Home Cerpen Cinta ISTIMEWA AIDILFITRI
ISTIMEWA AIDILFITRI
Rabiahtul Asma
2/7/2015 13:24:50
3,424
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

"Berlalulah sudah ramadhan, sebulanberpuasa”

“Tiba syawal kita rayakan,"

“dengan rasa gembira”

Deringan lagu yang berbunyi nyaring mengejutkan Zalikha daripadalena. Haa, itu bukan nada deringpanggilan. Tapi, itulah nada dering jamyang di set pada telefon bimbit Samsung Duos Zalikha. Nada dering raya tu. Nampak sangat mood nak beraya tu ada kan?

Zalikha terus mematikan bunyi jam. “Argh!” Zalikha menutup mulutnyayang menguap dengan telapak tangannya. Nampaknya rasa mengantuknya masih bersisa. Macam manalah tak mengantuk kalau pukul dua pagi mata baru lelap. Orang lain pada waktu itu dah syok dibuai mimpi. Tapi untuk Zalikha, waktu 2 pagi itu adalahwaktu untuknya menulis cerpen untuk dihantar ke pihak penerbitan.

“Zalikha, bangun. Solatsubuh.” Kedengaran suara Puan Rokiahmenjerit nyaring.

“Iye, mama. Orang bangunlahni.” Cepat-cepat Zalikha mengemas katildan keluar dari bilik. Kalau lambatnanti, tak pasal-pasal dia kena simbah air free.

“Wah, sedapnya bau.” Ujar Zalikhadengan senyuman manis di bibir. Ni mestibau nasi beriani.

“Kau tu semua benda bau sedap. Belum rasa lagi dah kata sedap. Entah-entah bau air longkang pun kau kata sedap.” Balas kakak sulung Zalikha.

“Ish, kak Tihah ni. Orang pujimujur tau. Tak bersyukur.” Zalikha menarik muka masam seinci.

“Haa, anak dara. Tak mandi lagini kenapa? Solat subuh pun belumlagi. Seronok duduk bersembang pulaye.” Tiba-tiba Puan Rokiah muncul.

Zalikha tersengih. “Orang nak pergi mandilah ni mama.” Terus dia membolot masuk ke dalam bilik air.

Usai solat subuh, Zalikha terus membantu kakak-kakaknya yang tekunmenyiapkan juadah raya di dapur. Adanasi beriani, ketupat, lemang dan bermacam jenis kuih-muih lagi. Gelak ketawa dan usikan kedengaran sungguhgembira. Bukan selalu dapat berkumpulramai-ramai macam ni. Maklumlah, tigaorang kakaknya itu masing-masing duduk jauh. Menjelang hari raya dia dapat berkumpul seisi keluarga.

Tahun ini, warna hijau menjadi tema baju raya Zalikha sekeluarga. Zalikha menjeling dirinya sekilas di hadapancermin. Wajahnya yang dioles dengandengan mekap mahal tampak berseri di pagi raya. Bibirnya pula dioles dengan gincu berwarna merah jambu. Bulu matanya pula lebat dioles maskara. Dah macam bulu mata Rozita Che Wan pula. Zalikha memang seorang gadis yang gemarbersolek.

Allahu Akbar, Allahu Akbar

Allahu Akbar

La ilahaillallah hu wallah hu Akbar

Allahu Akbar Walilahilhamd

Takbir raya yang bergema kuat menandakan rasa syukur kepada Allah SWT diatas kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulanRamadhan. Takbir raya yang bergema kuatitu membuatkan hati Zalikha dipagut rasa sayu.

Sayu hatinya kerana pertama kalinya menyambut hari raya tanpa arwahatuknya yang meninggalkannya setahun lalu. Tahun ini, dia tidak dapat melihat wajah atuknya yang ceria. Dia tidak dapat bersalaman dan memohon maafatas kekhilafan diri terhadap atuknya seperti tahun-tahun yang lalu. Dia tidak berkesempatan untuk bergelak ketawagembira dengan arwah atuknya. Sungguhdia amat merasai kehilangan arwah atuknya. Tapi dia harus redha dengan ketentuan yang maha Esa. Setiap insan pasti akan merasai ertikehilangan kerana tiada yang kekal di dunia ini. Semuanya hanyalah pinjaman.

