Home Cerpen Fantasi peperangan sifar graviti
peperangan sifar graviti
Nurfazilawani
8/5/2016 09:14:25
778
Kategori: Cerpen
Genre: Fantasi

PEPERANGAN SIFAR GRAVITI

Aku berasa pelik apabila melihat para ketua tiada di bilik mereka. Aku tercari-cari di manakah mereka berada. Tiba-tiba aku terserempak dengan salah seorang daripada ketuaku. Entah kenapa dia tiba-tiba meluru ke arahku yang sedang berdiri di suatu sudut. “Kita sekarang tidak ada banyak masa. Kamu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Esok pukul 5 pagi, jumpa saya di tempat latihan biasa, kumpulkan ahli kumpulan kamu sekali,” arah Ketua Heli dengan nada yang cemas. Dia berlalu pergi begitu sahaja. Aku termangu seketika. Apa yang sudah terjadi? Adakah ia akan berlaku?

Aku masih teringat lagi bagaimana peristiwa yang telah membawa aku ke akademi ini. Peristiwa yang sangat memberi kesan kepada aku berlaku pada setahun yang lepas. Kejadian di mana aku dibuli hingga digantung sekolah. Ah! Sungguh menyakitkan apabila teringat tentangnya. Aku antara pelajar yang cemerlang di sekolah yang menyebabkan aku sering dibuli. “Apa yang kau cakap tadi? Kau tak nak? Eh, kau nak kena tumbuk ke?” sergah Tom, murid yang mempunyai rupa paras yang baik dan bijak namun suka membuli orang lain terutama aku. “Buat apa aku nak ikut arahan kau? Mak ayah aku pun tak pernah suruh aku buat kerja mereka?” dengan pantas Tom menarik kolar bajuku. Aku pantas melepaskan pegangannya itu. Dia cuba menumbukku tetapi ternyata aku lebih pantas. Tom tersungkur lemah dan pada saat itu juga, Cikgu Jerry terlihat kejadian itu. ‘Oh tidak,’ hatiku separuh menjerit. Cikgu Jerry segera ke arah Tom dan aku dan bertanya apa yang telah berlaku.

. “Tom menyuruh saya untuk menyiapkan kerja rumah rakannya. Takkanlah saya perlu berbuat begitu. Tom berasa tercabar dan ingin menumbuk saya. Adakah salah sekiranya saya ingin melindungi diri saya sendiri?” dengan nada perlahan aku berkata kepada Cikgu Jerry. Cikgu Jerry hanya mendiamkan diri. Aku dan Tom kemudiannya diarahkan untuk menunggu di Bilik Disiplin sementara Cikgu Jerry dan guru besar berurusan dengan kedua-dua ibu bapa kami. Agak lama juga kami menunggu sebelum Cikgu Jerry masuk dan menyerahkan surat kepada kami berdua. “Maaf, tetapi ini adalah keputusan muktamad daripada guru besar supaya kamu berdua mengambil pengajaran daripada kejadian ini,” katanya dengan nada yang tegas. Aku memandang ke arah ibu bapaku yang sedang memandangku dengan pandangan yang tajam. ‘Ini tidak adil,’ keluh hatiku. Aku dan Tom digantung sekolah selama dua hari. Di dalam kereta pula ibuku tidak terus memarahiku namun bertanya apa yang telah menyebabkan pertelingkahan itu. Aku menjelaskan kepada mereka dengan berhati-hati dan aku sangat bersyukur kerana mereka memahamiku. “Ibu tahu anak ibu ni baik. Tapi lepas ni, ibu tak mahu dengar perkara ini berulang, faham?” kata ibuku tegas. Aku mengangguk. Aku kira ibu bapaku akan memarahiku dengan teruk.

