Home Cerpen Alternatif DILEMA
DILEMA
NORAZIZAM
22/7/2016 00:49:47
1,687
Kategori: Cerpen
Genre: Alternatif

Aku membaca surat Siti Fatihah berulang-ulang kali. Aku tidak mempercayai dengan apa yang tertulis di dalamnya. Ketahuilah olehmu Siti, bukan niat abang untuk melukakan hatimu. Bukan juga niat abang untuk mengakhiri perkenalan kita dengan cara begini. Agaknya memang sudah nasib abang untuk menerima kekecewaan bertimpa-timpa.

Aku teringat kembali perkenalanku dengan Siti Fatihah pujaan hati. Cerita Siti melalui surat-suratnya kepada aku. Lucu juga dia membahasakan dirinya aku setiap kali bercerita. Apabila berhadapan, pandai pula membahasakan diri saya. Bakal penulis fiksyen agaknya.

Cuaca hari ini sungguh baik. Matahari menyinar dengan lembutnya. Kelihatan seorang pemuda bersiap-siap di hadapan cermin, sungguh segak sekali. Dia kelihatan seperti tergesa-gesa mengejar sesuatu. Di luar kedengaran riuhnya bunyi kenderaan dan sorak-sorai kawan-kawannya.

Setelah bersiap dan agak puas hati dengan gayanya, dia pun segera menuruni tangga asramanya. Dia terus menuju ke dewan perhimpunan, di situ kelihatan berpuluh pasang mata tertumpu keadanya. Dia bercakap dengan beberapa orang rakannya, yang sama-sama berada di pentas itu. Selepas itu dia tampil ke depan untuk memberi beberapa taklumat, kepada pelatih-pelatih baru di Maktab Perguruan Sri Siantan.

“Selamat datang kepada saudara dan saudari sekalian, yang akan memulakan pengajian di Maktab Perguruan Sri Siantan, dengan semangat yang sungguh murni, untuk menjadi pendidik kepada anak bangsa kita yang akan datang. Sebelum saya meneruskan bicara saya, izinkan saya memperkenalkan diri saya.

Saya adalah Suhaimi bin Baharom, ketua jawatankuasa minggu orientasi ini. Untuk pengetahuan saudara dan saudari, minggu orientasi ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ‘junior’ dan ‘senior’. Ianya juga bertujuan untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai maktab ini.”

Begitulah antara kata-kata Abang Suhaimi, yang hingga kini menjadi ingatanku. Minggu orientasi telah lama berlalu, hingga kini kesannya masih lagi di dalam ingatanku. Aku tidak boleh lupa, bagaimana kakak-kakak dan abang-abang senior enderaku. Disuruhnya menyanyi, aku menyanyi. Jikalau menyanyi dengan gaya kita sendiri taka pa, ini disuruhnya ikut nada dan gaya penyanyi sebenar. Tak ke haru dibuatnya. Maka berulang-ualang kalilah aku menyanyikan lagu yang sama.

Aku merasa serik dan meluat, apabila lagu ‘Isabella’ yang didendangkan oleh kumpulan ‘Search’ di radio. Walaupun lagu inilah menjadi kegemaranku mendendangnya dan popular ketika itu. Macam-macam kenangan sepanjang minggu orientasi. Kenangan yang paling berkesan dihatiku, ialah perkenalan dengan Abang Suhaimi. Masih kuingat pada hari kedua minggu suaikenal, Aku hari itu baru sahaja mendapat tanda tangan seramai 98 dari 100 pelajar senior.

Aku merasa riang dan ghairah, untuk menamatkan tugas aku pada hari itu. Aku segera pergi kepada seorang abang senior yang dari hari pertama aku di Sri Siantan hingga kini memerhatikan aku. Kekadang itu naik takut pula rasanya. Aku segera senyum dan memberi salam, yang memang menjadi tabiatku yang peramah. Aku lihat abang senior itu enjawab salamku dengan tersenyum nakal. Aku terasa-rasa sesuatu yang hukuman berat akan menimpaku.

