Home Cerpen Cinta Saya Tunggu Awak!
Saya Tunggu Awak!
Annull Misnan
16/6/2017 02:45:43
24,377
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Jam yang berada ditangan pantasku kerling. Ya allah, dah pukul 6 petanglah. Aku dah janji dengan mama nak balik awal hari ni.

Tanpa menunggu lama meja yang bersepah dengan fail-fail aku tinggalkan. Hanya Laptop yang aku ambil dan masukkan ke dalam beg hitamku. Setelah memastikan handphone dan purse aku ambil, aku terus keluar dari pejabatku.

Saat keluar dari bilikku mata aku meliar ke seluruh penjuru officeku. Ya allah, kosongnya. Agak dah tinggal aku seorang je rupanya. Tanpa menunggu lama aku terus berlalu keluar dari office kerana aku takut terlambat untuk sampai dirumah mama.

Sampai sahaja ditempat parking kereta aku terus menghidupkan enjin kereta. Setelah memastikan ejin kereta sudah panas aku terus menekan pedal minyak dan setelah itu, kereta aku terus meluncur laju membelah jalan raya.

Hanphone yang berbunyi sejak tadi aku biarkan tanpa dijawab. 

Bukan aku tak tahu tu mesti mama yang call. Nanti kalau angkat mahu kena bebel. Tak sanggup aku!

Akhirnya setelah 30 minit aku memulakan perjalan, aku tiba juga dihadapan rumah mama yang terletak di perumah elite. 

Aku panggil rumah mama sebab aku sendiri tak duduk disini. Aku duduk dirumahku sendiri. Jadi aku kembali ke rumah mama pada petang inipun sebab mama panggil.

Setelah mengucapkan salam. Pintu utama rumah terus ku tolak.

          “Waalaikumusalam. Ha! Long, sampai pun kau.” Rycmal yang berada di kawasan utama rumah pantas menegurku.

         “Sorry Ngah aku terlambat sikit. Sebenarnya aku terlupa pasal dinner ni.” 

Rycmal hanya tertawa mendengar celotehku. Aku yakin yang dia dah masak dengan perangai kakak dia ni. Al-maklum, aku seorang je yang selalu lupa pasal benda yang remeh macam ni.

Mata aku meliar melihat sekeliling rumah untuk mencari kelibat mama. Tapi langsung tidak kelihatan.

           “Mama ada tu ha dekat dapur dengan Anem.” Rycmal yang perasan kelakuan aku pantas menjelaskan keberadaan mama.

Oh nasib mama dengan Isteri si Angah ada dekat dapur rupanya. Ni kalau mama Nampak aku ni, mahu dengan aku sekali diheret ke dapur. 

Tanpa menunggu lama aku terus melangkah untuk naik ke tingkat atas tapi baru sahaja aku melangkah beberapa anak tangga aku dapat mendengar suara mama memanggilku.

        “Ha! Kamu nak pergi mana tu Along?” Alamak kantoilah pula. 

Aku hanya mampu menayang sengeh pada mama.

        “Dah lah lambat lepas tu pandai eh senyap-senyap nak naik atas. Dah! Mari tolong mama dengan Anem dekat dapur.” Aduh. Ingat selamat sekali kena juga.

Aku hanya membuntuti langkah mama menuju kedapur dengan langkah yang longlai.

Aku bukan tak pandai masak atau malas nak tolong mama. Tapi aku tak nak dengar ceramah dari mama pasal kahwin. Aku tahulah yang adik aku pun dah kahwin sedangkan aku yang dah umur 29 tahun ni masih tak kahwin-kahwin lagi.

Bukan aku tak nak kahwin tapi jodoh yang tak sampai lagi nak buat macam mana.

…………


Dari tingkat atas aku dapat mendengar laungan mama yang memanggil namaku. Aku tak faham kenapa mama yeye sangat suruh aku siap cantik-cantik segala bagai ni. Macam nak jumpakan aku dengan bakal suami je.

Dengan baju kurung moden yang tersarung di tubuh aku pantas meyusuri anak tangga untuk ke tingkat bawah.

Ni lagi satu hal. Mama sampai sanggup belikan aku baju kurung moden ni buat aku, macam something wrong lah.

            “Ha! Cantik pun anak mama.” Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke tingkat bawah mama terus memujiku dan ikuti oleh Rycmal dan isterinya.