Aku melihat jam di atas meja, sudah pukul 7 pagi. Pasti ramai yang sedang bergegas untuk ke sekolah. ‘Haih,’ keluhku. Aku segera membersihkan diri walaupun aku tidak tahu apa yang harus aku buat selepas ini, mungkin hanya menonton televisyen. Ketukan di pintu mengganggu tumpuanku yang sedang asyik menonton televisyen. ‘Siapa pula yang datang pada waktu macam ni,’ segera aku menuju ke arah pintu. “Ya, encik cari siapa?” tanyaku kepada lelaki yang bernama Heliax seperti yang tertera di tag namanya. “Ada orang dewasa di rumah? Awak, Max Alexander dan awak telah diberi tawaran untuk masuk ke sekolah SPA, iaitu ‘Space Academy’. Jadi, saya ingin berurusan dengan orang yang bertanggungjawab ke atas awak,” katanya sambil tersenyum. Kata-katanya terngiang-ngiang di kepalaku. Sekejap, bagaimana dia tahu namaku. Aku memandangnya dengan lagak yang terkejut. “Awak antara orang yang mendapat markah tertinggi dalam pertandingan kuiz angkasa lepas. Bagaimana kami tahu nama dan tempat tinggal awak pula, tidak susah untuk kami mengesannya kerana ramai yang hanya menjawab kuiz secara online itu tanpa memberi apa-apa butiran tentang diri mereka. Jadi, jangan terkejut,”katanya bersahaja. ‘Oh begitu,’ kata hatiku. “Err…tiada sesiapa di rumah sekarang ini,” balasku. “Saya akan datang lagi petang ini. Saya tahu tentang perkara yang telah terjadi kepada awak. Tidak susah untuk kami mengetahuinya. Jadi, ini mungkin peluang untuk awak menggembirakan hati mereka,” katanya seraya berjalan meninggalkan rumahku. Aku termangu seketika. Aku terus menutup pintu dan bergegas membuka laptopku. Ternyata orang itu berkata benar. Terdapat sebuah akademi angkasa dan akademi itu terletak di… aku terus ternganga. ‘Di angkasa?’ jerit hatiku. “Wah, aku dapat masuk ke sekolah yang macam ni! Bersekolah di angkasa lepas?” jeritku. Aku berasa sangat gembira. Ini semua bagaikan mimpi. Aku tidak pernah tahu bahawa selama ini terdapat sebuah akademi di angkasa lepas. ‘Ya, aku takkan sia-siakan peluang seperti ini, peluang yang sememangnya datang sekali seumur hidup,’ kata hatiku.

Petang itu seperti yang dijanjikannya, pemuda itu datang sekali lagi ke rumahku untuk berjumpa dengan ibu bapaku. Aku dapat melihat reaksi wajah mereka yang sangat gembira apabila mereka diberitahu bahawa aku ditawarkan untuk bersekolah di angkasa lepas. ‘Angkasa lepas,’ kata hatiku. Aku tersenyum sendirian. “Max, mari sini,” panggil abahku yang berumur 45 tahun itu. Aku berjalan dan duduk di sebelahnya. “Tuan dan Puan jangan risau. Kami telah menyediakan segala yang diperlukannya. Tiada bayaran yang akan dikenakan untuk memasuki akademi ini. Selain itu, ‘roket’ yang akan digunakan untuk ke sana telah diubah usai agar impak daripada tekanan atmosfera tidak begitu dirasai,” katanya seraya memandang ke arahku dan tersenyum. “Kami perlu berbincang dahulu kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, nanti kami akan maklumkan keputusannya kepada kamu,” kata abah. “Baiklah jika begitu. Tapi saya perlu jawapannya sebelum hari Rabu kerana keesokan harinya kami akan bertolak ke angkasa lepas bersama peserta lain yang telah terpilih, tetapi usah khuatir kerana peserta kami hanya antara 14-19 tahun,” balas Ketua Heli dengan baik lalu menghulurkan sebuah kad mengenai akademi tersebut. “Nombornya tertera di kad ini,”katanya lagi. “Maksudnya ramai lagi peserta yang lain?” tanya ibuku. “Ya, puan,” balas Ketua Heli. Setelah mengucapkan terima kasih, kami menghantar Ketua Heli ke keretanya.

“Adakah kamu yakin tentang hal ini, Max? Kamu yakin bahawa kamu mampu menempuh segala cabaran yang akan datang sekiranya kamu ke sana?” tanya abahku. Dia cuba menyembunyikan kerisauannya walaupun aku tahu dia sedang risaukan aku. Masakan tidak, aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga sebelum ini. “Max yakin, abah. Lagipun cita-cita Max kan ingin menjadi seorang Ahli Astronomi,” balasku. Abah menghembuskan nafas dengan berat. Dia memandang ke arah ibu untuk mendapatkan kepastian. Ibu hanya mengangguk. “Sekurang-kurangnya kamu tidak berseorangan, tapi berjanji dengan abah bahawa kamu akan membuat yang terbaik,” kata abah lalu tersenyum.