Abang senior itu lalu mengarahkan aku untuk melakukan lakonan sebagai kekasihnyha. Aku tidak mahu kerana aku tidak tahu caranya. Aku tidak pernah berkasih, inikan pula sebagai kekasih yang mengoda. Keenggananku mendapat balasan dari Abang Basri. Aku disuruh pergi kepada Abang Suhaimi, untuk menyerahkan sepucuk surat yang ditulisnya.

Aku merasa lega kerana terlepas dari lakonan gila-gilanya itu. Abang Suhaimi ketika itu sedang asyik membaca. Setelah memberi salam, aku menyerahkan surat itu. Aku tunggu apa yang Abang Suhaimi, akan lakukan selepas itu, seperti arahan Abang Basri. Abang Suhaimi membaca dan kemudian merenungku dengan kehairanan. Aku merasa malu dan gelisah ditenung begitu.

“Awak tahu apa yang awak telah buat?” kata Abang Suhaimi dengan nada marah.

Aku terkejut. Kenapa? Apa salah aku? Aku merenung Abang Suhaimi dengan kehairanan. Menyedari aku tidak tahu apa-apa, Abang Suhaimi memberikan surat itu kepadaku. Isi surat itu membuatkan aku sendiri naik marah dan merasa meluat dengan Abang Basri.

Di dalam surat itu, menunjukkan aku beria-ria memujuk dan merayu Abang Suhaimi, menerima aku sebagai kekasihnya. Menurut surat itu lagi, aku telahy lama menaruh perasaan terhadap Abang Suhaimi.aku tidak menghabiskan isi surat tersebut, malu kepada Abang Suhaimi dan sebak menahan tangisan, lalu meninggalkan Abang Suhaimi terpinga-pinga.

Selepas peristiwa itu, aku amat membenci Abang Basri. Di sebalik peristiwa itu, hubungan aku dengan Abang Suhaimi menjadi mesra sekali. Kini Abang Basri terganggu, kerana menurut Abang Suhaimi, Abang Basri sebenarnya berminat untuk menjadikan aku ‘special girlfriend’nya.

Memandangkan aku tidak mahu melakukan seperti yang disuruh, dia menulis surat itu dengan tujuan untuk memalukan aku. Oh! Begitu, tapi kenapa dia tak berterus terang sahaja.Yalah, aku ini bukanlah orang yang kejam sangat. Jika ada orang yang meminati aku, aku akan cuba meminatinya pula. Ah! Perkara dah terlanjur, rasakanlah jerat memakan tuan.

Dua tahun setengah di Maktab Perguruan Sri Siantan, telah banyak mengajar aku erti hidup dan pancarobanya. Setelah tamat pengajian, aku ditempatkan di sebuah sekolah di luar bandar. Matilah aku macam ini, maklumlah kemudahan asas susah diperolehi. Jikalau adapun, semuanya dicatu.

Aku yang memang menjadi hantu buku ini, patahkakilah alamatnya. Manakan tidak, nak beli selembar akhbar pun, dengan kos yang tinggi. Dah tu pula, jarang masuk ke kawasan rumah guru ini. Bosan, bosan. Rumah memang cantik, tiada kemudahan nak buat apa. Buat sakit jiwa sahaja. Macam mana aku nak buat?

Esok sekolah sudah berula. Macam mana dengan teletah bakal muridku ya. Nakal macam hantu ke? Jikalau ya, macam mana aku hendak buat? Pukul lebih nanti, ramai pula yang menggadu. Anak mereka yang degil, tidak pula mereka salahkan. Yang salah cikgu, mereka ingat kerja cikgu ini senang.

Silap gaya boleh masuk Tanjung Rambutan. Jikalau mereka mengajar anak-anak mereka sendiri, agaknya pecah satu sekolah. Manakan tidak, masing-masing meninggikan suara dan menjerit macam Tarzan memarahi anak-anak mereka. Aku dah lali dengan Makcik Tijah, yang tinggal di sebelah rumahku ini. Hampir setiap hari terdengar, suara yang teerpekik terlolong, memarahi anak-anaknya yang nakal itu.

