Home Cerpen Fantasi ETA TAURIS
ETA TAURIS
26/7/2016 21:43:36
1,596
Kategori: Cerpen
Genre: Fantasi

Satu-satunya jalan untuk menewaskan pemberontakan pasukan Theta Centauri adalah mencari Pedang Lagenda Eta Tauris. Eta Tauris hanya akan muncul bila di seru oleh waris sebenar kerajaan Gamma Pegasi.

"Maiii!!!" Alya terjaga dari tidurnya. Dia pandang sekeliling. Memang sah itu bilik dia. Tapi kenapa dia bermimpi pelik. Apa kena mengena dia dengan Theta Centauri.

"Kenapa kau diki... mimpi momok." Adara menjenguk di muka pintu. Lelap di tengah hari buta boleh pula bermimpi.

"Ne mai..." jawab Alya sambil memeluk bantal gulingnya. Dia bukan mimpi momok. Dia mimpi apa yang dia sendiri tak faham. Kalau momok dia boleh menjerit.

"Mimpi Ngirozi mai... jelita amat." Alya tersengih-sengih.

"Ngirozi... kau mau jadi secantik ngirozi diki?" tanya Adara lagi. Anak gadis mana tak mahu cantik. Alya senyum malu-malu di sebalik bantal gulingnya.

"Diki... jangan lupa kita siapa. Mana mungkin bisa jadi ngirozi. Sudahlah... pergi hantar makanan kepada baba." Adara menyedarkan anaknya akan keturunan mereka. Mereka dilahirkan dalam keturunan hamba. Mana mungkin naik taraf jadi ngirozi.

Dalam kerajaan Mu Botis mereka berada di hieraki paling bawah. Hamba suruhan. Heraki teratas keturunan di raja yang bersusur galur dari ngirozi dan elves. Hamba suruhan akan kekal jadi hamba suruhan hingga ke akhir hayat. Mereka di larang bergaul dengan orang atas biasa. Dengan keturunan di raja memandang wajah sahaja boleh di hukum bunuh.

*****
"Diki... kau keturunan di raja dan pewaris kerajaan Mu Botis... sudah sampai masanya mencari isteri sekaligus permaisuri kerajaan Mu Botis. Tapi kau seakan tak berminat diki. Sebut saja siapa baba akan lamar dia secara besar-besaran..."

Putera Izar senyap. Dia belum bersedia mencari pendamping sebagaimana dia belum bersedia memikul tanggungjawab menaiki takhta. Dengan keadaan kacau bilau negara jiran dia lebih risaukan keselamatan rakyat di sempadan. Kalaulah baba izinkan dia pergi berkawal di sempadan dia akan lebih suka.

"Baba... hatiku belum diikat sesiapa. Biarlah dulu..." Putera Izar menjawab separuh bersungguh. Tuanku Rigel angguk. Dia tak mahu memaksa Putera Izar. Biarlah Putera Izar mencari jodohnya sendiri. Siapa pun dia akan terima hatta hamba sekalipun. Bahagia memerlukan penyatuan dua hati bukan kedudukan dan hieraki.

"Ini minta pamit baba..." Putera Izar tunduk hormat.

"Diki... siapa saja pilihanmu baba terima. Sudah tiba masanya kita hidup bebas tanpa sempadan..." Tuanku Rigel meletakkan dua bentuk cincin di telapak tangan Putera Izan. Cincin yang bakal menyatukan Putera Izar dengan siapa pun pilihannya. Putera Izar tersenyum. Dia memeluk bapanya.

*****
"Baba... makan dulu. Ini bawakkan makanan. Mai masak istimewa buat baba hari ini. Nasi ubi kegemaran baba..." Alya menyerahkan bakul berisi makanan kepada Mirzan.

"Diki baba sudah besar... cantik kalah ngirozi." Mirzan menyentuh lembut ubun-ubun kepala Alya. Alya tunduk malu bila babanya memuji berlebih-lebih.

"Baba... hamba mana mungkin standing ngirozi."

"Diki baba lebih cantik dari ngirozi..." puji Mirzan lagi.