“Sebentar lagi kita akan bertolak. Tetapi sebelum itu, saya ingin memperkenalkan kamu kepada kapten akademi ini,” kata Ketua Heli lalu mempersilakannya untuk masuk ke ruangan kami. Lantas kami berusaha untuk membuka tali keselamatan yang telah dipasang sebentar tadi. “Tidak mengapa, tak perlulah berdiri. Bukan mudah untuk memakai kembali tali keselamatan itu,” katanya sambil berjalan masuk. Dia berdiri tegak lalu meletakkan tangan di kepalanya sebagai tanda salam perkenalan. Begitu juga kami. “Nama saya Andrew. Seperti yang telah kamu ketahui, saya merupakan kapten akademi ini. Jadi, jangan buat perkara yang saya tak suka atau kamu akan dihantar semula ke bumi. Diingatkan bahawa tidak ada peluang kedua,” tegas sungguh kata-katanya itu. Kecut kami dibuatnya. “Kamu di hujung sana, apakah warna bintang Sirius?” tanya kapten secara melulu. “Emm, putih,” kata peserta itu perlahan. “Adakah kamu yakin?” tanya kapten lagi. “Ya kapten,” balasnya dengan kuat. “Betul tetapi saya tak mahu tergagap-gagap, yakinkan diri kamu,” kata kapten. “Baik kapten,” katanya dengan tegas. “Kamu yang berada di sebelah Max Alexander itu, apakah warna bintang Pistol?” tanyanya lagi. Semua tercari-cari siapakah Max Alexander itu. Aku terkejut. ‘Adakah yang dimaksudkannya itu aku?’ tanya hatiku. Rakan yang baru aku kenal sebentar tadi memandang ke arahku. Aku turut berbuat demikian. Kami bertentang mata. “Warna biru, kapten,” balas Tody. Semua memandang ke arahku. “Untuk pengetahuan kamu semua, Max Alexander merupakan peserta yang telah mendapat markah tertinggi dalam kuiz itu. Berapa itu rahsia,” kapten tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya. Aku tidak sangka bahawa aku telah mendapat markah tertinggi dalam kuiz itu. Tody memegang tanganku dan berkata tahniah. Tiba-tiba, aku lihat ada seorang pelajar lelaki memandang ke arahku dengan pandangan yang tidak puas hati. ‘Tolonglah, aku tak mahu kejadian yang sama berulang,’ keluh hatiku. Tiba-tiba, kapten bertanya lagi, “Apakah jarak bintang pistol dari bumi?” seraya tersenyum. Semua peserta diam. Tiba-tiba “Max?” katanya. “25000 tahun cahaya, kapten,” balasku dengan yakin. “Bagus,” katanya sambil menepuk tangan. Yang lain juga turut berbuat demikian. Tiba-tiba Ketua Heli masuk dan berkata bahawa ISSOT akan berlepas. “Baiklah kamu semua, bertahan, jangan muntah atau terkentut. Hahaha. Jangan risau, ISSOT ini merupakan kapal angkasa yang paling canggih jadi impaknya tidak begitu dirasai,” kata kapten lalu keluar daripada ruangan kami. Lantas kami bersandar di kerusi kami dan bersiap-sedia untuk berlepas.

“Max! Max! Bangun, jangan tidur di meja begini,” kejut Newt. Aku bangun dan memandangnya. Aku tersenyum. Inilah dia orang yang kusangkakan cemburu terhadap aku ketika pertama kali berjumpa di dalam ISSOT tetapi rupanya aku telah salah sangka. Dia rupa-rupanya telah banyak membantuku selain Tody. “Haih, kapten kita penat sangat nampaknya ni, pergi tidur atas katillah,” arah Tody. “Bila masa aku jadi kapten? Ketua kumpulan sahaja,” balasku. Entah kenapa aku tergelak. “Dah kenapa dengan ketua kita ni, Newt?” tanya Tody. “Entah,” balas Newt. “Tiba-tiba aku teringat kejadian di mana kau termuntah di dalam ISSOT,” kataku lalu tergelak lagi. “Eh, kapten ke ketua ke, baik kau pergi tidur sekarang sebelum aku stapler mulut kau itu,” marah Tody. Newt hanya mampu ketawa lalu turut mengarahkan aku untuk tidur di atas katil. Aku baring di atas katil. Entah kenapa aku termimpikan hal itu. Aku teringat akan kedua orang tuaku. Itulah kali terakhir aku lihat mereka iaitu lima bulan yang lepas. ‘Haih, rindunya,’ kata hatiku. Entah berapa lama aku tersenyum sendirian sebelum aku tertidur.

