Home Cerpen Cinta MR EGOIS
MR EGOIS
ACHILLEA
13/3/2018 23:36:14
3,536
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

SEBELUM balik ke ofis, aku singgah di warung Che Nah. Nak beli keropok,pisang. Nanti boleh makan waktu petang dengan Kak Has. Sambil borak-borak dalamofis. Alah, bukan lama pun. Sepuluh minit je. Dah penat buat kerja berhenti larehat sekejap. Bos kami pun tak pernah nak marah. Dia yang ajar macam tu. Baikkan?

            Akusengih-sengih. Entah apa yang lucu. Mungkin masa tak percaya yang aku bolehbawa motor atas jalan raya. Aku masukkan segala jenis makanan goreng yang akubeli di dalam bakul. Aku memakai helmet. Mula untuk bawa motor. Dah tak jauhdah dengan ofis aku.

            Shreeekkkkkkkkkkk…..bunyi tayar bergesel pada jalan akibat brek mengejut.

            Pang!Jatuh dari motor. Motor dah tertindih atas aku.

            “Aduh!”Aku mengaduh. Berkerut dahi aku.

            Baruje nak pusing motor ke seberang jalan sana, dah kena langgar. Macam mana lahaku tak perasan kereta Audi ni tadi. Main aci redah je kau Nia!

            Pemilikkereta Audi dah keluar dari kereta.

            Aduh!Mati lah. Mati lah aku. Berapa pula nak kena bayar ni? Tapi dia sempat brek.Tapi Nia. Tetap ada perlanggaran. Ngam kena motor. Habis tu? Aku ni macam manapulak? Nasib baik aku tak mati.

            Akutertunduk. Orang ramai dah kerumun aku. Ada yang tolong angkatkan motor. Isk!Motor ni. Motor ni. Macam mana? Ada calar tak? Eh! Dah terbayang duit gaji akuyang bakal terbang bulan ni. Entahkan cukup, entahkan tidak.

            “Kamuokey tak nak?” Seorang mak cik bertanya.

            “Sayaokey mak cik. Terima kasih.”

            Yanglain hanya pandang aku. Masing-masing sudah berlalu pergi. Memberi laluan padapemilik kereta Audi yang mungkin dari tadi tengah tenung aku. Aduh. Aduh. Macamnak tercabut nyawa aku saat ini juga.

            Akumengangkat wajah. Berani kerana benar. Memang aku yang salah sebab tak nampakkereta dia tadi.

            “Kau??”Dup dap dup dap jantung aku. Aku pun terkejut dengan apa yang aku nampak.Sekarang ni, aku dah tak rasa gerun. Tapi, rasa nak marah dengan apa yang jadipagi tadi.

            Lelakiitu tersenyum sinis.

            “Minahdespatch!” Satu penghinaan lagi. Isk! Geramnya aku!

            “Hinasangat ke jadi despatch?” Soalku padanya. Nak juga tahu jawapan dari dia.Pekerjaan apa yang tak hina di mata dia. Mentanglah kau pakai Audi. So what?Ingat aku heran sangat ke?

            “Takhina pun! Cuma orang macam kau ni aku dah tahu dah, taktik nak mengorat lamacam ni. Sampai sanggup gadai nyawa. Eloknya tadi aku gilis je kau. Bazirminyak brek aku je.” Aku pandang lelaki di depan aku ni. Ewah! Suka hati maknenek kau je buat kesimpulan dekat aku. Kalau terdesak sangat pun takde maknanyaaku nak kena guna taktik bahayakan diri aku macam tu. Tak perlu pikat lelakiyang pakai kereta mewah pun untuk hidup senang, driver lori pun kaya juga. Poyoah!

            “Hishperasan nya kau ni. Ingat aku hadap sangat ke lelaki macam kau ni? Isk! Tak bersuamipun aku tak kesah la kalau dapat suami gila macam kau ni.”

            Lelakiitu senyum.

            “Oh!Nampaknya kau belum kenal lagi aku siapa cik jelitawan. Kalau kau tak hadap,aku seribu kali tak hadaplah perempuan macam kau. Dah la kolot. Bawa motor. Eh!Apa benda lah. Sekarang ni, kereta aku dah rosak. Dah calar. Aku nak kau bayarganti rugi. Kali ni, kesalahan kau!”

            Akusenyum. Sinis.

            “Akusuka ayat. Kali ni kesalahan kau. Kiranya, kau sedar lah yang pagi tadi adalahkesalahan kau. Atau kau sengaja buat macam tu as a tactic nak mengorataku je?” Kalau tadi dia cakap pada aku. Sekarang aku pulangkan paku buah keraspula padanya. Padan muka!

            “Hey!Setakat nak langgar kau untuk mengorat. Aku tak perlukan semua tulah. Nak-nakperempuan macam kau ni, aku petik jari je. Seratus yang datang sampai aku taklarat nak hadap. Sediakan duit je. Jalan terus. Sampai ke ranjang pun boleh.”Dihujungnya, lelaki itu sudah meleretkan suaranya sambil mata dikenyitkan padaaku. Huh. Gila! Ingat aku semurah perempuan yang dia maksudkan tu ke? Ai! Makanpenampar juga la lelaki ni kangg.