 Walaupun aku berasa tidak berapa selesa dengan baju ini tapi aku rasa badan ku sedikit kembang apabila di puji bergitu. Hahaha!

            “Cantiklah tudung yang Along pakai ni sesuai dengan warna baju kurung moden ni.” Aku hanya mampu tersenyum simpul dengan pujian Anem itu.

Setelah puas dipuji mata aku terus tertumpu pada meja makan. Ya Allah! Banyaknya makanan.

            “Mama mana Papa? Along dah lapar ni.” Perut yang lapar aku usap berkali-kali.

 Bukan apa memang tengah lapar sangat ni cacing dalam perut pon dah main lagu ghazal dah ni.

            “Papa dekat luar tengah tunggu kawan dia sampai. Tapi mama rasa mereka dah sampai tu. Jom kita ke pintu jemput mereka masuk.” What? Kawan papa. Patutlah mama sampai masak banyak macam ni. Haih!

Aku, Rycmal dan isterinya terus membuntuti langkah mama yang sudahpun menuju ke pintu utama.

Dari kejauhan aku dapat melihat seorang wanita yang agak sedikit berumur tapi gayanya Nampak sedikit anggun sedang bersalam dengan mama. Mereka kelihatan agak sedikit mesra macam dah lama kenal.

Well tukan kawan Papa. Dah kalau kawan Papa mesti kawan mama juga. Apalah kebebal sangat aku ni. Tanpa sedar aku tersenyum sendiri.

Aku dan Anem terus menyalami wanita itu. Tapi saat aku menyalaminya, dia terus menarik aku kedalam dakapannya sambil mengosok-gosok tubuhku. Bukan itu sahaja pipi aku juga turut menjadi mangsa ciumannya dan aku hanya merelakan.

‘Ya allah, selamatkalah hambamu ini.’ Aku hanya mampu berdoa supaya makcik tersebut melepaskan kau.

        “Ya allah, dah besar ye kamu Ryca.” Ujar makcik itu setelah tubuh aku dilepaskannya.

Dia kenal aku?

        “Lah kamu tak kenal ke? Ni Aunty Sara lah yang duduk sebelah rumah kita yang dekat Johor dulu.” Terang Mama padaku. Seseolah dia paham yang aku sedang binggung pada saat itu.

Aunty Sara? Johor? 

Kami sekeluarga pindah Kuala Lumpur ni saat aku berumur 15 Tahun dan sekarang aku dah 29 Tahun. Mak ai,14 Tahun lamanya!

 Jiran mana satu ye? Yang belah kanan ke kiri? Eh jap! Rumah aku kat Johorkan ada 2 buah rumah je yang sebelah menyebelah.

        “Owh! Ya Allah. Baru Ryca ingat Aunty Sara dengan Uncle Fared kan.” Aku melihat mereka semua menganggukkan kepala tanda mengiakan hujahku.

        “ Uncle dengan Aunty sihat?” Aku mula berbasa-basi.

        “Sihat Alhamdulillah Ryca.” Uncle Fared membalas persoalan aku.

Setelah itu mama dan papa terus menjemput Uncle Fared dan Aunty Sara untuk masuk. Yes! Makan time.

Aku membiarkan mereka semua untuk jalan terlebih dahulu bagi menghormati mereka.

        “Assalamualaikum.”

        “ Waalaikumusalam.” Dengan pantas aku menjawab salam. Eh kejap! Semua dah masuk rasanya. Abis siapa ang bagi salam?

Aku terus memusingkan badan untuk melihat gerangan siapakah yang memberi salam.

Aku terpanar untuk seketika. Siapakah jejaka manis yang sedang tersenyum didepan aku ni? Aku merenung lelaki itu dari atas hingga ke bawah. Walaupun dia hanya berkemeja biru cair dan lengan bajunya pula dilipat pada paras siku tapi dia Nampak berkarisma dan bergaya.

Hem!

Telingga aku dapat menangkap bunyi orang berdehem.

Eh alamak! Sorry terberangan pula. Hahaha!

         “Kau siapa?” Aku pantas menyoal setelah aku yakin yang akal aku telah kembali kealam nyata.

         “Awak tak ingat saya?” Dia menyoal aku kembali.

            “Eh. Budak ni! Kita tanya dia dia tanya balik. Aku cepuk kang!” sebuah jelingan maut aku hadiahkan buatnya.