Pukul 9 malam, para ketua setiap bahagian bersama ketua akademi lain dan Kapten Andrew bermesyuarat. “Seperti yang anda ketahui, perang antara Planet Trizon dan Bumi mungkin berulang kembali. Jadi apa persediaan kita? Siapakah diantara peserta kita yang akan dipilih?” tanya kapten. Masing- masing diam. “Saya yakin bahawa Max Alexander adalah orang yang paling layak,” tegas Ketua Heli. “Saya tak setuju,” balas ketua akademi B. “ Saya menyokong kenyataan Heli kerana di antara peserta yang lain, dia adalah yang paling cepat dan tangkas. IQ nya juga tinggi jika hendak dibandingkan dengan kita dan peserta lain,” balas ketua akademi C. Ramai terkejut dengan pengakuannya itu. “Jadi, awak nak kata bahawa kami ini bodoh dan tidak tangkas? Awak nak bandingkan budak yang berumur 16 tahun dengan orang dewasa yang berumur 36 tahun? Begitu?” balas ketua akademi B. “Adakah awak mempunyai calon yang sesuai?” tanya Ketua Heli yang merupakan ketua kepada akademi A. Pembantu Ketua Heli menyerahkan keputusan ujian Max Alexander kepada orang yang berada dalam bilik itu. “Kertas ini mengendungi keputusan ujian minda dan ujian ketahanan yang telah dijalankan oleh Max Alexander dari Akademi A. Jika terdapat mana-mana peserta yang dapat menandinginya, sila beritahu sekarang. Atau mungkin salah seorang daripada kita yang mampu menandingi Max Alexander, yang telah cekap melakukan pergerakan dalam keadaan sifar graviti dalam masa sejam?” balas Ketua Heli. Kapten Andrew memandang ke arah semua orang. “Setakat ini, saya cuma lihat Max Alexander sahaja orang yang paling layak untuk tugas ini,” kata Kapten Andrew tenang. “Saya telah melihat Max Alexander menjalani latihannya sebelum ini sewaktu dia baru sampai ke sini. Jujur saya katakan, saya tidak pernah berjumpa dengan orang yang sebegini. Jika kamu tidak percaya akan kebolehannya, kamu harus menonton video ini,” katanya lagi lalu menyuruh pembantunya untuk memainkan video itu. Video itu mengisahkan tentang Max Alexander di mana Max dapat mengawal badannya dalam keadaan sifar graviti dengan mudah, dapat memenangi peperangan antara senior juga dalam keadaan sifar graviti. Ketika itu, Max telah ditembak lalu badannya kaku namun tindakannya itu mengejutkan para ketua di dalam bilik itu. Sebelum dia ditembak, dia mengangkat tangannya secara 45 darjah secara menegak. Jadi, dia dapat mengawal pergerakan badannya dan graviti yang akan membawanya terus ke garisan penamat iaitu zon hijau dan dikira menang. . Seterusnya bagaimana ideanya yang bijak itu telah membuatkan dia memenangi perlawanan 1 lawan 2, hanya dengan cara dia dan ahli kumpulannya seperti berkumpul bersama membuat kubu bagi melindungi orang yang berada di dalam kubu agar orang di dalam itu dapat membawa mereka ke garisan penamat dengan hanya menetapkan kedudukan badan ke arah pintu masuk dengan menggunakan graviti. Setelah video itu tamat, Kapten Andrew mula berkata, “Jadi, bagaimana? Adakah kalian seperti saya? Merasakan bahawa Max ini mampu membawa kita ke arah kemenangan?” tanyanya sambil memandang ke arah semua orang yang berada di dalam bilik itu. “Ini adalah keputusan latihan yang telah diberikan kepadanya,” kata Kapten Andrew sambil memaparkan keputusan itu di skrin gergasi itu. ‘Wow, tidak sangka. Tiada seorang pun peserta dari akademiku yang mampu bertahan hingga 15 pusingan,’ puji ketua Akademi B dalam hatinya. “Baiklah jika itu keputusan yang kamu ambil. Lagipun setiap daripada keputusan kamu tidak pernah mengecewakan. Jika semua setuju, saya juga turut bersetuju,” balas ketua Akademi B. Semua sudah bersetuju bahawa Max Alexander akan mengetuai peperangan tersebut. “Baiklah, bila kami boleh bertemu dengan ‘Max The Great’ itu? Tiada niat menyindir tau. Kerana dia memakai topi keselamatan dalam video itu jadi mukanya tidak kelihatan,” tanya ketua Akademi C itu. “Esok,” ringkas jawapan yang diberikan oleh kapten Andrew.

