Home Cerpen Cinta MENGANGKASA
MENGANGKASA
NUR IMANI
8/2/2018 19:01:16
1,426
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

CERPEN MENGANGKASA BAB 1

Musim bunga sakura sudah menjelang tiba. Han Na Kyung tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan kecantikan semula jadi ini. Bukan selalu dapat peluang untuk melihat keindahkan bunga sakura ini. Setahun sekali mungkin?

Berkulit putih kemerah-merahan, bibirnya merekah bak delima merah, pipinya pauh dilayang, matanya sedikit cepek, serta rambut hitam panjang mengurai. Dialah Han Na Kyung. Gadis korea yang memiliki kecantikan semula jadi. Persis seperti kumtuman bunga sakura.

“Abang! Kenapa lambat sangat datang? Rose ada benda penting ni nak story!” suara seorang gadis melayu menganggu perhatianya untuk menghasilkan sebuah puisi dalam bahasa korea. Dia memaling kearah suara itu. Senyuman masih lagi diukir kearah gadis melayu itu.

Sorry la. Abang kena siapkan tugasan penting tadi? Hah, ape hal nak jumpa?” lelaki dihadapan gadis melayu itu mula tidak sabar.

“Perniagaan Rose dekat sini untung bang! Wei, Rose happy giler! Jom Rose belanja abang makan…” gadis melayu itu melompat keriangan.

“Alah, yang tu je ke? Ingat kan apa?” lelaki itu menyangkan muka tak ada perasaan.

“Eh, boleh pula ke situ! Biarlah Rose nak cerita apa pun. Lagipun abang je sepupu yang Rose ada. Ops! Sambung lagi, dan menetap sama-sama dekat Soeul. Sweet kan kita bang?” gadis melayu itu bergurau.

“Eh, tak hingin aku dekat kau! Aku kalau nak khawin sekali pun, aku tak akan khawin dengan orang yang ada kene mengena dalam keluarga la.” Lelaki itu menayangkan muka menyakitkan hati.

“Amboi, sedap je mengata Rose kan! Ingat Rose hingin sangat khawin dengan abang?” gadis melayu itu bercekak pingang.

“Marah dah…” lelaki itu tergelak kecil.

 

Perbualan antara gadis melayu dan lelaki itu masih lagi menjadi tumpuan Han Na Kyung. Han Na Kyung memerhati dengan penuh khusyuk. Mana tahu akan datang idea untuk membuat puisi?

 

“Apa Sa?” lelaki itu menundukkan pandanganya kearah sepupunya, Rose.

“Nurraysa!” gadis melayu itu tersenyum riang!

What Nurraysa?” suara Han Na Kyung menjerit. Rupanya dia masih lagi memerhati perbualan mereka.

Gadis melayu yang perasan akan suara itu segera menyampuk semula. Dia memandang kearah Han Na Kyung “Nurraysa is one of the beauty product. No harmful chemical but comes with nature ingredients. If you intersting with this product. You can buy with me…

Melopong mulut lelaki yang berhadapan gadis melayu tadi. “Sempat lagi kau promote Rose…”

Well, usahawan berjaya kena la macam ni” gadis melayu itu menyiku lengan lelaki disebelahnya.

Its okey. Thank you…” Han Na Kyung menundukkan kepalanya berkali-kali lantas bangun dan beredar daripada situ.

“Tak malu.” lelaki disebelah gadis melayu itu mula mengaru-garu kepalanya.

“Biarlah…” dia meninggalkan abang sepupunya.

“Hoi, hoi! Kata nak belanja abang!” lelaki itu memanggil.

“Ada ke?” gadis melayu itu menyoal.

“Ada kut?” sepasang mata lelaki itu memandang ke atas.

“Hahaha, dah jom” mereka jalan beriringan meninggalkan kawasan tasik yang dipenuhi pohon sakura.

