Home Cerpen Cinta CINTA SKIZOFRENIA
CINTA SKIZOFRENIA
SRI
20/9/2017 17:51:50
1,555
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

CINTASKIZOFRENIA


Harun merasa terlalu gembira hari ini. Akhirnya penantianuntuk mendirikan rumahtangga telah tercapai. Kegembiraannya dua kali gandakerana isterinya, Maisarah adalah seorang perempuan yang menjadi dambaankebanyakan para lelaki. Harun merasa sangat bersyukur kepada Allah kerana dalamramai-ramai lelaki yang ada, dialah yang bertuah kerana telah terpilih menjadisuami Maisarah.

 

Bagi Harun, dirinya tidaklah sepadan dengan Maisarah.Maisarah adalah wanita yang cantik, lemah lembut, berpendidikan dan seorangyang pandai menguruskan rumah tangga. Maisarah juga seorang yang patuh kepadaibu bapanya. Mudah kata, Maisarah ini wanita yang berpakej lengkap. Harundijodohkan dengannya atas persetujuan ibunya. Maisarah hanya menurut. Hitamkata ibunya, hitamlah bagi Maisarah, putih kata ibunya, putih jugalah bagiMaisarah. Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan sikap Maisarah. Maisarahseorang yang pemalu. Dia adalah wanita yang sangat menitik beratkan amalanagama Islam. Dia sangat menjaga peribadi sebagai wanita Muslimah. Tudungnyalebar, bajunya longgar dan kakinya disarung sarung kaki jika mahu keluarkemana-mana. Jika berjalan kepalanya menunduk lebih-lebih lagi jika berjalan dihadapan para lelaki. Langsung mukanya tidak ditoleh. Wanita solehah! Lelakimana yang tidak bahagia kalau Maisarah menjadi suri hatinya. Syurga dunia sudahdidapatkan oleh Harun!

 

Harun hanya bekerja di kebun pisang. Pendidikannya tidaktinggi. Hanya tamat sekolah rendah. Itupun sudah cukup bagus kerana dia tahumembaca dan menulis. Dia tidak meneruskan belajar tinggi kerana otaknya tidakterlalu bijak. Untung bapanya punya kebun sawit dan bendang. Dapatlah diamenyara Maisarah dengan hasil kebun yang ada. Kebun sawit yang menjadibahagiannya telah dilanyak separuh dan dibikin rumah. Maisarah harus disediakanrumah yang selesa supaya nanti hatinya gembira dan dapat melayannya sepenuhhati. Dia mahu membina keluarga yang bahagia dan dan kelak jika disinari cahayamata dia akan mengajarkan kasih sayang yang teramat erat! Itulah impiannya sejakmula-mula pandai berangan-angan untuk berkahwin. Sejak zaman remaja lagi!

 

Maisarah, walaupun Harun sudah bergelar suaminya, dia masihmalu-malu. Bicaranya dengan suaminya begitu perlahan dan lembut sekali. Seakanberbisik-bisik. Harun tersengih-sengih sendiri mengingat akan hal itu ketikadia berada di kebun memetik sawit atau membaja sawah. Dia terkenang-kenangMaisarah yang pemalu dan lemah-lembut itu. Bagaimana Maisarah tidak malu? Harunhanya dikenalinye setelah selesai akad nikah. Dia tidak mengenali Harun samasekali. Hanya dikenalinya dengan curi-curi melalui perbualan ibu dan kakaknyasemasa keluarga Harun datang merisiknya dahulu. Bagi Maisarah, Harun orangnyarajin bekerja dan pandai mengambil hatinya. Selalu saja dia menerima hadiah.Padahal dia tidak meminta-minta. Dia tahu bahawa Harun sangat menyayanginya.Harun juga orang yang sangat menitik beratkan agama walaupun dia tahupendidikan Harun bukanlah tinggi. Maisarah bersyukur kerana Allah telahmengabulkan doanya supaya dianugerahkan kepada jodoh yang baik dan beragama.Kekayaan tidaklah berada di dalam senarai doanya kepada Allah. Dia hanya lelakiyang bleh membawanya ke syurga!