Bling! Bling! Bling! Aku serta ahli kumpulanku bingkas bangun dan menyiapkan diri. Kemudian aku dan ahli kumpulanku segera ke tempat latihan untuk berlatih bagi persiapan diri untuk berperang. Ternyata bukan kami sahaja, malah ahli kumpulan bersama ketua mereka yang lain turut berkumpul di situ. Aku berasa pelik kerana aku diberitahu bahawa hanya ahli kumpulanku sahaja yang akan membuat latihan pada pagi ini. Tiba-tiba tiga skrin gergasi hologram terpancar di hadapan kami. Satu skrin memaparkan ketua Akademi B bersama para peserta di belakangnya, yang kedua pula ketua Akedemi C bersama para peserta di belakangnya dan yang ketiga adalah Kapten Andrew bersama orang yang telah menyelamatkan bumi daripada musnah merangkap idolaku. Jenaral Latin. Semua peserta kelihatan terkejut dengan kehadirannya. “Saya selaku Kapten kepada Space Academy ini ingin memklumkan bahawa serangan dari Planet Trizon mungkin berulang. Jadi kami iaitu saya serta ketua-ketua akademi ini telah melantik Max Alexander dari Akademi A untuk mengetuai peperangan ini,” kata Kapten Andrew. Semua kelihatan terkejut terutama aku. ‘Mengapa sekarang baru aku diberitahu? Mengapa tidak daripada sebelum ini? Aku tidak pernah bersedia untuk berperang,’ jerit hati kecilku. “Max Alexander, sila ke ruang peperangan sebentar lagi,” arah Kapten Andrew. Semua memandang ke arahku. Newt memegang bahuku. Mungkin dia dapat mengagak bahawa aku terkejut. Tody turut berbuat begitu. Peserta di akademi A yang lain hanya memandang ke arahku dan berkata buat yang terbaik. Aku sangat takut namun aku tetap perlu melakukan yang terbaik seperti apa yang abahku telah pesan. ‘Ya, aku akan buat yang terbaik sepertimana yang abah inginkan,’ kata hatiku.

Aku dibawa oleh Ketua Heli ke bilik mesyuarat para ketua. Inilah kali pertama kau masuk ke sini. Ramai yang datang ke arahku apabila aku memasuki bilik itu. “Inilah dia Max Alexander itu,” kata Ketua Heli. Lalu aku bersalaman dengan para ketua. “Tidak sangka bahawa dengan umur begini awak dapat mengetuai sebuah kumpulan,” kata ketua Akademi C lalu memegang bahuku lalu mengangkat tangannya yang telah dikepal dan menggoncangnya yang bermaksud ‘Awak boleh’. Aku hanya tersenyum. Aku turut bersalaman dengan Jeneral Latin. Rupa-rupanya dia tidak setangkas dulu menyebabkan dia tidak dapat mengetuai peperangan yang mungkin berlaku itu. Tiba-tiba siren berbunyi. “Apa yang telah terjadi?” tanyaku. Mereka tidak menjawab tetapi mereka segera menuju ke bilik kawalan di atas. Oleh kerana bilik itu hanya berdindingkan cermin, jadi aku dapat melihat betapa cemasnya keadaan di dalam bilik itu. Tiba-tiba skrin gergasi yang lebih besar daripada sebelumnya terpasang di tengah-tengah bilik itu. Dan di situ terpapar berjuta-juta kapal perang yang sedang menghala ke mari. Tiba-tiba, “Maaf, Max. Nampaknya latihan peperangan awak telah tamat. Sekarang bersiap sedia untuk peperangan yang sebenar!” kata Kapten Andrew melalui mikrofon lalu memandang ke arahku daripada bilik itu. Aku terkejut. ‘Mengapa jadi begini!’ rintih hatiku.