Tapi hanya sebuah tawa yang kedengaran. 

Budak ni metal short ke? Aku perli dia, dia boleh bantai ketawa? 

Pelik!

Tanpa banyak bicara aku terus meninggalkannya di muka pintu dan aku terus berlalu ke meja makan dan menggambil tempat disebelah mama.

        “Ha! Fayyad lamanya kamu ambil barang?” Soal Aunty Sara saat melihat lelaki itu tadi tiba di meja makan bersama sebakul buah. Setelah itu, dia terus meletakkan buah tersebut di atas meja kopi yang berada didekat meja makan.

        “Maaf Ma, Pa ,Uncle dan Aunty. Tadi Yad  kena angkat Call urgent tadi. Maaf ye semua.” Ucapnya pada kami.

        “ Bro!” Rycmal yang sedang duduk di kerusi terus bangun dan menyapa lelaki itu. Setelah itu, mereka saling berpelukkan.

        “ Lama gila tak jumpa kau Mal. Aku dengar kau dah kahwin ye?” setelah pelukan dirungkai lelaki itu terus bertanya pada Rycmal.

        “Haah bro. ni kenalkan isteri aku. Nama dia Anem Aira.” Terang Rycmal sambil menunjuk-nunjuk Anem yang sedang duduk disebelahnya.

        “Ngah kau kalau nak sesi jejak kasih tu, esok-esok lusalah aku lapar ni.” Selesai saja berkata bergitu mama terus menampar kuat lenganku.

         “ Sakitlah ma.”

         “Padan muka! Lain kali jaga adab tu sikit. Kita ada tetamukan.” Setelah itu, barulah aku sedar yang semua mata sedang memandangku pada saat itu.

         “Erm, sorry Uncle, Aunty.” Pemintaan maaf aku lontarkan buat mereka.

         “Its okey Ryca. Uncle dengan Aunty faham.” Ujar Uncle Fared dengan senyuman.

Setelah itu, lelaki it uterus mengambil tempat disebelahku.

 Eh, kenapa dia duduk sebelah aku ni?

Setelah memandang muka-muka yang berada dimeja makan pada saat itu, barulah aku perasan yang semua tempat dan penuh.

Usai sahaja doa makan dibacakan oleh lelaki itu, kami pun mula menjamu makanan yang dimasak oleh mama.

          “Erm, sedapnya sambal udang petai ni Kak Za. Akak ke yang masak?” Soal Aunty Sara.

   “Sedap ke? Kalau Sara nak tahu. Semua lauk ni Ryca lah yang masak.” 

Uhuk!!

Tiba-tiba sahaja aku rasa seperti ada tulang ikan yang tersekat dikerongkongku padahal mama mana ada masak lauk ikan. 

Saat aku tersedak. Tanpa berfikir panjang aku terus mencapai segelas air yang berada diatas meja.

Setelah habis satu gelas air barulah aku meletakkan semula gelas itu di atas meja.

Aku masak? Bila masa? Apa Game yang mama cuba nak main ni?

         “Ryca okey ke?” Aku hanya balas soalan Aunty Sara dengan anggukkan sahaja.

Setelah itu, aku terus menyuap kembali makanan yang masih berbaki.

     “Awak okey?” Soal lelaki yang berada disebelahku. Aku hanya membalasnya dengan jelingan sahaja.

Banyak tanyalah mamat ni.

      “Mestilah okeykan. Dah segelas air saya awak habiskan.”

Gulp!!

Gelas panjang kosong yang berada di sebelah kiri lenganku, aku kerling. Kemudian aku kerling pula gelas panjang yang berada dikanan lenganku.

Ya Allah. Aku terminum air dialah. Malunya!

       “Erk, sorry. Aku tak sengaja.” Ujarku perlahan.

Dia hanya tersenyum memandangku. Setelah itu, dia terus mencapai jag air yang berada didekatnya dan menuang air kedalam gelasnya.

Sewellah mamat ni.

……………..

 Selesai membantu Anem dan Kak Na  mengangkat pingan dan mangkuk yang kotor dari atas meja aku terus membancuh air kopi buat Uncle Fared dan Aunty Sara. Selesai membancuh kopi aku terus menatang sedulang kopi kebahagian ruang tamu rumah.