"Baba... malu ah ini. Baba makan dulu, ini mau lihat kuda." Alya malu-malu. Kulitnya gelap dan kusam. Mana mungkin sama dengan ngirozi. Kalau di banding dengan sekalian anak hamba mungkin dia paling jelita.

Mirzan membawa bakul ke belakang kandang kuda. Di biarkan Alya di kandang kuda sendirian. Bukan Alya tak biasa berada di kandang kuda diraja. Tiba saatnya nanti Alya akan mewarisi pekerjaannya jika tidak bertemu jodoh dengan sesiapa. Dia berharap ada cincin untuk anaknya nanti.

Dari atas pokok seseorang memerhatikan Alya dengan penuh minat. Dia duduk di salah satu dahan pokok buah ceri. Sambil mencari buah ceri yang berwarna merah dia mendengar perbualan antara Mirza dan Alya. Mulanya dia ketawa mendengar hamba di samakan dengan ngirozi. Tapi bila dia lihat sendiri dengan indera keenamnya Alya punya aura putih keemasan yang hanya dimiliki keturunan Ngirozi.

Putera Izar segera menyamarkan dirinya menjadi orang biasa dengan kuasa saktinya. Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui siapa sebenarnya Alya. Dia melompat dari dahan tempat dia duduk tepat di hadapan Alya yang sedang menyapu. Alya terkejut. dia mengurut dadanya melihat seorang lelaki tiba-tiba muncul di hadapnnya.

"Ti siapa?" tanya Alya.

"Ini Izar ..." Jawab Putera Izar tanpa memberitahu siapa dirinya yang sebenar.

"Hamba apa pegawai. Ini Alya..." tanya Alya lagi sambil memperkenalkan dirinya. Kalau hamba mereka setaraf. Menjadi kesalahan besar dia menegur seorang pegawai.

"Orang suruhan..."jawab Putera Izar. Orang suruhan tinggi sedikit taraf dari hamba. Orang suruhan tak terikat dengan sesiapa. Hamba milik seseorang. Seperti Alya dan keluarganya menjadi milik keluarga di raja.

"Oh... Ti buat apa di sini. Ini tak pernah lihat ti di sini."


"Ini datang sekali sekala... membersihkan telaga hajat jika di minta tuan putera."

"Telaga hajat... boleh ini tengok. Ini mahu lihat sendiri saktinya telaga hajat." Mata Alya bersinar-sinar mendengar telaga hajat. Kata orang telaga hajat sangat sakti dan mampu memnuhi hajat sesiapa yang berhati suci.

"Boleh... mari." Putera Izar dengan senang hati bersetuju untuk membawa Alya melihat telaga hajat. Apa salahnya sekadar melihat. Memang hamba atau orang suruhan tidak di benarkan menghampiri telaga hajat.

"Ini minta pamit dari baba dulu." Alya senyum gembira lalu menghilang. Putera Izar telah melanggar adat dan protocol di raja. Entah kenapa dia tanpa ragu-ragu memenuhi permintaan Alya. Jika baba atau pegawai tahu Alya boleh di hukum bunuh.

"Mari..." Alya muncul dengan senyum lebar.

Putera Izar berjalan di sebelah Alya. Mulutnya membacakan jampi penyamar untuk dia dan Alya. Dia tak rela kalau Alya dihukum bunuh nanti. Mereka berjalan berdua sambil berbual-bual. Alya tak tahu yang dia bakal menerima hukuman bunuh jika tahu identitI sebenar teman berbualnya. Putera Izar mendengar celoteh Alya sambil sekali-sekala tergelak kecil.

"Ini telaga hajat yang termashur..." Putera Izar menunjukkan sebuah telaga kecil yang dikelilingi dengan bunga mawar. Telaga itu terletak di taman di raja.

"Wahh..." Alya sangat kagum melihat persekitaran taman yang cantik. Dia terus menghampiri telaga hajat. Mahu melihat secara dekat telaga hajat yang menjadi sebutan ramai orang.

"Apa betul telaga hajat ini sakti dan boleh menunaikan apa saja permintaan..." Alya melihat ke dalam perigi. Tiada apa yang luar biasa. Kelihatan gelap saja.

"Ti mahu emas untuk kaya."

"Segunung emas takkan mengubah hamba menjadi tuan. Hamba tetap hamba. Kulit hamba tak akan berubah putih seperti tuan." 