***

Tahun demi tahun, Hidup Harun dan Maisarahbertambah-tambahlah bahagia dengan disinari cahaya mata yang menjadi penyejukbagi mata yang memandang dan hati yang penuh dengan kasih dan sayang. Maisarahseorang ibu yang lemah lembut terhadap anak-anaknya. Harun juga tidaklahterlalu garang terhadap anak-anaknya. Namun, Harun agak tegas terhadapanak-anaknya. Maisarah tidak pernah memukul anak-anaknya. Maisarah selalumenasihati Harun supaya jangan mendidik anak dengan kekerasan. Anak-anak yangkerap di kasari akan berjiwa kasar juga sekiranya mereka besar kelak. JikaHarun bersikap keras terhadap anak-anaknya, maka Maisarahlah tempat anak-anakmengadu dan dipujuklah oleh Maisarah sehingga hilanglah rajuknya dan jikadisuruh akan Maisarah supaya kembali duduk di pangkuan Harun si anak mahumenurut! Bagitulah kasih Maisarah terhadap anak-anaknya.

 

Bab solat amatlah Maisarah pelihara terhadap anak-anaknya.Selagi belum terangkat punggung anak-anaknya untuk bersuci tidaklah akan diammulutnya dari berpesan. Diselitnya beberapa kisah-kisah mengerikan tentangorang-orang yang tidak bersembahyang. Tidak pernah dia mahu mengancam dengankekerasan dahulu. Biasanya akan diancam dengan mulut sahaja. Diajarkannyakisah-kisah mengenai segala mara bahaya orang yang tidak bersolat. Semuaceritanya adalah benar yang dipelajarinya dan yang diulang telaahnya sendirisekiranya kisah itu mula luput dari ingatan. Begitulah perilaku Maisarahterhadap anak-anaknya.

***

Pelangi tidak sering ada menghiasi langit hidup Harun. Panastidak selalu hingga ke petang. Terkadang ada hujan yang menghinggap hari itu.Terhias oleh guruh dan kilat yang mewarnai sehari yang disangka selalucemerlang. Selepas melahirkan anak yang keenam, Maisarah sudah jarangbercakap-cakap dengan Harun. Maisarah lebih suka untuk mengurung diri di dalambilik. Jika sebelum ini kepulangan Harun disambut dengan wajah manis danberbaju lawa. Kini hanya senyuman sepi tak bernada. Dicedoknya nasi laludituangnya air ke cingkir kaca. Kemudian tidak ditunggu lagi Harun menjamu.Ditinggalkannya Harun termangu-mangu makan seorang diri. Perut yang lapar tidakrasa mahu diisi kerana hati tidak gembira. Kenapa suri hatinya sudah tidak mahumenemaninya bersantap lagi? Selepas habis makan diturut isterinya di kamar.Maisarah hanya baring mengiring menghadap wajah si anak yang lena di atas katilsetelah kenyang minum susu dua puluh teguk. Wajah Harun tidak dipandanglangsung. Jeling pun tidak. Maisarah seolah-olah tekun memandang anak yangseumpamanya ada bahaya yang bakal menimpanya. Padahal elok saja anak itu tidursambil mendengkur halus. Harun buntu, apakah dia ada membuat salah sehingga surihatinya merasa dongkol hati terhadapnya. Tetapi setelah diselidiki segenapfikiran, rasanya tidak ada pula. Semua janjinya terhadap Maisarah setakat inisudah ditunai. Harun lesu, terus diangkat punggung mahu membersih diri dansolat. Sebentar lagi anak-anaknya mahu pulang. Harunlah yang akan menjemputnya.