            “Well.Baguslah macam tu. By the way encik. Tak semua perempuan terdesak macam tu. Adaje perempuan yang “mahall”. Semestinya tak layak untuk encik. Dah encik punterlalu murah. Datang lah berjuta pun, mestilah sama-sama murah!” Sengaja akupanggil dia encik. Puas! Puas aku dapat kenakan dia. Aku nampak muka dia dahmerah padam bila aku panggil dia murahan. Tahu pulak marah. Dia cakap aku,ingat aku takde perasaan. Dasar badigo kuasa lima betullah.

            “Kau!!How dare you!” Lelaki itu arahkan jari telunjuknya tepat ke muka aku.Geram!

            Akuhanya senyum sinis. Aku tak takut lah broke.

            “Akunak kau bayar sekarang!” Tegas lelaki itu bersuara. Dah bengang sangat tudengan aku.

            “EncikQays! Kita dah lewat. Meeting lagi sepuluh minit.”

            Suaraseorang lelaki yang terjengul kepalanya keluar memanggil bosnya itu. Oh! EncikQays rupanya.

            EncikQays pandang aku semula. Tak dijawab laungan PA dia kut.

            Akusenyum mengejek.

            “Akutakkan bayar!” Aku juga berkeras.

            “Anggapjela dah langsai hutang kau pada aku pagi tadi sebab kau dah rosakkan telefonaku. Okey? Baii.”

            “No!aku akan cari kau untuk tuntut ganti rugi. Setakat muka kau, semudah tu je akucari.” Encik Qays petik jari.

            Akuhanya mengangguk dan tersenyum. Malas aku nak layan orang gila macam Qays ni.Entah apa-apa. Dasar Mr Egois betul!

 

KAK HASMIRA senyum menyambut kepulangan aku. Aku pula tayang wajah dua puluhsen. Banyak benda aku nak fikir. Mana nak fikir motor ikan paus ni lagi. Calarla pulak sebab jatuh atas jalan tadi. Nasib baik lah tak teruk. Agak-agak ikanpaus tu marah aku tak ek?

            “Lol!Kenapa ni? Muka macam limau purut je.” Kak Hasmira tegur aku.

            Mahunyatak limau purut. Hari ni je dua kali kemalangan. Dah tu dengan orang yang samaje. Kau rasa? Aku rasa nak mengamuk sekarang jugak.

            “Nia,lagi lima minit awak kena join meeting kat atas. Datuk suruh. Tadi dia cariawak.” Ucap Kak Hasmira.

            Akumengeluh. Baru je balik. Dah kena join meeting la apa la. Datuk ni pun. Taktahu ke aku ni penat kuasa dua? Huh!

            “Okey!”Iyakan jela. Nak cakap apa lagi?

            “Meetingpasal apa pulak?” Soal aku pada Kak Hasmira. Kak Hasmira kan PA Datuk, mestilahdia tahu.

            “Kitanak beli tanah baru. So nanti, perbincangan pasal tanah la dengan klien. Klienkita tu belum sampai lagi.” Terang Kak Hasmira.

            Akumengangguk lagi. Faham.

            Taklama kemudian, aku berjalan naik ke atas menuju ke bilik mesyuarat. Biar sampaiawal sikit takpe. Jangan lambat dari orang lain. Nanti, habis semua pandangmacam aku ni ada buat salah besar.

            Akumengambil tempat di sebelah Hani, PA kedua Datuk. Entah berapa banyak PA yangDatuk ada. Aku pun tak pasti. Malas nak amik tahu jugak. Bukan skop kerja akupun.

            “Berapaorang klien nanti?” Soalku pada Hani sekadar berbasi-basi.

            “Dalamlima orang je Cik Nia.”

            Akumengangguk faham. Ni lagi sorang. Tak pernah nak ikut arahan aku. Aku cakapjangan panggil aku cik. Sibuk juga nak panggil aku Cik Nia, Cik Nia. Dah nampakaku macam terlalu tua. Tak larat nak tegur, akhirnya aku diamkan je. Malas nakbesarkan benda kecik.

            “CikNia ke mana tadi? Datuk cari.”

            “Oh!Saya pergi jumpa Kak Annur. Nak submit dokumen klien. Kenapa datuk cari saya?”

            “Datukkata tadi Cik Nia datang kerja naik teksi? Mana kereta Cik Nia?” Soal Hanilagi.

            Akupandang Hani pelik. Hani ni PA Datuk ke PA aku? Dan kenapa mesti Datuk ceritapasal aku pada Hani pula? Isk. Isk. Tak patut tau. Nasib baik bukan aib. Ha ha.

            “Aduh!Tula masalahnya Hani. Kereta saya rosak. Melayang duit. Petang ni nak amik katbengkel. Haraplah Abang Samad dapat siapkan. Kalau tak susahlah saya nak kehulu ke hilir.” Bila takde kereta, rasa macam patah kaki. Tengoklah apa yangjadi hari ni. Tak sampai pun satu hari aku bawa motor. Dah jadi macam-macam kataku.

            Haniketawa.

            “Apasusah Cik Nia? Naik lah dengan Datuk.” Huh! Baik punya idea.

            “Awakpun nampak kut pukul berapa Datuk sampai ofis tadi? Ni lepas meeting mesti diabalik terus.” Idea Hani ni tak boleh pakai langsung. Macam mana lah dia jadi PADatuk. Isk. Isk! Aku geleng kepala.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ACHILLEA