 

CERPEN MENGANGKASA BAB 2

Buku yang lengkap dengan pelbagai jenis puisi mendarat diatas meja. Dia melulu ke bahagian dapur. Peti sejuk dikuak, lalu dia mencapai sebotol air mineral. Dia meneguk dengan penuh rakus!

Sejenak kemudian telefon bimbit, membunyi.

Dia mencalit sedikit pada skrin.

Annyeong appa… (Hello ayah)” dia menyapa. Kepalanya diangguk berkali-kali.

Gwaenchanh-a. (Tidak apa-apa)” dia membalas.

Okey. Saranghae appa (Okey, saya sayang ayah)” Panggilan dimatikan.

 

Dia menghempas tubuhnya diatas sofa yang empuk. Buku catatan diambil disebelah. Tertera namanya dalam bahasa korea, Han Na Kyung. Dia menulis sesuatu lalu bibirnya tersenyum.

 

Han Na Kyung menukar ke posisi duduk. Dia mengambil alat kawalan jauh. Punan ditekan. Siaran kegemaran akan bermula dalam beberapa minit.

Siaran Legend Of The Blue Sea telah bermula. Keterujaan Han Na Kyung bukan main kepalang lagi!

 

Dia asyik dalam jalan cerita Drama itu. Dia begitu cemburu kepada kecantikan si Heroin. Cermin dihadapannya dipandang dengan pandangan yang lama. Dia mengeluh!

Secara tidak langsung, punan off ditekan. Siaran yang menceritakan tentang kisah romantik dan dongeng lenyap begitu sahaja.

 

Han Na Kyung akui! Dia begitu meminati artis korea. Minat kepada artis pujaan, sehingga menyebabkan dia hilang akal kadang kala? Hm, maksudnya diluar kawalan. Yela, tengok je artis korea dalam televisyen dah terlompat-lompat. Macam beruk daaa (Filem P-Rample)

Oppa! Oppa! Oppa!

Puja serupa oppa mampu bawa dia ke syurga

Sedih.

 

Berangannya terhenti seketika. Dia tersedar. Jaket yang disangkut disebelah sofa dicapai. Dia menyarung dengan kemas. Niatnya untuk keluar bersiar-siar. Keluar lagi?

Setelah pintu dikunci. Han Na Kyung mengorak langkah ke deretan kedai-kedai kecil. Dia menyapu kedua belah tapak tangan dengan sekuatnya. Sejuk barang kali?

 

Gedebusss! Tubuhnya bergesel dengan jasad seorang jejaka. Buku yang dibawa si jejaka itu jatuh berangtakkan.

Im, so sorry” Han Na Kyung menunduk berkali-kali. Dia mengutip kembali buku yang terjatuh itu.

Matanya terpampang pada nama dihadapan buku tersebut. Fateh Qayyum. Nama si jejaka dihadapannya.

Dia mengutip kesemua buku itu, lalu dihulur kepada tuan empunya.
 “I am really sorry Sir. Your name Fateh Qayyum's right? from Malaysia?” ramah Han Na Kyung menyoal. Tebakannya mungkin betul? Yela, dah nampak nama dekat buku dia kan?

 

Terkejut tuan empunya diri. “You know my name?

Han Na Kyung tergelak kecil. “Yes, I see your name. Here, at your book” jari jemarinya menunjuk tepat diatas buku jejaka itu.

Pipi jejaka itu berona merah. Dia tertunduk. Loading seketika. “Oh ya! Yes, yes. Im from Malaysia. I’m sorry, I have to hurry!” jejaka itu meninggalkan jasad Han Na Kyung.

 

Wah, good and nice his name” Han Na Kyung tersenyum, namun senyumanya tiba-tiba terhenti.

 

Terpapar dihadapanya sebuah papan iklan. “BEAUTIFUL JUST WITH INJECTIONS!”

 

Matanya tidak berkelip! Langkah kaki cepat-cepat mengorak, masuk kedalam kedai tersebut.

 

Bersambung…

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NUR IMANI