Putera Izar kagum dengan jawapan Alya. Hamba boleh meminta emas dari perigi hajat tiada halangan. Boleh saja hamba bebaskan diri dan berpindah ke lain negara dan menjadi tuan di negara lain.

"Ini mau minta apa..." Putera Izar mendekati Alya yang sedang berdiri di tepi telaga.

"Telaga hajat yang sakti... ini mau pulang ke tempat asal ini. Itu sahaja..." Alya menyuarakan permintaannya. Putera Izar tersenyum kagum. Banyak perkara lain yang Alya boleh minta tapi perkara mudah ini yang dia mahu. Gadis yang polos.

"Sekarang isu tunggu saja telaga hajat akan penuhi permintaan ti..." Putera Izar senyum sambil menantikan cahaya hijau. Dia pun biasa membuat permintaan serupa di perigi hajat. Namun senyuman Putera Izar mati sebaik terlihat cahaya keemasan diiringi asap putih muncul dari perut telaga. Dia tak pernah melihat cahaya keemasan keluar dari telaga hajat. Risau akan apa bakal terjadi Putera Izar memeluk Alya. Mereka berdua hilang di telan cahaya dan asap tadi.

*****
"Tunduk!"

Alya dan Putera Izar tunduk. Sebatang anak panah terbang tepat-tepat di atas kepala mereka. Putera Izar memeluk Alya kejap. Mata Alya tak berkelip melihat lelaki yang memeluknya. Izar yang tadi berpakaian biasa tapi Izar di depannya memakai mahkota kerajaan Mu Botis. Baru dia ingat Izar yang semua penduduk Mo Botis kenal adalah Putera Izar.

"Ini bakal mati..." Alya hampir meraung. Dia bukan sahaja bercakap dengan putera kerajann Mu Botis malah bersentuhan. Hukuman mati menanti dia.

"Alya... diam!" Putera Izar bersuara keras. Dia sedar penyamaran dia terbongkar. Dia tak perdulikan itu semua. Apa yang merisaukan dia adalah tempat mereka berpijak. Perigi hajat bukan menghantar mereka ke rumah Alya.

Putera Izar memandang sekeliling. Mereka sekarang berada di tengah-tengah medan pertempuran. Dia membaca jampi perisai untuk melindungi dirinya dan Alya. Namun perisai pelindung yang muncul gagal melindungi Alya sepenuhnya. Anak panah dan tombak ibarat hujan yang menimpa perisai mereka. Tampa jampi perisai pasti mereka akan terbunuh.

"Isu di mana?" tanya Alya risau. Dia takut melihat suasana di sekelilingnya. Bunyi pedang berlaga begitu nyaring di telinganya. Mayat berelimpangan di mana mata memandang. Belum lagi ratusan manusia bertempur sesama mereka. Bau hanyir darah meloyakan tekak Alya. Dia minta untuk pulang ke rumah. Tapi dia tak tahu di mana mereka sekarang.

"Isu di tengah kota Gamma Pegasi... peperangan antara Tuanku Nihel pemegang tampuk Gamma Pegasi dengan adik tirinya Putera Perkhad ketua pemberontak Theta Centauri." Jawab Putera Izar. Putera Izar sendiri tak pasti kenapa mereka di sini. Putera Izar memeluk Alya rapat. Jampi perisai makin menipis di sekeliling Alya. Bila-bila masa anak panah boleh menembusi tubuh Alya. Dia perlu membawa Alya keluar dari medan pertempuran.

"Aah..." Alya menjerit. Sebilah anak panah terbang menghiris sedikit legannya. Putera Izar tahu jampi pelindung sudah tak berfungsi lagi. Hanya ada satu cara untuk melindungi Alya. Putera Izar meyeluk poket seluarnya. Dia mengambil cincin pemberian babanya.

"Alya...Yas Sirum Yem K'yez.(saya cinta awak)" Putera Izan menyarungkan cincin di jari manis Alya. Alya terkejut. Di saat genting begini dia dilamar menjadi isteri seorang putera. Putera Izan menyerahkan sebentuk cincin lagi kepada Alya untuk disarungkan ke jari manisnya. Alya ragu-ragu.