Kekadang aku gelihati juga. Yalah, mereka tak sedar bertapa susah menjadi cikgu ini. Baru untuk mengajar berkelakuan baik pun dah terpekik terlolong. Inikan pula hendak masukkan ilmu, pada otak yang biul dan bangang itu. Susah, susah. Menurut tutorku dulu ‘Seorang guru itu, bukan sekadar memberi ilmu semata-mata.

Malah bertindak sebagai ibu bapa kedua kepada anak murid. Oleh itu, seorang guru mestilah bersifat sabar, penyayang, tolak ansur, bertanggungjawab dan berdedikasi tinggi.’ Kekadang aku rasa pelik, mengingatkan kata-kata ini. Mana tidaknya, seorang guru dipertanggungjawabkan dengan tugas seberat itu.

Mesyuarat siang tadi, aku ditugaskan mengajar kelas 3 Merah. Menurut guru-guru yang lama di Sekolah Rendah Pancasila, kelas inilah yang paling nakal. Menurut guru-guru yang pernah mengajar, kelas ini telah banyak membuat guru-guru hilang sabar.

Menurut mereka lagi, kelas ini kebanyakkan pelajarnya cerdas otainya. Aku tak pasti, sama ada dapat bertahan dengan teletah murid kelas ini atau tidak.aku akancuba sedaya-upaya yang boleh. Mudah-mudahan mereka tidak seteruk yang diceritakan. Hari pun dah larut malam, biarlah aku tidur dulu. Besok akan aku hadapi kenakalan murid pertamaku ini.

Aku dibawa oleh guru besar, ke kelas yang akan menjadi medan perjuanganku. Dari jauh lagi aku lihat, murid-murid kelas 3 Merah menjadi riuh, sehinggalah cikgu yang mengajar ketika itu terhenti. Setelah diperkenalkan kepada mereka, aku kembali ke bilik guru untuk berkenalan dengan guru-guru lain.

Masa ketiga nanti, aku akan masuk ke kelas 3 Merah semula, untuk mengajar Bahasa Malaysia. Apabila loceng waktu ketiga berbunyi, aku dengan semangat berkobar-kobar, untuk mendidik dan membaiki kelakuan murid-murid yang nakal itu, masuk ke kelas 3 Merah.

Ketika aku masuk, keceriaan wajah jelas kelihatan di muka murid-muridku. Aku merasa tenang. Setelah berkenalan dengan mereka, aku mula mengajar. Pada mulanya sambutan mereka menggalakkan, tetapi ketika akhir masa, barulah mereka menunjukkan belang. Hantu betul budak-budak ini.

Sudah habis ketinggian suaraku memarahi mereka. Ada saja karenah mereka, membuatkan aku marah. Nak rotan, aku tak berani lagi, hari pertama aku pun masih belum mengerti perangai mereka lagi. Nantilah esok lusa, aku akan ajar mereka supaya lebih bersoan. Murid, murid. Kenapalah nakal sangat?

Kekadang aku merasa kasihan dengan beberapa orang murid, yang cergas otaknya dan baik juga turut menjadi mangsa kemarahanku. Semuanya kerana sikap beberapa orang murid yang menjadi kacang hantu. Yeah! Aku ada idea. Apa kata, aku cuba berbaik dengan murid yang nakal ini? Mungkin perangainya akan berubah sendikit.

Sebulan sudah aku mengajar di kelas 3 Merah. Idea dan usahaku berhasil. Malah kenakalan mereka semakin berkurang. Rotan telah menjadi perisai dan tenagaku. Apa boleh buat, mereka yang meminta. Jikalah tidak buat begitu, alamatnya pecah anak tekak aku menengking mereka. Mereka bukannya tak faham, sengaja menaikkan darah aku ke darjah ‘celcius’ yang tinggi.

Cara yang paling senang ialah merotan. Kekadang aku hairan, kenapa mereka lebih takutkan rotan dari aku? Itulah agaknya manusia, apabila tahap kenakalan tanpa menggunakan otak. Maka jadilah dia seperti binatang. Kekadang aku menangis sendiri, apabila aku merotan mereka. Apa boleh buat, dengan cara itulah baru aku dapat mengajar mereka.