       “Jemput minum Uncle, Aunty, Ma, Pa.” Pelawaku sambil menuang air kedalam cawan kopi.

Setelah itu, aku terus membawa diri ke taman luar rumah.

Tiba sahaja diluar rumah aku terus duduk dibuaian besi yang terletak diluar rumah itu.

Dari atas buaian aku dapat melihat Rycmal sedang berborak dengan lelaki yang bernama Fayyad itu di tepi kolam renang.


14 Tahun yang lalu.

        “Along jomlah kita pergi rumah Yad. Angah bosanlah duduk rumah je dari tadi.” Ajak Rycmal sambil menarik-narik tangan aku.

         “Sakitlah! Aku cepuk juga kau ni kang.” Balasku sambil menarik tangan aku dari terus ditarik oleh Rycmal.

Setelah bosan dengan rengekkan Rycmal aku terus bangun dari duduk dan mengikutnya untuk pergi ke rumah  sebelah.

        “Along! Kami nak mandi kolam ni boleh?” Tanya Rycmal pada aku yang sedang duduk ditepi kolam renang rumah Yad.

Aku pantas merenung kedua-dua budak yang berdiri disebelahku.

        “Tak payah nak mengada. Kau berdua bukan reti berenang pun.” Tingkahku pada dua orang budak itu.

Rycmal dan Yad terus berlalu ke buaian yang berada didekat kolam renang.

Setelah itu, aku terus bangun dari sisi kolam renang dan terus berlalu untuk masuk kedalam rumah Yad.

        “Mal kakak kau dah masuk rumah aku tu. Jomlah kita mandi.” Ajak Yad.

        “Alah. Tapi aku takut nanti Aloang aku marahlah.” Jawab Rycmal.

        “Kau ni penakutlah! Kalau takut bia aku mandi seorang.”

Bersama segelas air oren ditangan aku melangkah menuju ke luar rumah.

        “Along! Tolong Along! Yad lemas.” Dengan nafas yang tercungap-cungap dia menjerit memanggilku. 

Tanpa berfikir panjang aku terus berlari kearah kolam renang bersama segelas air yang masih di tangan. Sampai sahaja dikolam renang aku terus menyerahkan Gelas yang telah kosong kepada Rycmal.

 Gelas tersebut kosong disebabkan airnya tumpah sewaktu aku berlari tadi.

Aku terus terjun kedalam kolam renang untuk menyelamatkan Yad yang sedang terkapai-kapai. Aku berenang kearah Yad dan menariknya menuju ke tepi kolam. Setelah itu, aku meminta Rycmal untuk membantu aku menarik Yad untuk naik keatas.

Setelah tubuh Yad dibaringkan ditepi kolam aku cuba menampar pipi Yad berkali-kali tapi tiada sebarang respon darinya. Akhirnya aku terpaksa melakukan CPR kepada Yad.

Uhk! Uhk!

Yad terbatuk-batuk mengeluarkan air kolam yang telah ditelan olehnya sewaktu dia lemas tadi.

       “Yad okey?” Soalku sambil menepuk-nepuk lembut belakang badan Yad.

Dia hanya menangguk lemah.

……………….

       “Seorang je?” Tegur seseorang sekaligus menyadarkan aku dari terus mengenangkan memori silam.

Aku terus menoleh kearah orang yang menegurku sebentar tadi. Aku hanya membiarkan soalannya tanpa dijawab. Tanpa bertanya dia terus duduk dihadapanku diatas buaian itu dan aku hanya menjeling sekilas.

             “Awak ingat saya lagi?” Soalnya sambil merenungku.

              “Sorry. Aku tak ingatlah.” Jawabku. 

Walaupun aku ingat dia siapa. Tapi aku saja buat-buat lupa.

               “Awak ingat tak yang awak pernah selamatkan nyawa saya masa saya lemas dalam kolam renang 14 tahun yang lepas?” Soalnya sambil mengingatkan aku tentang kejadian 14 tahun yang lepas.

               “Owh kau.” 

               “Ya saya. Awak ingat kan?” aku hanya menanggukkan kepala tanda yang aku masih ingat padanya.

              “Awak dah kahwin?” Soalnya.

              “Aku janda anak 5.” Dengan selamba aku membalas.

Dari ekor mata aku dapat menangkap senyuman yang terukir dibibirnya.