"Cepat Alya... jampi pelindung sudah hilang. ini saja jalan yang ada untuk jampi pelindung melindungi ti..." Desak Putera Izar. Kalau Alya jadi isterinya jampi pelindung boleh melindungi Alya.

"Yas Sirum Yem K'yez..." Alya meyarungkan cincin di jari manis Putera Izar. Serentak itu cahaya putih membentuk perisai melindungi mereka berdua. Anak panah yang berterbangan melencong jauh dari kepala mereka. Ini salah satu ilmu kepandaian keturunan Mu Botis. Putera Izar menarik Alya untuk mencari tempat berlindung.

'Theta Serpentis... serulah Pedang Lagenda Eta Tauris untuk keamanan.'

Satu lintasan muncul secara tiba-tiba di benak Alya. Kepalanya tiba-tiba pusing. Dia tak pasti kenapa lintasan itu muncul. Satu cahaya keemasan muncul dari tubuh Alya memisahkan dia dengan Putera Izar. Putera Izar tercampak jauh dan Alya seakan di tarik satu kuasa untuk menghampiri Tuanku Nihel. Putera Izar menyeru kuasa cincin di jari Alya untuk menarik kembali isterinya tapi gagal. Nampaknya ada kuasa lain lebih hebat yang mengawal Alya.

'Alya permaisuriku... kembalilah.' Seru Putera Izar dalam hati. Kuasa cincin pengikat mereka langsung tak berkesan. Putera Izan hanya mampu melihat tubuh Alya di tarik kuasa lain. Putera Izar mengeluarkan pedangnya Beta Aurigei. Dia harus mengejar Alya. Putera Izar mengejar Alya sambil pedangnya menahan tujahan pedang-pedang yang lain.

'Serulah Pedang Lagenda Eta Tauris untuk keamanan' Alya seakan di kawal satu kuasa lain. Dia seakan hilang kesedaran diri.

"I enu pace... da sicuririza passiunanti. Eta Tauris argetzen! (Aku mahu keamanan aku seru keamanan. Eta Tauris muncullah)" Jerit Alya sekuat hati. serentak itu cahaya mucul dari tanah dan sebilah pedang keluar perlahan-lahan. Alya mencabut pedang yang keluar dari tanah dan mengangkat tinggi-tinggi. Dia diangkat ke awangan oleh cahaya keemasan tadi. Perlahan-lahan dia berubah dari seorang hamba yang berkulit gelap kepada Ngirozi yang cantik jelita. Pakaiannya juga turut berubah. Pakaian diperbuat sutera memabaluti tubuhnya. Tiara kebesaran kerajaan Gamma Pegasi terletak indah di kepalanya.

Tuaku Nihel dan Putera Perkhad terkaku. Sangka mereka pedang Lagenda Eta Tauris tak akan muncul. Pewaris seterusnya tak akan muncul. Seorang perempuan hamba tiba-tiba menyeru Pedang Lagenda Eta Tuaris. Bila pedang itu muncul semua yang ada harus tunduk hormat. Peperangan yang rancak tadi tiba-tiba senyap. Senjata yang ada lenyap secara tiba-tiba. Semua perajurit sujud ke arah Pedang Lagenda Eta Tauris.

Putera Izhar terkejut menyaksikan semua perubahan Alya. Ini bermakna Alya bukan hamba. Aura putih keemasan yang dia lihat melalui deria keenamnya adalah aura pewaris takhta kerajaan Gamma Pegasi. Tuanku Nihel tidak mempunyai pewaris sebab itu Putera Perkhad melancarkan pemberontakan untuk merampas takhta.

Cahaya putih tadi beransur hilang. Alya menjadi lemah. Tubuhnya dibaringkan secara perlahan-lahan di hadapan Putera Izar. Putera Izar segera mendapatkan Alya. Dia masih bingung kenapa Alya boleh berubah menjadi Ngirozi.

****
Di Mu Botis....

"Theta Serpentis sudah sedar..." Adara dan Mirzan melihat perubahan pada diri mereka secara perlahan-lahan. Pakaian hamba mereka sudah bertukar menjadi pakaian pegawai istana. Itu bermakna penyamaran mereka sebagai hamba sudah berakhir.