“Awak hanya ada masa kurang dari lima minit untuk melakukan persediaan strategi, tapi apa-apapun tolong cepat,” arah Ketua Heli. “Jangan risau, walaupun ini merupakan peperangan yang sebenar, namun askar kita merupakan robot. Jika robot kita semuanya telah musnah, kita terpaksa mengerahkan askar manusia. Sudah tiada pilihan lain. Mereka benar-benar ingin merampas bumi kerana sumber mineralnya. Jadi, tolonglah jika awak ada peluang untuk musnahkan planet mereka, maka lakukannya,” arah Ketua Heli lagi. Ketua Heli beredar. Aku berjalan dan berdiri di tengah-tengah bilik yang sepatutnya menjadi tempat latihan namun kini telah bertukar sebagai tempat untuk berperang. Tempat biasa aku berdiri ketika melakukan latihan cuma bezanya ini bukan lagi latihan. Pasukanku memandang ke arahku seraya melakukan tabik hormat. Aku turut berbuat demikian. Setelah itu, mereka kembali menghadap ke skrin computer masing-masing. Aku turut memandang ke skrin komputerku yang memaparkan segala maklumat yang akan diberi oleh ahli kumpulanku nanti kemudian ke skrin gergasi itu. “Petra, maklumkan kepada saya apa-apa tentang The Soldier, tentang masa yang diperlukan untuk membuat tembakan dan keadaannya. Newt, beritahu saya jumlah askar robot yang tinggal setiap kali mereka diarahkan untuk keluar. Tody, maklumkan kepada saya tentang halaju yang boleh diterima oleh askar kita dan tekanan yang boleh mereka hadapi,” arahku. The Soldier merupakan sebuah alat menembak kawalan jauh yang berharga RM 127 Juta namun memerlukan 60 saat untuk mengecas kembali untuk melakukan tembakan lagi. Hanya aku, Petra, Newt dan Tody yang akan berada di atas bulatan untuk mengawal keadaan manakala ahli kumpulanku yang lain akan membantu kami dengan cara memerhatikan keadaan sekeliling, memaklumkan kepadaku sekiranya terjadi apa-apa dan mengawal askar robot sekiranya perlu. Newt, Petra dan Tody telah dilatih secara peribadi untuk mengawal mesin-mesin yang akan digunakan terutamanya Petra yang akan mengawal The Soldier. Aku memusingkan kepalaku dan melihat para ketua di atas. Aku mengangguk menandakan bahawa aku sudah bersedia. Aku melihat ke skrin di hadapan. Nampaknya para musuh sudah mula mendekati zon kami. Aku menggerakkan tanganku untuk mengawal skrin gergasi itu supaya membesar atau mengecil, mendekat atau menjauh untuk melihat segalanya tentang peperangan itu supaya aku dapat memikirkan serangan yang akan dilakukan dan memberi arahan. Ya, tugasku hanyalah untuk memikirkan serangan dan mengarah, bukan mengawal mesin atau askar, namun ini adalah tugas yang paling sukar kerana aku yang akan mengarahkan mereka jadi aku harus memikirkan apa kesan daripada arahanku ini sama ada baik atau buruk, kalah atau menang. “Apa yang perlu kita lakukan sekarang? Musuh semakin menghampiri, jarak mereka antara kita hanyalah 100 ribu km,” kata Tody sambil memandang ke arahku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskan nafasku perlahan-lahan. Aku menggerakkan tanganku untuk melihat jarak sebenar mereka. “ Petra, sorokkan sedikit The Soldier itu supaya tidak terlalu terdedah, Tody keluarkan askar awak sebanyak 1000 buah. 300 daripadanya yang mampu menembak daripada jarak dekat dan yang selebihnya yang mampu menembak daripada jarak jauh. Pastikan satu tembakan itu dapat menghancurkan sebarapa banyak askar musuh yang boleh,” arahku. Aku mula menggerakkan lagi tanganku untuk melihat apa yang terjadi. Ahli kumpulanku yang berada di kerusi masing-masing mula melakukan kerja mereka. “Jumlah askar yang tinggal hanya 350 buah. 150 berkembar dan 100 berseorangan. Jadi, berapa bilangan askar yang perlu dikeluarkan?” tanya Newt. “Keluarkan sebarapa banyak yang awak mahu tapi pastikan kebanyakan daripada mereka mampu menyasarkan jarak yang jauh. Jangan lebih daripada 1500 buah askar,” arahku. “Tody, berapakah jarak kita antara mereka? Apakah kemungkinan risiko yang bakal dihadapi sekiranya kita menghampiri mereka?” tanyaku kepada Tody. Tiba-tiba satu mesej masuk. Ianya daripada ahli kumpulanku yang berada di kerusi memaklumkan bahawa bahagian di sebelah kanan agak sengit kerana musuh cuba untuk masuk melalui situ. Aku mengayunkan tanaganku ke