KAUDisebalik gelak tawa dan senyuman tawar,
Kau menyembunyikan kesedihan hati.
Dikala kau bergurau kasar,
Aku tahu kau sedang berduka di dalam hati.
Riak wajah yang meyembunyikan 1001 rahsia,
Tidak dapat disembunyikan melalui Mata.
Kenangan yang tersimpan di dalam jiwa,
Dibawa hingga ke akhir hayat kita.
Bangkit dari jatuh memerlukan masa,
Jangan kau pernah lupa kita ada Yang Esa.
Teruskan bangkit wahai sahabat,
Aku tahu kau mampu melaluinya tanpa berdebat.