Kenakalan murid-muridku, membuatkan aku tidak punya waktu untuk berjumpa dengan Abang Suhaimi, yang mengajar tidak berapa jauh dari sekolahku. Abang Suhaimi beruntung sedikit, kawasan sekolahnya berhampiran dengan bandar. Jadi tidaklah dia bosan seperti aku ini. Aku hanya mengutus surat sahaja, kepada Abang Suhaimi sebagai menghubungkan kami.

Kenakalan muridku, semuanya kuceritakan kepadanya. Mungkin Abang Suhaimi bosan dan kesal dengan sikapku. Yalah, dia pun seorang guru juga, perkara kenakalan murid ini, telah menjadi asam garam hidupnya. Apa boleh buat, aku tidak ada sesiapa untuk mengadu lagi. Maklumlah jauh dari keluarga.

Setahun sudah aku mengajar di Sek. Ren. Pancasila. Pengalaman setahun ini tidak dapat aku lupakan. Pertama sekali aku telah berjaya, membentuk murid-muridku lebih bersopan sedikit. Kedua, aku telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan aktiviti sekolah, yang kurang aktif menjadi lebih lebih aktif. Terutama sekali Tunas Puteri.

Sebalik kejayaan-kejayaan itu, ada juga aku merasa terkilan dan bersedih hati. Akhir-akhir ini, aku amat jarang menerima surat dari Abang Suhaimi. Adakah dia lupa padaku, atau menjadi jemu dengan cerita-ceritaku yang berkisar tentang pelajarku setiap hari. Masih tidak fahamkah dia lagi, sifatku yang sensitive ini. Biarlah, jikalau dia benar-benar telah berubah sikap, aku akan cuba melupalannya.

Sepatutnya tahun ini aku mengikut kelas aku 3 Merah ke 4 Merah. Aku malas hendak mengikut mereka kerana di samping ingin mempunyai murid-murid baru, aku juga tidak begitu mahir dengan pelajaran tahun 4. Guru kelas perlu mengajar Alam dan Manusia. Tahun ini, apa pula peristiwa yang akan berlaku.

Pagi-pagi hari Ahad ini, aku telah bersiap-siap untuk ke sekolah. Setibanya di bilik guru, aku memberi salam sambil tersenyum. Segala peristiwa tahun lepas, aku luputkan dari ingatan buat sementara. Ketika aku merenung ke suatu sudut, aku terpandang seorang pemuda yang duduk keseorangan.

Aku amati wajahnya, maka kenangan silam jelas terbayang di mataku. Manusia yang paling aku benci suatu ketika dahulu. Apa dia buat di sini? Dia bertukar ke sini pula ke? Haru jadinya nanti, dengan perang mulut kami. Abang Basri tersedar dengan renunganku, lalu melemparkan senyuman. Hai hati, tabahlah kamu menghadapinya nanti ya.

Abang Basri ditugaskan mengajar tahun 6. Di samping itu, dia juga ditugaskan untuk menjadi guru pengawas perpustakaan. Aku juga ditugaskan untuk menjadi guru pengawas perpustakaan. Jadi boleh dikatakan setiap hari kami akan bersua. Macam manalah aku dapat menghadapinya. Abang Basri hanya riang sahaja. Aku tidak tahu kenapa.

Pada mulanya perasaan benciku semakin bertambah, apabila menatap wajah Abang Basri, meluat betul. Peristiwa empat tahun lepas masih segar dalam ingatanku, tetapi kenapa sekarang aku punya perasaan lain terhadapnya. Aku rasa bertambah mesra padanya. Ah! Kenapa perasaanku ini. Tak mungkin aku sayang pada Abang Basri. Mana boleh, Abang Suhaimi hendak letak mana? Susahlah begini.

Abang Suhaimi pula, kenapa sudah lama tak utus surat? Merajukkah dia? Atau sekadar menduga kesetiaanku. Abang Basri sehari demi sehari, membuatkan aku penasaran dalam melayani perasaanku. Abang Basri tidaklah seteruk yang aku sangka. Kenakalannya selama ini untuk menutup rahsia hidupnya. Wajah riangnya selama ini, hanya tiruan semata-mata.