             “Kalau janda saya lagi suka. Lebih berpengalaman.” Terangnya bersama tawa yang berdekah.

            “Gilalah kau ni.” Balasku seraya berdiri untuk turun dari buaian.

            “Nantilah kejap. Saya nak cakap.” Ujar Fayyad seraya memegang lengan aku untuk menghalang aku dari berlalu pergi.

Aku kembali duduk semula. Setelah itu, barulah lengan aku  dilepaskan.

           “Kau nak cakap apa?” soalku setelah hampir 10 minit dia berdiam diri tanpa bersuara.

            “Nur Ryca Erlena Binti Ryan saya cinta awak.” Lafasnya.

Cinta? Apadia merepek ni?

           “Kau merepek apa ni? Kau sedar tak yang kau tu baya adik aku? Aku anggap kau sama je macam Rycmal tu.” Balasku.

          “Mungkin awak anggap saya macam adik awak. Tapi saya tak pernah anggap awak macam kakak saya. Sejak dari 14tahun yang lepas lagi saya dah jatuh cinta dekat awak.” Ucapnya sambil merenung wajahku.

Ini gila!

          “Dah kau tak payah nak mengarut. Umur kita berbezalah.” Ujarku seraya bangun untuk berlalu masuk kedalam rumah.

           “Tapi Ryca umur tu hanya nombor saja! Awak nak saya tunggu awak berapa lama lagi?” dari jauh aku dapat mendengar Fayyad melontarkan kata-kata.

Ah! Lantak kau lah! Mengarut!

           “Yan aku harap kita dapatlah percepatkan majlis nikah Fayyad dengan Ryca tu ye.” Aku mendengar kata-kata Uncle Fared saat aku ingin melangkah masuk kedalam rumah.

What? Aku dengan Fayyad nikah? No way!

         “Nikah? Apa semua ni Ma? Pa?” Soalku sambil merenung wajah sorang-sorang yang berada diruang tamu itu.

Mama dan Anem terus berdiri mendapatkan aku yang terkaku dimuka pintu pada saat itu. Allah apa semua ni? Aku tak nak kahwin dengan orang yang lebih muda dari aku!

         “Sebenarnya macam ni Ryca sayang. Fayyad dah berkali mendesak kami untuk meminang kamu. Tapi kami menolak sebab kami tahu yang Ryca pasti tak mahu. Tapi Aunty tak mampu nak halang perasaan Fayyad untuk terus mencintai kamu.” Terang Aunty Sara sambil mengusap lembut bahuku.

         “Betul tu Long. Fayyad dah lama simpan perasaan dekat kau. Sejak kau selamatkan dia lagi. Tapi masa tu kami masih kecik jadi dia anggap perasaan dia hanya cinta monyet. Tapi sejak 3 yang tahun dulu dia jumpa kau semula dia betul-betul yakin yang kau ni cinta sehingga jannah dia Long dan dia dah betul-betul ready nak berumah tangga.” Aku terus berlari naik kebilik tanpa memperdulikan mereka. 

Masuk sahaja kedalam bilik aku terus menguncikan diri. Aku menangis sendirian.

……………….

          “Aku terima nikahnya Nur Ryca Elena binti Ryan dengan mas kahwinnya 1 ribu 

ringgit tunai.” Dengan sekali lafas aku bergelar isteri kepada satu-satunya lelaki yang aku nanti dan aku cinta selama ini.

Usai sahaja doa dibacakan oleh tok kadi aku terus menyalami tangan mama. Dapatku lihat ada air mata yang bergenang di tubir mata mama. Ialah akukan satu-satunya anak gadis mama jadi sebagai ibu mama mesti rasa bersyukur dengan pernikahan ini. Setelah itu, mama terus menarik aku dalam dakapannya. Badanku dipeluk erat.

           “Tahniah sayang.” Ucap mama seraya mengucup lama pipiku.

Alhamdulillah bersyukur kehadratmu Ya Allah. Kau telah mempermudahkan urusanku untuk hari ini.

Setelah menyalami tangan mama tangan mak mentuaku pula kucapai. Pipiku di cium bertalu-talu. Aku hanya tersenyum kegembiraan. Akhirnya Anem pula yang menyalami tangan aku. Pipi turutku dicium berkali-kali. Air mata yang bertakung ditubir mata, aku kesat dengan mengunakan tisu yang berada ditangan sejak tadi.

