Home Untold Story Umum Perasaan
Perasaan
TEJA RATNA
26/5/2018 15:00:10
32,134
Kategori: Untold Story
Genre: Umum
Bab 8

TERSENTUH


Kata-kata kau.. 

Kadangkala memberiku semangat.

Kadangkala membuatku geram dan marah.

Kadangkala memberiku sebuah ilham.

Kadangkala membuatkan aku terfikir sendiri.


Tidak salah.

Pandangan dari sebagai seorang sahabat.

Aku terharu itu.

Aku tidak tahu mengapa dan bagaimana ianya terjadi.


Air mata ku mengalir apabila terkenangkan ungkapan yang kau berikan. 

Aku terharu.


Terharu kerana tidak pernah ada sahabat yang berlainan jantina menegur perbuatanku.


Aku tahu ianya memalukan. 

Walaupun kau bilang bagi dirimu tiada bandingnya.


Kadangkala tindakan refleks dalam diri aku membuatkan aku tak mampu mengawalnya.


Kata-kata kau sama seperti ahli keluargaku.

Tak pernah ada insan lain menegur diriku seperti ahli keluargaku.


Kau teman gaduhku.

Kau jua rakan buliku.

Malah kau juga tempat aku berkongsi pendapat.


Kau telah ku anggap seperti ahli keluarga ku.

Aku menyayangimu seperti adik beradikku sendiri.

Tidak mungkin aku akan membuang dirimu dalam hidupku.

Melainkan dirimu membuang diriku dalam hidupmu.


Bebelanmu membuatkan aku ketawa dikala aku kesedihan dan menangis. 

Dikala aku serabut dengan kerjaku.

Di saat aku berduka dengan sesuatu perkara.


Ya hati ku lembut walaupun suaraku kasar.

Ya jiwa ku mudah rapuh walaupun aku menafikannya.

Ya perasaanku mudah dijangka walaupun sukar ditafsirkan melalui raut wajah.

Dan ya aku tak mampu selindungkan perasaanku disebalik tubuhku yang kecil ini.  


Terima kasih sahabat akan kata-katamu itu. 

Aku akan mengingatinya sampai akhir hayatku.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh TEJA RATNA