Zalikha segera mengesat air mata yang menitis selaju air terjun dipipinya yang mulus. Dia menyalami tangankedua-dua orang tuanya dan memohon maaf atas segala kekhilafan diri. Mereka berpelukan lama. Dia melakukan perkara yang sama denganabang-abang dan kakak-kakaknya. BagiZalikha, tiada apa yang lebih terindah melainkan keluarganya.

Abah dan abang-abang Zalikha sudahpun pulang dari menunaikan solat sunathari raya di masjid. Mereka sekeluargamengambil kesempatan untuk menziarahi pusara arwah atuknya.

Sambil menikmati juadah raya, Zalikha asyik bersembang dan bergelakketawa dengan seisi keluarganya. Jelaskegembiraan terpancar di wajah masing-masing. Sungguh hari raya amat bermakna.

Zalikha mengambil angin di luar rumah. Lagu raya nyanyian Anuar dan Elina yang kedengaran di corong radio tidakmampu menteteramkan hatinya yang tidak keruan sekarang. Entah kenapa dia tiba-tiba merindukan insanyang jauh di pandangan,

Insan yang telah berjaya mendapat tempat pertama dalam hatinya sejakdulu sehinggalah sekarang. Sungguhperasaannya terhadap insan itu sungguh kuat. Dia mengeluh. Kemudian, diamelihat gelagat anak-anak saudaranya yang sedang bergembira menyambut hariraya. Melihat anak-anak saudaranya, diamerindukan zaman kecilnya dulu. Zamankecilnya dulu hanyalah untuk bermain dan bergembira. Tiada langsung kedukaan di hati.

“I miss my childhood without cares and worries in theworld.” Zalikha berkata perlahan.

“Me too.” Satu suara garaumencelah.

Hati Zalikha tersentak kuat. Suara itu. Itu bukan ke suarainsan yang amat dikenalinya? Dia terusberpaling mencari tuan empunya suara itu.

Dia tergamam. Mulutnya hampirterlopong melihat wajah lelaki tampan di hadapannya itu. Biar betik? Adakah ini hanya sebuah mimpi? Lelaki itu masih lagi sama seperti dulu. Tetap segak. Wajahnya adairas-iras Syarul Ridzwan. Pelakonterkenal yang amat diminati oleh Zalikha. Ketinggiannya sekitar 170 cm. Siapdengan ukuran lagi, nak jadi jururawat tak bergaji yang ambil bacaan tinggi danberat orang dekat klinik pula ke, Zalikha?

“Tutup mulut awak tu, nanti tak pasal-pasal lalat masuk. Saya tahulah saya ni hensem, tapi awak takpayahlah nak tenung saya bagai nak tembus biji mata.” Ujar lelaki berbaju melayu hijau itu dengansenyuman nakal.

Zalikha termalu sendiri. Itulah,siapa suruh tenung anak teruna orang. Ish, baru dia perasan. Warna bajudia dan lelaki itu sama. Ish, malunya. Macam pasangan kekasih lah pula. Lelaki itu masih lagi sama seperti dulu. Tiada apa yang berubah. Dan apa yang pasti perasaan Zalikha terhadaplelaki itu juga masih lagi sama seperti dulu. Tiada yang berubah. Jantungnyakuat memalu dadanya sudah seperti bunyi paluan kompang.

“Mr Annoying.” Ujar Zalikhaperlahan.

“Miss Egois.” Balas lelaki itupula.

3 tahun lalu.

“Sedapnya aiskrim coklat ni.” Ujar Zalikha yang sedang menikmati kesedapan aiskrim coklat kegemarannyayang dibelinya di kedai depan rumahnya tadi.

