Home Alternatif Alternatif Merak Perlukan Pembelaan
Merak Perlukan Pembelaan
Aman Hidayat
4/8/2016 08:20:47
2,108
Kategori: Alternatif
Genre: Alternatif
Senarai Bab

Selalu kita dengar merak adalah haiwan yang sombong kerana fizikalnya yang cantik dan perlakuannya yang nampak 'show-off'; mengembangkan ekornya. Apa betulkah merak itu betul-betul sombong? Atau pemikiran kitalah sebenarnya yang telah ditanam dengan dakyah-dakyah yang kurang tepat dan menyimpang jauh daripada realiti yang hakiki.

Segalanya bermula daripada kisah rakyat di kalangan kanak-kanak; kisah merak dan si gagak. Mungkin tujuan azali adalah untuk mendidik kita untuk menjadi lebih 'humble' atau down-to-earth, jangan sombong dengan kelebihan yang kita miliki. Tapi masalahnya haiwan yang tidak bersalah ini pula dijadikan kambing hitam dalam hal ini. Tengok, dalam sedar tak sedar, kambing hitam pula yang jadi mangsa. Terpinga-pinga dia.

Berdekad merak dikutuk, gagak pula berulang-ulang dijulang. Betulkah tindakan kita ini? Bila disebut mengenai penampilan gagak, kita selalu ungkap 'don't judge a book by it's cover', bila tiba mengenai merak, kita disuruh jangan sombong macam dia. Setakat itu sahaja akal kita. Nampak yang buruk dibela, yang cantik dikeji.

Sebetulnya, kita hargailah setiap apa yang ada di sekeliling kita. Buruk, cantik, itu lumrah alam. Kalau diikutkan, tiada siapa pun yang buruk rupa kerana masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri. Perspektif setiap orang pun berbeza-beza. Kalau tidak sedap di mata kita memandangnya, mungkin sejuk penawar di mata orang lain. Begitu juga sebaliknya. Tidak perlu keji mengeji dan memangsakan mereka yang tidak berdosa.

Tapi ada satu benda yang buruk lagi jelik, memang tak dapat nak dipandang cantik daripada pelbagai perspektif, iaitu buruk perangai.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aman Hidayat