Selesai suami aku menunai solat sunat 2 rakaat dia terus melangkah menghampiriku untuk sesi pembatalan air sembahyang.

         “Assalamualaikum sayang.” Ucapnya saat dia tiba dihadapanku.

Klik! Klik! 

Sinaran lampu flash terpancar kearah kami. Juru Foto yang dibayar melakukan kerjanya dengan baik untuk merakam saat bahagia kami.

          “Waalaikumusalam.” Aku tertunduk malu menjawab salam dari suamiku. 

Dapat aku rasakan ada jejari yang mencapai daguku aku rasa wajahku sedikit terangkat. Saat mata kami bertaut hanya allah sahaja yang tahu bagaimana debaran yang aku rasa saat itu.

Setelah gelang emas putih dipakaikan kepadaku aku terus menyalami tangan suamiku dan selepas itu aku dapat rasakan dahiku dikucup lembut olehnya. Akhirnya selesailah upacara pembatalan air sembahyang.

Dan tibalah masanya untuk sesi bergambar bersama keluarga.

…………….

 Usai menunaikan solat Isyak. Aku menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh suamiku. 

Amin! Seusai doa diaminkan kami bersalaman dan tangannya kukucup lembut. Dapat aku rasakan ubun-ubunku dikucup lembut olehnya.

Ya Allah. Sungguh indah rupanya alam berumah tangga ni. Kalau aku tahu dari dulu aku dah kahwin. Haha!

        “Sayang thank you for being my wife. I appreciate for what you done to me. And thank you so much sayang sebab awak sanggup gadaikan prinsip hidup untuk saya.” Ucapnya sambil mengusap lembut tanganku dan akhirnya dibawa ke bibirnya dan dikucup mesra.

        “Tak apa. Lagipun saya tak sanggup nak jadi anak dara tua.” Balasku dan diiringi dengan tawa halus.

Fayyad Alexander! 

Itulah nama suami aku yang aku cintai. Ia! Dialah anak kepada Uncle Fared dan Aunty Sara yang sekarang sudahpun menjadi Mammy dan Daddy mertua ku.

Mungkin untuk malam itu aku menolak. Tapi tidak untuk sekarang! I love him so much!

…………

 Malam itu

        “Along bukak pintu ni sayang. Ni mama sayang.” Pintu yang aku kunci dari dalam diketuk bertalu-talu oleh mereka yang diluar. Dengan langkah yang longlai aku aku menghampiri almari kayu yang terdapat didalam bilikku. 

Sebuah kotak yang sederhana besar aku bawa keluar dan kuletakkan diatas katil.

         “Ryca please open the door. It's okey if you don’t love me, but please don't do like this. You make me sick you know? I’ll be regret for all my life if something happen to you.” 

Krekk!

Pintu kayu itu kubuka kasar.

        “Fayyad. Jangan melutut macam ni. Please get into my room Fayyad. Yang lain boleh tunggu di luar sekejapkan Ryca ada benda nak bincang dengan Fayyad.” Fayyad yang sedang berlutut aku pegang bahunya untuk membantunya agar dia boleh bangun.

Aku dapat melihat pada hari ini seorang lelaki menanggis semahu-mahunya untuk aku.

Setelah pintu ditutup aku terus membawa Fayyad untuk duduk dikatil bilikku. Kotak yang berada diatas katil aku buka dan isinya aku teraburkan diatas katil atau lebih tepat lagi diatas riba Fayyad.

Fayyad menggambil patung beruang berwarna coklat yang berada diatas ribanya. Patung itu direnung lama. Kemudian sapu tangan yang berwarna biru cair pula dicapai olehnya. Dengan mengunakan sapu tangan itu dia menyapu air matanya yang masih bersisa.

          “Semua barang ni bukan apa yang saya hadiahkan dekat awak dulu ke?” Soal Fayyan kepadaku.

Sampul surat yang berwarna pink yang terletak di hadapan Fayyad, aku capai dan aku serahkan padanya.  

           “Bacalah.” Dia terus mencapai sampul surat itu dan terus membukanya.