 

Mula dari saat itulah, Maisarah sudah tidak mahubercakap-cakap lagi dengannya. Ditanya Harun berkali-kali tidak dipeduli.Mukanya hanya menekur saja ke lantai. Hampir saja hilang pertimbangan Harun.“Apa aku ini bercakap dengan tunggulkah? Jika ada salah dijelaskan apamasalahnya. Jangan bikin kusut fikiran dengan diam seribu bahasa seperti ini!”Harun terlepas juga suara kerasnya kepada Maisarah. Padahal selama hidup tidakpernah dia meninggi suara. Namun kali ini sudah tidak mampu ditahan batinnyatentang perilaku Maisarah yang begini. Hidup berumahtangga jika tidak adabicara sekerat habuk apa namanya perhubungan! Bisa menjadikannya edan jikaberterusan begini. Paling membimbangkan Harun ialah apabila Maisarah seringmengunci kamar dari dalam bilik. Diketuk berkali-kali tidak pula dihiraukan.Menunggu ketukan yang agak keras baru dibukanya. Itupun wajahnya sepertiketakutan. Seperti mahu menerima hukuman mati dari Harun. Pakaian yang dibasuhjuga tidak terlipat olehnya. Dilonggokkan sahaja di penjuru rumah. PadahalMaisarah orangnya rajin dan tidak pernah ada baju yang berlonggok di mana-mana.Apatah lagi baju yang bersih!

 

Semakin hari Maisarah semakin menjauhi Harun. Anak-anak jugasudah tidak keruan! Makan minum tiada yang mengatur, urusan rumahtangga sudahkacau bilau. Hidup Harun jadi tidak tentu arah. Sudah berapa bulan dia tidakpergi ke kebun. Dia bimbangkan Maisarah dan anak-anak. Diajak pergi berubat dihospital Maisarah tidak mahu. Siapapun yang memujuk Maisarah tetap enggan!.Jangan dia dikasari, nanti makin hatinya terkunci rapat serapatnya. Tidak adasiapa yang boleh menyentuh. Rumah Harun seperti dilanggar geroda. Harunterkial-kial mengurus anak kecil dan juga anak-anaknya yang lain. Sudah banyakhari anaknya tidak ke sekolah kerana Maisarah tidak boleh ditinggal! Bimbangapa-apa terjadi padanya. Sekarang keadaan Maisarah makin parah. Sudah pandaimembuang-buang barang. Baju-baju berlonggok dirasakannya menyemakkan mata. Mahudikemas. Caranya mudah. Dilonggokkan di atas kain pelikat. Kemudian diikatbonjot. Lalu diangkatnya dan dibawa turun terus di humbankan di dalam parit.Berhampiran tempat pembuangan sampah pula!. Diambil Harun semula di bawakerumah. Maisarah  melihat Harun yang membawanaik bonjotan berisi kain yang dibuangnya tadi lalu dia mendengus, bergegasdirampas dan dibawanya lagi dengan termengah-mengah ke parit semula beberapakali. Kali kelima begitu saja, Harun sudah hilang tenaga! Dibiarkannya dahulu.Nanti malam jika Maisarah lena akan diambilnya semula. Akan di sorokkannya dibelakang tilam. Jangan sampai dilihat Maisarah!.

 

Piring gelas dan mangkuk segala di balingkan ke bawahmelalui tingkap. Berdentum-dentum bunyinya. Nasib baik Harun sempat mengelak.Kalau tidak terbelah tengkorak kepalanya! Ketika itu dia baru selesai menjerangbaju. Meloncat dia terkejut siapa yang melayangkan pinggan kaca di ataskepalanya tadi. Harun sudah mengagak, ini pasti kelakuan Maisarah yang sudahtidak siuman!. Berlari-lari dia naik kerumah. Dilihatnya, Maisarah sudah siapmenumpukkan pinggan di tangan, tinggal mahu dilayangkan saja. Pantas direnggutHarun. Dirampas lagi piring-piring itu. Berjaya. Eh kuat sekali tenaga iniperempuan! Harun tidak mahu merampas barang itu semula. Tenaga lelaki tidaksetanding dengan perempuan. Bimbang nanti dia akan menyakiti Maisarah. Diatidak mahu bercakaran dengan Maisarah berebut pinggan yang kotor itu. Harunmelihat saja Maisarah membuang-buang pinggan. Berlinang-linang air matanya.Aduhai Maisarah, apakah penyakit yang kau deritakan ini. Sehingga beginiperilakumu. Kembalilah peribadimu yang dahulu Maisarah. Abang sudah letihmenangiskan keadaanmu. Hati abang hiba Maisarah! Pulanglah Maisarahku yangdahulu. Humaira si kecil yang sedari tadi diam menyaksikan drama ayahanda danbondanya berebut piring meluru kepangkuan. Seolah-olah mengerti akan dukadihati bapanya kerana mengenangkan keadaan ibunya yang sudah gila meroyan!