"Isu boleh balik ke Gamma Pegasi." Adara menangis kegembiraan. Akhirnya dia boleh kembali ke tanah kelahirannya. Sudah hampir dua puluh lima tahun mereka hidup dalam penyamaran.

"Mari pulang..." Mirzan mengenggam tangan Adara. Mereka segera berdiri di hadapan sebuah gambar perigi. Perigi yang sama seperti perigi hajat di kawasan istana Mu Botis.

"Telaga Sakti... isu mau pulang ke Gamma Pegasi..." ucap Adara dan Mirzan serentak. Mereka berdua di sedut masuk ke dalam gambar.

*****
"Ini di mana?" Alya buka mata perlahan-lahan. Dia lihat wajah Putera Izar sedang tersenyum manis. Putera Izar berbaring mengiring di sebelahnya. Dia rasa jari manisnya dengan jari telunjuk. Baru dia ingat di tengah medan pertempuran tadi Putera Izan menyarungkan cincin pengikat suami isteri. Secara rasminya mereka sudah terikat dalam sebuah keluarga.

"Isu sudah terikat kahwin?" tanya Alya. Putera Izar mengangguk. Tanpa segan silu Putera Izar mencium pipi Alya.

"Ini bakal di bunuh..." Alya menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya. Putera Izar tergelak melihat gelagat Alya.

"Mana mungkin bakal permaisuri Mu Botis di hukum bunuh. Putera Izar akan lindungi sang permaisuri dengan jampi pelindung."ujar Putera Izar. Alya mungkin tak sedar perubahan dirinya.

"Eh kulit ini sudah putih..." Alya melihat tangannya yang menjadi putih dan halus. Alya bangun serta merta. Dia melihat dirinya sudah berubah mendadak. Dia bukan lagi Alya seorang hamba, dia sekarang Ngirozi. Alya bangun untuk mencari cermin. Dia melihat meja solek di sudut kiri bilik. Alya melihat penampilan barunya di cermin.

"Ti siapa sebenarnya... kenapa ti boleh seru pedang lagenda Eta Tauris. Eta Tauris hanya muncul bila di seru waris sebenar." Tanya Putera Izar. Puas dia bertanya pada Tuanku Nihel. Tiada siapa yang tahu siapa Alya sebenarnya. Perigi Hajat membawa mereka ke sini. Ke tengah-tengah medan pertempuran.

Kemunculan Pedang Lagenda Eta Tauris menghentikan serta merta pemberontakan. Pewaris mutlak kerajaan Gamma Pegasi telah muncul. Sia-sia sahaja pemberontakan mereka.

"Mimpi ini hari-hari pasal waris sebenar, pasal Eta Tauris. Ini tak tau siapa waris sebenar. Apa kaitan ini dengan Gamma Pegasi." Alya masih sibuk membelek penampilannya. Bagaimana mungkin anak hamba bertukar menjadi ngirozi. Sesuatu yang amat mustahil. Alya membelek tiara yang terletak di atas meja solek. Tiara yang di hiasi sebiji batu zamrud yang cantik. Tiara ini seringkali muncul dalam mimpinya.

Pintu di kuak perlahan. Adara dan Mirzan muncul bersama Tuanku Nihel. Putera Izar segera mendapatkan Alya. Dia berdiri di sebelah isterinya. Selesai pertempuran tadi Alya di bawa berehat di bilik tamu. Tuanku Nihel segera mengenali Putera Pewaris Mu Botis. Putera Izar menceritakan semua yang berlaku kepada mereka. Tuanku Nihel tak mengenali Alya. Alya seakan mengenali pasangan suami isteri yang baru muncul itu.

"Hormat Puteri Theta Serpentis... Hormat Putera Izar." Adara dan Mirzan tunduk hormat.

"Mai... baba..." Alya segera mengenali suara kedua orang tuanya. Dia segera memeluk Adara dan Mirzan. Dia gembira dengan kehadiran Adara dan Mirzan. Adara memeluk Alya. Anak hamba yang di peliharanya bertukar menjadi puteri yang cantik. Bila Alya bercerita tentang mimpinya mereka tahu saat untuk Alya kembali ke pangkuan keluarganya telah tiba.

