Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Buku Fantasi Dunia
Dunia
Mr.Vampire
26/4/2018 17:11:16
1,280
Kategori: Buku
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Realiti
Di sebuah perkampungan yang menempatkan penduduk yang bernama manusia, atau dikenali sebagai planet bumi. 
   Tinggalnya seorang remaja dan sahabatnya yang berumur 12 tahun. Remaja itu bernama Fakhrul dan sahabatnya itu bernama Naqim. Dua sahabat itu tinggal di sebuah rumah berdekatan pinggir hutan.Mereka selalu masuk kedalam hutan untuk memburu ayam hutan untuk dijual pada hujung minggu.
   "Naqi jom masuk hutan!" Laung Fakhrul di sebuah pagi yang indah. Naqim yang baru sahaja bangun daripada tidur itu terpisat-pisat biji mata apabila terdengar laungan Fakhrul.
   "Jap," Sahut Naqim lalu menyambung tidurnya. Tidak lama kemudian dia terpaksa bangun kerana Fakhrul merenjis air ke mukanya. Lalu dia bersiap dengan ala kadar. 
   
   Setelah beberapa minit dalam hutan.
   "Fakhrul aku nak buang air jap," Naqim meminta izin. Fakhrul hanya mengangguk sambil matanya meliar mencari tempat yang sesuai untuk memasang jerat ayam hutan, tetapi matanya terpaku pada sebuah perigi yang kelihatan usang.

Setelah Naqim usai melaksanakan hajatnya, Pergerakannya terhenti secara mendadak apabila melihat Fakhrul dikunci pergerakannya oleh seorang yang asing di matanya. Segera Naqim bersembunyi dibalik pepohon. 

Secara tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali itu berubah menjadi asap hitam dan masuk menerusi rongga hidung Fakhrul. Fakhrul memegang kepalanya kerana mengalami kesakitan yang teramat. Tiba-tiba Fakhrul menjerit dan melampiaskan aura hitam. Aura itu secara tidak sengaja telah terkena pada Naqim. Naqim merasakan otaknya berdenyut tetapi tidak terlalu fatal. Matanya masih terpaku pada Fakhrul yang memegang pinggir perigi itu.
    Sesuatu yang tidak disangkakan berlaku, Fakhrul melompat masuk kedalam perigi dan terus menjunam ke bawah. Naqim yang tergamam melihat situasi itu merasakan dirinya bergerak secara tiba-tiba pergi kearah perigi itu, secara mudahnya tubuhnya tidak dapat dikawal. Suku otaknya sudah dirasuk oleh aura hitam daripada Fakhrul tadi.
    Matanya tidak dapat melihat dasar perigi itu tetapi tangannya memanjat perigi itu tanpa dapat dikawal. Tanpa kerelaannya dia terus melompat masuk kedalam perigi itu.

Mereka berdua hilang begitu sahaja di hutan yang penuh misteri ini. Kehilangan mereka menjadi bualan penduduk setempat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.