Aku simpati dengannasib yang menimpa Abang Basri. Dari hari itu, aku mula belajar bermesra dengan Abang Basri, belajar ketawa, riang mengikut caranya. Perasaanku telah bertukar dari benci kepada sesuatu yang aneh atau sekadar kasihan. Entahlah, aku masih tak mengerti.

Hari raya semakin hampir, tahun ini aku sambut dengan penuh gembira. Tiba-tiba di hari mulia ini, Abang Suhaimi muncul kembali berkunjung ke rumahku. Abang Suhaimi kelihatan gembira, tetapi aku tidak serianya. Tiada lagi perasaan terharu dan gembira. Tiada lagi perasaan kasihku selama ini. Kemesraan Abang Suhaimi dengan keluargaku, telah tiada erti lagi bagiku.

Layanan aku kepada Abang Suhaimi dingin sekali. Kenapa dengan aku ini? Aku rasa, aku tidak dapat seperti dulu dengan Abang Suhaimi. Aku merasa tawar hati dengannya, ungkin kerana tiada berita yang kudengar selama ini darinya. Hati remajaku terusik, terharu dengan pertemuan semula ini. Sepatutnya aku gembira tetapi tidak seperti itu, lagakku kaku sekali. Maafkan aku Abang Suhaimi.

8 Ogos 1988

Assalamualaikum,

Menemui kembali abangku yang dihormati dengan selamatnya. Semoga di bawah lindungan-Nya. Terlebih dahulu Siti memohon kemaafan, jikalau kedatangan warkah ini mengganggu ketenangan abang. Dengarlah penjelasan Siti tentang penghubungan kita kini.

Abang,

Kenapa baru sekarang kembali kepada diri ini? Setelah hati ini terusik lagi, terusik oleh jejaka lain. Tahukah abang, semenjak berita abang tidak Siti terima, Siti menjadi seorang pendendam. Punya hati tidak pernah bergonjang lagi dengan kata-kata manis lelaki. Tidak pernah terikat dengan sebarang jejaka.

Walaupun telah ramai yang mengetuk-ngetuk pintu hati ini, tetapi kasihan ereka tertipu. Layanan mesra yang Siti berikan kepada mereka hanya untuk membalas dendam, bukan kemesraan sejati. Ya, mereka kecewa akhirnya. Baru-baru ini hati Siti telah tewas dengan kelembutan seorang lelaki. Lelaki itu adalah orang yang Siti benci dahulu.

Siti bahagia kini, dengan tugas-tugas yang kian mencabar, dengan kenakalan murid-murid yang menghibur, di samping lelaki yang memahami hati ini dengan cerita-cerita yang abang anggap, tiada suatu pun yang membawa erti bagi abang. Mana mungkin lagi Siti meninggalkannya. Ketahuilah abang, Siti akan cuba menyayanginya seperti dia menyayangi diri ini. Walaupun satu ketika dulu Siti pernah membencinya. Selamat tinggal Abang Suhaimi, terima kasih atas kemesraan yang abang berikan selama ini.

Akhir kata, Siti memohon kemaafan kerana tidak dapat tunaikan hasratmu lagi, hati ini telah terluka dengan sikap abang. Abang jangan khuatir, Siti telah lama memaafkan abang, percayalah. Carilah gadis yang lebih baik dari diri ini. Semoga berbahagia. Wassalam.

Salam hormat,

Siti Fatihah

Surat Siti Fatihah aku lipat kembali, aku simpan di dalam bekas khas bersama-sama surat daripadanya sebelum ini. Biarlah ia menjadi kenangan persahabatan kami. Abang bukan melupakanmu, tetapi abang sendiri berperang dalam dilema. Antara kasih ibu dan kasih buat yang tersayang. Akhirnya kedua-duanya tidak dapat abang satukan seperti hajat di hati abang. Abang terima permintaanmu dengan hati yang rela, berserta doa semoga kau berbahagia Siti.

Jagalah Basri seperti Siti pernah menjaga hati ini. Lagi pun memang Basri lebih berhak dari abang. Ya, dia memang lebih dulu mengenal dan meminatimu. Biarlah abang menerima sahaja pilihan ibu abang, semoga hatinya tidak terluka sepertimu.

Mac, ‘90

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.