 

Barang-barang di rumah semuanya mahu dibuang di dalam parit.Geram Maisarah jika mendapati barang-barang yang sudah dikemaskan dan dibuangdi parit itu ada semula di dalam rumah. Dia tahu ini mesti kelakuan lelaki yangdipanggil orang Harun itu. Kenapa orang itu selalu mengacau hidupnya? Segalaperkara yang dikerjakannya selalu diperhati oleh lelaki itu. Jika dia berasaterlalu rimas dan jengkel diperhatikan oleh lelaki itu, akan dijelingnya dandia mendengus dengan kuat. Apabila begitu, lelaki itu akan menoleh kearah lainataupun melakukan kerja-kerja lain. Matanya tidak memerhatikan Maisarah lagi.Maisarah tidak tahu, Harun akan tetap memerhatikan perilakunya walaupun denganekor mata! Selalu Harun yang akan mengelek Humaira yang sudah berumur 8 bulankesana kemari. Kadang-kadang sedang leka anak itu bermain bersama Harun,Maisarah datang dan terus melarikan Humaira ke dalam bilik. Lalu dikunci. Harunterkasima, lalu dia menurut Maisarah ke bilik. Rupanya dikunci oleh Maisarah.Dilekapkan telinganya kemuka pintu. Terdengar suara Maisarah mendodoikananaknya itu dengan nyanyian dan zikir-zikir. Merdu sekali suara itu. Harunduduk dimuka pintu. Mendengarkan suara Maisarah bernyanyi, terkenang Harundahulu sebelum Maisarah sakit, sering dia meminta Maisarah mendendangkan laguuntuknya. Maisarah mula-mula malu. Lama-lama sudah terbiasa dan bakat suaramerdunya makin terserlah. Terbit senyum di bibir Harun. Kini senyumannya telahbergabung dengan air mata. Ada gembira dan ada hiba!

***

Harun dan Maisarah kini sama-sama sudah tua. Maisarah masihtetap sakit. Kerana umur yang sudah tua, badannnya tidak pula secergas dahulu.Syukur, walaupun dia sakit, dia masih lagi taat beribadah kepada Allah.Sembahyang dengan hanya terbaring sambil mulut terkumat kamit. Maisarahsekarang sudah boleh berbicara dengan Harun. Suaranya begitu perlahan danhalus. Seakan berbisik. Begitupun sudah cukup membuat Harun gembira. Jika Harunmahu berangkat keluar, di ajukan kepada Maisarah apa yang dia mahukan. Kuih apayang mahu dibelikannya. Perlunya apa Maisarah semuanya dituruti. Segalanyahanya kerana diturut rasa cinta dan kerana tanggungjawab. Harun telah memahamibegitu dalamnya janji yang diambil daripada Allah taala di hari pernikahannyadengan Maisarah. Mithaqon Gholizo! Maisarah bukan hanya seorang perempuan yanghanya layak disayangi dan dijadikan orang menunggu rumah ketika waktu bahagia,cantik dan elok. Tetapi ia juga harus disayangi, dipelihara ketika waktu diajatuh, rendah, lemah dan sakit. Ketika itulah cinta manusia teruji. Harun telahberjaya membuktikan bahawa dia bukanlah lelaki cinta wajah jelita tetapi adalahlelaki yang mencintai dan beramanah kepada Tuhan! 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh SRI