"Diki... ti bukan Alya... Ti adalah Puteri Theta Serpentis waris Permaisuri Theta Eridani, Permasuri kerajaan Gamma Pegasi. Saat mahu melahirkan ti, permaisuri sedang dalam rombongan meninjau sempadan. Pemberontak hadir dan mahu menghapuskan semua. Permasuri sempat melahirkan ti dalam ribut dan kekacauan. Pabila ti lahir... isu bertiga di samarkan menjadi hamba kerana permaisuri tahu tiada siapa akan selamat dari pemberontak. Permaisuri tak mampu menghantar isu ke kota tapi di hantar ke Mo Botis. Perkampungan di sempadan hangus terbakar. Tiada siapa yang terselamat." Adara membuka cerita sebenar. Dia adalah pegawai pengiring atau dayang kepada permaisuri manakala Mirzan adalah pegawai pelindung permaisuri. Mereka berdua hidup terikat suami isteri dan membesarkan Alya sebagai anak mereka.

"Mai... Baba..." Alya sukar untuk menerima hakikat yang sebenar. Putera Izar mendengar dengan teliti satu persatu patah kata Adara. Ini bermakna Alya berdarah Ngirozi sebagai mana sangkanya.

"Ichi baba diki yang kandung... ti bukan diki baba." Mirzan berat hati melepaskan Alya kembali ke asalnya. Alya menaglirkan air mata perlahan-lahan. Dia tak mahu ada jurang pemisah antara dia dan kedua orang yang mengasuhnya sejak kecil.

"Baba Tuanku Nihel..." Alya tunduk hormat ke arah Tuanku Nihel. Terasa pelik pula memanggil orang lain sebagai baba.

"Diki... Puteri Theta Serpantis. Adara dan Mirza akan di beri anugerah tertinggi. Mereka berdua akan tinggal di istana kecil. Diki boleh berjumpa mereka bila-bila masa diki mahu... baba tak mungkin pisahkan diki dengan orang yang menjaga diki sejak dari kecil." Tuanku Nihel sendiri terasa pelik kerana tiba-tiba zuriat yang disangka mati bersama permaisurinya muncul. Perlahan-lahan dia akan bina hubungan dengan puterinya.

"Diki dan suami berehat dulu. Baba mau uruskan pemberontak. Baba sudah utuskan surat buat Tuanku Rigel. Baba berbesar hati bersaudara dengan Tuanku Rigel. Sambutan besar-besaran akan dibuat dua kerajaan atas penyatuan diki dan suami." Tuanku Nihel senyum gembira. Dua masalah besar kerajaannya selesai serentak. Pemberontakan dapat dipatahkan dan kedudukan negerinya tambah kukuh dengan tali persaudaraan yang sedia terbina.

Adara dan Mirzan tunduk hormat ke arah Alya dan Putera Izar. Mereka berdua mengiringi Tunku Nihel keluar dari bilik. Tinggal Alya berdua dengan Putera Izar. Alya mendekati tingkap bilik. Dari tingkap bilik dia melihat kawasan istana. Dia tak pernah mengimpikan kehidupan sebagai seorang puteri apatah lagi bakal pewaris kerajaan Gamma Pegasi. Dan yang lebih berat dia menjadi bakal permaisuri kerajaan Mu Botis. Hidupnya berubah dalam masa satu hari.

'Alya permaisuriku mendekat ke mari..." Putera Izar menyeru dalam hati sambil cincin di jari manisnya di pusing.

Secara tiba-tiba tubuh Alya terangkat sedikit dan bergerak ke arah katil dengan sendirinya. Putera Izar sedang duduk di birai katil dengan senyuman nakal. Alya pasti Putera Izar telah menyerunya tadi. Kuasa cincin pengikat boleh membawa seorang isteri kepada suaminya jika di seru. Tugasnya sebagai bakal bermaisuri bermula secara rasminya. Senyuman nakal Putera Izar membuatkan dia takut.

mai-ibu
baba- bapa
diki- anak
ne- tak
ngirozi-bidadari
ini-saya
ti- kau
isu- kita
ichi- ini

kredit buat Google Translate...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.