           “Hai Yad, maaf sebab Ryc ambil masa 2 tahun untuk balas surat ini. Sebenarnya Ryc sendiri tak tahu apa perasaan Ryc pada Yad lagipun Yad sama baya dengan Mal jadi Ryc rasa Rcy Cuma anggap Yad macam adik Ryc sendiri. Maaf mungkin Ryc akan mengecewakan Yad dengan jawapan Ryc ni tapi Ryc sendiri tak boleh langgar prinsip hidup Ryc yang Ryc takkan bercinta atau jatuh cinta dengan mana-mana lelaki yang umurnya lebih muda dari Ryc. Itu prinsip hidup saya! Tapi jujur Ryc katakan sejak kejadian Ryc selamatkan Yad dari lemas dulu, I felt something wrong with my heart sebab setiap kali tengok Yad.  Ryc rasa malu tapi bila tak jumpa Yad. Ryc rasa rindu. Akhir kata, maafkan Ryc sebab terpaksa tolak cinta Yad. -143 Yad- yang benar Nur Ryca Elena.” 

           “ Saya tulis surat ni 12 Tahun yang dulu. Saya ada pos surat ni pada awak, tapi posmen pulangkan semula kesini sebab katanya awak telah berpindah. Why you don’t tell me?” Aku merenung anak matanya untuk mendapatkan jawapan.

           “Ryc saya hantar surat ni seminggu lepas awak berpindah tapi kenapa selepas 2 tahun awak baru nak balas? Awak tahu tak setiap hari saya tunggu posmen hantar surat dari awak untuk saya. Tapi langsung tak ada. Hampa saya. But one more thing apa 143 ni?” Balasnya.

            “ Maksudnya I Love You.”

            “ Saya tahu saya salah. Saya minta maaf. Surat awak sampai masa rumah ini belum siap dikemas jadi saya buat keputusan untuk membalas surat awak nanti tapi kemudian saya terlupa. Jadi selepas 2 tahun saya jumpa kembali surat tu dan barulah saya membalasnya.” Terangku.

            “Jadi awak sanggup korbankan perasaan awak pada saya disebabkan prinsip awak tu?” Ujarnya sambil merenung surat yang masih berada ditangannya.

Aku mencapai pula sampul surat yang berwarna pink pastel yang terselit didalam kotak dan kemudian aku serahkan kepadanya.

             “Ini surat 2 tahun lepas yang saya tuliskan untuk awak .” Dia terus mencapainya dan mula membacanya.

             “Yad where you go? For the 10 years I try to find you but can't found you. I really miss you so much Yad. Kalau saya jumpa awak balik. Saya sanggup ketepikan semua prinsip saya untuk awak. Awak.. saya dah tak sanggup nak dengar mama berleter pasal kahwin dan hari-hari  paksa saya untuk kahwin. Awak saya semakin tua tau. Saya taknak jadi anak dara tua. Dah bertahun saya tunggu untuk awak datang. Sampai saya sendiri rasa penat untuk menunggu. Yad, saya bagi awak 2 tahun untuk cari saya kalau tak saya terpaksa ikut cakap mama.

Gadis yang merindui awak Fayyad Alexander.”

          “Do you love me? Do you miss me?” Soalnya dengan mata yang bersinar-sinar seseolah mengharapkan aku akan mengiakan persoalannya.

Aku hanya mengangguk lembut tanpa mengeluarkan suara.

………….

           “Sayang? Oooo sayang?” Panggilnya lembut seraya mengoyang perlahan bahuku.

Akhirnya aku sedar kembali dari terus mengimbas kenangan kami.

           “Sayang dengar tak apa yang saya tanya tadi?” Aku mula binggung.

Soalan apa yang dia tanya ye? Dengan pantas aku mengeleng.

           “Sayang ni. Abang nak tanya kenapa masa malam tu sayang cakap sayang taknak kahwin dengan abang sedangkan you love me.” Soalnya untuk kali yang kedua.

            “Owh, that night?” dia hanya menganggukkan kepala sahaja.

             “Sayang saja je nak test abang. Nak test yang adakah abang akan mempertahankan cinta abang pada sayang atau abang akan beralah dengan penolakkan sayang. Nasib baik abang tak mengalah kalau tak adartulah sayang.” Terangku bersama tawa yang terhambur dan dia juga turut tertawa melihat riak wajahku bila bercerita.

             “And one more thing! Sayang betul-betul tak sangka yang akan ada lelaki yang  sanggup menangis untuk sayang. I really appreciate that.” Ujarku seraya mengucup lembut pipinya.