kiri agar skrin gergasi itu bergerak ke kanan untuk melihat sejauh mana sengitnya peperangan itu. ‘Tapi aku tidak boleh hanya mengumpulkan askar-askarku di sebelah kanan,’fikirku. “Saya rasa kita perlu menggunakan The Soldier di bahagian kanan supaya jumlah musuh dapat dikurangkan,” kata Petra. “Jangan, jika kesemua musuh yang berada disebelah kanan tidak dapat dimusnahkan menggunakan The Soldier, mereka akan mendapat tahu bahawa kita mempunyai The Soldier dan mereka akan menggunakan sesuatu yang lebih hebat. Tapi apa-apapun cas dulu The Soldier,” arahku. “Sudah, Max,” kata Petra. “Tody, berapakah jarak musuh yang berada di sebelah kanan dengan kita? Newt, adakah kita mempunyai bom yang dapat menghancurkan satu kawasan sekaligus. Jangan risau, askar kita hanyalah robot,” kataku. “Kita dan aset kita berada dalam lingkungan yang selamat jika ingin menggunakan bom yang berjarak 3000 km,” kata Tody. “Askar kita di sebelah kanan semakin berkurangan, jadi adakah kita akan menggunakan bom?” tanya Newt. Tiba-tiba satu lagi mesej terpapar di tepi skrin komputerku mengatakan bahawa kita harus melakukannya cepat kerana bilangan ahli musuh juga berkurang dan kebetulan para musuh yang sedang mendatang masih lagi jauh. Aku segera melihat ke skrin gergasi itu lalu mendepakan tanganku untuk zoom keluar. Ya, ahli musuh berkurangan. “Newt, keluarkan 500 buah askar dan cuba untuk membawa mereka ke sebelah kanan tanpa mereka sedari. Petra, bersiap sedia untuk menggunakan The Soldier. Tody, berapakah jarak musuh yang sedang mendekat dan bilangan mereka?” tanyaku.” Jarak mereka dianggarkan 50 ribu km dan bilangan mereka dianggarkan sebannyak 10 ribu,” kata Tody. Semua terkejut. ’10 ribu,’ getusku. ‘Walaupun bilangan askarku masih banyak namun jikalau setiap kali musuh yang datang berjumlah 10 ribu, habislah,’ fikirku lagi. “Baiklah, nampaknya mereka sudah terkepung. Bilangan bom yang kita ada hanya 100 buah,” kata Newt. “Baiklah, Newt. Berapa besar luas pengepungan itu?” tanyaku. “30 ribu km dan setiap satu bom hanya boleh mengebom seluas 500 km ,” balas Newt. “Baiklah, siapkan 60 buah bom dan 1, 2,” belum sempat aku habis mengira, Petra mencelah. “Adakah ini tindakan yang betul? Bom kita akan tinggal sedikit sahaja nanti,” kata Petra. “Tolong percaya pada saya,” kataku tenang. “Baiklah Newt, sekarang. Lakukannya,” kedengaran bunyi bom di merata tempat. Kejadian itu turut disaksikan oleh kami melalui skrin gergasi itu. “Kita tidak boleh hanya duduk dan menunngu sahaja. Ayuh mara!” arahku. “ The Soldier, sila bersiap sedia. Kita akan menembak kesemua askar musuh yang sedang mara itu,” kataku. “Max, adakah awak yakin dengan tindakan awak ini?” tanya kapten Andrew daripada bilik kawalan. “Sekali lagi saya cakap, tolong percaya kepada saya,” kataku tanpa memandang ke arah bilik kawalan itu. “Newt, keluarkan askar yang bilangannya mampu untuk menyorokkan sedikit The Soldier ini, kita harus menjaga The Soldier ini sebaiknya,” arahku. “Baik,” balas Newt. Tindakanku mungkin agak melulu namun ini adalah antara tindakan yang dirasakan wajar oleh aku daripada menunggu dan mara secara perlahan. “Baiklah kita semakin menghampiri mereka. Jarak 10000 km,” kata Tody. “Petra, berapakah maksimum jarak yang boleh ditembak oleh The Soldier?” tanyaku. “ 8000 km,” balasnya. “Kita semakin menghampiri jarak 8000 km,” kata Tody. “Newt, arahkan para askar untuk berada di hadapan The Soldier bagi menyembunyikannya,” arahku. Newt terus membuat apa yang disuruh. “Baiklah, ini adalah jarak yang sesuai,” kata Tody. “ Baiklah, sekarang Petra,” arahku. Petra terus memulakan serangan. Satu-satu persatu askar musuh mulai musnah. Akhirnya dapat juga kami melihat kemampuan sebenar The Soldier ini yang dikatakan mampu menembak 100 ribu askar dan mungkin sebuah planet kecil dalam satu masa. ‘Planet?’ fikirku. “Mereka sekarang sedang mengelilingi planet mereka untuk melindunginya,” kata Tody. “Berhati-hati, lihat sekeliling. Mungkin mereka ingin melakukan serangan hendap,” kataku. “Petra, berapa banyak masa lagi yang diperlukan oleh The Soldier untuk mengecas semula? Tody, berapakah jarak antara planet mereka dengan kita?” tanyaku