“Ouch!” Zalikha mengaduh sakitsaat bahunya dilanggar bahu seseorang. Habis aiskrimnya jatuh atas tanah.

Hati Zalikha diselubungi perasaan marah yang membara saat melihataiskrim kesayangannya jatuh atas tanah.

“Eh budak kecil, lain kali jangan makan aiskrim sambil berjalan.” Tegur seorang lelaki yang segak.

“Zalikha mencebik bibir. “Gantibalik aiskrim saya.”

Lelaki itu mendengus sinis. “Jangan harap. Belilah sendiri.”

“Mr Annoying.” Jerit Zalikhakuat.

“Huh! Miss Egois.” Balas lelaki itu sambil berlalu pergi.

Insiden itu masih lagi segar di ingatan Zalikha walaupun dah lamaberlalu. Benarlah kata orang, kita takakan dapat menghapuskan kenangan.

Lamunan Zalikha terhenti saat Mr Annoying memulakan bicara. “Sebenarnya saya cintakan awak.”

“Apa?” Benarkah apa yangdidengarinya itu? Dia berasa seolah-olahdia sedang bermimpi.

“Eh, kau berdua buat apa dekat laman tu? Naiklah atas. Zalikha, ajak Imrannaik.” Kedengaran suara Kak Tihahmelaung kuat.

“Kakak saya ajak naik, jomlah.”

Sewaktu Zalikha dan Imran menapak masuk ke dalam rumah, semua ahlikeluarganya tidak lepas memandang ke arah mereka. Zalikha mula berdebar-debar. Kenapa semua orang merenungnya seolah-olah diaada buat kesalahan yang sangat besar.

Zalikha terus menyalami tangan ibu Mr Annoying dansaudara-saudaranya. Zalikha sudahmenganggap ibu Mr Annoying seperti ibunya sendiri kerana mereka sudah lamakenal. Maklumlah, mereka berjiran.

“Nampak gayanya, tak lama lagi dapatlah kita makan nasi minyak ye.” Kak Syuhada berkata dengan senyuman nakal.

Sungguh Zalikha tidak faham. Kata-kata yang diucapkan oleh kak Syuhada disambut gelak ketawa olehseluruh keluarganya. Apa yang lucu pundia tidak tahu. Ingat ni maharaja lawakmega ke? Zalikha menjeling sekilas kearah Mr Annoying yang tampak malu-malu. Apa yang berlaku sebenarnya? Sungguh dia tak faham. Dahinyaberkerut seribu cuba memahami apa yang berlaku.

“Lambat pick-up betul anak mama ni. Si Imran ni datang nak meminang kamu. Setuju ke tidak?”

Zalikha tersengih. Diamenundukkan wajahnya. Argh,malunya. Wajahnya mula memerah bagai disimbahsebesen cili boh. Ahli keluarganya pulatak habis-habis mengusik dirinya.

“Orang tua-tua cakap, kalau diam tu tandanya setujulah ye.” Ujar Kak Tihah pula.

Setiap orang mempunyai kisah istimewa aidilfitri yang tersendiri. Bagi Zalikha, istimewanya aidilfitri padatahun ini kerana dia akan bergelar isteri kepada lelaki yang dicintainya padahari raya keenam nanti. Istimewanyaaidilfitri pada tahun ini kerana Zalikha sudah mempunyai pasangan untuk berayabersama. Istimewanya aidilfitri dapatmemberikan kegembiraan yang tidak terhingga yang terpancar di wajah seluruhkeluarga Zalikha serta Zalikha sendiri.

Alhamdulillah. Zalikha bersyukurkerana dia dapat menyambut istimewanya aidilfitri bersama insan tersayang. Dia mengharapkan tahun depan dan tahun-tahunseterusnya dia berpeluang menikmati istimewanya aidilfitri. Sekarang, tibalah masa untuk merekasekeluarga beraya. Misi untuk menikmatijuadah raya juga tidak dilupakan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rabiahtul Asma