 Aku terus menanggalkan telekung yang tersarung ke tubuh. Lama sangat berborak lepas solat tadi sampai telekung pun belum dibuka lagi. Fayyad terus melipat sejadah yang kami gunakan dan hamparkan pada ampaian kecil.

Setelah itu, dia terus menarik tanganku dan memimpin aku menuju ke katil kami. Eh, tetiba je jadi katil kami pula. Chett!

Setelah punggung dilabuhkan keatas tilam dia terus mengucup lembut kedua-dua belah tanganku. Lepas itu, dia terus bangun dan menuju kebahagian almari baju. Setelah mengambil sesuatu didalam almari dia terus menutup semula pintu almari kayu itu.

Dia kembali melabuhkan semula punggunya diatas katil. Tapi tangan kanannya diletakkan dibelakang badan seseolah menyembunyikan sesuatu.

           “Apa tu?” Soalku sambil menjuihkan bibir ke tangan kanannya. 

Setelah itu, dia terus menarik tangan kanannya dari terus bersembunyi di sebalik badannya. Sebuah kotak segiempat yang dibaluti kain baldu dihulurkan kepadaku dan aku terus mencapainya.

           “Apa ni?” Soalku sambil mengocang kuat kotak itu. Tapi tiada bunyi yang kedengaran.

          “This is the gift that I bought for you when I study at London. About 5 years ago.”Terangnya.

Tanpa menunggu lagi aku terus membuka kotak itu. Tergamam aku buat seketika apabila melihat apa yang berada didalam kotak itu. Dalam kotak itu ada seutas rantai emas putih yang berloketkan berlian tulen. Aku terus menarik rantai itu keluar dari kotaknya.

             “Awak! Ni berlian tulen. Mana awak dapat? Mahal ni. Awak curi ke?” Ujarku dengan perasaan dilema. Aku tak tahu adakah aku patut teruja atau takut. 

Ialah ni mahal takkan Fayyad mampu beli rantai semahal ini masa belajar. Mustahil.

             “Ish, apa sayang ni sampai fikir abang mencuri pula. Abang takkan curi rantailah paling-paling abang curi hati sayang je.” Jawabnya dan diiringi tawa.

Pipinya kucubit geram. “Abang sayang seriouslah.” Aku mula menarik muka dengan respon yang diberikan oleh Fayyad

             “Okey-okey masa tu abang ada buat parttime dekat sebuah café masa abang belajar. One day masa abang on the way nak pergi kerja abang ada selamatkan seorang wanita tua ni dari dirompak dan hampir dibunuh. Lepas abang selamatkan dia, dia bagi abang rantai ni dia cakap terima kasih sebab selamatkan dia dan dia hadiahkan rantai ni pada abang tapi pada mulanya abang menolak. Tapi dia cakap you give me 10 Pound sterling and you just think that you bought it from me okey. Dan masa tu dia pun desak abang untuk beli so abang pun belilah sebab dia cakap ni hanya rantai biasa je tak mahalpun so that time abang Cuma fikir yang abang nak hadiahkan rantai ni dekat sayang. Jadi abang simpanlah sampai sekarang.” Terangnya dan aku juga tekun mendengarnya.

             “So abang tak tahu yang ni berlian tulen?” Soalku sambil menghayunkan rantai itu dihadapan matanya.

              “Abang tahu. Itupun sebab abang tunjuk dekat kawan abang. Dia anak tauke berlian so dia tahulah yang itu berlian tulen. Dia sampai sanggup nak beli rantai tu dari abang sebab dia kata berlian ni unik. Sebab berlian tu berlian dari keluarga diraja. Tapi abang cakap yang abang beli rantai tu for someone that I love. Then dia faham.”

Akhirnya Fayyad memberi tahu aku bahawa wanita tua yang dia selamatkan itu adalah pemaisuri diraja yang menyamar menjadi rakyat biasa. Dia tahu pun sebab pernah keluar dekat surat khabar. Setelah itu, dia terus memakaikan rantai itu keleherku.

                “Thank you abang and I love you abang.” Ucapku.

Dia mula mencapai tanganku dan dikucup lembut dan akhirnya kucupan itu berakhir dibibir dan agak lama kami berada di posisi itu.

Alhamdulillah. Thank you Allah for bring my true love came into my life.        


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Annull Misnan