Para ketua yang berada di atas sudah terpesona dengan tindakan yang dilakukan oleh Max Alexander sebentar tadi. “Awak rasa adakah dia mampu untuk memusnahkan sebuah planet?” tanya ketua Akademi B kepada Ketua Heli. “Max suka membuat sesuatu yang tidak dijangkakan, jadi, tunggu sahaja dan lihat hasilnya. Saya tiada jawapan untuk itu,” balas Ketua Heli lalu kembali melihat ke skrin di hadapan.

“Baiklah, sekarang tiba masa untuk memusnahkan sebuah planet,” kataku perlahan. “Baiklah, ketua,” jawab ahli kumpulanku serentak. Kalau boleh, dia tidak ingin menghancurkan sesuatu kaum, tetapi dia terpaksa demi keselamatan kaumnya. Walaupun perlahan, namun tetap mampu didengari oleh semua penghuni ruang itu termasuklah para ketua di bilik kawalan. Ketua Heli memandang ke arah ketua Akademi B. “Kan saya dah kata, budak itu memang tidak dapat dijangka,” katanya. “Baiklah, berapa jarak mereka dengan kita?” tanyaku. “Hanya 9000 km dari planet mereka,” balas Tody. Satu lagi mesej terpapar di skrin komputerku mengatakan bahawa kita mesti musnahkan askar mereka dahulu sebelum musnahkan planet mereka, tetapi bagaimana? Aku terus memikirkan tentang itu. “Petra, adakah The Soldier sudah siap dicas semula? Dan, Newt, gunakan baki bom yang ada. Kesemuanya supaya ledakan daripada bom dan The Soldier bergabung lalu menghasilkan letupan yang kuat,” kataku sambil menekan skrin komputerku untuk mencari maklumat dan tiba-tiba… “Sekejap, kita mempunyai bom magnet? Bermakna,” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Tody mencelah “Tetapi bilangan bom itu tidak banyak,” katanya. “Tetapi bom ini mampu menarik magnet sejauh 1000 km. Walaupun kita hanya mempunyai 10 biji bom ini, namun ini sudah memadai,” kataku tenang. “Tetapi jarak yang diperlukan The Soldier adalah sekurangnya-kurangnya 5000 km untuk meletupkan sebuah planet kecil. Jadi, jika planet sebesar ini, mungkin kita memerlukan jarak 3000 km untuk berjaya,” kata Petra. “Tetapi saya risau sekiranya impak tekanan dari atmosfera mereka mungkin akan menghancurkan The Soldier,” kata Tody. “Baiklah, jika begitu, Newt, keluarkan 50 ribu askar robot kita. 40 ribu membaluti The Soldier bagi melindunginya, 10 ribu lagi cuba meniru bentuknya dan mengelirukan pihak musuh. Seperti klon, jadi Newt, berapa bilangan askar kita yang tinggal?” tanyaku. “100 ribu” balasnya. Kelihatannya para askar mula mengelilingi The Soldier bagi melindunginya dan yang lain pula meniru reka bentuknya untuk mengelirukan mereka. Perlahan-lahan kami mara. “Impak semakin kuat,” kata Petra. “Kita masih boleh bertahan. Newt, bersiap-sedia untuk jatuhkan kedua-dua jenis bom. Pastikan bom magnet yang dijatuhkan dahulu,” kataku. “”Kita harus cepat kerana The Soldier mungkin tidak dapat bertahan,” kata Petra. Satu mesej terpapar di skrin komputerku. Ianya daripada Ketua Heli. ‘Yakin pada diri sendiri, dan jangan tertekan’. Aku tersenyum. Dia sentiasa menyokong dan yakin dengan setiap perbuatanku. Aku kembali fokus. “Jarak kita menghampiri 3000 km,” kata Tody. “Newt, dekatkan jarak askar dengan The Soldier. Arahkan mereka untuk membuka sedikit ruang di hadapan untuk melakukan tembakan,” arahku. Bagus, nampaknya rancangan ini ternyata berjaya mengelirukan mereka. Kelihatan askar musuh cuba untuk menyerang klon The Soldier itu. “Jatuhkan bom magnet,” jeritku. Satu persatu askar musuh mula ditarik kecuali askar kami. Itulah fungsinya. Menarik askar lain tetapi bukan askar kami. “Baiklah. Dalam kiraan tiga,” semua kelihatan bersiap-sedia. “Satu, dua, tiga. Tembak sekarang dan segera menjauh,” arahku. Dengan segera, askarku mula bergerak menjauhi planet tersebut. Mujur tiada apa-apa terjadi kepada The Soldier dan tiada pertumpahan darah yang perlu terjadi. Kelihatan skrin gergasi itu memaparkan satu-persatu kemusnahan yang terjadi di Planet Trizon itu. Semua bertepuk tangan. ‘Akhirnya selesai,’ kata hatiku.

Kini, aku telah dilantik sebagai Jeneral Max Alexander di usia yang sangat muda. Penduduk bumi semuanya sudah mengetahui tentang aku termasuk Tom. Namun, aku pulang ke bumi bukanlah untuk disanjung atau apa-apa, aku hanya ingin berjumpa dengan kedua orang tuaku dan aku tetap harus kembali ke akademi itu pada minggu hadapan. Masih banyak perkara yang menanti diriku. “Macam tak percaya je apa yang telah jadi kepada diriku ini,” kataku sambil memandang ke luar tingkap. Betullah kata orang, kita harus yakin terhadap keputusan kita sendiri.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurfazilawani