cara kita dipertemukan..melalui perantaraan Najihah..”

“Tapi saya jahat dulu..” Air mata mula membasahi pipiku.

“Itu dah jadi kenangan. Nak abang temankan sayang tanam kenangan tu dekat kubur ke?” Buat lawak pulak dia. Luqman mengesat air mata di pipiku.

“Sudah. Abang dah tau semuanya pasal sayang.” Aik macam mana dia tahu?

“Siapa bagitahu..mesti ibu kan..” Aku pula yang tergelak. 

“Haha..sudahlah. Yang penting kita mulakan hidup baru ya sayang. No more sadness.. buruk muka tu asyik nak nangis ja.” 

“Ok rajaku..” 

“Amboi tadi petang tak cakap macam tu pun. Abang tertunggu-tunggu tadi tau..dah jom solat isya sama-sama. Abang imamkan..”

Ya Allah moga bahagia itu milik aku selamanya. Amin.

*********

Setahun lebih sudah usia perkahwinan kami. Syukur Ya Allah. Dan dalam masa tiga bulan lagi kami bakal menimang cahayamata pertama, anugerah yang tak ternilai yang diamanahkan olehNya. 

Nurul Najihah sudah selamat diijabkabulkan dengan Mohd Asri, lelaki yang bertanggungjawab terhadap kandungannya. Syukur, mereka kini bakal menamatkan pengajian bersama-sama. Nurul Najihah kini menjadi sepupu rapatku. Ibarat kuku dengan isi. Dah tak bisa dipisahkan lagi. Sungguh inilah hikmah yang aku nanti-natikan selama ini. 

Buku bertajuk ‘Isteri Idaman yang Menyejukkan Hati Suami’ karya Harun Ar-Rasyid H.J Tuskan kubaca pagi minggu itu.

‘Isteri yang berdosa dengan suami ditolak doanya: lain-lainya dosa dengan ibubapa, dosa dengan guru, menzalimi orang lain, maksiat dan dosa tanpa taubat, makan benda haram’

Dulu inilah dosa yang pernah aku lakukan. Derhaka pada ibu, buat maksiat..Ampuni aku Ya Allah.

‘Martabat dan peribadi wanita solehah.’

‘Wanita yang dimuliakan Allah: Sentiasa bersyukur dan redha, pandai menjaga aurat.’

Aku meneruskan lagi pembacaanku....

‘Formula membahagiakan suami: melayan suami dengan sepenuh jiwa dan perasaan, jangan derhaka, membahagiakan suami’.

“Haa baca apa tu..” Ya Allah terkejut aku. Luqman kelihatan baru pulang dari pejabat. Kerjaku sekarang jadi mem besar dalam rumah. Kerja aku hanya di rumah sekarang atas permintaan Luqman.

“Abang bahagia.... Allah dah temukan abang dengan isteri yang solehah.”

“Terima kasih abang...”

“Dah jom masuk. Panas kat luar ni.”

Ya Allah moga perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat. Sungguh aku bahagia dengan perkahwinan ini.

Terima kasih Allah. Terima kasih kerana membuka pintu taubat buatku. Kasih sayangMu cukup berharga.

“Ya Allah ku bersujud padaMu memohon ampunan atas segala dosa yang aku lakukan..terimalah taubatku ini..”

‘Tiada airmata yang dapat menenangkan jiwa melainkan air mata taubat’.

Amin



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Sanie